Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

02 Jun 2009

Home » » Pelik...Pelik...

Pelik...Pelik...


Iblis pun hairan ngan manusia..

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada iblis laknat. "Wahai iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku, aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah s.w.t."

Iblis menjawab, "Ya Tuhanku! Demi kemuliaanMu, akan bersungguh-sungguh menyesatkan manusia dari mengikuti ajaran nabiMu, aku akan mencampur gaulkan lelaki dengan wanita supaya senang aku mencelah ditengahnya."

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Wahai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"

Kata iblis, "Ya Muhammad! Sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap umatmu dalam 2 perkara iaitu:



  1. Mereka mengaku mencintai Allah s.w.t. tetapi dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat dan perkara mungkar.


  2. Mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku."

Allah berfirman, "Sememangnya engkau makhluk terkutuk! Demi kemuliaan Ku, Aku akan berikan kepada umat nabi Muhammad 2 kebahagiaan iaitu.



  1. Kecintaan mereka terhadapKu akan Ku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana tipu helahmu.


  2. Marah mereka itu kepada kamu akan ku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan."

Iblis tercengang apabila mendengarkan penjelasan sedemikian dari Allah. Barulah mengetahui bahawa umat Nabi Muhammad adalah umat yang amat disayangi oleh Allah s.w.t yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر

0 kata penuh gaya:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP