Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~
Memaparkan catatan dengan label pengantin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengantin. Papar semua catatan

07 November 2013

Promosi Sehingga 70%!!!


read more "Promosi Sehingga 70%!!!"

27 Februari 2012

Ekspo Perkahwinan Malaysia 2012-The Mall



Wah3.. Nampaknya My Big Event semakin melebarkan sayapnya. Pameran anjuran mereka yang berlangsung di Maju Junction Januari baru-baru ini tidak kurang hebatnya, kini mereka melangkah ke hadapan meneruskan misi mereka pada Ekspo Perkahwinan Edisi ke-2 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ekspo Perkahwinan Malaysia 2012
Edisi 2
27-29 April 2012
Sunway Putra Mall, The Mall, KL
Theme: Rainbow of Love

Buat vendors yang mengirimkan email untuk mendapatkan maklumat bahagian pemasaran, anda dinasihatkan menghubungi mereka ini:

Helmi (Marketing Manager) : 019-292 2815 / 012-233 3877
Harry Zachery (Marketing Dept) : 011 156 53310 / 014-238 0860
Alffa Neezam (Marketing Dept) : 011 157 03989 / 017-312 9330
Fahmee Fahreen (Marketing Dept) : 017-249 0986

direct line My Big Event: 03 6093 3130
Laman rasmi: ekspo-perkahwinanmalaysia.blogspot.com

Antara banyak-banyak Event Management yang pernah berurusan dengan saya, mereka yang paling bagus. Sentiasa memberi maklumat terkini tentang perjalanan Ekspo anjuran mereka walaupun laman ini bukan laman rasmi mereka. Jadi, kepada anda yang berada di sekitar Lembah Klang, jangan lepaskan peluang ini!
read more "Ekspo Perkahwinan Malaysia 2012-The Mall"

19 Februari 2012

Festival Kerja Kahwin 2012- Shah Alam


Ekspo Kahwin atau kini dikenali sebagai Kerja Kahwin bakal mengadakan Festival Kerja Kahwin ke-5 pada awal Mac nanti. Anda semua dijemput hadir khasnya bakal-bakal pengantin. Pelbagai idea yang mungkin bakal anda peroleh di sana. Mari berkunjung pada:
1-4 Mac 2012
Khamis-Ahad
10pagi-10malam
Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Banyak promosi menarik dan hadiah percuma menanti anda. Jangan lepaskan peluang!

read more "Festival Kerja Kahwin 2012- Shah Alam"

27 Januari 2012

Karnival Perkahwinan Sentral-KL Sentral


Pada awal bulan baru-baru ini, saya telah dihubungi oleh pihak Genius Freeway Sdn Bhd berkenaan dengan karnival ini. Buat bakal pengantin yang sedang tercari-cari pameran dan karnival walaupun dah terlalu banyak sangat, kami amat berbesar hati menjemput anda semua ke karnival ini. Tak susah pun nak pergi kan. KL Sentral semua orang tahu. Dan paling mudah nak sampai memandangkan KL Sentral merupakan pusat pengangkutan bersepadu.

Karnival Perkahwinan Sentral
02 Mac 2012 - 04 Mac 2012
Level 1 & 2 KL Sentral
9am - 9pm

Buat pengusaha-pengusaha industri perkahwinan, untuk tempahan tapak atau booth, sila hubungi bahagian pemasaran di talian 019-2299845

Buat tempahan segera sementara masih ada!
Jemputlah beramai-ramai memeriahkan karinival ini.
read more "Karnival Perkahwinan Sentral-KL Sentral"

11 Januari 2012

Ekspo Pengantin 2012 -Februari

Fuh, setelah bertimbun-timbun pameran pada minggu lalu, masih juga ramai yang terlepas, pengunjung-pengunjung blog ini meminta cahayamylife.com mengupdate tarikh terbaru bagi mana-mana pameran yang bakal menyusul. Saya agak sibuk akhir-akhir ini. Almaklumlah, awal tahun kan. Kerja pun banyak.
Jadi, saya kemukakan yang paling hampir mengikut jadual saya adalah:

Ekspo Pengantin 2012
10 Februari 2012- 12 Februari 2012
Selayang Mall
10 am- 10pm

Maklumat lanjut untuk tempahan:
019-3697654 (Sue)
010-8033583 (Ida)

Okey, setakat ini dahulu update dari saya. Next exhibition will be on March 2012. I'll try to update soon.
See ya!
read more "Ekspo Pengantin 2012 -Februari"

27 Disember 2011

Pekerja Separuh Masa Diperlukan!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang tak berapa nak indah dah ni memandangkan entri yang semakin membosankan (bagi sesetengahnya) dan semakin menarik (bagi sesetengahnya).
Baiklah, kita terus kepada tunjang utama penceritaan hari ini.
Ini bukan cerita atau pujangga.
Ini makluman dengan erti kata lain, iklan.
Buat sesiapa yang sedang mencari kerja separuh masa bahagian marketing dan dekorasi pelamin, amat-amatlah dialukan.
Sebuah butik perkahwinan di Damansara sedang mencari anda yang berminat untuk mengisi kekosongan ini.
Kelebihan buat pelajar-pelajar yang sedang mencari kerja separuh masa dan buat mereka yang amat meminati dunia pengurusan perkahwinan ini.
Hurm..kalau dah bahagian marketing, mestilah kena cari pelanggan.
Tak kisahlah promosi dengan gaya apa sekalipun.
So, komisyen akan diberikan setiap pelanggan yang anda bawa.
Sebenarnya, butik ini dah lama mencari sesiapa yang pandai dalam mendekorasi pelamin. Mempunyai idea sendiri dan mahu mencurahkan seluruh idea itu sendiri. Juga amat dialukan.
Kesimpulannya, sesiapa yang berminat, sila hubungi saya segera melalui button pertanyaan di atas.
Jangan lupa sertakan butir-butir diri anda seperti nama, no telefon dan tempat tinggal.
Terima kasih.
read more "Pekerja Separuh Masa Diperlukan!!"

23 Disember 2011

Pameran Pengantin Malaysia-Ampang Point dan SALE Buat Vendors


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pameran pengantin kali ini, dah terlalu hampir dengan tarikh, baru saya promote.
Sebab? Sebab saya terlupa dan tak perasan.
Bila tengok bunting-bunting yang bergantung di tepi jalan tu, terfikir-fikir, 'Eh, dah promote belum eh?'
Hari ni baru teringat nak tengok blog, hah, kan takde lagi.
Padan Muka CM! Tak cek betul-betul.
But at least, still sempat lagi nak promote.
Kan? Kan? Kan?
Now, we proceed to our info:
Pameran Pengantin Malaysia 2012 by Urban Vibe Event
6-8 Januari 2012
Ampang Point Shopping Centre (Concourse Area)
10am-10pm
Free Admission

Di samping itu, pihak penganjur telah menyediakan sesuatu yang istimewa buat para pengusaha-pengusaha industri perkahwinan. 

Sewaan booth termurah sempena akhir tahun, Year-End Sales bakal berlangsung buat anda pada 
27-29 Disember 2011
Pejabat Urusan Urban Vibe Event
10am-10pm

Jadi, tunggu apa lagi!!
read more "Pameran Pengantin Malaysia-Ampang Point dan SALE Buat Vendors"

20 Disember 2011

Another Online Contest!

Bersempena dengan Ekspo Perkahwinan Malaysia yang bakal berlangsung di Maju Junction tidak lama lagi, pihak penganjur telah mengadakan satu lagi Online Contest tajaan Siti Catering, Aura Linda, dan Asyiqs Bridal.
Online Contest sebelum ini telah pun ditutup penyertaannya. Maka, kepada sesiapa yang ketinggalan, dialu-alukan untuk menyertai contest ini pula dan hadiahnya sangat menarik. Saya agak mengenali Siti Catering yang mana dan pakejnya pasti tidak lari dari pakej bulan madu. Nah! Contest kali ini ditaja oleh tiga vendor hebat.
Rugi jika anda hanya melihat.

Cara-cara menyertainya:
1) Lengkapkan Ayat yang diberikan:

              Saya mencintai awak kerana......... (Tidak Melebihi dari 20 Patah Perkataan)


 Contoh :: Saya mencintai awak kerana tiada insan lain yang berjaya mencuri hati ini semoga cinta kita akan berakhir di jinjang pelamin... insya'Allah, amin.

2) 5 penyertaan terbaik akan dipilih oleh penaja dan akan dibawa ke Final Round,  Serta LIKE terbanyak  akan berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan penaja.

3) Tarikh buka penyertaan : 18 Disember 2011
    Tarikh pemilihan 5 penyertaan terbaik : 25 Disember 2011.
    Final Round : 26 Disember 2011 - 3 Januari 2012 (12 tgh mlm)
    Penyampaian Hadiah : 8 Januari 2012 (2.30pm)
  * pemenang wajib hadir, kegagalan untuk menghadirkan diri kemenangan anda dibatalkan.

Untuk sertai, anda boleh ke Official Fan Page My Big Event di http://www.facebook.com/ekspoperkahwinanmalaysia


Postkan penyertaan anda diruangan komen di dalam folder Online Contest .
Jadi, tunggu apalagi? Mari sertai sekarang!
p/s: Saya takleh lagi okey. :)
read more "Another Online Contest!"

23 November 2011

Contest-Berpeluang Memenangi Pakej Fotografi!!!


Assalamualaikum buat semua pembaca blog cahayamylife.com ini.
Anda masih ingat tak iklan dari My Big Event mengenai pameran pengantin yang bakal berlangsung pada 6-8 Januari 2012 di Maju Junction. Sekali lagi atas permintaan, cahayamylife.com update blog ini dengan iklan yang diadakan khas buat bakal pengantin anjuran MBE.
Syarat2nya
1) Terbuka kepada seluruh pasangan yang bakal bernikah dari tarikh 10 Januari 2012 sehingga 30 Jun 2012 diseluruh Semenanjung Malaysia yg berumur 20 tahun keatas.
2) Peserta tidak boleh mewakilkan mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini
3) Peserta & pasangan mestilah berperwatakan menarik
Cara2nya:1) Sila "like" page Ekspo Perkahwinan Malaysia (sekiranya anda masih belum berbuat demikian)
2) Sila "like" page penaja hadiah bagi pertandingan ini DMZ Design (adalah wajib) 
3) Sila "upload" sekeping gambar penuh anda & pasangan yang terang & jelas (sila pastikan gambar tersebut didalam keadaan sopan & tidak menyinggung mana-mana pihak)
4) Sila nyatakan maklumat berikut digambar yang telah di"upload";
Tarikh Pernikahan:
Nama Penuh Peserta:
Nama Penuh Pasangan:
Email address(salah seorang):contoh: 
Tarikh Pernikahan: 17 September 2012
Nama Penuh Peserta: Abdul Bin Muin
Nama Penuh Pasangan: Nadia Binti Hassan  
*Email address(salah seorang):nadia@yahoo.com   
*email adalah penting supaya mudah dihubungi pihak penganjur jika ada sebarang kekeliruan
5) Pihak penganjur hanya menerima penyertaan gambar yang mempunyai MAKLUMAT LENGKAP sahaja untuk menyertai pertandingan ini. 
6) Penyertaan bermula dari 21 November  2011 sehingga 16 Disember 2011 pada jam 5 ptg. Sekiranya ada penyertaan baru selepas jam 5 petang 16 Disember  2011 ia tidak akan diproses
7) Sila beri tempoh selama "24 jam" agar pihak admin dapat memindahkan gambar anda ke album pertandingan iaitu "Most Lovely Couple – Tajaan Dmz Design"
8) "Like" atau undian pada gambar peserta TIDAK akan dikira, sila mengundi atau "like" gambar dari album pertandingan sahaja.
Maklumat berkaitan Proses Mengundi atau "LIKE"
A) Bilakah boleh mengundi?
--------------------------------------
Sebaik sahaja gambar anda telah di”upload” ke “album pertandingan”. Proses undian terbuka sehingga 16hb Disember 2011 (Jumaat) pukul 5.00 P.M
B) Siapa yang boleh mengundi?
--------------------------------------
Semua adalah dibenarkan mengundi.
C) Bagaimanakah anda bole mengundi?
--------------------------------------
Pilih ikon “Photo” di Fan page ini, dan pilih album " Most Lovely Couple – Tajaan Dmz Design -Album"anda terus boleh mengundi gambar pilihan anda. 
Sila “like” gambar pilihan anda didalam album tersebut.
Bagi memastikan rakan anda telah mengundi dari “album pertandingan” sila pastikan anda klik "Share +" dari gambar pilihan Anda dan sebarkan tentang pertandingan ini.
***** UNDIAN HANYA DIKIRA DARI “ALBUM PERTANDINGAN” SEBARANG UNDIAN DARI GAMBAR ALBUM PERSONAL PESERTA TIDAK AKAN DIKIRA
dan hadiahnya yang superb adalah:
-1st place: Photography package worth RM4,000
- 2nd place: Photography package worth RM3,000
- 3rd place: Photography package worth RM2,000 
Hadiah tajaan sepenuhnya oleh DMZ Design http://facebook.com/dmzdesign

Nota kaki: Erm..kenapa bukan untuk pasangan yang baru bernikah? peace :D
Buat pembaca yang mahu menyertai acara ini, pastikan gambar molek deh. Payah gak ni nak jaga.

read more "Contest-Berpeluang Memenangi Pakej Fotografi!!!"

13 November 2011

Festival Pengantin Malaysia 2011 I-City


Fuh! Bertimbun-timbun sekarang ni yang anjurkan Pameran Pengantin. Haish, hangpa yang nak kahwin ni dah tak payah nak risau-risau lagi dah.  Nak dapat harga best, pergi sahaja ke pameran yang disediakan. Bukan susah nak cari.
Festival Pengantin Malaysia (FPM) anjuran Dirich Vision ini bakal berlangsung di I-City. Hahh..kan best tu. Yang ngade-ngade nak pergi I-City pun boleh singgah ke pameran ni sebentar. Mana tahu tetiba dapat aura nak kahwin tu. hee~ Kalau tak silap saya, Dirich Vision pernah masuk dalam blog ni. haha. Makna kata, Dirich Vision dah biasa buat event sebegini.

Festival Pengantin Malaysia
30, 31 Disember 2011 & 1 Januari 2012
Ruang Legar I-City, Shah Alam
12pm -12am
Theme: Blossom Glory Romantic Love

Oh ye! Kepada peserta dalam Pencarian Model FPM ini, tarikh tutup penghantaran penyertaan adalah pada 3 Disember 2011.
By the way, training hanya di sekitar Lembah Klang sahaja okey.

Kepada vendors yang berminat untuk sertai FPM ini, sila hubungi no yang tertera pada pamplet di atas. Actually lot tak banyak dah.
Buat pengusaha-pengusaha perkhidmatan perkahwinan, jangan lepaskan peluang bagi sertai mana-mana pameran yang diadakan pada hujung tahun sebab bakal-bakal pengantin yang bekerja dapat bonus, plus  tempat yang well-known. Normally tempat yang menjadi kunjungan orang ramai ni lebih meriah tetapi parking di I-City tu saya tak pasti pula. hee~

p/s: Especially buat pengusaha butik yang telah menghantar email kepada saya. Ini sahaja yang dapat saya bantu. Terima kasih.
-----------------------------------------------------------------

Ini makluman terbaru yang saya terima.
Tu pun terpaksa alert sendiri kan.haha. (Memang patut pun)
Sebenarnya saya dah hubungi pihak pengurusan atas perkara ni sama ada benar atau tidak pembetulan ni.
Tapi mereka tersilap orang pulak.
( Mencemarkan blog ni je dengan maklumat yang tak tepat) -Manusia lemah-
Rasanya betul dah pasal Dirich Vision tak mungkin buat dua event dalam masa yang sama di daerah yang sama.
Yang terbaru ni la yang dah keluar tv dan di tepi-tepi jalan.
Jemputlah datang pada tarikh dan hari yang sama tetapi tempat je berbeza.
Jom! Jom! Jom!
read more "Festival Pengantin Malaysia 2011 I-City"

08 November 2011

Cara Membuat Homemade Chocolate


Ini antara hadiah sempena anniversary mak dan abah yang ke-22
Tetiba tadi lepas dinner ada roommate di Matrik dulu mintak bantuan cara membuat coklat.
Yang bagusnya dia mesej.
Haih, sekali saya reply enam keping mesej la kan.
Maaf la tak kol Izzah.
Tandanya sedang berjimat cermat tak mahu topup.
haha.
Okey, alang-alang dah kongsi ilmu, saya kongsi dengan semua la ye.
Kita akan buat coklat paraline hari ni ye.

Coklat
Kalau tanya mana-mana chef pun pasti akan gunakan semi-finished chocolate untuk membuat coklat yang mana dalam bentuk blok besar-besar. Sama seperti coklat yang anda beli di kedai tu.
Cuma untuk lebih menarik, kita buat dalam pelbagai bentuk dan warna.
Nak kata rumit tak rumitla tapi memerlukan tenaga lebih. Tapi kalau minat, semua tu takde hal lah.
Sebelum tu, korang semua mesti tau apa perbezaan coklat gred A atau couverture dengan gred B atau compound.
Jenis coklat
Gred A @ couverture diperbuat daripada mentega koko atau cocoa butte manakala gred B @ compound diperbuat daripada lemak sayuran atau vegetable fat. Coklat ini mempunyai coklat putih, coklat susu, dan coklat hitam. Pelbagai jenama yang terdapat di Malaysia ni tapi saya prefer compound menggunakan Van Houten untuk dark choc, Sicao dari Singapore untuk white choc dan coklat susu. Selbourne dari Malaysia pun okey. Kalau couverture prefer Callebaut dari Belgium. But make sure mana-mana jenama yang anda ambil, ada tanda halal. Kalau takde, tanye kepada pengeluar untuk dapatkan sijil.
Yang korang tengok berwarna-warni tu coklat compound. Cara pembuatannya mudah cuma kalau buat banyak-banyak, baik korang bina kerjaya membuat coklat. Untung pun untung. Tapi kena rajin la sebab buat ni agak penat.
Cara pembuatan
Cara untuk compound: Cuma cairkan coklat dengan teknik double boiled water. Make sure coklat tu langsung tak terkena air. So, bahan-bahan dan perkakas haruslah kering. Kalau tak, memang tak menjadi la coklat korang. Rugi. Coklat bukan murah okey. Hati-hati. Tak kisahlah guna cara apa pun. Sama ada coklat letak dalam loyang dan ditindan di atas mangkuk yang berisi air panas/suam. Kacau sampai cair. Lebih kurang suhu >40 degree celcius. Then, masukkan ke dalam mould. Terus bekukan di dalam peti sejuk. Tempat biasa je. Tak payah letak kat tempat beku pun.
Couverture pulak: Coklat perlu dicairkan pada suhu ~40 degree celcius dan ditemper pada ~27 degree celcius sebelum dimasukkan ke dalam mould. Coklat ni kena temper bebetul. Kalau tak, pas keluar peti akan cair. Memang agak leceh sebab tu mahal dan sedap!!
Mould
Lepas dah siap buat-buat semua tu, basuh mould jangan guna sabun. Siram je dengan air. Takut mould rosak bila terkena sabun. Lagipun korang kan guna mould untuk coklat je.
Mould sekarang ni merata dah terjual.
Tapi kalau ada yang nak beli dengan saya pun okey.
Promosi
Alang-alang dah cerita pasal coklat ni, saya pun promotekan la kalau ada sape-sape nak tempah coklat sempena hari lahir, tunang, perkahwinan, atau doorgift pun boleh. Perkhidmatan yang digunakan adalah pos laju.
Tapi kalau nak beli dalam container pun okey. Satu container ada 50biji. Harga terbaru RM34 sahaja.
klik pada gambar untuk melihat jenis filling
Sekian, terima kasih.

p/s: Esok ada interview. Doakan yang terbaik ye kawan-kawan. Amiin.
read more "Cara Membuat Homemade Chocolate"

04 November 2011

Kontroversi Majlis Perkahwinan Aku

Pengantin haruslah hensem dan cantik
Uit, title tak boleh blah. Kenapa aku kata kontroversi? Siapa ingat entri Aku Bakal Berkahwin? Ohoh! Sungguh kontroversi la kan sebab semua persediaan pernikahan dari pertunangan lagi aku tulis. Nampak diari di situ kan. Tu pun atas sebab pihak penganjur contest tu suruh cerita tentang kahwin. Aku pun cerita lah tentang itu. Sangat menarik orang kata. *Terpuji diri pulak. Sesiapa yang nak kahwin, kalau baca kisah tu, memang dup-dap, dup-dap sekali la. Apa, tak debar ke kalau bab kahwin ni. Ingat senang? Tengoklah orang yang baru lepas akad nikah, ada je yang mengalir air mata. Tanyalah golongan yang sudah mendirikan rumah tangga ni. Kalau rasa-rasa curious nak tahu apa kisahnya, silalah klik. Tarikh, harga, senarai yang perlu secara kasarnya pun aku ada cerita dalam tu. Harap boleh jadi panduan buat bakal pengantin.
Bagi aku agak dahsyat entri tu disebabkan pautan dari 'Brooch untuk songkok' dan 'Mana Nak Cari Cadar Pengantin Murah' boleh terjumpa entri tu di muka pertama. Aku ingatkan pameran pengantin je yang boleh dapat rating. Rupanya itu pun boleh.haha. Tapi pameran pengantin memang tak boleh kalah la dengan perkataan lain kan. Dan yang paling penting, blog ni tetap kalah dengan blog Pameran Pengantin Malaysia. Of course lah. Dah address mereka pun itu. Tagline tak payah cerita. SEO lagi lah.
Apa motif aku cerita pasal kahwin? Maybe kahwin ni tak pernah surut kot. Tiap minggu ada je orang kahwin. Yang penting bukan orang yang sama. Teringat lak promoter pelamin di Pameran Pengantin Malaysia SACC baru ni. Ayat dia, "kita kahwin kan sekali-sekala". Aku ulang balik, "sekali-sekala?" haha.
Bagusnya kalau majlis kahwin boleh buat banyak kali. Tetapi haruslah kita pastikan semua barang free baru boleh buat gitu. Ye dak?

p/s: Nak tahu status aku, kena baca entri tu sampai habis. Takut ada yang merana pulak menahan malu.
read more "Kontroversi Majlis Perkahwinan Aku"

30 Oktober 2011

Shoot di Pameran Pengantin SACC Convec

Bertemakan The Magical of Arabian Night, Pameran Pengantin Malaysia 2011 Edisi 22 ini telah dilaksanakan dengan jayanya sepanjang tiga hari, 28, 29, dan 30 Oktober 2011 di Shah Alam Convention Centre. Terlalu banyak vendor yang menyediakan diskaun hebat kepada bakal-bakal pengantin. Saya sendiri yang pergi ni pun teruja melihat tawaran mereka. Lebih-lebih lagi Nurul Izzah Catering menawarkan diskaun sebanyak RM200 untuk hari ini. Dan semalam lebih banyak sebenarnya. Cuma saya terlupa berapa jumlahnya. Ini pun tadi pihak Nurul Izzah Catering hubungi saya untuk dapatkan harga menarik itu. Yang pasti, honeymoon dalam DAN luar negara di tangan anda bagi RM11.90/pax ke atas.  Manalah tak teruja. Kalau saya ni bakal pengantin, tidak mengapalah juga kan. hee~ (eh, tercerita Nurul Izzah Catering ni pulak)
Penaja utama bagi pameran kali ni, haruslah Rins Suzana. Ini pelamin yang dihasilkan oleh mereka.

by Rins Suzana
Setiap event yang dijalankan oleh penganjur, pastinya diadakan majlis persandingan pengantin. Seronoklah pengantin baru ye. Kita yang dah senior ni, tolong doakan yang baik-baik untuk mereka ye. Banyak juga persembahan yang disediakan tetapi saya hanya sempat menyaksikan persembahan tarian dari MNZ Creative. *erk! terpaling muka sebentar.
Jom tengok beberapa lagi keping gambar yang sempat saya snap. (Tak banyak sebab ambil masa yang lama berurusan dengan vendor di Klang :) )



























p/s: Kepada mana-mana pihak event management yang berminat mempromosikan karnival anda sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa syarikat sebelum ini, sila emailkan kepada saya maklumat-maklumat program atau klik sahaja button di atas.
Terima kasih.
read more "Shoot di Pameran Pengantin SACC Convec"

28 Oktober 2011

Iklan Dari My Big Event: Pameran Pengantin dan Perhatian buat Vendor

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca dan pengikut-pengikut laman ini.
Entri kali ini juga merupakan atas permintaan dari pihak pengurusan pemasaran sebuah event management iaitu My Big Event.
My Big Event merupakan sebuah syarikat yang menganjurkan pameran-pameran pengantin di sekitar Malaysia ini sebagai satu langkah mempromosikan perkhidamatan yang ditawarkan oleh vendors atau pegusaha-pengusaha yang terlibat dalam setiap pameran.
Sebagai salah satu tugas saya, di sini haruslah saya mempromosikan pameran seterusnya yang dianjurkan oleh My Big Event ini.

Ekspo Perkahwinan Malaysia
6 - 8 Januari 2012
Concourse Maju Tower, Wedding City@ Maju Junction
Tema: Fantasia Cinta (Turqoise+Pink)

Perhatian buat pengusaha perkhidmatan perkahwinan @ vendors:
Sebanyak 40 tapak promosi disediakan.
Jika anda berminat untuk menyertai atau menyewa tapak dalam pameran ini, sila hubungi :
03-6093 3130
@
012-2333 877 ( Pengurus Pemasaran)

Quote dari bahagian pengurusan:
Event ini penuh dgn revolusi yg akan cuba direalisasikn. Peluang terbaik pengusaha perkahwinan mempamerkan idea yang lebih fresh..Dengan lambakkan penganjur pameran, My Big Event terpanggil untuk mencipta suatu pameran yang berkonsep Fantasi Cinta.Dengan aturcara yang lebih up to date di samping dengan himpunan exhibitor yang digabungkan antara yang lama serta baru. Pameran yang menjanjikan kelainan dari pameran yang sedia ada. 6~8 Januari di Wedding City lebih dari 40 tapak promosi disediakan..
p/s: Dengarnya yang terlibat hebat-hebat belaka. Apa-apa pun, segera hubungi pihak mereka okey.
read more "Iklan Dari My Big Event: Pameran Pengantin dan Perhatian buat Vendor"

22 Oktober 2011

Iklan dari Kahwin FC: Ekspo Pengantin 2011

klik untuk tumbesaran yang lebih sihat

Entri ini adalah atas permintaan dari pihak Kahwin FC sendiri iaitu salah satu event management company for weddings. Kahwin Fair Company ini bakal mengadakan Ekspo Pengantin 2011 pada:
4 - 6 November 2011
Jumaat-Ahad
10 pagi - 10 malam
Selayang Mall
Masuk Percuma

Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antaranya:
- Pertandingan Reka Cipta Fesyen & Make-up Pengantin
- Pertunjukan Fesyen Pengantin
- Persembahan Hiburan oleh artis jemputan
-Talkshow 'Tips & Bajet Perkahwinan'
-Cabutan Bertuah untuk Bakal Pengantin

Saya rasa ramai yang berminat slot 'Tips & Bajet Perkahwinan' tu. Untuk anda yang sedang merancang bagi majlis yang bakal berlangsung tahun hadapan, amatlah dialukan. Tak rugi hadiri talkshow sebegini walaupun untuk majlis lima tahun lagi. Nak kahwin lagi sekali? Erm..perlu juga kot. :)
read more "Iklan dari Kahwin FC: Ekspo Pengantin 2011"

16 Oktober 2011

Pameran Pengantin Oktober 2011-Januari 2012

Assalamualaikum warahmatullah.
berapa kali bagi salam dah ni.
kat atas dah ada dah.
huhu.
Ish, korang tengok tajuk kat atas pun dah boring agaknya.
Blog tazkirah ni dah jadi blog informasi bakal pengantin dah dibuatnya.
Nak buat macam mana.
Tuan blog kerja dengan krew-krew wedding planner.
haha.
Apa-apa pun post kali ni saya nak menjawab pertanyaan dari saudari yang telah email kepada saya mengenai jadual pameran sehingga Disember 2011.
Tapi saya state hanya yang tertentu sahaja dulu ye.
Pameran Pengantin Oktober ini:

Pameran Pengantin Malaysia 2011
28-30 Oktober 2011
SACC CONVEC
10am-9pm
*Hari yang sama dengan konvo UiTM Shah Alam pulak.

Festival yang bakal berlangsung pada November adalah:


Malaysia Wedding Festival 2011
Mid Valley Megamall
11-13 Nov 2011
11am - 10pm
Mid Valley Exhibition Centre

Hujung dan awal tahun:
Festival Pengantin Malaysia
30, 31 Dis 2011 & 1 Jan 2012
Stadium Melawati Shah Alam

Next pameran yang saya dapat adalah pada Januari 2012. 

Lama lagi ni. Boleh save the date tapi harapnya confirmkan semula sebelum beberapa minggu pameran ini berlangsung.

Makluman buat anonymous yang bertanya di entri Pameran Coklat, sila email kepada saya untuk dapatkan details pengeluar kotak coklat dan bag.
Terima kasih.
read more "Pameran Pengantin Oktober 2011-Januari 2012"

27 September 2011

Festival Pengantin Malaysia 7-9 Oktober 2011

Alhamdulillah. Kembali ke dunia blogging untuk sementara. Memandangkan ada pertanyaan dari Cik Atikah, saya gagahkan diri untuk menjawab soalan ini.
Festival yang terhampir adalah pada :

7-9 Oktober 2011
10.30am-9pm
AEON AU2 SETIAWANGSA JUSCO

Pameran yang dianjurkan oleh Dirich Vision Sdn Bhd ini dijangka mendapat sambutan hangat setelah semakin lama semakin dikenali ramai. Tambahan lagi baru-baru ini iaitu pada hari Ahad 25 Sept 2011 jam 10 pagi telah ke udara bagi menghebahkan mengenai pameran kali ini di Hot FM.
Pendengar setia Hot FM pasti menyedari tentang ini. Bukan itu sahaja, pada Sabtu 24 September 2011 jam 8.30pagi lalu juga mereka turut diundang ke Nasi lemak Kopi O
Yang paling best, beberapa vendor katering yang terlibat dalam pameran kali ini, memberikan cubaan makanan percuma dan menyediakan pelbagai hadiah menarik apabila anda menempah untuk 1000pax ke atas.
Esh, orang sekarang semua main ribu riban dah.
Yang pastinya, hadiah barang kemas tu ada beb!
So, macam biasa.
Jumpa anda di sana!

read more "Festival Pengantin Malaysia 7-9 Oktober 2011"

12 Julai 2011

Pameran Pengantin September 2011!

Dengan limpah kurnia serta inayahNya, dapatlah kita berkumpul di majlis yang penuh barokah ini blog ini.
Tengok tajuk je, mesti korang pikir si cahaya ni dah takde idea nak buat entri.Kan? Kan? Kan?
Actually, bukan takde idea. Tapi atas permintaan sahabat-sahabat yang telah mengirimkan email bertanyakan mengenai upcoming bridal fair. So, gagahkan juga diri untuk meng'update' blog ini. Terima kasih atas pertanyaan.
Maaf sekiranya lambat. Tak sangka juga ada yang go through terus ke fb saya. Normally penyoal akan hantar permintaan melalui email. Apa-apa pun mana-mana sahaja boleh pergi.
Sebenarnya Pameran Pengantin tak semua akan stick pada tarikh yang dirancang.
Tapi September antara yang terdekat. Lepas raya la kan. Tak tahu pula kalau ada yang buat time puasa nanti.
:)
Wedding Expo 2011
9-11 September 2011
Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre.
11am-9pm
Free admission

Yang paling best, antara Bridal House yang ada, 
SS2 Bridal House
Bridal Concept
De Casamia Bridal Gallery
Eminent FranceTaipei
Enya Mareine Wedding Gallery
Just Married Gallery
Keep Gallery Wedding Studio
Life Gallery
Love Vision Wedding Studio
Marry Merry
Micasa Bridal House
Picaso Brides Collection
Precious
Red Bliss
Tom Collection
Touch Collection Wedding
Vogue Collection
Damansara Bridal House
Armadale Weddings
My Dream Wedding
Sunway Bridal House
Stareast Wedding
House of Picaso
Loke Yew Bridal House
Faye’s Bridal Studio
Ivory Romance
Red Sense
Tom Wedding City
Touch Wedding Studio
Jalan Ipoh Bridal House
Dior Pink
GTC – Glamour Trendy Creative
Taipei Taipan Wedding Studio
Universal Studio
Cheras Bridal House
City Image
Glam Label Studio
My Wedding House
Wedding Services
Ah Yat Abalone Restaurant
• Avenue K, Jalan Ampang
• Section 13, Petaling Jaya
Armada Hotel Petaling Jaya
Concorde Hotel Kuala Lumpur
Dynasty Dragon Seafood Restaurant
• Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
• IOI Mall, Puchong
• Klang Parade, Klang
• SS2 Mall, Petaling Jaya
• Summit USJ, Subang Jaya
KahoMusic Live Band
Memories Wedding Shoes
Speedlens Videography & Photography

Amacam? Best tak? Bride to be yang tak lama dah ni, pretty sure tahu nama-nama bridal house di atas kan.
Tak banyak pun, sikit2 mesti tahu punya. 
Ini memang special untuk yang bakal mendirikan rumah tangga 2012 nanti.
Semuanya atas sokongan anda semasa KL-PJ Wedding Fair Mei lalu.

Festival Pengantin 2011
30 September- 2 7-9 Oktober 2011
Jusco AU2, Setiawangsa, KL.

Untuk Setiawangsa, sesiapa yang mahu menempah booth di sana, boleh hubungi 017-7300064. Ini bawah Dirich Vision Sdn Bhd.

Ni je kot untuk kali ni.
Sekiranya ada pertanyaan, selain pameran, boleh klik button pertanyaan di atas.
Terima kasih kerana sudi membaca.
read more "Pameran Pengantin September 2011!"

02 Julai 2011

Karnival Pengantin Shah Alam 2011

Saya baru sahaja membaca email di yahoo dan nampaknya saya telah lewat dua hari untuk membalas mesej tersebut. Mesej yang datangnya dari Cik Siti Khatijah mengenai karnival-karnival pengantin yang berlangsung di Shah Alam sepanjang Julai ini. Baiklah, ini antaranya:

klik untuk tumbesaran

dan ini


Tapi ingat, survey habis-habis dari depan sampai belakang, dari kiri ke kanan.
Maaf kerana saya tertumpu di KL.Almaklumlah, saya bertugas di sana.
Jadi, kepada sesiapa yang ingin bertandang ke sana, dipersilakan. Selamat membeli belah.
read more "Karnival Pengantin Shah Alam 2011"

28 Jun 2011

Pameran Pengantin 1Malaysia 2011 [PWTC]


Ok2. Dua post mengenai pameran sahaja.
Masih lagi lokasi yang sama iaitu PWTC sebagaimana tahun lepas.
Yang ni insyaAllah saya pergi pada hari Ahad.
Alang-alang bertugas di sana.
read more "Pameran Pengantin 1Malaysia 2011 [PWTC]"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP