Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

16 Disember 2009

Home » » Selamat Pulang dari Baling

Selamat Pulang dari Baling

Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan mencoretkan serba sedikit percutian kami di Baling. Musyarikah: Aku, Nani and Umi. Tujuan utama kami pergi ni pun untuk ke majlis kenduri Ustaz kesayangan kami.Even kami hanya pergi bertiga, masih terasa keseronokan tu. Pada pagi Ahad, 13 Disember 2009 jam 9.27 pagi kami memulakan perjalanan dengan menaiki bas di Jalan Duta dan tiba di Baling hawali 2.30 petang.Click Me~ Setibanya di stesen bas itu, aku dihubungi oleh adik kepada ustaz Hafiz yang sememangnya sudah menanti kami. Kami bergegas menuju ke kereta namun aku dan lain2 terpaksa menanti nani yang tak tahan dengan sakit kepala dan terus vomitted. di rest room ok.huhu. Kemudian kami terus dibawa ke rumah ustaz di Kg Sg Batu, Jalan Hospital. Perancangan asalnya kami akan dibawa terus ke penginapan kami tapi lain jadinya. So, kami terpaksa bertandang dengan pakaian yang tidak bersesuaian dengan majlis itu. Nak buat macam mana, bas kami lambat sangat sampai. Agak menyegankan juga la berada di situ. Konpem depa dok pk, org KL memang pakai macam ni ke gi kenduri? Adoi..amat segan maa.. Sume usha2 kami bertiga. Nasib baik kami jenis yang pandai cover and aku leh lagi outgoing kat situ. Majlis itu masih lagi dipenuhi orang walaupun sudah pukul 3 petang.
Setelah kami selesai makan, pengantin lelaki keluar dan menjemput kami masuk ke dalam bilik pengantin. Pengantin perempuannya kami tak pasti ke mana. So, kami bergambar dahulu dengan pengantin lelaki.







Then kami dihantar ke homestay kami yang mana tidak jauh dari rumah majlis.

Pada malamnya sesi membuka hadiah..Aku pun turut dijemput untuk melakukan perkara yang sama. Kurang enak juga rasanya sebab kami tiada kena mengena dengan keluarga ini. Namun atas permintaan pengantin, kami lakukan jua walau sekejap.
Keesokan harinya kami checkout dari Homestay Mawaddah itu. Bertolak ke rumah ustaz. Setibanya di situ, aku terlihat saudara mara ustaz sedang bermain table tennis. Waduh, kakiku pantas melangkah. Almaklumla, lama tak pegang bat. Terus je aku buat permintaan "Nak main juga". Apa lagi, berentap la kami.


Kemudian, kami bertiga dibawa oleh ustaz dan isterinya ke Pekan untuk mencari tempat penginapan yang lain. Tapi sebelun tu kami dibawa ke Kupang iaitu kampung halaman Kak Azmah. Bertemu la keluarga mempelai ini. Kemudian kami dibawa ke kenduri kahwin kawan kak Azmah.





Selepas check in, kami ke stesen bas pula untuk menukar destinasi kepulangan kami.
Alhamdulillah kami dapat jual dan beli tiket even agak kaya untuk menghabiskan duit hanya untuk tiket.huhu. Kemudian kami bertolak ke Lata Bayu.





Pada malamnya pula kami ke Hot Spring Ulu Legong.



Itulah malam terakhir kami di situ. Keesokan harinya kami check out hawali 10 pagi. Dan bertolak ke rumah ustaz dahulu. Sebelum tu, bergambar di kawasan rumah rehat tu sebagai tanda kenang-kenangan.




Kami tiba di Klang Sentral pada jam 8.10 malam. Setakat ni saje yang mampu aku coretkan. Wallahua'lam.Click Me~


.

0 kata penuh gaya:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP