Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

06 Jun 2009

Home » , » Adamku

Adamku


Adamku,

Kau sebenarnya imam & aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punya kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu, akalku satu dan nafsuku beribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu & konco-konconya.

Adamku,

aku suka kalau kau mengimami solatku pada tiap waktu. Akanku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka kalau bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yaasin & memahami Al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardhu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar makruf nahi mungkar.

Adamku,

ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkanlah aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju Nur Al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon serikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatus Saadiah dan segagah & seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, yang akan membahagiakan syurga di dalam rumahtangga..moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku....

3 kata penuh gaya:

Tanpa Nama,  7 Jun 2009 pada 1:30 PG  

perghhhh..bestnyer madah ni..adoi2

ayaz_alhafiz_albayami,  11 Jun 2010 pada 1:36 PG  

adam mane laa yang bertuah ni dik???
hmmm...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP