Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

04 Jun 2009

Home » » 10 Golongan Manusia yang Diusir Dari Padang Mahsyar

10 Golongan Manusia yang Diusir Dari Padang Mahsyar





  • Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.


  • Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.


  • Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.


  • Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak dan bangga diri serta sombong.


  • Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.


  • Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.


  • Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.


  • Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.


  • Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat,puasa, tidak menjalankan dakwah dan sebagainya.


  • Mereka dikumpulkan dalam memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yang syirik terhadap Allah.

0 kata penuh gaya:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP