Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

20 Mei 2009

Home » » Mula Melangkah ke Menara Gading

Mula Melangkah ke Menara Gading



Pertama kali saya dapat menghasilkan blog ini. Saya pun tak pasti camne pintu hati ni terbukak nak buat blog ni..Dulu saya memang minat benar menulis,lama-kelamaan minat tu menjadi pudar.Saya tak pasti kenapa jadi begitu.

Saya pun baru sahaja menjangkau 18tahun.Banyak lagi perkara yang saya perlu tempuh.

Semasa saya berada di sekolah rendah dulu,saya teringin benar meneruskan pengajian di sekolah agama..Saya memang benar2 berharap ana dapat ke tempat sebegitu..




Dan akhirnya impian saya menjadi kenyataan.




Saya dapat juga meneruskan pengajian di Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek.Antum tahu di mana??




Saya pasti ramai di antara kalian yang tidak mengetahui di mana lokasinya.So,untuk mengetahui dengan lebih lanjut,antum cari pada globe..Daerah Hulu Selangor..Kalau antum nampak daerah Kuala Kubu Bharu..Hah,itu la dia..Tapi kalau nk lebih afdhal,antum carila,yg bersempadan dengan Bherang,Perak..Memang sekolah saya bersempadan dengan negeri Perak.Sebab tu saya selalu outing di Tanjung Malim dan Bherang.

Kalau nak balik rumah pun mesti kene pergi ke Tg. Malim dulu.

Tapi saya tak pernah 'terbang' ke situ tau..

Semasa saya mula melangkah ke sekolah itu,hati saya berbunga-bunga..




Syahdu dan riang hati tidak terkata..




Dapat juga meneruskan perjuangan di sekolah agama ini..




Saya selalu berfikir layak kah saya untuk berada di kalangan mereka?




Walaubagaimanapun, saya rasa bersyukur tak terhingga kerana ditempatkan di sekolah sebegitu.




Saya pasti,jika saya berada di sekolah menengah biasa,saya pasti akan hanyut kerana saya seorang yang keras hati dan mudah dipengaruhi pada ketika itu..

Saya meneruskan pengajian dan prestasi saya mula meningkat ketika tingkatan 2.

Unfortunately,hampir sahaja PMR,prestasi saya semakin menurun.Saya tak pasti apa puncanya..Puas saya selidik.Mungkin bukan rezeki saya.Mula naik ke tingkatan 4, saya mula meningkat kerana menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama atau singkatannya SMA.

Saya sememangnya minat benar dengan subjek SMA ini yang mana memerlukan banyak hafalan.Kerana syllabus SMA ini hanya sedikit jika hendak dibandingkan dengan exam yang lain.

Akhirnya, saya berjaya mendudukinya.Even,ada sedikit kekesalan kerana tidak mencapai tahap yang benar2 tertinggi.Apa2 pun Alhamdulillah.

Pada tahun seterusnya saya menduduki SPM dan alhamdulillah result bagus.

Kemudian saya telah ditawarkan ke IIUM or lebih dikenali UIA.

Dalam kos asasi bahasa arab dan saya akan mula mendaftarkan diri pada 24hb Mei ini.Sememangnya saya bersyukur kerana saya telah ditawarkan kos ini..kerana memang ini minat saya.Even pada mulanya saya tak boleh menerima hanya kerana saya telah ditempatkan di situ. Saya tidak mengatakan saya tak mahu ke situ.Tetapi saya terfikir,layakkah saya ke tempat sebegitu..? Saya tahu, saya perlu kuatkan hati saya untuk meneruskan niat dalam menerokai ilmu duniawi dan ukhrawi ini..

Semoga hati ini cekal dan tabah dalam meneruskan perjuangan..Amiin..

0 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP