Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

20 Julai 2011

Home » Karya: Bahasa Arab Adalah Bahasa Al-Quran

Karya: Bahasa Arab Adalah Bahasa Al-Quran

Ini adalah karya yang dipertaruhkan oleh Mis Zalina dalam Pertandingan Nukilan Seorang Teman. Merupakan pemenang pertama bagi kategori Undian Pembaca. Meraih undian sebanyak 59. Dan antara peserta yang terawal menyertai.
Sehingga terawal beberapa hari sebelum pertandingan bermula. :)

Hadiah pemenang undian ditaja oleh Encik Amar Zaim Zamran dari awanpagi.com dan Encik Saifuddin.
Terima kasih atas sokongan kalian.

إِنَّا جَعَلْنَــاهُ قُرْآَنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُـــــونَ
Sesungguhnya Kami telah menjadikan Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kalian memahaminya (QS. Az Zukhruf:3)
Aku merupakan seorang guru akademik di SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR, KETEREH KOTA BHARU KELANTAN. Tahun ini satu tugas baru yang terpaksa disandang oleh aku memandangkan aku guru kelas tingkatan 1 A iaitu guru penyelia KELAS KHAS BAHASA ARAB. Bagaikan satu bebanan yang berat terpikul dipundakku memandang aku langsung tidak memahami BAHASA ARAB. Semua borang-borang dan aktiviti serta segala carta yang perlu ada di dalam kelas perlu dibuat dalam Bahasa Arab.
Mempelajari bahasa Arab bukan sesuatu yang mudah terutama bagi seorang yang tiada asas seperti aku, memandangkan bahasa Arab merupakan bahasa AL-Quran dan bebanan tugas yang perlu diselesaikan, aku cuba gagahi juga untuk mempelajari bahasa yang indah itu. Perkataan pertama yang aku pelajari adala la dan na'am(ustazah mazlini yang ajar) dan hari-hari aku asyik guna perkataan yang sama.
"Cikgu hari ni ada kelas tamabahan tak?" tanya pelajarku.
"La", jawabku ringkas.
Sudahnya ini sahaja yang mampu aku pelajari. Walau bagaimanapun untuk menunjukkan aku juga boleh berbahasa Arab, setiap tutur kata akan ku tambahkan dengan perkataan "al".Sudah semestinya ada bunyi-bunyi Bahasa Arab.
Ini adalah serba sedikit pengalaman aku dalam mempelajari bahasa Arab.
Dalam hadis yang lain Umar r.a berkata, "pelajarilah bahasa arab dan ilmu waris kerana keduanya adalah sebahagian dari agamamu."
Hadis di atas menunjukkan kepentingan kita dalam mempelajari bahasa Arab dalam memahami agama Islam itu sendiri. Bagaimana kita hendak menghayati isi kandungan dalam al-Quran jika kita tidak memahaminya?? Hanya dengan menguasai bahasa arab, kita dapat mendalami intipati al-Quran, hadis-hadis nabi, zikir dan wirid dan yang terutama sekali adalah bacaan dalam solat yang dilakukan oleh kita umat Islam lima kali sehari. Kenyataannya sebahagian besar dari kita tidak memahami pengertian setiap bacaan dalam solat walaupun sudah berpuluh-puluh tahun mengamalkannya. Kegagalan inilah punca sebenar kepada kurang kusyuk beribadah serta salah satu punca keruntuhan akhlak remaja pada zaman teknologi ini.
 Secara umumnya jika kita tahu teknik-teknik dan cara yang betul tidak mustahil kita dapat bertutur dan memahami bahasa syurga ini. Sama-samalah kita mempelajari bahasa yang indah ini.

p/s: Tahniah buat pemenang. Saranan saya, apakata anda cuba dengan perkataan baru pula.
Seperti Tob'an ( طبعا ) yang bermakna Sudah Tentu/Of Course.
Mumkin ( ممكن ) yang bermakna Mungkin@Boleh Jadi/Maybe.
La Ba'sa ( لا بأس ) yang bermakna Tidak Mengapa/It's Ok.
Teknik hanya diperlukan dalam penulisan. Penulisan memerlukan pembacaan yang kerap bagi menambahkan kamus arab dalam ingatan. Pertuturan memerlukan praktikal dan pembacaan. Kesimpulannya, Pertuturan, Pembacaan dan Penulisan saling memerlukan bagi mengukuhkan sesuatu bahasa.
Wallahua'lam.

3 kata penuh gaya:

Zalina Hassan Zamri 20 Julai 2011 pada 9:55 PTG  

haha.. lawak tol. semangat nak sharing. sampai skrg ni masih belajar bahasa arab itu. susah jugak..

Cahayamylife 22 Julai 2011 pada 8:13 PG  

@m!sZ zAL!nA
Saya pun terasa kesusahannya dalam mengarang

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP