Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

01 Jun 2009

Jaga saraf,sihat tubuh badan

Melalui penjagaan saraf,kita dapat menjaga dan memelihara prestasi akal supaya tidak lemah dan berkurangan. Seandainya urat saraf lemah,akan memberi kesan kepada akal kita kerana ia juga akan turut lemah dan buntu.Dan seandainya kesihatan urat saraf terlalu lemah dan kritikal,akan menyebabkan seseorang hilang akal dan tidak siuman lagi.


Berikut adalah penjagaan urat saraf:
Kurangkan minum kopi n teh. Kalau antum minum kopi lebih akan menyebabkan ketegangan saraf, darah gemuruh, sukar tidur, jantung berdebar-debar, membuang air kecil berlebihan,merosakkan buah pinggang,mempercepatkan penuaan, gastrik, darah tinggi, peluh yang berlebihan n sebagainya.So,tukarlah kepada susu.
Tidur haruslah mencukupi.
Elakkan tidur yang berlebihan.
Elakkan tidur selepas Subuh dan Asar.
Amalkan pemakanan yang seimbang, berzat dan berjadual. Makan secara sederhana iaitu tidak terlalu kenyang dan tidak terlalu lapar.
Rehat apabila badan memerlukan. Jangan melakukan sesuatu pekerjaan melebihi tahap kekuatan fizikal dan mental. Sekiranya badan atau fikiran terlalu letih,berikan sedikit kerehatan kepadanya.
Elakkan ketegangan fikiran.Banyakkan membaca Al-Quran, berwudhu',berzikir, berpuasa, dan bersolat serta bertemu dengan orang yang boleh menenangkan jiwa antum.
Kurangkan memakan makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa, pewarna, dan ubat tahan.
Melakukan onani.
Melakukan persetubuhan dengan kerap


Pemulihan Saraf:
  • Berehat dan berbaring di tempat tidur.

  • Banyak minum air susu.

  • Mandi dengan air hangat.

  • Banyak minum air oren, lemon dan segala jenis limau.

  • Makan makanan yang berselera.

  • Makan tomato secara mentah.

  • Kunyah dua atau tiga ulas bawang putih pada setiap pagi.

  • Makan telur separuh masak yang dicampur dengan madu dan beberapa biji badam pada setiap malam.


read more "Jaga saraf,sihat tubuh badan"

تمفت تيغكل ابليس



Anas bin Malik r.a berkata,iblis telah bertanya pada Allah, katanya, "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah pula tempat kediaman untukku." Firman Allah, "Tempat kediamanmu ialah di dalam tandas. "Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di Masjid, di mana pula tempatku berkumpul?" Firman Allah, "Tempat untukmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat beli-belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat"


"Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"Firman Allah, "Bahan bacaanmu ialah syair dan sajak yang melalaikan." "Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah, "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta"


"Wahai Tuhanku!Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk memanggil orang sembahyang,apa pula azan untukku?" Firman Allah, "Azan untukmu ialah seruling"


"Wahai Tuhanku!Engakau telah menghantar utusanmu dari para rasul dan juga para nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" Firman Allah, " Para utusanmu terdiri daripada bomoh,tabib,dan dukun yang menduakan aku." "Wahai Tuhanku!Engkau telah berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, pakah pula tulisan bagiku?"


Firman Allah, "Tulisanmu ialah tatu, gincu, serta lukisan dibadan." "Wahai Tuhanku!Engkau berikan anak Adam itu perangkap, apakah pula perangkap bagiku?" Firman Allah, "Perangkap bagimu ialah wanita" " Ya Tuhanku!Engkau telah berikan mereka minuman halal yang disebut namaMu,apakah pula minuman untukku? Firman Allah, "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya"
read more "تمفت تيغكل ابليس"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP