Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

29 Disember 2010

Home » » Piala AFF Suzuki 2010 milikku!

Piala AFF Suzuki 2010 milikku!

Wah! Perasan nampaknya. Tapi betul apa. Milik Malaysia la kan. Saya kan rakyat Malaysia.hee~
Syabas kepada pasukan kebangsaan Malaysia. Harimau Malaya memang hebat la. Aduh~ Sebenarnya dah tekad tak nak buat posting pasal bola dah. Tapi dah minat. Mana boleh halang beb. Berdasarkan pemerhatianku, pada separuh masa pertama, padang lebih banyak dikuasai oleh tuan rumah. Pada masa kedua,  memang agak menggusarkan hati tapi korang perasan tak? Maybe korang perasan. Time aku baru nak alih laptop ni ke tepi, aku tengok la bola yang dibawa Safee ni kan. Pelik dan sangat pelik. Takde siapa yang jaga melainkan seorang pemain Indonesia. Dan tetiba gol! Apa lagi reaksiku, 'Hah??!!!! Yeah! Gol!!' ye, pada minit ke 53.  Memang nampak mudah. Kurang pertahanan di situ. Tak ke gila. Tapi pada minit ke 72, Nasuha telah menyamakan kedudukan dengan seri satu sama. [Macam lagu lak]. Dan bola berjaya membolosi gol Malaysia untuk jaringan kedua oleh Indonesia pada minit ke 87. Maaf pembaca-pembaca sekalian. Saya adalah peminat bola sepak. Dan saya paling gemar bermain bola sepak dan permainan yang pertama saya main di dalam hidup saya adalah bola sepak. Ya! Jangan terkejut.hee~ K.Rajagobal pasti berbangga kerana kepercayaan yang diletakkan kepada Khairul Fahmi selaku penjaga gol Malaysia tidak dihampakan. Even mulanya Khairul Fahmi berjaya dengan tangkas dan cermat mengawal pintu gol dan dua kali bola membolosi pintu gol, beliau tetap tenang. Sebagaimana yang anda maklum,kita tewas di Stadium Indonesia dengan jaringan 1-2, tetapi kita tetap sebagai pemenang kerana dengan agregat 4-2 dan telah berjaya memberi semangat baru kepada kita semua. Walaupun mereka masih muda, mereka tidak menghampakan kita gitu. Oh ye, sotong seperti sotong Paul yang memilih Indonesia sebagai pemenang tadi tu, sila buang negeri ye.wahaha.
Dan kepada penonton Indonesia yang 'boo' apabila lagu Kebangsaan kami berkemundang, sila ingat adab anda. Kami sensitif tentang kewarganegaraan kami.
Syabas Malaysia! Majulah sukan untuk negara. Dan tahniah juga buat pemain Malaysia bernama Izzaq. Inilah pengalaman baru anda.

4 kata penuh gaya:

deCrewz 30 Disember 2010 pada 12:51 PG  

Lepas ni diamlah isu laser tu tp x taulah isu pe pulak diorang nak buat.. Nak buat laser coli penyanyi indon, xjdi..hu3

Cahayamylife 30 Disember 2010 pada 12:59 PG  

@deCrewz
Tahu takpe.
Kita tunggu je la esok.
Tapi mintak2 takde la.
Even dah menggila dorang tadi kat fb.
hee~

Bijen M. 30 Disember 2010 pada 1:45 PTG  

Larh.
Orang malaysia ke anda.
Ingatkan...

Cahayamylife 30 Disember 2010 pada 1:47 PTG  

@Bijen M.
Hah!
Apa? Apa?
Cis, setenang-tenang air di sungai,
jangan disangka tiada buaya.
Erm? Macam terkeluar topik.
:D

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP