Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

04 April 2010

Dia lah bidadari kita



Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia.Dia berkata pada dirinya sendiri: "Para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah."

Tiba2 terdengar satu suara: "Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana."

Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takutClick Me~ untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

"Di sini (syurga) apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari.Ini sudah cukup bagiku untuk berasa bahagia", kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

"Jangan kamu bimbang, bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini", terdengar sekali lagi suara tadi.

"Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?" tanya bayi itu separuh merintih.

"Bidadarimu itu akan berbicara denganmu menggunakan bahasa lembut yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara", berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak berpuas hati, dia terus juga bertanya:"Aku mendengar bahawa di dunia ada banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?"

"Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya", balas suara itu.

"Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yang begitu indah iniClick Me~", rintih bayi itu lagi.

"Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-segalanya. Dia akan mengajar kamu segalanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya kamu adalah segala-segalanya!

Di saat itu suasan menjadi tenang dan perlahan-perlahan bayi itu bertanya lagi:"Jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?"

"Kamu akan memanggil bidadari itu...IBU"Click Me~

read more "Dia lah bidadari kita"

31 Mac 2010

Kursus Naqibat Usrah Asrama SMK Dato Sheikh Ahmad

بسم الله الرحمن الرحيم. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

كيف الحال؟ أسأل الله تعالى أن تكون صحة جيدة
Baru-baru ini saya dan beberapa orang sahabat telah dipilih oleh Allah untuk mengikuti program Kursus Naqibat Usrah Asrama SMK Dato' Sheikh Ahmad, Seremban sebagai fasilitator yang masih baru mengorak langkah. Antara yang mewakili UIA, saya dan Amirah Abdollah-Pusat Asasi Nilai.Manakala tiga orang lagi A'tiqah Ayob, Fadhlin Sakinah, dan Aisyah Hijazi merupakan pelajar lepasan STAM Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh. Aisyah Hijazi juga merupakan penuntut tahun pertama Pusat Asasi UIA Petaling Jaya kos ICT.Ok, straight to the point.
Saya bertolak ke Seremban dengan menaiki train dan menanti di stesen untuk dijemput oleh Amirah.Kemudian kami terus menghala ke SMK Dato' Sheikh Ahmad dan tiba pada pukul 6petang.
Kami menemui Ustazah Aziyun dan memulakan perbincangan agenda dan program yang bakal dijalankan itu. Nampaknya kami kurang bernasib baik pada waktu itu kerana ketiadaan air. Walaubagaimanapun, tugas yang telah dipertanggungjawabkan haruslah dilaksanakan dengan baik. Kami mulakan dengan Solat berjemaah pada waktu maghrib. Dan ana meminta para pelajar asrama untuk memulakan tadarrus Al-quran yang mana diketuai oleh Amirah Abdollah. Dan bagi ma'zurah, saya mengetuai bacaan Maathurat. Selesai sahaja bacaan, kami teruskan dengan solat Isyak. Kemudian, student diminta menghadirkan diri ke Dewan Angsana untuk sesi ceramah dari Ustaz Amizar.Tajuk : Kepentingan Usrah Kepada Penghuni Asrama.
Ketika itu, 3org lagi fasi tiba.Kami dijemput untuk makan malam dan sambil berkenal-kenalan sesama kami yang baru pertama kali bertemu. Setelah selesai Sesi Ceramah itu, kami mulakan introduction perihal kami yang mewakili barisan fasilitator. Malam itu sebelum tidur, kami mula berbincang untuk menentukan tugas dan sesi masing-masing. Qiyamullail oleh Amirah, Aisyah, dan Atiqah. Manakala saya dan Fadhlin handle student yang ma'zurah.Pelbagai klip video yang ditayangkan sebagai pengajaran buat semua.
Kemudian, selesai solat subuh dan bacaan ma'thurat, para pelajar diminta segera bergegas ke gelanggang untuk melakukan senaman dan sukan. Kali ni diketuai oleh Amirah Abdollah.




Selesai program riadah, saya mula bersedia untuk slot saya, LDK 1- CIRI-CIRI NAQIBAT MITHALIAT.InsyaAllah saya akan cuba updatekan Ciri-ciri ini.


Selesai slot saya, tibanya slot Fadhlin Sakinah yang membawa LDK 2: Teknik Penyampaian Usrah Yang Baik. Saya kagum dengan barisan fasi yang lain terutama Fadhlin dan A'tiqah.Memang sesuai tajuk ini dengan mereka.


Dalam slot ini para peserta ataupun naqibat yang telah terpilih ini perlu menyatakan berapakah dan apakah dosa yang telah mereka lakukan di dalam group masing2. Dan kemudian fasi A'tiqah Ayob akan meletakkan serbuk teh ke dalam cawan mengikut jumlah dosa mereka.Kemudian, fasi Fadhlin akan menuangkan air ke dalam cawan tersebut. Lebih menarik, mereka perlu minim hasil bancuhan tadi. Setelah selesai dua LDK ini, guru dari Unit Kerohanian Asrama menyampaikan ucapan dan seterusnya majlis penyampaian mandat buat barisan naqibat dan cenderamata buat barisan fasilitator.Majlis ditutup dengan Salam Jamaie.




~Salam Najah~
read more "Kursus Naqibat Usrah Asrama SMK Dato Sheikh Ahmad"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP