Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

17 Ogos 2009

PaHaLa MeNuNtUt iLmU


Imam Ghazali ada sebut ciri2 ilmu yg bermanfaat:


  • ilmu yg dapat tingkatkan ketakwaan dlm diri.

إِنَّمَا يَخْشَى اللهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَؤُاْ

"Sebenarnya yang merasa gerun dan takut ( melanggar perintah Allah ) daripada golongan hambaNya hanyalah ulama"

= dengan ilmu dapat tahu apa yang dibenci dan disukai oleh Allah.



  • Melahirkan sifat tawaduk

Sifat tawaduk seperti bintang2 yang berkilauan.Ilmu pula ibarat purnama. Kedua-duanya amat cantik jika dikembarkan menjadi hiasan diri.



  • Ibadah bertambah nikmat

Ibadah la dengan cara khusyuk seperti baginda, berjuang seperti baginda, dan berilmu mencontohi baginda.

Amal yang diterima memiliki dua syarat, iaitu ikhlas dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.



  • Membentuk peribadi khalifah

Amanah dan tanggungjawab akan terserlah jika ilmu kamu bermanfaat.

Sebagaimana sabda Rasulullah: "Kamu semua adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya" -hadis riwayat- Bukhari dan Muslim



  • Sentiasa muhasabah

Penyakit org berilmu adalah sombong dan penyakit orang beramal adalah riak.

Imam Nawawi berkata, " Beramal kerana manusia adalah riak dan meninggalkan amal kerana manusia adalah ujub ( sombong ). Ikhlas adalah apabila kamu terlepas kedua-duanya"

Org yang berilmu akan sentiasa memuhasabah diri mencari ketidaksempurnaan diri.
read more "PaHaLa MeNuNtUt iLmU"

13 Ogos 2009

سبحان الله

Ya Rabbi subhanallah..sayup rasenye hati bila membaca artikel dari blog2 membe.. Betapa kuatnya iman mereka meneruskan perjuangan dalam kehidupan kita yang kini penuh cabaran dan dugaan..Ana terasa diri ana terlalu jauh terperosok.Betapa diri ini sedar bahawa ajal maut tak siapa yang tahu.Cepat atau lambat semua di genggamanNya.
Sungguh..ana sering berpesan kepada teman-teman ana. Jagalah kesihatan.
Allah telah kurniakan kita nikmat untuk hidup, sudah memadai..Kita sahaja yang perlu melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna ataupun tidak.
Bila disebut nikmat sihat, sungguh.ana benar-benar bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup walaupun mungkin untuk seketika. Teman-teman..Jagalah kesihatan sebaiknya.Jangan kita cari penyakit untuk tubuh yang telah Allah amanahkan.Mostly, bila dah ada satu penyakit, tak mustahil ia akan makin menjadi dan mungkin juga bertambah kepada yang lain.Nauzubillah..Tapi kalo dah ditentukan, nak wat cmne..Dah memang itu ujian untuk kita.Ana bersyukur kerana masih lagi ada insan yang menjadi tulang belakang ana.Buat mak dan abah, sungguh anakmu ini bersyukur mempunyai ibu bapa yang benar2 prihatin.Kerana anakmu ini, kalian terpaksa menolak tepi belanja yang tidak penting.Terpaksa berkorban masa dan tenaga.Terima kasih walaupun kurang nilai jika hendak dibandingkan pengorbanan kalian.Terima kasih teramat sangat.Moga kalian berada di kalangan orang2 yang mendapat keredhoanNya.Amiinn..
read more "سبحان الله"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP