Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

05 Februari 2012

Ada Apa Pada Qasidah Ya Badrotim

Semua orang akan dengar qasidah apabila menjelang maulidurrasul. Tapi tak bermakna ingat Rasulullah dikala maulidnya sahaja.
Selalu je kat mana-mana ada nasyid yang bawa qasidah.
Ada yang sampai menangis mendengarnya.
Banyak-banyak qasidah, saya sukakan Ya Badrotim.
Yang lain pun sedap cuma yang ni je selalu dengar.
haha.
Jom layan lagu beserta lirik.
Ya Badrotim (Wahai Purnama)


Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali

Maza yu’ab, maza yu’ab

Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Famahauta bilanwari kulla dholali



Ya badrotim, Ya badrotim

Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wabikastanarol kaunu ya ‘alamal huda
Binnuri wal in’ami wal ifdholi



Ya badrotim, Ya badrotim

Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Abada ma’al ibkari wal asoli



Ya badrotim, Ya badrotim

Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wa’ala jami’iel ‘ali wal ashabi man
Qod khossohum robbul ‘ula bikamali



Ya badrotim, Ya badrotim

Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli


Wahai Purnama.. Wahai Purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana.. Bagaimana..
Nak kuluah dengan kata-kata

Engkau menyinar di alam tinggi..
di alam tinggi..
Terangi kegelapan dan kebatilan
Denganmu alam bergemerlapan
Bergemerlapan
Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan

Selawat Allah ke atasmu selamanya
Siang dan malam jua
Siang dan malam jua

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu
Mereka yang istimewa dan amat sempurna



read more "Ada Apa Pada Qasidah Ya Badrotim"

31 Januari 2012

Salah Sebut 'Semoga Bahagia ke Anak Cucu' dan Poligami

Cakk!
:D
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakyat jelata sekalian.
Apa habaq? Sihat naa.
Hah! Kenapa dengan tajuk di atas tu?
Agak-agak hari ini saya ingin berbicara tentang apa?
Ce teka! Ce teka!
Ala, masyarakat Melayu selalu sebut 'Semoga bahagia ke anak cucu'.
Maknanya bila?
Kebiasaannya ucapan ini dilontarkan sekiranya sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, mahupun sesiapa yang dikenali baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Kenapa saya kata salah sebut?
Sumber ini saya peroleh ketika mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Shah Alam baru-baru ini.
Sebenarnya kita digalakkan oleh Rasulullah sendiri untuk mengucapkan Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma filkhair.
Ala, yang anda semua selalu dengar di corong-corong radio dendangan Maher Zain tu.
Itu kan lagu untuk pengantin.
Tahu kan?
Ada sahabat saya pernah nyanyikan lagu itu dan ingin tujukan pada seseorang di blok hadapan.
Saya menegur, 'Eh, itu lagu kahwin la'
Dia menjawab, 'La..yeke. Mana aku tau'
بارك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في الخير
Yang bermaksud: Semoga Allah memberkati kamu ketika susah dan senang, dan sentiasa mengumpulkan kamu  dalam kebaikan.
Mengapa?
Sebab kita tak tahu jodoh kita bukan?
Tidak semua orang mempunyai satu jodoh sahaja dan tidak semua orang mempunyai jodoh lebih dari satu. Allah dah tetapkan yang terbaik buat kita.
Sebab tu kita hanya digalakkan untuk mendoakan keberkatan hidup pasangan tersebut.
Mengenai ceramah tersebut, saya tergelak bukan kecil tetapi besar ketika sesi soal jawab.
Ada satu soalan ini sangat mencuit hati.
Seorang suami telah bertanyakan kepada ustaz.
Dia menceritakan bahawa dia bekerja dengan isterinya.
Maknanya isteri dia boss la kan. Gaji si suami seharusnya RM6,000 tetapi setiap bulan isterinya hanya memberi RM3, 000 dengan alasan takut suami kahwin lain. Adakah boleh?
Ustaz tergelak lalu menjawab, tak salah lagipun dia simpankan duit suaminya. Tak digunakan pun.
Yang kelakarnya ustaz kata, 'Cerdik bini dia pergi cek dengan jabatan agama dulu syarat poligami mesti RM4,000'.hahaha
Haruslah saya suka kan.
hee~

read more "Salah Sebut 'Semoga Bahagia ke Anak Cucu' dan Poligami"

25 Januari 2012

Bagaimana Kita Ketika Masuk Sekolah Tadika?

Assalamualaikum dan Apa habaq warga Malaysia, Indonesia dan semua yang faham bahasa Malaysia aku yang bercampur-campur ni?
Terasa nak tanya hangpa pasal zaman hangpa kanak-kanak dulu. Time nak pi sekolah. Mesti ada yang menangis takmau pi dan tak kurang juga yang terlebih excited dan sampai mama mai sekolah ajak balik, lari takmau balik. Hari ni genap hari ke lima aku bekerja di sebuah taman didikan kanak-kanak sekitar ibu kota. (chewah, ayat gramatis sungguh!) Namun, baru hari ni aku terasa seperti hari pertama bekerja. Kalau dah hari pertama macam hari Isnin tu, apa cerita korang? Confirm layu dan sayu kan? (erk! mungkin aku je kot lagu tu). Even hari ini hari Rabu, tapi disebabkan minggu lepas aku balik-balik je ke Malaysia, esoknya terus bekerja. (Ayat gempak macam duduk luar negara) Jadi, tak terasa semangat tu lain. Masih segar. Ini, baru lepas cuti empat hari, makanya semangatnya pun entah ke mana. Dengan baru lepas menelan ubat semalam. Lambat pulak laloknya. Sudahnya sedar tak sedar je aku kerja tadi. Seriously, langsung tak larat nak senyum but still time ada baby tu datang dengan mama dia nak meneman abangnya yang melalak nak mama teman, sempat lagi aku main-main mata. Tergelak-gelak baby tu. haha.
Hangpa ingat tak time hangpa kecik-kecik masa sekolah tadika, pagi-pagi nak pi sekolah tu nangis dak? Kalau dulu, mungkin tadika setahun, terus masuk darjah satu. La ni ramai ja yang hantar anak-anak depa dua, tiga tahun dulu. Almaklumlah, parents la ni kebanyakannya bekerja dan mungkin kesempatan untuk meluangkan masa mengajar anak-anak mereka itu kurang.
Perihal si abang tadi yang tak mahu ditinggal mamanya ketika di tadika, mama dan papanya terpaksa menanti di sebelah kelas hampir 2 jam. Bila si abang tu tercari-cari, mamanya berkata, 'Ya, ada ni'. Tetapi aku pun tak berapa sedar sangat apa yang terjadi disebabkan keadaan aku yang separuh sedar.hee~
Yang aku nak ceritanya sejam selepas waktu rehat, ada seorang budak lelaki ni mendekat kepadaku.
"Cikgu, hari ini mama kita datang ambil. Mama kita datang cikgu"
"Yeke. Mama datang ye"
Terus dia berlari girang ke kelasnya. Aku sangkakan ayatnya itu disebabkan mamanya dah sampai tetapi rupanya mamanya cuti hari ni. Itulah kesempatan mamanya untuk mengambil si kecil itu. Mungkin sebelum ni maid yang ambil kot.
Teringat pula zaman aku di tabika Kemas dulu. Bangkit sahaja dari tidur, mama dah tiada. Yang ada cuma roti dan air di atas meja makan. Pagiku ditemani ayah yang menghantar aku ke sekolah hanya dengan berbasikal. Pulang sahaja dari sekolah, aku diambil oleh seseorang yang ditugaskan menjagaku sementara habis waktu kerja.
Aku akui aku seorang yang workaholic. Aku lebih mementingkan kerja dari diri aku sendiri. Mungkin sebab tu aku takut nak kerja lepas dah ada anak. Orang kata sebab takde tanggungjawab lagi. Siapa kata takdak? Tanggungjawab terhadap diri sendiri tu lagi penting kan. Itu yang aku cuba perbetulkan keadaanku.
Mama aku pun dah pesan, 'hang nak kerja, cari kerja macam cikgu. Jangan kerja office. Nanti kerja ke mana, suami ke mana, anak ke mana.' Aku? Tersengih ja la. (Memang aku suka kerja office lagi :) ) 
Anak-anak ni perlukan perhatian lebih. Kadang-kadang kalau dia buat perangai ni, sebab dia nak kita bagi perhatian pada dia. Entri aku yang lama-lama tu banyak dah cerita pasal budak-budak ni. Hangpa pun lebih tahu kot. Kat mana-mana boleh jumpa budak-budak. Pasal kat Malaysia ni takde undang-undang suruh bunuh bayi hidup-hidup. Yang mak pak depa sendiri rela nak bunuh tu ada la. Orang tak reti bersyukur kan. Orang yang tak pernah ada anak mesti kecewa dengan sikap hangpa ni. Ingat senang nak ada anak? Orang yang takde, sibuk nak anak. Yang ada, sia-sia kan pulak. 
Bila cerita pasal anak ni, asal aku baru nak malas sikit, mesti ada yang tegur, 'Nak anak buat lagu tu jugak ka?'
Asal aku buat salah sikit, ' Ingat, nanti anak-anak pun buat lagu tu, macam mana?'
Hurm..memang betul pun. 
Anak cerminan kita. Pasangan kita pun cerminan kita. Kawan kita pun cerminan kita. Sebab tu orang lelaki nak cari calon kena tengok  family  dia, kawan-kawan dia, bagaimana hubungan dia dengan manusia selain dengan Azza Wajalla. Aku selalu sebut, Terbaik untuk kita, tak semestinya terbaik untuk semua orang di sekeliling kita.
Salam perjuangan!
read more "Bagaimana Kita Ketika Masuk Sekolah Tadika?"

13 Januari 2012

Kes Rompakan di Rumah Wardina

Anda sudah baca artikel yang ditulis oleh Wardina Safiyyah sendiri mengenai kes rompakan yang berlaku di rumahnya baru-baru ini? Secara jujurnya, kisah yang dicoretkannya sangat meruntun hati, bergenang air mata saya. Pelbagai musibah menimpa insan yang kuat ini, sangat menguji keimanan menambahkan ketaqwaan mereka kepada Allah. InsyaAllah. Walaupun perasaan trauma itu masih membelenggu mereka sekeluarga, saya yakin Dia akan menggembirakan mereka dengan caraNya. Sebenarnya saya sangat tersentuh tatkala membaca perenggan ini.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia. 

Allahu Akbar! 'Hak' yang harus dijaga. Sangat bertuah Wardina dikurniakan Ikhwan. Ingatlah sayang, aib orang jangan dibuka, hatta aib sendiri. Saya pernah berikan doa agar Allah pelihara aib kita. Tapi jangan sesekali buka keaiban orang lain. Kita tiada hak untuk itu. Sedangkan apa yang kita ada, semuanya milik Dia.

dan ini

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.
“ Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk” Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk” “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan” “Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya” (Quran, Al-Falaq:1-5)
Saya ,Amna dan Azra membacanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua " Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka " doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa ketawhidan Illahi yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak Jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Allahu Akbar! Tiada yang lain melainkan Allah. Hanya Dia yang mampu memberi pertolongan. Walaubagaimanapun teruskan pembacaan anda tentang kisah ini di facebook Wardina Safiyyah OfficialPage ataupun di website beliau sendiri wardinasafiyyah.com.

p/s:Nak perayaan ni, hati-hati ye semua.
Peringatan untuk diri sendiri juga.
read more "Kes Rompakan di Rumah Wardina"

09 November 2011

Cara untuk Dapatkan Semula Barang yang Dicuri


Raya haji baru ni, aku telah pulang ke tempat kelahiranku. Di rumah itulah aku lahir. Yang bagusnya, bidan yang sambut aku datang rumah cari nenek aku. Kebetulan aku kat dapur.
Mak Muda : mek mano?
Mak: Gi seberang. 
Pastu dia tengok aku dari atas sampai bawah. 
Mak Muda: Hok sulong ko ni? 
Mak: Hola.
Mak Muda: Masya Allah. Besar dah.
Pastu dia pergi biarkan aku terpinga-pinga. Mak aku pun kabola, dia tu sambut aku masa lahir dulu. Almaklumlah, aku pun dah tua. Confirm dia tak sangka. Yang aku hairan, tiap tahun aku jumpa dia, takde lagu tu pun. hahaha.
Eh, terkeluar topik.
Okey, masuk balik cerita. Malam Isnin lepas solat, tetiba nenek aku datang kepada aku bersama sebuah Al-Quran. Jeng jeng jeng. Tetiba beliau menunjukkan satu ayat di dalam surah Luqman.
Nenek: Acu terjemah ayat ni.
Alamak, kantoi arab aku failed. Dah la aku tak solat, makanya aku tak bawak quran sendiri. Setakat terjemah buat kesimpulan boleh la aku skip-skip.Ni dia nak sebijik-sebijik. Dengan pantasnya aku mengeluarkan laptop dan mencari ayat tersebut.
APAKAH AYAT TERSEBUT?
Sila lihat surah Luqman ayat 16 sekarang. Apakah yang anda jumpa?
print screen di mic word. harap jelas
Maksudnya: 16.  (Luqman berkata): "Hai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus[1181] lagi Maha Mengetahui.

[1181]  yang dimaksud dengan Allah Maha Halus ialah ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya.

Ayat ini biasa sangat kita dengar, cuma mungkin antara kita jarang praktikkan. Maklum sahaja setiap ayat Allah itu punyai keistimewaannya yang tersendiri.
Okey, kita sambung cerita.
Aku pun terangkanlah satu-satu maksud di situ. Dan nenek aku bersuara.
Nenek: Hah, ni nenek nak ghoyaknyo. Ada orang ni barang dia kene curi. Tapi nak dijadikan ceritanya, orang ni jumpa la natu (menantu) dia. Kiro orang alim-alim jugok la. Natu dyo ni suruh la baca ayat ni selama 13 hari. Ngam-ngam lepas hari ke 13, orang yang curi tu pun datang pulangkan barang tu.
Aku: Owh..memang ye la. Sesuai dengan ayat  يأت بها الله  ni. Memang Allah datangkan balasan untuknya tu.
Tiba-tiba bapak aku datang mendekat dan bertanya apa yang sedang kami bincangkan. Nenek aku pun terangkan la.
Abah: Agaknya orang tu takleh nak sentuh barang tu gamaknya. Ada lagi satu surah. Ustaz cakap surah Adh-Dhuha. Tapi tak ingat ayat mana.
Aku pun dengan pantasnya mencari di dalam mic word. Jumpa!
Aku: Owh.ayat 7 ye?
Abah: Hah! Betul2.
Aku: Ayat ni bermaksud 7.  Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung[1583], lalu dia memberikan petunjuk.
[1583]  yang dimaksud dengan bingung di sini ialah kebingungan untuk mendapatkan kebenaran yang tidak bisa dicapai oleh akal, lalu Allah menurunkan wahyu kepada Muhammad s.a.w. sebagai jalan untuk memimpin ummat menuju keselamatan dunia dan akhirat.
Sesuailah dengan ayat Allah ni kan.

Akhirnya semua beransur ke tilam masing-masing.haha. Tamatlah tazkirah hari ini ye.
p/s: hope korang pahamla cerita aku ni.
read more "Cara untuk Dapatkan Semula Barang yang Dicuri"

03 November 2011

Siri Pengajian Pengubatan Islam



Sudahkah anda mendapatkannya?

Siri yang diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa) & Koperasi Darussyifa' Berhad ini baru sahaja saya dapatkan pagi tadi di hadapan perpustakaan. Murah sahaja okey. Satu jilid RM20. Satu set RM100. Sebenarnya ada beberapa isinya yang sudah saya baca terlebih dahulu di laman mereka tetapi pastinya apa yang tertulis di buku berbeza dengan apa yang tertulis di laman sesawang. Di laman mereka hanya seperti hujung kuku jari ni je ha. Mukadimah pun tak cukup. Kalau tak, takkan nak diterbit buku pula. Ye dak? Memang banyak perbezaan dari segi huraiannya. Itu sudah tentu. (Hakikatnya saya salah seorang penerima rawatan Darussyifa' :) ) Buku hasil karangan Dr Haron Din ini insyaAllah sedikit sebanyak membantu anda dalam mencari penawar bagi permasalahan kesihatan anda.

Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahualaihi wasallam:
'لكل داء دواء، فإذا أصيب دواء الداء برأ بإذن الله عز وجل'
'Setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka apabila dijumpai ubat kepada suatu penyakit itu, nescaya disembuhkan dengan izin Allah Azza Wajalla.'

Ingat ya sahabat-sahabat sekalian, jangan bergantung kepada manusia, tetapi bergantunglah kepada Allah. Manusia hanya sebagai pengantara. Cari penawar biarlah yang bersumberkan AL-QURAN bukan dari unsur JIN mahupun SYAITAN.
Sebagaimana firman Allah subhanahu wataala:
"وننزل من القرءان ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين"
"Dan Kami turunkan daripada Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman"

Walaubagaimanapun, anda harus ingat bahawa setiap penyakit itu adalah ujian. Setiap ujian adalah kifarah atas dosa-dosa lalu. Apa-apa pun, rohani kita yang harus dijaga molek dan baik. Sihat rohani, sihatlah jasmani.

nota kaki: Kenapa ayat aku makin lama, makin skema ni?
read more "Siri Pengajian Pengubatan Islam"

24 Ogos 2011

Positif? Pregnant? Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt.

Fuh, lamanya tak menyuakan diri. Eh, salah ayat. Lama kita tak bersua di blog yang berwarna pink belacan ni. Ye ke pink? Hakikatnya hati ni rasa rindu nak menulis di sini. Tapi kerja yang bertimbun di office, Ramadhan yang semakin berlalu, membuatkan diri hanya mampu melihat tanpa mampu menaip sepatah pun untuk dikongsi bersama semua pembaca-pembaca blog ini, sama ada baru mahupun yang sudah setia menyinggah di laman usang ini.
Usang tak usang jugak la. Sudah bernafas baru tetapi isinya yang semakin lama semakin lapuk membuatkan ianya semakin usang. Namun, setiap bait dan isi denga penghayatan bersama, sangat berguna untuk kita gunakan dalam seharian serta hari yang mendatang.
Kenapalah ayat aku ni berbunga-bunga saje.Ok2.
Pertamanya alhamdulillah sudah positif mengandungkan cahaya pertama setelah bernikah pada Jun lalu di masjid Tanah Merah dan resepsi di rumah Felda Kemahang. Penat tak penat jugak time tu. Eh, kembali ke masa lalu pula. So, tahniah kepada pasangan kakak dan abang ipar aku.

Sebenarnya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua bakal-bakal pengantin yang bakal akad nikah pada Syawal nanti. Bukan Ramadhan. Tapi kalau ada yang bernikah pada Ramadhan ini, barakallahu lakuma. Moga jihad anda berterusan. Hati cekal la ni kan nikah waktu puasa2 ni. :D

Eh, dah nak Syawal ke?
Aku baru sedar yang Ramadhan dah nak pergi.
Betapanya aku ni terlalu leka sampai tak sedar waktu yang penting dan genting ini semakin beransur meninggalkan kita.
Tetapi berapa orang yang menghargai waktu-waktu sebegini?
Kita bukan menyembah Ramadhan. Tetapi kita mengambil kesempatan dengan nikmat dan peluang yang Allah berikan pada kita.
Sungguh, Ramadhan kali ini terasa kelainannya.
Aku rasa seperti nikmat dan hikmah terpancar di sebalik penderitaanku yang lalu.
Apa lagi aku yang sebagai hamba ni mampu lakukan setelah hampir semua permintaan diperkenankan?
Ye. Hampir.
Aku hanya hamba. Insan biasa. Yang tidak pernah puas dengan apa yang terbentang di depan mata.
Tapi hati aku sentiasa mengingatkan diri, Allah Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang kita perlu.
Allah akan memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
Perlu dan Mahu berbeza bukan?
Nah, cuba tanya dan jawab sendiri.
Apa yang kamu perlu dalam hidup?
Apa yang kamu mahu dalam hidup ni?
Pastinya senarai untuk Mahu itu lebih panjang melebihi ketinggian kamu berbanding senarai Perlu itu.
Sering sahaja kita mula menyalahkan takdir, orang lain, tidak berpuas hati dengan itu dan ini, tetapi pernah kita fikir, dengan siapa kita tak puas hati?
Dengan siapa kita marah?
Jangan lihat dengan mata kasar, Lihatlah dengan mata hati.
Sungguh penyesalan bertamu di sanubari.
Kenapa dengan Allah pun kita nak berkira?

Aku rasa pernah cerita pasal seorang hamba Allah yang sangat kuat beribadah, segalanya sempurna.
Sampai masa dihisab, dia ditetapkan sebagai ahli syurga.
Tetapi dia tidak berpuas hati kerana dia mengharapkan ganjaran yang lebih dari itu.
Apa yang terjadi selepas itu?
Allah ambil sebiji mata dia dan letak di neraca timbangan. Sebelah timbangan lagi adalah amalan kebaikannya.
Apa yang terjadi?
Yang manakah lebih berat?
Amalannya atau Matanya?
Pastinya matanya yang lebih berat.
Apakah selayaknya dia meminta lebih sedangkan sekiranya nikmat penglihatan sebelah matanya itu Allah tarik?

Bonda selalu mengingatkan tika aku sedang terlantar sakit, aku punyai pelbagai lagi nikmat anggota yang masih boleh berfungsi, kenapa perlu persoalkan yang satu itu?
Allahu Akbar, terlalu banyak dosa kita.
Sebab itu digalakkan solat sunat taubat dilakukan setiap hari.
Solat sunat taubat bukan dikhaskan untuk dosa besar sahaja.
Sebenarnya malas juga nak tiba ke Syawal ni sebab lepas Syawal ni lagi banyak kerja.
:D
Selamat Menghayati Malam Lailatul Qadar!
read more "Positif? Pregnant? Alhamdulillah"

12 Ogos 2011

Perdebatan antara Professor dan Pelajar Mengenai Kewujudan Tuhan

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang

 dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau

 bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh

Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan

itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang

 dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu,

 beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.
Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-

apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains 

menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada

 Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun

 tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah

 takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk.

 Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang

 malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil

 kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin

 bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan

 yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita

 ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah

 "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak

 kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu

 sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud

 sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang 

memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh

 membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar

 pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada

 siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang

 boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan,

 bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan

 itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya (Nurul Naimullah-writer) dapat dari rakan dan ianya didalam English, saya terjemahkan

 sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita

 benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.
read more "Perdebatan antara Professor dan Pelajar Mengenai Kewujudan Tuhan"

10 Ogos 2011

Sujud Lama Saat Sujud Terakhir

Soalan:
Benarkah tidak ada nas yg mengharuskan kita sujud lama sedikit semasa sujud tahiyyat akhir ? Maksudnya selepas baca bacaan sujud kita pun terus baca dlm hati doa2 tertentu. Sebab ada yg kata Nabi pun buat begitu jugak.



Jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد

- Di dalam sembahyang fardhu, tiada diriwayatkan hadis2 Nabi memanjangkan sujudnya melebihi kadar biasa, malahan sembahyang Nabi SAW adalah sembahyang yg sangat pertengahan. Dan Nabi SAW mengarahkan imam2 supaya meraikan warga tua, kanak2, dan orang kurang upaya.

-Di dalam sembahyang gerhana matahari, sabit dalam hadis sahih bahawa baginda memanjangkan sujudnya, sehingga Aisyah r.a. berkata: “AKu tidak pernah sujud selama itu”. HR Bukhari 1/357

-Di dalam qiyamullail (solat malam) baginda SAW pernah memanjangkan sujudnya, sebagaimana hadis Aisyah r.a. “Bahawa Rasulullah saw sembahyang 11 rakaat. Sembahyang baginda, sekali sujudnya adalah sekadar seseorang membahca 50 ayat”.
HR Bukhari 1/378

-Cuma memanjangkan sujud hanya pada sujud terakhir (sebelum tasyahhud akhir) tidak ada dalil yg menunjukkannya.
kata syeikh Jibrain: “Aku tidak pernah ingat ada dalil yg menunjukkan dipanjangkan sujud terakhir. Yang ada ialah hadis2 yg menjelaskan tentang persamaan antara rukun2 smbahyang, atau rukun2nya adalah lebih kurang sama panjang”.
-Fatawa Islamiyyah m/s 285
read more "Sujud Lama Saat Sujud Terakhir"

04 Ogos 2011

Masuk Syurga Kerana Sehelai Bulu Mata

  • Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah kerana sia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu", ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, "Saya yang memandangi." Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas." Kaki menyusul, "Saya yang diguna untuk berlari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut."

"Nah! Kalau ku biarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu.", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah Nabi pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergema kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan sehelai bulu mata."

Okey, harap harap takde yang terbayang.hee~
Ni schedule je.
Aku letak malam je la, takut ada yang cancel pose.
Ramadhan Kareem
read more "Masuk Syurga Kerana Sehelai Bulu Mata"

03 Ogos 2011

Hujah Dari Mengelak Hipokrit Bertudung

Seperti yang saya janjikan semalam, saya keluarkan juga artikel sebagai pengisian rohani kita di bulan yang mulia ini. Sedikit sebanyak memberi panduan buat kita semua dan kepada muslimah sama ada mukminah mahupun tidak, anda tersinggah di sini, sila la baca dan hayati. Saya tahu ramai diantara kita terpinga-pinga untuk melibas semula hujah yang diberikan yang kononnya jujur tidak mahu hipokrit.


Assalamualaikum... pernah dengar tak ayat yang nadanya sebegini "buat apa saya nak hipokrit! saya memang jenis yang tak pakai tudung pun! inilah diri saya yang sebenar! buat apa nak berpura-pura.. orang yang pakai tudung tu pun bukannya baik sangat!" dan bila terdengar hujah sebegini, kita pun terpaku. lidah kita pun menjadi kelu. tak pandai nak berhujah rasanya dengan orang yng macam ni.. betul kan?

teringat kata-kata guru saya "jika sesuatu hujah tu dari seorang yang fasik, semestinya hujahnya rapuh. sebab yang menjadi inspirasi bagi orang fasik ialah syaitan.. dan tipudaya syaitan sangatlah lemah.."

mari kia analisis hujah tadi.. apabila kita berhadapan dengan orang sebegini.. kita seolah-olah dikaburi oleh sikapnya yang jujur dan tidak hipokrit.. justeru, yang nampak ialah kejujuran dan keluhuran budi orang yang berkata-kata.. namun, apa yang diselindungkan dari kita ialah kedurhakaannya pada perintah Allah.. seolah-olah dia berkata.. takpelah kalau derhaka pun asalkan dia jujur.. tak apelah kalau rambut saya buat maksiat, yang penting hati saya bersih.. betul kan?

jika kita berhadapan dengan orang sebegini, apa yang perlu kita buat? saya cadangkan beberapa step..

1- soal balas dia dengan ajukan pertanyaan.. siapa yang kata bahawa lebih baik tak pakai tudung tapi jujur daripada pakai tudung tapi hipokrit? ulamak mana yang kata? kitab mana? guru mana? kalau dia tak boleh nak jawab maka teranglah ulamaknya ialah syaitan.. kitabnya ialah syaitan dan gurunya ialah syaitan!

2- bagi dia satu persoalan dalam bentuk analogi: jika seorang ayah mempunyai dua orang anak yang jahat. seorang berpura-pura baik dan amat bersopan depan ayahnya, manakala yang sorang lagi terang-terang menunjukkan kejahatannya di depan ayah. soalan saya: siapakah yang akan kena pukul dahulu?

3- soalan lain: seorang pencuri yang berlakon alim, dengan seorang pencuri yang menzahirkan kejahatannya. yang mana kena tangkap dahulu?

4- selepas membaca analogi saya tadi apa pendapat anda? mana yang lebih baik? yang bertudung tapi hipokrit atau yang tidak bertudung tapi jujur?



begitulah step yang saya susun untuk berhujah dengan orang sebegini. apa yang penting, berusahalah untuk meletakkan kejujuran ditempat sepatutnya.. jangan disalah letakkan.. dan jangalah hendaknya kita meletakkan kasut di tangan sambil berkata, "saya meletakkan kasut di tangan disebabkan saya berjalan dengan kaki.. " seseorang yang waras sekali-kali tidak akan dapat memahami kata-kata anda itu..


salam...
ustazshafiee
kualaterengganu
malaysia


Harap anda faham apakah aurat kita. Aurat wanita bukan rambut. Islam tak suruh bertudung tetapi menutup aurat. Tidak kisahlah anda nak tarik cadar, balut aurat. Atau nak pakai je telekung tu ke mana-mana. Unless tertutup aurat bukan nampak bayang-bayang. Serupa tak payah pakailah sayang. Buat seksa orang tengok saje. 
Memang benar berpura-pura itu munafik. Tetapi adakah jujur anda itu bertempat? Adakah selama-lamanya anda mahu begitu? Apakah anda rasa layak untuk berada di bumi Allah? Cubalah cari planet yang bukan milik Allah. Punya banyak nikmat yang Allah beri, suruhan Allah yang sedikit itu pun kita tidak mahu lakukan. Pakwe baru bagi hadiah teddy bear, dah nak balas macam-macam. Allah tu kan kekasih yang tiada bandingnya. Salahkah kita melakukan kewajipan? Jujur atau tidak, itu belakang kira. Wajib tu yang harus diambil kira. Kanak-kanak lima tahun, dalam fikirannya hanya bermain, bermain, dan bermain. Adakah dia akan berfikir seperti kita mengenai masalah, mengenai tanggungjawab, mengenai kewajipan? Tidak. Tetapi dari mananya timbul rasa tanggungjawab sebagai hamba pada masa akan datang kalau bukan kita yang mendidiknya? Adakah pada ketika itu dia merasa seronok untuk belajar solat atau bertudung? Saya sarungkan tudung sekejap sahaja, sudah ditanggal semula. Tetapi begitulah cara mendidik. Sedikit demi sedikit dia mengenali kewajipan dan keikhlasannya muncul kerana dia tahu tak tutup aurat masuk neraka, tak solat masuk neraka.  Jadi bagi yang sudah baligh, rasanya tidak perlu dididik seperti anak kecil. Cukup sekadar sedikit teguran atau motivasi kerana anda sudah tahu cuma hipokrit untuk menerimanya.
p/s:Semoga semuanya terjawab. Ramadhan Kareem.
read more "Hujah Dari Mengelak Hipokrit Bertudung"

01 Ogos 2011

Perdebatan Antara Wanita Bertudung dan Tidak


Saya pasti setiap jawapan yang ringkas dan padat ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita sama ada lelaki mahupun perempuan. Masing-masing ada aurat masing-masing. 
Ayat yang paling saya suka adalah 'Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. Ia mengingatkan saya mengenai galasan tugas bahagian dakwah. Terdapat beberapa pelajar memberi alasan tidak mahu hipokrit. Tidakkah mereka sedar bahawa makna wajib tu sangat2 perlu dilakukan walau benci sekalipun. Tidakkah mereka sedar akan kebaikan suruhan itu dan keburukan mereka menidakkannya? Sedangkan para saintis juga menemui kebaikan memakai tudung dari sudut sains. Saya yakin aurat ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita. Jangan menidakkan kebatinan anda terusik melihat aurat wanita. Melainkan mati pucuk. Tu saya tak tahu. Yang penting, waima lelaki ini kerap melihat aurat wanita sehingga jelak, pastinya merasakan kelainannya apabila dibandingkan dengan yang menutup aurat. Indahnya Islam memelihara maruah kita. Tetapi mudahnya kita menolak suruhanNya.
Ingin sekali saya beri peringatan, dosa bukan ditanggung oleh diri sendiri sahaja. Malahan orang sekeliling kita. Hatta dosa pemimpin kita pun kita yang akan tanggung. Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Kampung, malahan ketua keluarga tetap kita akan terkena tempiasnya. Sebab tu bala' diturunkan kepada semua. Mana ada tsunami kena pada satu kawasan kecil sahaja. Habis satu negara menjadi padang jarak padang tekukur. Sehingga kita sendiri yang berlainan negara turut terkena tempiasnya.
Ingatan untuk diri saya juga. Sama-samalah kita muhasabah dan perbaiki diri kita.
Wallahu a'lam.Lusa nantikan cara membalas hujah dari seorang yang fasik mengenai bertudung yang telah disediakan oleh Ustaz Shafiee,KT.
p/s:Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam di serata dunia. Ramadhan Kareem.
read more "Perdebatan Antara Wanita Bertudung dan Tidak"

31 Julai 2011

Apakah Tahap Nafsu Anda?

Sebagai pengisian rohani sebelum menjelangnya Ramadhan dan malam ni kita bakal bermula solat terawih.
Semua sedia maklum puasa ni bukan setakat puasa makan, tetapi semua. Everything kene jaga.
Okey2. Artikel di bawah ni memang copy sahaja di forum Malaysiaria sebagai koleksi tazkirah saya di sini. Harap anda dapat fahami. Syukran wa Ramadhan Kareem.

adakah ANDA pernah MENDIDIK nafsu ANDA?

bagaimana cara ANDA mendidik nafsu yang terbaik?

BERJAYAKAH anda mendidik nafsu ANDA?

kalau ikut tingkatan nafsu, nafsu ada 3 tahap.
1. nafsu ammarah
2. nafsu lawwamah
3. nafsu mutmainnah

kalau ikut para sufi, nafsu ada 7 tahap.
1. nafsu ammarah
2. nafsu lawwamah
3. nafsu malhamah
4. nafsu mutmainnah
5. nafsu radhiah
6. nafsu mardhiah
7. nafsu kamilah


"bahawa nafsu itu ibarat anjing yg sangat liar, jika dididik dgn cara yg betul, anjing itu akan patuh dgn tuannya, bahkan boleh menjaga harta benda dan boleh memandu org yg buta, boleh juga kesan dadah (kiasan kpd kejahatan), anjing itu menggigit jika perlu shj"

  1. Nafsu Amarah

    Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor disisi Allah.

    Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan / keburukan).

    Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu ma’rifat benar-benar terkunci.

    Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

    Firman Allah s.w.t., mafhumnya :
    “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya.”

    “Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji (mungkar).”

    “Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus.”

    Dalam kehidupan seharian segala hukum-hakam, halal-haram, perintah dan larangan tidak pernah diambil peduli.

    Malah buat kejahatan itu sudah sebati. Tidak ada penyesalan, malah kadang-kadang bangga buat jahat.

    Contohnya dia berbangga dapat merosakkan anak dara orang, bangga dengan kehidupan songsang, minum, berjudi, pergaulan bebas malah jadi barat lebih dari orang barat.

    Bagi mereka pada peringkat nafsu ini, konsep hidupnya adalah sekali, jadi masa mudalah untuk seronok sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas.

    Baik jahat adalah sama sahaja disisinya tanpa ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang bila boleh buat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas. Itulah sebabnya kadang-kadang ada yang dapat nak mengawalnya dari melakukan sesuatu yang jahat.

    Dah jadi hobi. Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana firman-Nya, mafhumnya :

    “Tidaklah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya (amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya (telinga batin) dan hatinya dan penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup.”

    Manusia pada peringkat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan.

    Firman Allah s.w.t., mafhumnya :
    “Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa.”

    Jelasnya pada peringkat ini segala tindak tanduknya adalah menuju dan mengikut apa kehendak syaitan yang mana telah dikuasai sepenuhnya olehnya (syaitan).

    Rupa sahaja manusia, tapi hati dikuasai syaitan.
    Pada peringkat ini, manusia itu tak makan nasihat. Tegurlah macam mana pun. Dia tetap tak akan berubah kecuali diberi hidayah oleh-Nya.

    Mereka tidak pernah takut pada Allah dan hari pembalasan. Malah meremehkan lagi ada. Mengejek dan mencemuh. Mereka tidak pernah peduli dengan ancaman Allah seperti :

    “Akan dicampakkan ke dalam Neraka Jahannam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memerhati, mempunyai mata tidak melihat, mempunyai
    telinga tidak mendengar. Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang kerana mereka termasuk di dalam golongan yang lalai.”

    Mereka suka mencela orang lain, memperbodohkan kelemahan orang lain dan melihat dirinya sendiri serba sempurna. Mereka tidak pernah menyandarkan hasil usahanya kepada Allah. Mereka fikir apa sahaja kejayaan mereka adalah hasil titik peluh diri sendiri.

    Jiwa mereka pada tahap ini adalah kosong dan hubungan dirinya dengan Allah boleh dikatakan tidak wujud.

    Dalam konteks penerimaan ilmu, orang yang bernafsu amarah hanya berupaya menerima ilmu di peringkat ilmu Qalam. Terutamanya yang mementingkan soal-soal
    lahiriah dunia sahaja. Tak ada minat kepada pelajaran agama dan hari akhirat.

    Pada peringkat tidak ada peluang sama sekali untuk menerima ghaib dan ilmu syahadah selagi hatinya kotor dan tidak disucikan dengan pembersihan zikrillah yang mempunyai wasilah bai'ah dengan Rasulullah s.a.w.

    Untuk membebaskan diri dari cengkaman nafsu ini hendaklah menemukan jalan wasilah ilmu Rasulullah s.a.w. dengan menerima tunjuk ajar dari ahli zakir iaitu Guru Mursyid yang dapat memberikan petua-petua penyucian diri dan penyucian jiwa yang mempunyai mata
    rantai dengan Rasulullah s.a.w.

    Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya :
    “Tiap sesuatu ada alat penyucinya dan yang menyuci hati ialah zikir kepada Allah.”

    Pada tahap amarah ini kalau berzikir pun hanya di bibir sahaja tanpa meresap ke dalam jiwa. Amarah tidak mengenal sesiapa, malah ahli kitab sekalipun.

    Walaupun ada kelulusan Al-Azhar, walupun berserban besar dan berjubah. Amarah tidak pernah takut dengan itu semua malah lagi senang ia menyerang.

    Yang ia takut hanyalah zikrillah.

    Sabda Rasulullah s.a.w:, mafhumnya :
    “Sesungguhnya syaitan itu telah menaruh belalainya pada hati manusia, maka apabila manusia itu berzikir kepada Allah, maka mundurlah syaitan dan apabila ia
    lupa, maka syaitan itu menelan hatinya.”




  1. Nafsu Lawwamah

    Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah.

    Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri.

    Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan di lubuk hatinya. Inilah yang dikatakan lawwamah.

    Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah dan Rasulullah atas keterlanjurannya.

    Ianya ibarat taufiq dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus.

    Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya :
    “Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya sendiri.”

    “Barangsiapa yang hatinya menjadi penasihat baginya, maka Allah akan menjadi pelinding ke atasnya.”

    Tapi bila seseorang itu meningkat ke martabat nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi isyarat lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-kelamaan isyarat ini akan padam dan malap.

    Hingga jatuhlah kembali pada tahap nafsu amarah kembali. Sebab itu kadang-kadang kita tengok sekejap orang tu baik, sekejap berubah jahat kembali. Kemudian berubah balik. Inilah bolakan hati yang di sebabkan oleh keadaan nafsunya yang berubah-ubah.

    Firman Allah s.w.t., mafhumnya :
    “Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti (suruhan jahat) mereka setelah datang ilmu (isyarat lawwamah) kepadamu, sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.”

    “Sesungguhnya petunjuk Allah ialah petunjuk yang sebenarnya. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan (jahat dan keji) mereka, setelah ilmu diperolehi (datang kepadamu) maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

    Pada tahap lawwamah ini masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah tapi jumlahnya mulai berkurang sedikit. Keinsafan memancar. Sekiranya dia terus mematuhi isyarat lawwamah yang ada, sedikit demi sedikit sifat-sifat keji dapat dihapuskan.

    Pada peringkat ini dia banyak meneliti diri sendiri dan merenung segala kesilapan yang lampau. Bila perasaan menyesal datang, orang-orang pada peringkat sangat mudah mengeluarkan air mata penyesalan. Kerap menangis dalam solat, atau bila sendirian, sewaktu berzikir, berselawat.

    Air matanya bukanlah disengajakan tetapi berlaku secara spontan. Inilah dikatakan sebagai tangisan diri.

    Pada peringkat ini mula banyak mengkaji dan meneliti alam dan kejadian. Malah sentiasa membandingkan sesuatu dengan dirinya. Mereka juga menjadi gila untuk beribadat dan cenderung kepada perbincangan berkaitan soal mengenal diri dan mula jemu dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama.

    Perubahan ini boleh jadi mendadak sekiranya kita terjun ke alam tasauf.

    Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya :
    “Bahawasanya orang-orang Mukmin itu perhatiannya pada solat, puasa dan ibadat dan orang munafiq itu perhatiannya lebih kepada makanan dan minuman seperti halnya binatang.”

    “Sedikit taufiq adalah lebih baik dari banyak berfikir dan berfikir perkara duniawi itu mendaruratkan dan sebaliknya berfikir perkara agama pasti mendatangkan kegembiraan.”

    Pada tahap ini sudah mementingkan akhirat dari dunia.

    Namun begitu walau nak dibandingkan dengan amarah ia lebih tinggi sedikit, namun sekali-sekala ia tidak terlepas juga dari jatuh kedalam jurang dosa dan kejahatan.

    Imannya masih belum kuat.Namun ia cepat sedar dan cepat beristighfar minta ampun kepada Allah.

    Firman Allah s.w.t., mafhumnya :
    “Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah.”

    Sebagai contoh kalau tertinggal solat terdapat perasaan kecut hati dan cepat menyesal sehingga terus pergi qadha.

    Antara sifat nafsu lawwamah adalah :
    1. Mencela diri sendiri.
    2. Bertafakur dan berfikir.
    3. Membuat kebajikan kerana ria.
    4. Kagim pada diri sendiri yakni 'ujub.
    5. Membuat sesuatu dengan sum'ah agar dipuji.
    6. Takjub pada diri sendiri.

    Sesiapa yang merasa berdegup di hati sifat seperti di atas masih lagi berada pada tahap nafsu lawwamah.

    Ianya adalah terdapat pada kebanyakan orang awam.

    Harus kuat berzikir lagi untuk menembus dan menyucikan sisa-sisa karat hati. Zikir pada peringkat nafsu ini masih lagi di bibir tetapi kadang-kadang sudah mulai meresap masuk ke lubuk hati tapi dalam keadaan yang tidak istiqamah.

    Pada peringkat ini memang sudah timbul gila beribadat sehingga kadang-kadang merasa dirinya ringan dan melayang, kadang-kadang macam hilang dirinya.

    Rasa semacam semut berderau diseluruh tubuhnya terutama pada bahagian tulang belakang dan tangannya. Keadaan beginilah menimbulkan keasyikan yang menyeronokkan

    Pada pringkat ini sudah boleh menerima sedikit ilham hasil dari dzauk dan kadangkadang mengalami mimpi yang perlu ditafsir kembali oleh guru.

    Bila berterusan dengan petua dan amalan yang diberi oleh guru Insya-Allah nafsunya lawwamah ini akan meningkat kepada tahap seterusnya.
    dengan amalan zikir dan ibadat lain.


  1. Nafsu Mulhamah

    Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwamah. Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.

    Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari Malaikat atau Allah.

    Firman Allah s.w.t. mafhumnya :
    "Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya (nafsu).”

    Makam nafsu ini juga dikenali dengan nafsu samiah. Pada pringkat ini amalan baiknya sudah mengatasi amalan kejahatannya.

    Sifat mazmumah telah diganti dengan mahmudah. Sikap beibadat telah tebal dan amalan guru terus diamalkan dengan lebih tekun lagi.

    pada penyesalan pada peringakat lawwamah tadi terus bersebati di dalam jiwa. Isyarat lawwamah sentiasa subur. Sesungguhnya taubat orang peringkat mulhamah ini adalah “taubatan nasuha”. Bukan sahaja di mulut tetapi haqiqi.

    Dalam kehidupan sudah terbina satu sikap yang baik, tabah menghadapi dugaan, bila terlintas sesuatu yang ke arah maksiat cuba-cuba memohon kepada perlindungan dari Allah.

    Firman Allah s.w.t., mafhumnya :
    “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan.”

    Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya :
    “Barangsiapa yang merasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah (gelisah) dengan kejahatan yang dilakukan, maka itu orang-orang Mukmin.”

    Zikir pada tahap ini telah menyerap ke dalam lubuk hatinya bukan sekadar berlewalewa dibibir sahaja lagi. Malah sudah menerima haqiqat nikmat zikir dan dzauk. Bila disebut nama Allah rindunya sangat besar, berderau darahnya dan gementar tubuhnya tanpa disengajakan.

    Firman Allah s.w.t., mafhumnya :
    “Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu, bagi mereka apabila sahaja disebut nama Allah, nescaya gementarlah seluruh hati mereka.”

    Perasaan ini terus menjalar sehingga bertemu kekasihnya.

    Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah :
    1. Sifat-sifat ketenangan, lapang dada dan tidak putus asa.
    2. Tak sayangkan harta.
    3. Qanaah.
    4. Berilmu laduni.
    5. Merendah diri/ tawwadu'.
    6. Taubat haqiqi.
    7. Sabar haqiqi.
    8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan.

    Mereka pada tahap ini mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni kerap kali mulai mencapai fana’ yang menghasilkan rasa ma’rifat dan haqiqat (syuhud) tetapi belum teguh dan kemungkinan untuk kembali kepada sifat yang tidak baik masih ada.

    Kebanyakan orang cepat terhijab pada masa ini kerana terlalu asyik dengan anugerah Allah padahal itu hanyalah ujian semata-mata.

    Dalam konteks ilmu pula mereka bukan sahaja menguasai ilmu qalam malah sudah dapat menguasai ilmu ghaib menerusi tiga cara laduni iaitu nur, cara tajalli dan cara laduni di peringakat sirr.

    Yang dimaksudkan dengan laduni peringkat sirr ialah menerusi telinga batin yang terletak ditengah-tengah kepala yang biasanya dipanggil bahagian tanaffas.

    Suara yang diterima amat jelas sekali. Tak ubah seperti mendengar suara telefon. Pada masa yang sama pendengaran zahir tetap tidak terganggu walaupun masa menerima laduni sirr itu ada kawan berbual.

    Biasanya suara ghaib itu adalah Waliyulah atau Ambia’ yang merupaka guru-guru ghaib yang bertugas mengajar ilmu ghaib pada mereka yang diperingkat mulhamah.

    Tapi perlu ingat Guru Murysid zahir kita tetap guru. Malah Guru Mursyid kita sebenarnya telah berkomunikasi terlebih dahulu dengan guru-guru ghaib ini.

    Sebab tu kalau tak ada Guru Mursyid kita akan terpedaya dengan syaitan dan jin yang menyamar.

    Pembukaan telinga batin ini pada awalnya berlaku seakan suatu bisikan suara yang dapat dibahagian dalam anak telinga, di mana pada permulaannya merasa berdesing.

    Kemudian barulah dapat dengar jelas. Zikir tetap meningkat. Pada peringkat inilah Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya :
    “Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir kepada Allah. Ingatlah hanya dengan berzikir kepada Allah sahajalah hati menjadi tenteram.”


  1. Nafsu Mutma'innah

    Inilah peringkat / martabat nafsu yang pertama yang benar-benar diredhai Allah seperti yang saudara kita nyatakan di atas.

    Yang layak masuk Syurga Allah.

    Maknanya siapa sampai pada maqam ini bererti Syurga tetap terjamin, Insya-Allah. Haqiqat inilah yang difirmankan Allah.
    “Wahai orang yang berjiwa / bernafsu mutmainnah, pulanglah kepangkuan Tuhanmu dalam keadaan redhai meredhai oleh-Nya dan masuklah ke dalam golongan HAMBAKU dan masuklah ke dalam Syurga-KU."

    Pada peringkat ini jiwa mutmainnah merasakan ketenagan hidup yang haqiqi yang bukan dibuat-buat.

    Tidak ada lagi perasaan gelisah. Semuanya lahir dari tauhidnya yang tinggi dan mendalam. Tauhid yang sejati dan haqiqi. Tidak ada lagi perbezaan senang dengan susah baginya sama sahaja. Pada maqam inilah permulaan mendapat darjat wali kecil.

    Antara sifat-sifat maqam ini adalah :
    1. Taqwa yang benar.
    2. Arif.
    3. Syukur yang benar.
    4. Tawakkal yang haqiqi.
    5. Kuat beribadat.
    6. Redha dengan ketentuan Allah.
    7. Murah hati dan seronok bersedekah.
    8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat.

    Pada maqam ini biasanya (walaupun tidak semestinya), akan adanya keramat-keramat yang luar biasa serta mendapat ilmu dengan tak payah belajar sebab sudah dapat mengesan rahsia-rahsia dari Loh Mahfuz. Adanya sifat lidah masin.
    Apa yang keluar dari mulut bukan sembarangan lagi bahkan menerusi yang dipanggil sebagai ‘inkisaf’. Mereka sudah menguasai ilmu peringkat nur, tajalli, sirr dan juga sirussirr, iaitu lebih tinggi dari maqam mulhamah. Yang dikatakan menerusi sirussirr ialah cara penerimaan dengan telinga dan mata batin. Kalau mulhammah tadi baru terbuka dengan telinga batin tanpa mata batin.

    Dengan mata batin inilah dia berupaya melihat sesuatu yang ghaib yang tak mampu dilihat oleh mata biasa kita. Malah dapat melihat sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang. Betul-betul macam melihat TV. Malah siap boleh ‘rewind’ lagi.

    Kalau guru kita nak lihat sejarah hidup kita yang lalu biasanya dia akan memerhati rakaman hidup kita dan mengesan di mana kesilapan kita dan memberi petua untuk membetulkannya. Kalau mencuri disuruhnya kita memulangkan kembali serta minta halal dan maaf, dan sebagainya lagi.

    Namun begitu dia tetap akan menjaga aib muridnya kepada orang lain. Perlu diingat pada peringkat ini dia tidak terganggu penglihatan dan pendengaran zahirnya pada masa sama melihat dan mendengar yang batin walaupun duduk di kedai kopi bersama-sama orang lain.
    Melalui penerimaan sirussirr ini dia berupaya melihat Alam Barzakh, menjelajahi Alam-alam Malakut.
    Keyakinan mereka sudah pada tahap ‘Ainul Yaqin dan Haqqul Yaqin. Fana’ juga boleh berlaku yang dikenali sebagai “fana’ qalbi” iaitu merupakan penafian diri ataupun menafikan maujud dirinya dan diisbatkan kepada wujudnya Allah semata-mata.

    Inilah peringkat yang kita bincangkan dulu mengenai LAA MAUJUD ILLALLAH. Keadaan inilah yang digambarkan Allah :
    “Semua yang ada adalah fana’ (tiada wujud haqiqinya).Dan yang kekal (baqa) itu adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”


    Namun fana’ qalbi ini tidaklah kekal.

  1. Nafsu Radhiah

    Maqam ini dinamakan radhiah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah.

    Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmat- Nya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha pada-Nya.

    Itu kalau sakit pun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan Tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil, malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya.

    Firman Allah s.w.t., mafhumnya :
    ”Sesungguhnya Wali-wali Allah itu tak rasa ketakutan dan tak pernah rasa kerungsingan di atas mereka.”

    Ini kerana nur syuhud sudah sebati dalam jiwa mereka. Alam sekeliling seperti cermin yang boleh mereka melihat Allah setiap ketika. Ini adalah maqam musyahadah tahap ihsan.

    Seperti hadis Rasulullah s.a.w., mafhumnya :
    “Hendaklah kamu menyembah Allah sebagaimana kamu melihat-Nya...”

    Ini adalah maqam wali dalam martabat khawas.

    Pada masa inilah apa yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. :
    "Takutilah akan firasat orang Mukmin, bahawasanya orang-orang Mukmin itu melihat dengan Nur Allah".

    Pada tahap radhiah ini, ia melihat melalui basyirahnya, merenung dengan kasyafnya, bertindak melalui perintah ilmu laduninya. Mulutnya dan doanya sangat mustajab. “Barang dipinta barang jadi!” / KUN FAYAKUN!

    Orang di maqam ini kadang-kadang perbuatannya menyalahi syariat. Percakapan kadang-kadang menyinggung orang biasa yang tak faham tapi dikeluarkan tanpa sengaja.

    Masih lagi mengalami fana’ qalbi. Tapi tidak menentu. Hidupnya ibarat dilambung gelora cinta seolah terapung bersama-sama Allah. Hanya memandang dan menyaksikan sesuatu bahawa tiada suatu yang wujud di dunia ini melainkan wajah Allah semata-mata.

    Firman Allah s.w.t., mafhumnya :
    ”Di mana saja kamu menghadap, maka di situlah wajah Allah.”

    Itu yang terjadi pada Syeikh Junaid Al-Baghdadi r.a. :
    “Tiada apa dalam jubahku, melainkan Allah!”

    Mereka sudah memandang yang banyak kepada satu. Keadaan inilah boleh menimbulkan fitnah, malah kadang-kadang orang akan anggap gila. Inilah maqam “Ana'al Haq” - Mansur Al-Hallaj.

    Zikir pada peringkat ini adalah secara ‘khafi’ yang telah meliputi seluruh anggota zahir dan batinnya.

    Pada peringkat inilah kulit berzikir, daging berzikir, tulang berzikir, malah semuanya berzikir. Tu yang jadi darah Al-Hallaj membentuk tulisan Allah lalu keluar zikir, malah kematian wali-wali seperti Tok Ku Paloh, masih lagi terdengar zikir di dadannya.

    Kadang-kadang mereka dijemput menjelajah Alam Ghaib Kubra yang diluar akal manusia. Malah mereka diajar ilmu tinggi yang lebih canggih dari manusia biasa yang boleh dicapai oleh zaman moden ini.

    Mereka boleh buat perhubungan secara langsung dengan para Rasul, Nabi, Ambia’ dan Waliyullah yang lain. Mereka menuntut ilmu dengan Aulia’ macam berbincang dengan kawan melalui handphone, malah boleh berinteraksi beramai-ramai walaupun masing-masing berada di berbeza tempat.

    Sifat-sifatnya :
    1. Ikhlas
    2. Warak
    3. Zahid
    4. Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini.


  1. Nafsu mardhiah

    Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah.

    Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredhaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara “khafi-fil-khafi”, maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diri-Nya sendiri.

    Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbatkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata. Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaat pun berpisah darinya.

    Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri.

    Inilah dinyatakan Abu Yazib Bistami r.a., sebagai :
    “Subha Inni…!”
    “Pandanglah yang satu pada yang banyak.”
    Peringkat ini sudah tenggelam dalam fana’baqabillah.

    Pada peringkat inilah suka mengasingkan diri, tidak suka bergaul lagi dengan makhluk.

    Namun begitu ia mmepunyai kesedaran dua alam sekaligus. Zahir dan batin. Dan ia akan kembali normal seperti biasa. Kalau peringkat sebelum ini mungkin sampai tak terurus (majnun).

    Konsep perjalanannya lebih kurang dengan radhiah.

    Mereka berpegang kepada konsep :
    Firman Allah s.w.t., mafhumnya :
    “Apa yang disisi kamu itu pasti lenyap dan apa yang ada disisi Allah tetap kekal.”

    Perkataan syatahah sudah hilang. Mereka suka hidup nafsu nafsi.

    Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya :
    “Apabila kamu sekalian melihat seseorang Mukmin itu pendiam dan tenang, maka dekatilah ia. Sesungguhnya dia akan mengajar kamu hikmah.”

    Menyentuh tentang zikirnya, zikirnya adalah zikir rahsia, tidak lagi ada lafaz dengan lidah mahupun hati, tapi seluruh anggota zahir dan batin mengucapkan dengan zikir rahsia yang didengar oleh telinga batin di maqam tanaffas.

    Zikirnya tidak pernah terganggu dengan alam zahir walaupun dia tengah bercakap atau buat apa sahaja pun.

    Firman Allah s.w.t., mafhumnya :
    “Orang-orang berzikir kepada Allah sambil berdiri, sambil duduk dan dalam keadaan berbaring...”

    Bagi mereka di maqam ini setiap perbuatan, perkataan, penglihatan dan apa sahaja adalah zikir.

    Pada tahap ini mempunyai kekeramatan yang amat luar biasan. Namun biasanya jarang sekali menzahirkannya kelebihannya itu. Dari segi ilmu, mereka sudah memperolehi ilmu semua peringkat sebelum ini iaitu nur, tajalli, sirr, sirussirr malah ditambah lagi dengan cara tawasul / iaitu secara jaga dengan Ambia’ dan Waliyullah.

    Kehadiran wali-wali kepada orang maqam mardiah ini lebih merupakan penghormatan dan ziarah sahaja.

    Sambil berbincang-bincang. Mereka berpeluang menjelajah seluruh alam maya dan alam ghaib termasuk Syurga, Neraka dan sebagainya.

    Mereka berupaya melawat bermacam-macam tempat sama ada dengan pecahan diri batinnya atau dengan jasad sekali. Malah dalam satu masa boleh menjelma di pelbagai tempat. Ini dipanggil “Khawa Fulkhawaf”.

    Ianya berlaku tanpa sengaja dan tanpa dapat dikawal.

    Sifat-sifatnya :
    1. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah.
    2. Lemah lembut pergaulannya.
    3. Elok dan tingginya budi.
    4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini.


  1. Nafsu Kamaliyyah

    Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai “baqa billah”, “Kamil Mukamil”, “Al Insan Kamil”, kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni roh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia.

    Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah.

    Ini adalah maqam Khawas Al Khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta, berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

    Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterimanya tidak bukan adalah sama dengan istilah Wahyu semuanya datang terus dari Allah.

    Cuma kalau Rasul dan Nabi dipanggil Wahyu dan manusia biasa yang kamil dipanggil Ilham.

    Penulis rasa sekadar inilah yang termampu. Mungkin ada kelemahan dan ketinggalan dalam istilah atau pengertian.

    Wahai saudara ikhwan salik yang dikasihi, sila perbetulkan dan tambah lagi mana-mana yang kurang.

    Mengenai kaedah zikir pada maqam-maqam, penulis rasa ada yang akan menghuraikanya berpandukan kaedah tariqat masing-masing. Insya-Allah!

    Semoga Allah mengampun penulis atas segala kesilapan. Dan harap memberi manfaat pada semua.
read more "Apakah Tahap Nafsu Anda?"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP