Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

25 Oktober 2010

Home » » Fitnah bagai satu pembunuhan

Fitnah bagai satu pembunuhan

Lamanya fikir pasal fitnah ni. :( Pembunuhan yang macam mana tak dapat nak 'describe'kan la. Bagi aku, ini pembunuhan jiwa. [Erm, ada ke?] Ok, sorry2. Ini pendapat aku je. Cuma fitnah betul-betul bahaya. Sampai ada yang depressed sangat2. Ohoh! Siapa tak depressed kalau kena fitnah dengan sesuatu yang sangat mengaibkan. Lagipun bukan ramai yang jenis buka pekung di dada nih. [Even ada ok!-Itu dah pernah dibicarakan]. Ada yang rasa macam kena tikam. Korang pernah rasa? Doa la banyak-banyak. Mintak dijauhkan yer. Tapi Allah berikan ujian mengikut kemampuan kita. [Hebatnya orang yang beriman]. Insan sebegini sememangnya seorang yang suka merosakkan insan lain hanya disebabkan beliau tidak puas hati dengan kebaikan yang orang lain peroleh. Ohoh! Jelous sungguh mereka itu. Sudah mendatangkan keburukan lain seperti menghina, memaki, menyalahkan orang lain. Maka terjadilah lagi mengumpat, mengutuk, memfitnah dengan mengkhinzir buta. Sewaktu Ramadhan yang lalu, setelah selesai solat terawih di masjid, Ustaz Fakhrunnur[Wah, aku ingat jugak nama membe abah ni] memberi sedikit tafsiran mengenai juz yang telah beliau bacakan dalam solat malam itu. Mengenai zalim. [Malangnya aku lupa ayat mana-somebody help me!] Zalim ni macam2 bentuk kita leh panggil zalim. Kalo kita letak kopiah kat kaki pun kite dah zalim pada diri sendiri. Fuh! memang kene lihat seluruh sudut. Apa lagi memfitnah ni. Memang zalim menuduh orang lain yang innocent. Tapi memang betul pun apa yang kita lihat sekarang. Terlalu banyak fitnah yang melanda. Aku petik sedikit ayat dari pendita.com
Sedarilah bahaya fitnah tersebut boleh menjatuhkan maruah seseorang. Jika fitnah terkena kepada pemimpin, maka jatuhlah kepimpinannya. Jika fitnah itu mengenai guru, maka hilanglah kewibawaannya sebagai pendidik. Dan jika fitnah itu mengenai suami isteri, maka bergoncanglah keharmonian rumah tangga dan keluarga.
Seharusnya kita kene selidik berita yang kita dengar tu. Ingat bagus ke percaya bulat2. Kebiasaannya yang aku jumpa percaya dan terus sampaikan kepada orang lain dan akhirnya tergolong dalam golongan pemfitnah juga. Habislah institusi negara kita. So, ada baiknya korang tanya sendiri. Tapi, agak2 la kalau perlu sangat untuk korang tahu.haha. Aku rajin tanya, tapi bila fikir balik, apa kene mengena dengan aku. [Opps!] Ada baiknya korang diamkan je. Sebab takde la menyusahkan diri menjadi penyambung fitnah. huhu. Sebagaiman firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Hujurat ayat 6:
Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” 
Lagi satu padahnya memfitnah ni, dosa sesama manusia dan Allah tidak mengampunkan dosa seseorang itu sebelum orang yang dizalimi itu mengampunkan dosanya Dan yang paling penting, dosa fitnah ini tidak membawa diri ke syurga. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : 'Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ). Orang yang fitnah ni dah la bertambah dosa, lagi pulak berkurang pahala. Di akhirat kelak, orang yang muflis adalah orang yang suka memfitnah orang lain. Dan orang yang difitnah itu pula yang akan bertambah pahala hanya kerana setiap fitnah yang orang sampaikan. [Erm..tapi korang tak payahlah pemurah sangat nak bagi aku pahala yer.hee~] Rasulullah juga pernah bersabda, “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).
Erm..ok la korang. Nak pergi suai kenal dengan student third intake. Foreigner. Ok, selamat bermujahadah.

0 kata penuh gaya:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP