Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

27 November 2010

Home » » Hak Peribadi Kita [Di mana hak kita?]

Hak Peribadi Kita [Di mana hak kita?]

Nampaknya sudah lama takde entri tazkirah di sini.Maaf kalian.Cahaya tunggu something happen baru cerita. Sesuatu yang boleh buat diri kita berfikir. Pada suatu hari, dalam dini hari [Eceh!Aku buat ayat apa ni?] kami sepatutnya mempunyai kelas pada jam 9pagi di sebuah kelas ni. Yang mana, setelah setibanya cahaya di sana, ada kelas lain sedang belajar. Tahulah kami bahawa mereka menumpang. Setelah 5minit menanti mereka untuk keluar, masih tidak berganjak. Ustaz kelas kami sudah tiba dan lecturer yang berada di dalam kelas itu menunjukkan muka. [Tang ni aku terkilan]
Ada ke patut beliau cakap dengan ustaz kami, 'Saya cuma ikut anak buah saya je.Takde kelas lain ke? Kelas 2jam.Ada sejam lagi ni.' Tiba-tiba lecturer tu jerit kat muka kami suruh cari kelas lain. Adoih~ Sungguh! Cahaya sangatlah terkilan, terkezut, sedih, kecewa, +marah okey.Memang cahaya langsung tak bergerak. Bukan nak protes cuma rasa macam..Aduh!Tak sangka.Astaghfirullah.Ada pulak ustaz yang macam tu. Tiba-tiba dia tunjuk muka lagi, Dia jerit 'Cepat'.Hesh, macam kami budak sekolah pulak. Cahaya pun terus blah. Ya Allah, sangat berharap lepas ni tak terserempak langsung dengan ustaz tu, kalau tak bertambah la dosa. Tengah on the way ke kelas lain, cahaya pulak lecture member.haha~ Bukan apa, just cakap 'Itu hak kita. Ustaz tak sepatutnya nak marah kita macam tu. Orang yang menumpangla yang patut pergi. Bukan tuan rumah yang kena lari, kalau ye pun tak nak buang masa mencari kelas, tak perlu marah kita'.Subhanallah ujianMu buat hambaMu ini. Mujurla cahaya takkan belajar dengan beliau. Kemudian, selang sehari ustaz dari negara China kelas kami mengeluarkan satu pertanyaan dan meminta pendapat kami. Kisahnya sebijik macam yang kami alami. Ohoh, sah! Memang sah ustaz pun kena. wahaha. Ustaz pun berpendapat yang sama. So, sekarang ni kita jadikan diri kita berada di tempat lecturer yang marah2 kami tu. Kita perlu sentiasa fikir apakah tepat apa yang kita lakukan? Adakah kita terlalu mementingkan diri sendiri? Adakah kita lupa di mana kita berpijak? Nauzubillahi min zalik. Janganlah kita melakukan perkara yang sama. So, apa yang berlaku, kita ambil iktibar. So, hak asasi dari sudut moral kot yang ni. Sebab nak kata ikut perundangan, tak tahula pulak.wahaha~ [Contoh je tau.wee~ ]

Ada sedikit info la pasal hak peribadi menurut pandangan Islam.

1."Hai orang2 beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penguhuninya..."(QS 24:27-28).

2.Hak yang kedua: Pemerintah dilarang mencari kesalahan rakyatnya melainkan terdapat bukti yang kukuh dan saksi yang benar. Individu pula dilarang mencari atau menceritakan keaiban orang lain.

Hah!Ada dapat ilmu sikit tak hari ni? Nampak tak apa yang berlaku zaman sekarang ni? Hmm..alhamdulillah negara kita tak berperang lagi.LAGI okey. Bukan doa tapi cahaya percaya dengan janji Allah. Madam Adiba cakap, 'U rasa akan datang I boleh ke carikan menantu lelaki untuk anak I yang 5tahun tu? Ada ke lagi yang tak pernah merogol anak dara orang?'. Fuh, tang tu jugak cahaya rasa macam mampu ke mendidik penyambung warisan. Betul jugak apa yang madam cakap tu. Bukan juga doa malah lebih kepada berfikiran ke hadapan. Kepada yang dah ada zuriat tu, didik anak sebaiknya. Jangan kita tengok anak kita baik je depan kita. Tapi belakang kita tak tau. Lama-lama makan dalam. TOLONG JANGAN lihat dengan mata kasar okey! Tolong lihat dengan mata hati.Sangat2 pohon. Bukan untuk mengatakan anak kita bukan seorang yang baik. Cuma kita elak dia dari terjebak dengan kawan-kawan yang dah rosak dan menghindarkan dirinya menjadi mangsa tangan-tangan yang tak berhati perut. Kesian kat anak kita yang lelaki tu.Nak menanggung dosa kita lagi yang dah sememangnya tak tertanggung.Nak tanggung dosa sendiri. Isteri, adik perempuan dia.Ush, banyak tau lelaki kena tanggung. Lebih baiklah lelaki2 ni pilih mati syahid.huu~ Semuanya dari rumah. Sungguh! Punca memang dari rumah. Kalau baik didikan kita, baiklah anak kita. Beri pendedahan awal tentang bahaya-bahaya yang boleh berlaku kini. Bukan dedahkan cara nak ambil dadah or cara nak buat anak! Sedih dan takut. Zaman kita bukan zaman Sultan Muhammad Al-Fateh. Pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik Yang berjaya membuktikan hadis Rasulullah. Para ulama yang mampu tajalli diagungkan seperti Syeikh Syamsudin Al-Wali. Kini ulama' sendiri ditindas. Siapa ulama? Jangan fikir cahaya cakap pasal politik ye. Ulama' tu guru-guru kita. Cahaya tak faham kenapa ramai ibu bapa salahkan guru-guru kalau anak mereka membuat kesalahan. Setakat teguran kecil yang belum tentu terkesan ke dalam hati anak-anak kita mungkin mampu diberikan. Untuk lebih daripada itu, orang yang berjiwa modern mesti tidak dapat menerima anak2 mereka dirotan atau diambil tindakan lebih. Tapi awas guru2 sekalian. Bukan sesuka hati menghukum. Pengalaman cahaya mengajar dulu, sangat terkejut apabila ada ibu bapa datang serang guru atas sebab memarahi anaknya.Ohoh! Kelas cahaya pulak tu. Mujur cahaya tak pernah marah. Dan mujur ustazah tu mampu menerangkan hal sebenar dan diterima oleh si parents ni. See! Depan mata berlaku.
Opps! Macam terkeluar tajuk pulak.hee~ Kalau dah related ni memang panjang la jadinya kan.
Sekian sahaja peringatan cahaya pada hari ini. Moga hidup kita diberkati.Amiin.

2 kata penuh gaya:

Unknown 27 November 2010 pada 9:28 PTG  

huhu..akk pernah mengajar ek..hebak2..
nsib baik bkan akk yg kne serang..hihi~
btw, nice n3 n_n

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP