Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

04 Januari 2011

Home » , » Jadual Pameran Pengantin Malaysia 2011- Urban Vibe

Jadual Pameran Pengantin Malaysia 2011- Urban Vibe


Anda masih ingat lagi entry mengenai Pameran Pengantin yang bakal membuat sedikit kelainan di mana pengantin yang telah memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Pameran Pengantin Malaysia bakal berarak dan melakukan acara atau resepsi sebenar di Ampang Point Shopping Centre nanti. Hebat-hebat hadiahnya bukan? Pemenang itu adalah Cik Fifie. Beliau baru sahaja bernikah pada 31Disember 2010 dan resepsi seperti yang dijanjikan di Ampang Point pada hari Sabtu jam 2petang bertemakan "crystal blue". Hadiah yang selanjutnya telah saya nyatakan di Pameran Pengantin 2011. Walaubagaimanapun, anda sebagai pengunjung, boleh la melihat majlis ini dengan sepasang mata anda di sana nanti. Mari memeriahkan.
Tempoh hari saya telah memberikan jadual bagi pameran pengantin Shah Alam di bawah tajaan Orange Vision. Dan kali ini pula, di bawah tajaan Urban Vibe. Mana mungkin ada bride-to-be yang tidak mengenali Urban Vibe.
Edisi 16 - Ampang Point Shopping Centre : 7 - 9 Januari 2011/10pagi-10malam.
Edisi 17 - Shah Alam Convention Centre (Convec) : 11-13 Februari 2011
Edisi 18 - Legar Putra PWTC, KL : 1-3 April 2011.

Kalau anda perasan, pameran edisi 18 ini berlaku pertembungan dengan pameran pengantin Shah Alam di Stadium Shah Alam. Kalau anda mahu minta pendapat saya yang mana patut didahulukan, tidak dapat saya nyatakan. Lebih baik yang berdekatan dengan lokasi anda. :D Kerana bagi saya, semuanya hebat-hebat belaka. Yang penting, anda sudah ada persediaan dari segi mental anda. Takut anda tersalah pilih. Hee~ Pastikan juga bajet perkahwinan anda yang sebenar. Sebolehnya harga yang kurang dari bajet anda. Faham-faham sahaja lah pameran, kebiasaannya harga lebih hebat, dari yang asal. So, bijak membuat keputusan bersama pasangan anda.

Kepada vendor-vendor yang ingin menyertai pameran tersebut atau dengan erti kata lain, ingin mendapatkan tapak pameran bagi tajaan Urban Vibe, sila hubungi nombor telefon yang terdapat pada poster di atas. Manakala untuk Pameran Pengantin Shah Alam, anda boleh hubungi di sini:
017-6944177

017-2680375
03-80627800

Sekian, terima kasih.

4 kata penuh gaya:

Nia 5 Januari 2011 pada 12:13 PG  

oo,..saya dah tak sesuai nak pegi dah..heheh

Cahayamylife 5 Januari 2011 pada 12:29 PG  

@Nia
Oo..puan sudah ya..
hee~
Takpe.
Sesuai untuk vendor dan mak andam.
huhu.

Cahayamylife 1 Mei 2011 pada 10:38 PTG  

@Ermm" WhatEver Shop
Join?
Maksudnya vendor ke?
untuk book site eh?
Boleh kol no tu.
Sebab berbeza setiap venue.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP