Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

22 Mac 2011

Home » » Bagus Juga Pandai Hack Ni

Bagus Juga Pandai Hack Ni

source:Nokia Mobile
Korang pandai hack tak? Aku pernah la kan belajar sikit-sikit tu tapi bila fikir balik, aku ni tak berapa bijak nak control diri. Kang tak pasal-pasal datok tak bertongkat tu punya email pun aku boleh selongkar.haha. Hack ni sebenarnya tak bagus sebab dah nama pun penyalahgunaan kan. Masa aku ambil ICT, memang aku tak fokus pada teori, aku prefer praktikal. Minat aku memang sangat mendalam terhadap ICT sejak sekolah. Tapi disebabkan halangan-halangan dari cikgu-cikgu, aku decide untuk stay di sekolah lama. Padahal mak aku memang galakkan aku amik Sains Komputer. Memang tu je minat aku. Sebab tu bila sekarang ni orang tanya, nak jadi cikgu ke? Aku sigh, huh.. Yelah, minat takde. Tapi aku tetap nak teruskan perjuangan untuk belajar bahasa Al-quran sebab aku nak faham betul-betul al-quran tu. Bukan sebab aku nak kerja menggunakan degree bahasa arab. Tidak. Maybe sebab tu aku lambat pick up kot.Tapi tak tau la kalau rezeki aku macam tu kan.huhu.
Aish..tertukar topik plak. Cerita pasal hack ni, aku mulanya memang takut gila la kan. Lebih-lebih lagi sekarang ni ramai pakai teknik phishing. Tapi setakat ni alhamdulillah tak terkena lagi pasal time mula-mula kes camtu berlaku, membe aku terus inform kat aku. Pasal aku ni rajin bebenor on9 shopping.haha. Kantoi sudah. 
Cerita pasal bagusnya hack ni, mudah nak bocorkan rahsia orang. Bukan rahsia tettt! Heyp!Babab kang.
No okey. But about fitnah. You tahu kan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. Macam mana boleh terkait eh. Contoh: Amat dituduh pecah amanah sehingga tersebar ke seluruh negara melalui pelbagai media hiburan. Mangsa ni hanya mengesyaki yang menuduh ni orang kanan bos, Basri. So, beliau pun mintak tolong sahabatnya Zamri untuk hack email Basri. So, pi la hack email si Basri ni. Dok belek2 email Basri ni, terjumpa la email yang berlangsung antara Basri dan Nazmi, wartawan media. Dok baca-baca, adoih. Kantoi sudaa. Memang sah! Si Basri ni punya kerja. Rupanya depa ni komplot nak jatuhkan Amat yang sememangnya terkenal tu kan. So, apa tunggu lagi. Kasi lapor polis sana la. Ikut hukum hudud, memang nahas kau. Tapi agak-agak, boleh ke mereka ni pusing-pusing kata itu bukan mereka.
But at least, sudah melegakan hati beberapa pihak. Takdela semuanya tak percaya dengan si Amat tu kan.
About hukum, kalau situasi begini, aku tak pasti. Biasanya aku akan ikut kitab tapi kali ni aku tak tau la beb. Tapi bagi aku, ok la kan because kita nak tolong sesama muslim. Jangan dipandang pangkat, tapi kita lihat asalnya kita.

Apa la aku merepek pagi-pagi buta ni. Dah tekad takmo masuk campur hal politik dalam blog ni. Adeh~

0 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP