Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

30 Mei 2009

Home » » صفة افي نراك

صفة افي نراك


Dari sebuah hadis ada diceritakan Allah s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya, "Wahai Jibril! Berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, " Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya, Kalau begitu, berikan aku separuh buah tamar, kata Jibril.

Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah." Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari Allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu berfirman, "Ambillah sebesar sebiji sawi " Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.

Cuba antum bayangkan betapa bahangnya api neraka jahanam itu..?

Subhanallah..Ilalliqo'

0 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP