Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

31 Disember 2010

Memori 2010 Seorang Blogger


Aiyak! Korang yang dah memang dok stalk blog aku minggu ni, mesti boring kan. Baca benda yang sama. Almaklumlah, akhir tahun dan nak masuk tahun baru. Aku rasa tahun baru hijrah akan datang pun aku nak buat macam ni jugak la. Asyik masihi je yang dorang tumpu.huhu. Okey2, sebagaimana tajuk di atas, mestilah ceritanya pasal pengalaman pahit manis sepanjang bergelar blogger di tahun 2010 ini kan. Aku kene review blog aku sendiri la.wahaha~
Aku takleh nak cerita ikut archive bulan tu sebab tak konsisten.huhu.
So, 2010 inilah aku mula berkawan dengan blogger-blogger lain seperti kak Ili, Kak Juma, Naim, Krole, Mijie, Kak Wafa, and ramai lagi.
Tahun ni la banner aku mula dilancarkan.
Then, tahun ni juga la rasa macam nak join GA, even tak banyak sebenarnya.wahaha~
Tahun ni juga la blog aku ni dapat banyak award.
Dan tahun ni juga la blog ni mula aktif bercerita tentang munakahat. Nope! Lebih kepada info-info terbaru mengenai pengantin atau perkahwinan. Termasuklah karnival atau pameran pengantin.
Then, tahun ni juga aku jalankan GA yang pertama sempena apa? Itu tidak perlu dinyatakan di sini. [Siapa suruh cakap kan?] 
Tahun ni juga blog aku sudah mempunyai 300+ followers. Thanks guys.
Hah, tahun ni juga aku mula merasa pakai ads di blog, even baru 2bulan.
Dan yang paling penting, overall blog ni inc template, bacground, coding-coding, aku dah mula belajar dan faham. Sebab suka betul hack kan. [Opps! Jangan tiru aksi ini.:D] Sehinggakan aku lupa macam mana rupa asal blog aku ni.[Sebab just amik column je] Yang penting aku memang ubah terus lepas download template [Background je okey]. Tapi ini pun aku still tak bape ubah lagi ni kan. Korang yang dengki ngan aku, boleh la nak try. Aku nak tukar baru dah blog ni. wee~ Tapi aku rasa nak hire someone la ubah blog aku ni. FOC la ye.hee~

p/s:Moga-moga aku dapat jodoh pun dari blog.wee~
read more "Memori 2010 Seorang Blogger"

Dapatkan Tiket Konsert Free Di Sini!!

Iklan jap pasal bola:-  Eh, siapa yang pi jemput Safee Sali dengan Khairul Fahmi petang semalam? Dorang ada bagi gula-gula tak? hee~ Ke korang merasa pegang AFF Suzuki Cup tu? fuh! kalau dapat, terus main bola aku kat situ.lalala~ Ok..masuk bab tajuk di atas. Konsert apa nih? Komen-komen entri sebelum ni, cikgu Bijen ada sebut pasal konsert. Aku pun pelik bin ajaib. Ada konsert apa? Kes nak sambut kejayaan Khairul Fahmi dengan Safee Sali ke? Peliknya. Biasa perarakan je kan.hee~ Nak tengok apa cikgu kata?
Harap harap esok penuh masjid orang solat Jumaat.
Jangan penuh konsert tahun baru saja.
La..baru sedar dah nak masuk tahun baru. Hari ni la kan korang berkumpul kat dataran? Malam ni la kan korang jalan-jalan dengan awek/pakwe korang? Malam ni la kan dapat tengok bunga api sama-sama dengan kekasih hati korang? Malam ni la kan korang dapat bercumbu-cumbuan dengan kekasih korang? Malam ni la kan korang dapat bermalam dengan awek/pakwe korang? Malam ni la korang serahkan diri korang kepada lelaki yang belum tentu jadi suami korang atau sanggup terima anak korang! Rasa macam tiap tahun baru Masihi, pasti ayat ini yang aku akan katakan. Takdela~ Teringatkan ustaz dari Jabatan Agama tu tengok penuh kondom merata-rata tempat. Aiyoo..bikin wa susah hati maa. Takut wa sendiri tak boleh control diri. Nauzubillahi min zalik. Ohoh! Itu cerita malamnya. Sekarang ni aku nak cerita tentang siangnya. Sebagaimana permintaan Tuan Musang Berjanggut yang aku tidak tahu asal usul beliau dan juga atas harapan cikgu Bijen, aku dengan sedaya upayanya mengeluarkan semula kitab-kitab aku yang berkaitan dengan masjid atau pun Mengimarahkan Masjid.[Sebab bukan bidang aku untuk jadi ustazah atau ahli agama] Adeh~ Hah! Nak tekan X la tu. Silakan kalau tak mahu baca.
Family korang pernah tak buat kenduri kahwin? Ok, kalau tak pernah buat pun, bayangkanlah korang dah jemput jiran-jiran, saudara-mara, pakwe-pakwe, makwe-makwe, sahabat handai kan. Tapi yang datang dua tiga kerat. Adoih~ Yang bengkek nya, invitation card berzaman dah korang hantar. Bukan main mahal lagi korang tempah. Bengang kan? Dalam hati aku, 'lain kali tak nak datang kasi tahu la. Tak payah aku booking macam-macam. Kasi duit itu membazir saja. Baik aku beli motor baru.' Opps! Tak pernah terjadi lagi terhadap aku.hee~
Korang pernah dengar tak pasal masjid ni? Korang rasa wajib tak? Ni soalan yang ditujukan kepada lelaki la.   Yang wanita ni jadi tak wajib setelah zaman Saidina Umar [maaf, aku tak berapa ingat zaman siapa.Sila betulkan kalau salah]. Sebab fitnah dah mula timbul. Macam zaman sekarang ni. Macam mana fitnah timbul?
Ni aku amik suasana di sekolah aku dulu ye. Nak pergi masjid kena make up dulu, pakai baju kasi cantik dan meletop, sanggul kasi tinggi, stokin tak payah pakai, nanti basah jugak kaki, tudung tak payah labuh-labuh nanti kan tutup jugak dengan telekung. Aiyoo..dosa aku bertambah giler banyak time tu. Tahun depannya aku letak jawatan. wahaha~
Sebenarnya nak imarahkan masjid ni, kita kena tahu apa dia masjid dan apa peranannya? Masjid ni kan rumah Allah. Dalam bahasa bestnye sikit, "بيوت الله". Nama pun rumah Allah, so, rajin-rajinlah singgah kan diri ke situ. Dapat tengok sikit-sikit, pusing-pusing, solat sunat tahiyyatul masjid sebagai menghormati masjid pun dah memadai. Tapi kalau dah dengar azan tu, janganlah ngengade nak balik. Join sekaki. Alih-alih boleh hapus dosa salam orang-orang kat situ kan. Sesungguhnya rumah Allah itu adalah tempat yang paling suci dan kita haruslah menjaga kesuciannya.
Sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Jinn:18

Kita pun tahu, perkara pertama yang dilakukan para muhajirin semasa hijrah dari Mekah ke Madinah adalah mendirikan masjid. Dan sesungguhnya mementingkan masjid ini adalah sifat orang yang beriman. Banyak sungguh peranan masjid sebenarnya. Korang pernah join kelab-kelab yang ditubuhkan di masjid rumah korang? Dalam tiga-empat tahun baru ni, masjid kampung aku sangat aktif. Semua program ada bila tiba musim cuti sekolah. Dari Smart Solat, motivasi, kursus, sukan, boleh dikatakan semua la. Termasuk kelab remaja. Aku dah tak layak kot.wahaha~ Sekurang-kurangnya aku nampak masjid sini hidup. Gotong-royong dan macam-macam lagi. Tengok tu. Kan banyak peranan masjid ni. Baik dari segi sosial, budaya. Belum cerita pasal masjid yang besar lagi macam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj tu. Library, tadika, cc aku tak pasti tapi member aku online kat situ.hee~ Masjid kawasan rumah korang macam mana? Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak hidupkan ye tak?

التوبة:18 [aiyak!typing error]
Dalam Sahih Muslim, disebutkan riwayat dari Abu Hurairah R.A, bahawa seorang lelaki buta berkata kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, tidak ada orang yang menuntunku pergi ke masjid. Adakah aku diberi keringanan untuk solat di rumahku?" Nabi s.a.w bertanya."Adakah kamu mendengar seruan azan? "ia menjawab, "Ya", beliau berkata lagi, "Kalau begitu, penuhilah" [Dikeluarkan oleh Muslim, kitab Al-Masajid 653]
Tetapi kalau rumah korang jauh dari masjid sampai tak dengar azan, bolehlah solat di rumah. Tapi bab tu aku macam tak percaya yang korang tak dengar azan. Kat kawasan rumah aku ni kadang-kadang 3 masjid serentak. Kat Nilai pulak, surau aku dengar jelas, masjid pun aku dengar jelas. Memang sistematik la kedudukan UIA tu sebab berhadapan dengan masjid. Tapi aku tak tahu tentang kehadiran lelaki sebab dorang boleh pergi dua tempat sama ada masjid mahupun surau. Classmate cakap surau penuh. Alhamdulillah la kalau begitu kan?
Dulu, zaman adik-adik aku dilanda kemalasan untuk ke masjid. Mak aku mesti cakap, 'zaman Rasulullah dulu tu, kalau tak gi masjid, boleh kene bakar rumah ni tahu?' Fuh, time tu baru aku tahu kena pergi.wee~ Ni bukan tipu-tipu, ini benar. Riwayat Imam Bukhari.Tapi saya tak jumpa matan dia la.Maaf ye. Cuma ancaman dari baginda je. Takkanlah dorang sanggup nak biarkan rumah terbakar kan. Sebab Rasulullah itu tidak pernah berbohong. Dan sebab itu juga bahasa arab ada banyak kiasan.[Hampir terkeluar tajuk]
Untuk solat berjemaah di masjid ini, hukumnya Fardhu Kifayah bagi Mazhab Syafie.Tahukan fardhu kifayah tu macam mana? Ya, apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau surau, maka gugurlah dosa atas penduduk kampung atau mukim yang tidak hadir solat berjemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa. Mesti ada yang fikir, 'biarlah orang lain yang wakilkan'. Amboih. Kalau semua orang fikir macam tu. Berdosa la kita semua sebab TIADA SEORANG pun yang mahu pergi.wahaha~


p/s: Hah, pasal cerita kenduri kahwin tu, sama je la. Cerita best-best, ganjaran-ganjarannya semua dah tahu dari zaman dulu lagi. Tapi tak ramai yang nak pi terima jemputan.


p/s 2: Free-free je dapat tiket konsert kan? :D


p/s 3: Jap lagi nak solat Jumaat kan. Dah ready ke? Kasi angkut itu member ha.
read more "Dapatkan Tiket Konsert Free Di Sini!!"

30 Disember 2010

Giveaway dari azyaleeya


Wah..masuk-masuk je blog dari mata hati ni. Terus rasa macam lain. Maksudnya dah lama sangat saya tak ke blog beliau. Masih kekal dengan warna purple tapi berubah sikit dari yang dulu. Ok, jump to the Q:

1.Kenangan terhebat masa berblogging tahun ni.
Ush, macam-macam ada. Tak tahu nak pilih yang mana. Sebab tahun ni baru saya jadikan blog ni sebagai universal. Kalau dulu semua tentang tazkirah. Ataupun pernah la sekali cerita pasal memula masuk U dulu kan. Tahun ni blog ni lebih mesra gitu. Tak terlalu formal dan yang penting saya dah mula berkawan dengan bloggers lain.Thanks guys. Yang paling best, tahun ni saya dah berjaya buat GA! And InsyaAllah akan datang ada contest pula.hee~

2.Satu blog febret.
Erm? Takleh nak kata satu la sebab banyak. Macam Naim, Krole, Mijie, Caer, and lain-lain lagi.

3.Tag sorang
Naim lagi.Ntah sempat ke budak ni nak buat.
read more "Giveaway dari azyaleeya"

Contest: Siapa Awang Hafiz?


Jawapan-jawapannya adalah: [Try je ni.hee~]
1.Biru.
2.Mendaki Gunung.
3.Ayam penyet.
4.Susu.
Konon-kononnya nak cari Hafiz ni orang mana pasal menang 100th follower Ijam.Tetibe lak nampak contest ni kan. Join je la.hee~
read more "Contest: Siapa Awang Hafiz?"

Esok Cuti Tak?

Wahaha~ Mesti korang kata den ni tak betulkan? Malam tadi a.k.a. pagi tadi saya dah buat post yang confirm esok cuti tetiba saya boleh tanya pulak kan. Pelik-pelik. Ada yang tak kena dengan cahaya nih. Sebenarnya takde apa pun. Sengaja buat posting pasal cuti lagi sebab best tengok keyword yang datang ke blog cahayamylife ni.
Bola sepak punya pasal, so agak percaya dan tidak la kan.hee~ Betul esok cuti seperti di dalam post saya yang ini.Pernah juga sekolah saya yang dulu tu menang dalam Bola Tampar. Cuti juga. Malangnya zaman tu takde lagi nak announce di internet sama ada portal mahupun laman sosial. Yang ada hanya mulut dan mesej.hee~ Disebabkan itu, kami pulang ke sekolah dan takde sape yang pulang ke hostel lagi.Pelik! Pak guard kasi tau, cuti daa. Korang menang semalam. Monang apo ni pak cik? Mano la pak cik tahu.wahaha~ Kasi angkat kaki, serbu rumah member daa..
read more "Esok Cuti Tak?"

Nak Masuk Bloglist Gempak Wan Hazel


TUTUP : 11.1.11



Hai Wan.hee~Ini bukan kes bodek okeyh! Hari ni terpanggil la pulak untuk join ini even dah dua hari dah benda ni dibukak.kan Wan kan. Ini pengaruh si Krole la ni.hee~ Dah lama juga kita tak sembang kan Wan? wahaha~ Dulu rajin nak blogwalking tanya khabar. Siap tanya tempat2 mana ntah. Almaklum, Wan ni bukan orang semenanjung.hee~
Nama glemer: Cahayamylife@Yati
Url blog: cahayamylife.blogspot.com
Ala, Wan boleh lak tanya kenapa nak masuk bloglist dia.
Siapa tak nak kan? Lagi2 selalu jenguk-jenguk blog Wan. Tipula tu jenguk saje. Turut ikut setiap arahan Wan tau. Sebab blog Wan ni penuh dengan tutorial. Kalau tengok header pun dah tahu yang beliau ni pakar dalam bab edit gambar. Sangat best okeyh. Macam-macam jugak yang dah follow dalam blog Wan yang melimpah ruah dengan ilmu-ilmu seperti di ladang gandum. Huh! Jadilah koko crunch! Wahaha~
Join klik sini.
read more "Nak Masuk Bloglist Gempak Wan Hazel"

Nuffnang Gaduh Dengan Cahayamylife?

konon gaduh pakai mulut la tu
Takut nak tunjuk muka la tu
Amboih, bila orang takde aktif kemain dia yer
Ish3, apa dah jadi ni? Sampai bergaduh-gaduh. huhu. Tahu tak 2-3 pagi kami berperang. Takde kuali, takde pinggan dan takde mangkuk. Apa? Korang pun? Korang mesti perang pakai email kan.hee~ Tipu la tu. Takkan la korang nak perang dengan encik Nuff yang baik hati telah memberikan pendapatan buat korang selama ni kan. Nampaknya saya mencari masalah! Fuh, cool beb. Cool!
Huhu..Saje-saje intro gempak sedangkan takde apa-apa yang berlaku antara kami. Asalkan masing-masing tak bermadu.lalala~
Sebenarnya saya tak faham kenapa nuff akan keluar pada waktu tiada orang yakni, saya seorang sahaja la viewer. Keluar bebanyak pulak tu. Bila visitors saya ramai, langsung tak mahu keluar. Keluar pula waktu 2-3 pagi. wah.. So, kesimpulannya anda tahulah bahawa saya tak pernah dapat Buffered Earning.hee~ Saya cuma dapat CTR dan setakat ini CTR terkumpul saya adalah sebanyak RM3.75. Huhu. Nampak sikit kan? Almaklumlah, saya bukan blogger tegar yang mampu meraih sehingga puluhan mahupun ratusan ringgit dalam masa 3bulan! Oh tidak.. Dan tidak mengapa, saya masih setia bersama kamu wahai encik Nuff kerana kamu, saya masih di sini. wahaha. [Kelentong di situ.teeettt!] Sengaja hari ni keluar tajuk pasal nuffnang sebab tak pernah pun buat review pasal nuffnang ni kan. Tak patut juga saya buat begitu kerana nuff yang beri pendapatan dan sepatutnya saya tunjuk sikit sokongan saya terhadap mereka.huhu.Majulah sukan untuk negara! [Aiyak! Lagi sekali penangan bola]
Ohoh! Before terlupa. Anda yang mempunyai page sendiri sila ambil perhatian. Anda rugi tidak sertai kami. Sambil menyelam minum air. Sambil berblogging, sambil masyuk! Nak join jom klik sini.

p/s: Maaf encik Nuff dengan title di atas.hee~ Tolong jangan tarik glitterati saya.huwaa~
read more "Nuffnang Gaduh Dengan Cahayamylife?"

Esok Cuti!! Tak Payah Kerja Kawan-kawan

Hee~ Saje letak gambar bendera negara kita. Semangat kebangsaan nih. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Aik? Yeke esok cuti? huhu. Betul la esok cuti. Esok kan hari Jumaat. Selepas kemenangan Piala AFF Suzuki 2010 semalam. Tak caye, sila baca ini. di sini
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA
Huhu.Tapi untuk kerajaan je ke atau swasta sekali? Arghh..tak kisah. Saya memang bercuti.hee~ Kepada rakyat Kelantan, Terengganu dan sewaktu dengannya mungkin tak terasa sangatlah cutinya sebab dah memang waktu cuti kan.hee~
read more "Esok Cuti!! Tak Payah Kerja Kawan-kawan"

29 Disember 2010

Piala AFF Suzuki 2010 milikku!

Wah! Perasan nampaknya. Tapi betul apa. Milik Malaysia la kan. Saya kan rakyat Malaysia.hee~
Syabas kepada pasukan kebangsaan Malaysia. Harimau Malaya memang hebat la. Aduh~ Sebenarnya dah tekad tak nak buat posting pasal bola dah. Tapi dah minat. Mana boleh halang beb. Berdasarkan pemerhatianku, pada separuh masa pertama, padang lebih banyak dikuasai oleh tuan rumah. Pada masa kedua,  memang agak menggusarkan hati tapi korang perasan tak? Maybe korang perasan. Time aku baru nak alih laptop ni ke tepi, aku tengok la bola yang dibawa Safee ni kan. Pelik dan sangat pelik. Takde siapa yang jaga melainkan seorang pemain Indonesia. Dan tetiba gol! Apa lagi reaksiku, 'Hah??!!!! Yeah! Gol!!' ye, pada minit ke 53.  Memang nampak mudah. Kurang pertahanan di situ. Tak ke gila. Tapi pada minit ke 72, Nasuha telah menyamakan kedudukan dengan seri satu sama. [Macam lagu lak]. Dan bola berjaya membolosi gol Malaysia untuk jaringan kedua oleh Indonesia pada minit ke 87. Maaf pembaca-pembaca sekalian. Saya adalah peminat bola sepak. Dan saya paling gemar bermain bola sepak dan permainan yang pertama saya main di dalam hidup saya adalah bola sepak. Ya! Jangan terkejut.hee~ K.Rajagobal pasti berbangga kerana kepercayaan yang diletakkan kepada Khairul Fahmi selaku penjaga gol Malaysia tidak dihampakan. Even mulanya Khairul Fahmi berjaya dengan tangkas dan cermat mengawal pintu gol dan dua kali bola membolosi pintu gol, beliau tetap tenang. Sebagaimana yang anda maklum,kita tewas di Stadium Indonesia dengan jaringan 1-2, tetapi kita tetap sebagai pemenang kerana dengan agregat 4-2 dan telah berjaya memberi semangat baru kepada kita semua. Walaupun mereka masih muda, mereka tidak menghampakan kita gitu. Oh ye, sotong seperti sotong Paul yang memilih Indonesia sebagai pemenang tadi tu, sila buang negeri ye.wahaha.
Dan kepada penonton Indonesia yang 'boo' apabila lagu Kebangsaan kami berkemundang, sila ingat adab anda. Kami sensitif tentang kewarganegaraan kami.
Syabas Malaysia! Majulah sukan untuk negara. Dan tahniah juga buat pemain Malaysia bernama Izzaq. Inilah pengalaman baru anda.
read more "Piala AFF Suzuki 2010 milikku!"

Jadual Karnival Pengantin Shah Alam 2011


Amacam? Jomla join.hee~Okey2.Details dia ye? Jom kita terjah.
Yang paling hampir adalah pada 31 Disember 2010, 1 Januari 2011, dan 2 Januari 2011 di Stadium Melawati Shah Alam. Pada pengamatan saya, karnival anjuran Orange Vision ini diadakan dengan lebih gempak berdasarkan permintaan orang ramai kerana dengar-dengarnya, karinival di Shah Alam hari tu, seronok bangat. Benar atau tidak, pengunjung lebih mengetahui. Program sebegini bakal berlangsung berdasarkan jadual di bawah:
31/12 - 1/2/2011 : Stadium Melawati Shah Alam.
1,2,3 April 2011  : Stadium Melawati Shah Alam
3,4,5 Jun 2011    : SACC Convec, Shah Alam.
Oktober 2011     : SACC Convec, Shah Alam.

Kepada sesiapa yang ingin Mendaftar Secara Online sebagai pengunjung boleh lah klik di SINI atau banner atas.
Juga tidak perlu khawatir kerana ianya adalah percuma dan anda juga bakal peroleh hadiah cenderahati di kaunter pendaftaran nanti.
read more "Jadual Karnival Pengantin Shah Alam 2011"

Blogwalking Software BLUR


Blogwalking Software New Version



Whopp! Ini bukan autoblogwalking okey. Blur dah banyak kali invite menggunakan bw software yang sebelum ni. Tapi tak berani nak cuba sebab dengar-dengar macam2 kelemahan kan. Tapi kali ni lain. Korang leh tengok banyak blog dalam masa yang sama. Saya dah tengok dah macam mana style nya. Memang betul2 boleh komen dan tinggal jejak tanpa susah payah korang nak bukak tab banyak-banyak yang sehingga mampu melambatkan lagi loading korang. Blur ada nyatakan kelebihan menggunakannya:

  1. Menjimatkan masa…
  2. Tidak melawat blog yang sama dalam masa yang terdekat…
  3. Meningkatkan traffik dengan lebih sistematik…
  4. Boleh membaca dan menkomen post mereka…
  5. Menjimatkan masa anda…
Itulah dia serba sedikit tentang bw software ini. Sila la klik banner di atas untuk join ye.
Tag Naim la.
read more "Blogwalking Software BLUR"

Saya Blogger Selangor

Alhamdulillah admin Blog Pilihan Malaysia telah melanjutkan penyertaan. Semalam punyala gelabah nak buat entri ni tapi terus cancel. Satu disebabkan dah terlebih masa, dua, broadband ku mengada-ngada. Time tu la line langsung takde. Saya rasa tetiba rumahku beralih ke hutan belantara. 'Memang sengaja tak bagi aku masuk kan.' Geram betul. Dan hari ni alhamdulillah, saya berjaya juga melaksanakan misi ini. Okeyh. Sengaja diri ini untuk menyertai Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri selepas tewas untuk melangkah ke peringkat kedua dalam Kategori Blog Pilihan Malaysia 2010.
So, kepada yang berkenan atau berminat dengan saya, eh, dengan contest ini, sila klik link di atas ye. Sekian. :D
Alamak, ada kerja yang perlu dilaksanakan la. Ok2. Saya cahaya. wahaha.Perasan! Saya Norhayati. Siapa kenal angkat tangan! Yang bermaksud cahaya hidupku. Sebab tu la blog ni dinamakan cahaya mylife.Kan initial tu. hee~ Saya seorang janda. Anak takde. Tak nak duda.wahaha~ Tapi saya tak pernah berkahwin, bernikah, dan bersuami. haha.Pening? Biarkan! Kalau ada apa-apa informasi best-best seperti lawatan sambil makan, reunion, reception day a.k.a wedding day, or apa-apa yang menarik, sila jemput saya. [Paksa ni!] Hah, admin suruh bagi email or apa-apa kecuali no phone kan? hee~ Ngade-ngade nak bagi no phone nih. 014-55398##. Saya sendiri pun tak tau 014-5 tu talian apa.wahaha. Ala, nak lagi dekat di cahayamylife.blogspot.com atau mana-mana blog saya la. Banyak blog saya ni.hee~ Tapi secara private, boleh la emailkan apa-apa yang perlu ke zaujah1404@gmail.com. Kalau nak buat apa-apa liputan bersama saya, boleh hubungi saya di www.facebook.com/norhayati.rostam sebab saya jarang on FB.wee~ Kini saya menetap di Klang, Selangor. Kat sebelah Carrefour Klang je.hee~ Apa yang menariknya Selangor ni? Uish, banyak! Tapi saya lebih suka bercerita mengenai Klang sebab banyak sangat kalau nak cerita pasal Selangor.Disebabkan saya sedang mencari tempat bulan madu yang menarik, so, serba sedikit saya tahu apa yang menarik di tempat saya. Jom kita tengok.
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Inilah dia warisan yang masih dipelihara di Klang. Galeri ini mula dibina pada tahun 2002.Muzium ini dibina oleh Sultan Selangor kesembilan, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi memperingati jasa-jasa ayahandanya almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Terdapat pelbagai koleksi DiRaja yang dipamerkan di sini, terutamanya koleksi sejak zaman kanak-kanak dan juga pertabalan Sultan Selangor pada 1960 dan pertabalan sebagai Agong ke-11 Malaysia pada 1999.
Antara koleksi yang terdapat di sini termasuk mahkota bertatahkan berlian Sultan Selangor, cap mohor DiRaja Sultan Sir Abdul Samad (Sultan Selangor ke-4) dan juga pedang negeri bertatahkan permata Burma dan digunakan oleh Sultan Selangor ke-5. Lebih kurang 3km sahaja dari rumah saya.hee~
Istana Alam Shah
Pintu Masuk Istana Alam Shah
Selalu sangat saya lalu di hadapan pintu masuk ni, tapi tak pernah berkesempatan untuk singgah. [Konon busy macam Sultan.:D] Ini juga di Klang iaitu Klang Selatan. Inilah istana rasmi baginda Sultan Selangor. Istana ni dibina pada tahun 1905 lagi tapi reka bentuk lain la sikit dari yang atas ni. Sebab yang atas ni telah diubah sua sedikit oleh almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada tahun 2000. Lagipun inilah tempat almarhum baginda sultan dilahirkan. :D
Masjid Sultan Suleiman
Masjid ini adalah masjid diraja. Terletak di Kampung Jawa, Klang. Berdekatan dengan Bukit Istana dan tidak silap saya, berhadapan dengan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Yang ni pun saya tidak pernah singgah. Saya pernah la menuntut ilmu fardhu ain dengan Imam Masjid Diraja ini. Terkejut juga bila tahu beliau bekerja di situ. Apa lagi, ambil kesempatan tanya macam-macam la saya kan.:D Oh, tentang masjid ini, reka bentuknya unik Sebab tak sama dengan masjid lain. Ada yang kata ikut senibina campuran Islam Moorish dan Inggeris dan ada yang mengatakan Art Deco. Lagipun ia telah dibina pada tahun 1932 masa pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran selepas Jugra. Tahu kan Jugra tu adalah pusat pentadbiran Selangor yang pertama?
Masjid Baru Bandar Klang
Siapa yang datang ke Klang 3tahun lalu, maybe tak sempat lihat seperti ini. Sebab 3tahun juga terbengkalai dan akhirnya ianya terbina dengan baik.Masjid yang berada di tengah-tengah pusat bandar dan di tepi Sungai Klang ini dipercayai mampu menjadi daya penarik dan agak besar juga masjid ni. Pernah la solat di sini selepas berbuka puasa dengan kawan-kawan kerja tahun lalu. Waktu tu, masjid ni baru sahaja siap.
Tugu Keris Klang
Kris monument
Siapa-siapa yang pernah datang ke Klang melalui Tol Sungai Rasau, pasti pernah melihat Tugu Keris ini. Memang nampak macam takde pape kan. Tapi sebenarnya ok jugak la. Kat situ pun boleh jalan-jalan di reflexology centre. Ada kat situ jugak. Tak caye, pergilah. Nak bawak anak-anak jalan kat situ pun boleh. Kan ada taman permainan kanak-kanak.
Kalau boleh nak cerita pasal Gedung Raja Abdullah, Taman Pengkalan Batu, dan Kota Raja Mahadi tapi macam tak berapa reti je nak cerita. Yang penting semua ni berhampiran dengan Masjid Klang, Sungai Klang, dan Istana Klang itu.
Tanjung Harapan
Ya..inilah yang paling famous sekali. Almaklum lah, tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran dan nak berdating dengan isteri atau suami. Best kot duduk-duduk di sini. Nak lagi masyuk, naik Star Cruises. No hal kalau bab tu. Lagi-lagi kalau nak merasa makanan laut bakar, boleh lah cari di sini. Lagi la dekat dengan rumah saya. Dan lebih dekat dengan tempat kerja saya.hehe. Naik motor je beb.
Kalau tak silap di Muara Ikan Bakar
Fuh, memang best. Sebenarnya saya tak pernah rasa lagi makanan Muara Ikan Bakar di Port Klang ni. Kakak saya biasa la. Cuma saya pernah rasa suasana Muara Ikan Bakar di Umbai.hehe. Melaka perginya kan. Yang dekat ada. :D
Replika kapal layar Bugis
Macam tournament kat Terengganu la pulak
read more "Saya Blogger Selangor"

28 Disember 2010

Entry Penyertaan Blog List Dauspozi.com

Untuk join klik sini.

Ini kali kedua saya join buat entri untuk sertai blog list blogger lain. Dan kali ni, saya sertai bloglist Daus pula. Antara soalan-soalannya adalah:

1. Dari manakah korang kenal blog Dauspozi.com?
Erm..kenal blog Daus ni sejak kenal Naim la. hee~ Tak tahulah zaman bila tu. Chewah. Tak pasti la bila tapi dari Naim.

2.Kenapa korang nak join bloglist Dauspozi.com?
Nak merasa nama blog ni terletak di senarai bloglist blogger otai.hee~

3.Apakah tujuan sebenar korang menulis blog?
Takde tujuan lain, melainkan menyampaikan informasi, peringatan, dan kisah-kisah yang mampu memberi sedikit sinar di setiap mata hati yang membaca penulisan di sini. Di samping terselitnya hiburan buat si penulis.hee~ :D

4.Siapakah 3blogger yang menjadi sumber inspirasi korang?
Sumber inspirasi untuk apa ye? Memajukan blog atau memajukan diri dalam hidup?
Hmm..saya lebih suka memilih blog kak Insyirah, Mijie, Krole, dan Naim.
read more "Entry Penyertaan Blog List Dauspozi.com"

Tabarruj

Apakah yang dimaksudkan dengan tabarruj?
Menurut sesetengah ulama ia bermaksud menampakkan hiasan lahiriah kepada orang yang bukan muhrimnya, Hiasan lahiriah tu maksudnya segala benda yang boleh menarik perhatian seseorang termasuk barang kemas, wangi-wangian, alat solek, dan pakaian-pakaian. Bukan kerana hiasan rumah tetapi ni cerita pasal wanita ye. Hah, ni yang rasa pelik macam mana boleh ada program busana muslimah? Bukan tak boleh tetapi tak perlulah ada lelaki yang tonton dan tak perlu juga ditangkap-tangkap gambar, last-lastnya sampai ke tangan lelaki juga. Serupa je. Yang tak tahannya juru mekap pun lelaki, takde muslimahnya dah la kat situ. Opps! Terlupa pulak. Busana muslimah ye, belum mu'minah lagi. hahaha.*shakehead.

Hukum tabarruj
Berdosa ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Sebab? Boleh bawa kepada zina la kan. Ala, logik r. Takkan ada orang nak zina dengan perempuan yang elok berjubah,berbaju kurung dan bertudung. Tak bermekap. Melainkan yang perempuannya lak menggoda. Yup, betul ada yang cantik semula jadi, and takkan sampai orang leh terbau bau badan lak kan. Tidak la sehingga ke tahap itu sayang-sayangku sekalian. Adoih~ Yang tak bolehnya, bila kita lalu je orang tercari-cari. Tak lalu lagi, dah bau harum semerbak, kalau dekat tak ke hidung tu sendiri berjalan. Mekap lak, aduh~ tebal semacam. Nak tutup segala cacat cela pada muka yang sememangnya berkawah tu kan. Tak rasa macam menyamar ke? Dah macam menipu pulak kan? hee~ :D

Warna yang dibenarkan.
Sebenarnya kurang sesuai guna ayat warna yang dibenarkan ni sebab semua boleh cuma jangan terlalu menjolok mata. Dan warna yang disunatkan adalah warna-warna gelap seperti hitam, koko, kelabu tahi anjing, hijau tua, dan sewaktu dengannya la.

Pakaian yang diharamkan wanita memakainya
Pakaian yang menyerupai lelaki.
read more "Tabarruj"

27 Disember 2010

Jom Sertai Bloglist Siti Safiyyah

Tadi baru je post entri kan. Adeh~ Takpelah. Actually, tadi ternampak entri baru Mijie pasal tajuk kat atas ni. Secara tulus dan ikhlasnya, ini adalah kali pertama saya sertai benda-benda macam ni. Maksudnya, untuk exchange link la. Biasanya kan berdasarkan persetujuan je tapi yang ni Mijie buat den terpanggil-panggil lak. Padahal den tak kenal pun siapa Siti Safiyyah ni. Tapi dari sini la bermulanya titik persahabatan di antara teman-teman blogger. Macam pepatah baru yang direka oleh Mijie, Jauh di mata, dekat dijari. :D So, soalan-soalannya bagi acara ini adalah:

1)Dari mana anda kenal blog Siti Safiyyah?
Dari blog Mijie. hee~
Sorry ye wak. Baru nak kenal ni. So, tak berapa tau sangat selok-belok blog ni. Tapi dah teliti dari atas sampai bawah dah.:D

2)Apa yang best tentang blog Siti Safiyyah yang patut dikekalkan?
Ooo..rasanya semua okey sebab bila tengok-tengok, tilik-tilik, teliti dari atas sampai bawah, semua yang wajib dah ada. Yang penting tak semak dengan widget macam blog cahaya ni. :(

3)Apa yang paling tak best tentang blog Siti Safiyyah yang patut diperbaiki?
Takde setakat ni. Tapi ada sikit. Bagi cahaya, warna pada font link. Kan every link warna hijau kan. Disebabkan background putih, so hijau tu dia jadi terlalu benderang sangat. Bukan belerang.hee~ Cahaya rabun, so hijau camtu tak berapa nampak la tulisannya.hihi~

4)Ucapan buat tuan punya blog Siti Safiyyah
Moga sukses dalam menaikkan nama blog anda. Moga segala yang disampaikan tu bakal memberi manfaat kepada semua. Salah kita sikit, terbawak-bawak lak dosanya kan. Cahaya sendiri pun takut kalau terjadi macam tu. Tapi kita manusia biasa. Kat mana-mana sahaja akan ada kesalahan sebagai sebuah pengajaran. Ingat ye, mesti ikhlas dalam setiap pekerjaan. Majulah sukan untuk negara! [Aiyakk!ni kes bola semalam la ni.Adeh~]
read more "Jom Sertai Bloglist Siti Safiyyah"

Wanita dan Aurat

Minggu ini saya lebih berminat untuk menceritakan mengenai aurat bagi wanita. Hanya satu sahaja persoalan yang akan ditimbulkan di sini iaitu Bila Aurat Wajib Ditutup?


a) Ketika bekerja
Kalau kerja guna tangan seperti kerja kilang yang boleh menyebabkan kekotoran. Konon-kononnya korang kena main dengan tepung. Nak tak nak, kena la angkat sikit lengan baju tu kan. sikit je eh. Dibolehkan.
Dan kalau kerja korang kena basuh tandas ke apa ke yang sewaktu dengannya. Jadi dibenarkan untuk menampakkan kedua kaki. Eh, bukan tujuan untuk menunjuk kaki okey. Untuk mengelakkan penyakit or apa-apa je la yang tidak baik.
Yang kerja tidak menyusahkan seperti yang dinyatakan atau yang lebih kurang dengan itu, hendaklah menutup keseluruhan anggota badan kecuali tapak tangan dan muka. Tudung tu bawah paras dada ye. Jangan ngam-ngam bawah dada, boleh nampak jugak tu yang tak sepatutnya. Baju pulak jangan ngengade nak pakai yang ketat-ketat. Jangan bagi alasan pinjam baju adik sebab baju kena curi dengan kucing. Longgar-longgar tu wajib supaya tak menampakkan bentuk tubuh badan. Lebih elok pakai jubah. Tapi, [hah, ada tapinya tu] jangan pakai yang meleret-leret macam nak sapu sampah-sampah kat tanah atau lantai tu ye. Tak boleh juga sebab menyerupai zaman firaun. Nampak macam susah ke? Sebenarnya tak susah pun. Lebih selamat. Takdelah rasa tak selesa bila orang asyik tenung je. Kang orang tengok-tengok, marah. Nak buat macam mana, keindahan ciptaan Tuhan. Siapa suruh pakai baju tak cukup kain?

b) Ketika bersama keluarga
-Datuk dan nenek sebelah mak, datuk dan nenek sebelah bapa, bapa, mak, adik-beradik lelaki dan perempuan.
Hah, yang ni bolehlah bebas sikit kot. Tak payah bertudung. Lagipun aurat antara pusat hingga ke bawah lutut. Tapi, takkanlah korang selamba badak je tayang kat parents. Tak payah ngengade. Baju tu biar tutup seluruh badan. Tak nak seksi sangat sebab sekarang ni zaman fitnah. Bukan fitnah datang dari mulut orang je tau. Sekarang ni kan banyak pendedahan dengan benda-benda yang tidak bermoral. Gambar-gambar dan filem-filem lucah merata tempat dan kadang-kadang tu free-free je ternampak. So, nak tak nak dengan ayah sendiri pun kena jaga, Beliau pun manusia biasa. Nafsu sama je. So, ingat ye kawan-kawan. Jangan ada kejadian sumbang mahram sudah. Ngeri den dengor. Tapi kalau tak sengaja tu tak jatuh dosa la pun.
-Ipar
Yang ni wajib tutup ye. Dengan abang atau adik ipar ni even kita rapat macam saudara kandung, kena ingat juga batas-batasnya sebab kita masih boleh kahwin dengan beliau bila berlaku perpisahan dengan kakak atau adik kita. Memang ramai yang tak mampu jaga dengan ipar ni sebab tak dimulakan dari awal. Tapi kena ingat, Islam ada hukum, hukumnya tetap berjalan seperti biasa. Buat apa nak malu bila tetiba je pakai tudung. Takkan la si ipar tu tak tahu hukum.
-Bapa saudara (Adik atau abang kandung ayah dan emak)
Hah, ni macam dengan ayah sendiri la auratnya. Cuma kena ingat. Yang kandung je tau. Kalau suami kepada mak cik, tetap dianggap orang luar. Aurat macam biasa dengan ajnabi. Semua kecuali tapak tangan dan muka.
-Adik-beradik ibu tiri, sepupu, keluarga tiri (lain bapa dan lain mak)
Auratnya sama seperti biasa. Seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka.
-Adik beradik satu bapa berlainan mak atau sebaliknya.
Aurat seperti dengan adik beradik kandung.
-Ibu tiri dengan anak tiri.
Seperti anak sendiri kerana ibu tiri haram berkahwin dengan anak suaminya.

c) Berada di tempat sunyi.
Disebabkan sekarang ni zaman fitnah. Ada baiknya korang jalan beramai-ramai. Jangan kurang 4orang sebab bertiga pun dah bahaya. Mahal wooa nak jual korang. Untung hantar kat mak ayam. Heyp, mengarut pulak. So, elakkan. Waktu macam ni, lebih elok korang tutup semuanya termasuk tapak tangan. Muka lagi la kena tutup. Muka ni penarik tau.Jangan ingat dari mata je turun ke hati. Baik korang berpurdah. [haha.Seruan dalam diam].

d) Bersama orang kafir.
Yang bukan Islam atau Muslim itulah kafir. Jangan kata kafir itu untuk orang yang tidak beragama sahaja. Ustaz Majid cakap, semua agama takde ajaran sesat melainkan Islam. Betul kan? Asyik-asyik cerita ajaran sesat mesti Islam. Kenapa? Sebab agama lain dah memang sesat. wahaha~
Opps..terkeluar cerita pulak. Hah, aurat dengan mereka adalah seperti biasa iaitu seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan. Rasanya macam pernah cerita pasal ni dalam entri dulu. Yang mana saya timbulkan di dalam kelas sewaktu di sekolah menengah dulu dan juga masih dibawa ke kolej mengenai aurat di PLKN. Kan disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai kaum, penempatan pelatih hendaklah bercampur dengan non-muslim. Dalam hal ini, aurat kita masih sama seperti bukan muhrim tetapi dalam tempoh yang lama, sehingga kita yakin terlepas dari fitnah sang kafir ini, boleh tudung itu dibuka. Aurat perlu dijaga bertujuan untuk elak fitnah, mana lah tahu mereka ni ekstrem sangat. Benci sungguh dengan Islam. Tetapi kalau rasa nak lebih selamat, jadi macam adik saya, Tak pernah bukak tudung melainkan waktu mandi dan sembahyang. :D
read more "Wanita dan Aurat"

26 Disember 2010

Blog Paling Best & Terbaik Punyer


Huhu..kali ni ditag lagi oleh Umar. Rajin betul Umar ni bagi award kan.hee~
Ni sebenarnya award khas untuk Umar daripada K-ril.
Baik kan K-ril ni. Kesnya blog Umar ni memang best sampai K-ril ni akan selalu baca entri si blog Umar ni. Tapi ada lak yang tak puas hati kot dengan Umar ni. Sabar je la ye.
Hah, K-ril ni pakar bab komputer. Macam saya punya ehem2 pulak.hee~
Biasa programmer kan yang pakar bab2 ni. Yang penting student Information Technology la.
Tapi tak tau la dia ni. Umar kasi award dan tag saya.
So, saya nak tag Adik Naim la. Amik yer. Takde soalan pun.
wee~
read more "Blog Paling Best & Terbaik Punyer"

25 Disember 2010

Award dari Umar


Hari ni update dengan award lagi. Umar yang Cute kot.wahaha~ Tak tahulah gimana cutenya ya. Kerna beliau tidak pernah menunjukkan dirinya.[Maybe]. 
Ok, ni dia soalannya.

1.Apa pendapat tentang blog Umar?
Umar antara blogger yang masih baru menjelajah ke blog cahayamylife.blogspot.com ni kan. And kalau tak silap, antara new b juga Umar ni. Dan tercalon dalam BPM 2010. So, masa memula tengok blog Umar, agak terkejut juga background die. hee~ Gurau je Umar. Yang penting simple and nice. Siap awan bergerak2 lagi ha.


Inilah blog Umar. Nice kan. Senang kamu nak klik nuff beliau.hee~
Saya letak blog beliau ni untuk menunjukkan bukti awan tu.hee~ Umar marah ke eh? Adeh~
Ok, next question please.

2.Tempat yang paling nak lawat.
Tanpa disangkal lagi, mestilah tanah suci Mekah.wee~

3.Tiga perkara tentang diri anda,
-Selalu blur.
-Selalu mengade-ngade.
-Selalu buat hal.
hee~ caye tak? lalala.

Thanks Umar for the tag.
read more "Award dari Umar"

Siapa yang tak kenal Mijie?


Hee~ Tetibe je tanya macam tu. Saje je. Rasanya ramai yang kenal dengan beliau.Lagipun beliau antara kawan blogger terawal selain SyafeeKrole, Naim, Kak Insyirah dan Wan Hazel. Even saya dah lama berblogging, tapi dulu-dulu memang kurang berjalan dan berkawan dengan blogger lain. Blog Mijie ni banyak manfaatnya lebih2 lagi bagi newblogger.Lagipun penuh tutorial di dalam blog beliau. Sila jenguk2 ke blog Mijie ni okey.


Soalan-soalannya adalah:
1.Apakah nama pena yang sesuai diberikan kepada Mijie?
Nama pena untuk Mijie pun tak payah dah nak cari kot. Sama macam nama Krole. Dah komersial pun dua2 nya. Pasal cukup ringkas, padat, dan tepat.

2.Apa perubahan yang anda rasa perlu untuk blog ini?
Tak layak rasanya untuk saya komen Mijie punya blog. Superb sudah. Takde pe yang perlu diubah. Programmer sudah cukup hebat kot.

3.Apakah komen anda tentang blog ni?
Nothing. Perfect!

4.Then kena tag 10 orang.
Ohoh..Mijie terlebih-lebih tag orang. Saya pulak tak tau nak tag siapa la.
Takpe2.Dah tau dah nak tag sape. Nanti bw saya bagitau ye.

Terima kasih sekali lagi ye Mijie. [Boleh tak nak kata yang saya dah lama tunggu award dari Mijie? hee~ Nak tengok, ingat kat orang ke tak].wee~
read more "Siapa yang tak kenal Mijie?"

23 Disember 2010

Misi 30hari mencari cinta:7days left

Apa tu? Tajuk takleh blah.
Tapi betul beb. 30 hari je tau. Dan malangnya tinggal 7hari. Aduh..dugaan, dugaan. Bukan memilih pun. Tapi nak buat macam mana. Yang datang, semuanya tak berkenan.
Sabar ye duhai hati. Anda mampu hadapinya.
Ya Allah..permudahkan urusanku.
Okeyp.Entri ni sebenarnya nak menjawab tag cik myra kite ni.hee~ Atas tu penggempak je. Sori ye.
Soalan-soalannya adalah:
1.Apakah status anda?
Hah? Adeh~ Sila faham di atas ye.

2.Ceritakan pasal diri anda.
Seorang pelajar.
Bulan 2 tamat asasi di Uiam dan bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UIAM juga.
Tak tahu nak kata apa dah.
Cukup la tu.

3.Ceritakan pasal blog anda.
Huhu. Sebagaimana yang anda dapat lihat di blog ni seperti saya peminat pink kan. Sebenarnya tidak pun. Blog ini memberatkan kepada tazkirah untuk saya khususnya. Saya lebih suka letakkan di sini mengenai yang berkaitan dengan diri saya. Tapi ada sorang reader blog saya. Saya rasa silent reader sebab baru sekali beliau komen di kotak komen salah satu entri blog ini. Beliau kata blog ini universal dan lebih kepada islamic. Itu pandangan beliau. Entah. Yang penting semua untuk saya rujuk semula.

4.Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Speechless dibuatnya. Yang penting, mudah dapat ilmu. Dan menerima secara santai sebab kebanyakan penulis lebih gemar menulis secara terbuka tanpa bahasa yang formal. Cuma dugaan dalam berblog tu banyak. Lebih2 lagi ada orang yang plagiar. Adoih~ Copy paste juga. Penat2 den buat research, cari sana, cari sini.Gabungkan situ dan sini. Anda ambil begitu sahaja. Mungkin anda sangka saya juga copy paste sebagaimana yang terletak di sini. Okeyp.

5.Nasihat kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog.
Pastikan anda sudah merancang konsep blog anda. Buat fasl atau pembahagian ruangan yang bersesuaian. Bijak menggunakan widget. Sebolehnya buat se'simple' mungkin untuk layout atau background. Jangan macam blog ni. Nak tambah barang lagi pun takut pasal dah berat. Member nak bukak blog ni pakai phone pun dah takleh. Rasanya macam dah banyak kurangnya. Jangan terlalu obses sehingga semua benda anda cerita. Anda perlu ingat, masing-masing ada aibnya. Dan jangan pula membuka aib orang. Cukup dijadikan teladan hanya menggunakan contoh. Eh2, terlebih sudah. Ikut anda la macam mana konsep blog anda. Kalau terlalu personal, tidak perlu dijadikan public. Cukup untuk invited readers.Faham?

6.Nyatakan keunikan yang terdapat di blog anda.
Tiada.

7.Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Selama mana broadband ni berfungsi, selagi tu la blog2 den berjalan.
Impian pulak dah. Macam dok kat hotel Impian Morib pulak. Sentiasa mengharap semua readers/pembaca sama ada silent ataupun tidak, anda ambil yang positif sahaja. Kisah yang negatif, sila ambil iktibar. Untuk sudah memadai. Saya tidak minat keluar2 untuk berdakwah. No, no. That's not me. Jadi, inilah caranya saya meneruskan hidup.

Sekian sahaja tag kali ini.

read more "Misi 30hari mencari cinta:7days left"

18 Disember 2010

Muharam Bukan Bulan Hijrah

Hari ni dah 12 Muharam. 2hari lepas anda puasa tak? :D
Oh ye, tentang pernyataan di atas, memang benar. Ada yang fikir bulan nabi Hijrah ke? tidak.
Biasanya memanglah semua orang akan kata bina azam baru. Berhijrah kepada yang lebih baik. Ala, itu normal la kan. Tahun baru. Macam Happy New Year yang ramai anak-anak orang berkumpul di dataran menanti tepat 12 tengah malam, balik2 je bersepah-sepah kondom. Merata-rata orang berdua-dua. Time tu semua sibuk mulakan azam baru. Betul la tu. Kita yang berhijrah kan. :D Ish, tak faham sungguh orang yang suka ambil kesempatan macam tu. Alhamdulillah awal Muharam tidak berlaku sebegitu. Entah-entah memang tak ingat pun tentang tahun baru Islam ni kan. Tahun pertama hijrah memang betul tahun Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah tetapi tarikh nya itu tidak dapat dipastikan kerana orang Arab mana ada kalendar dulu. So, bagi memilih bulan pertama dalam Islam, pelbagai cadangan dikemukakan. Jadi, saya tidak mahu menaip panjang kerana sebentar lagi ada paper. So saya paste kan sahaja soal jawab bersama Dr Asri ini.

Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?
Nasir, Kuantan.
Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;
1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.
2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.
3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:
Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.
4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).
gua_thur.jpg
Gambar Hiasan - Gua Thur
5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.
6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.
7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.
8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.
9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.
read more "Muharam Bukan Bulan Hijrah"

16 Disember 2010

Menjawab Pernyataan Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, serta Cadangan Penyelesaian [Darurat&Haram]

Sudah lama tiada entri terbaru. Dan kali ni entri yang diminta oleh sahabat saya untuk berkongsi dengan pembaca sekalian. 99% dari entri ini adalah dari PMRAM-MANHAL.


Merujuk kepada halaman 6, Harian Metro pada hari Sabtu bertarikh 11 Disember 2010 (link), satu isu telah dipaparkan berkenaan penyelesaian yang dikemukan oleh Datuk Dr. Fadzilah Kamsah kepada seorang wanita yang bekerja sebagai GRO. Wanita yang sedang sarat mengandung itu mengadu tentang dirinya yang tidak mempunyai sumber pencarian rezeki melainkan dengan melacur.Penyelesaian yang diberikan oleh beliau ialah dengan membenarkan wanita tersebut meneruskan kegiatan melacur untuk menyara kos sara hidup setelah bersalin dalam keadaan dia mestilah merasakan tidak redha terhadap perbuatan yang dilakukan sebelum berada dalam keadaan selesa untuk berpindah kepada pekerjaan yang lain.

    Dalam perbincangan ini, pihak MANHAL PMRAM ingin mengetengahkan beberapa tumpuan utama yang akan dibahaskan. Perkara tersebut ialah :

• Bahaya mendekati zin.
• Dharurat menurut pandangan agama.
• Penyelesaian alternatif kepada masalah.

Bahaya Mendekati Zina


Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Isra’ ayat ke-32 :

32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).

Hadith Nabi S.A.W. melalui Riwayat Imam Bukhari :



حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا الْفُضَيْلُ بْنُ غَزْوَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزْنِي الْعَبْدُ حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَقْتُلُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ قَالَ عِكْرِمَةُ قُلْتُ لِابْنِ عَبَّاسٍ كَيْفَ يُنْزَعُ الْإِيمَانُ مِنْهُ قَالَ هَكَذَا وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ ثُمَّ أَخْرَجَهَا فَإِنْ تَابَ عَادَ إِلَيْهِ هَكَذَا وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ


Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna Telah mengabarkan kepada kami Ishaq bin Yusuf Telah mengabarkan kepada kami Al Fudhail bin Ghazwan dari Ikrimah dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma mengatakan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah berzina seorang hamba yang berzina ketika ia berzina dalam keadaan beriman, dan tidaklah mencuri ketika ia mencuri dalam keadaan beriman, tidaklah ia meminum khamr ketika meminumnya dan ia dalam keadaan beriman, dan tidaklah dia membunuh sedang dia dalam keadaan beriman." Kata Ikrimah, saya bertanya kepada 'Ibnu 'Abbas; 'bagaimana iman bisa dicabut padanya? ' ia menjawab; 'begini', sambil menjalinkan jari-jemarinya, kemudian ia keluarkan, 'maka jika ia bertaubat, iman itu kembali kepadanya, ' sambil ia menjalin jari jemarinya. (Hadith ke-6311)

    Berdasarkan kepada ayat Al-Quran dan hadith nabi S.A.W. di atas, ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa zina diharamkan di dalam Islam. Allah S.W.T. mengarahkan kepada umat Islam supaya tidak menghampiri zina, apatah lagi terjebak di dalamnya dengan cara menjauhkan diri daripada unsur-unsur yang membawa kepada maksiat ini. Beberapa perkara disebutkan oleh para ulama’ sebagai punca ke arah berlakunya zina, iaitu :

1. Pandangan mata.
2. Berdua-duan dengan lelaki / wanita bukan mahram.
3. Percampuran antara lelaki dan wanita (pergaulan bebas).
4. Berhias-hias dan memperagakan kecantikan.
5. Memakai wangi-wangian dan melunakkan suara.

     Perbuatan yang disebutkan ini merupakan permulaan kepada maksiat yang lebih besar iaitu zina. Hal ini disebabkan Islam mengajar umatnya menjaga lima perkara : agama, akal, diri, keturunan, dan harta. Allah S.W.T turut menyebutkan balasan perbuatan ini dalam ayat 68 dan 69, Surah Al-Furqaan :




68. dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu Yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa Yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan Yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
69. akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan, -


    Zina merupakan salah satu dosa besar dalam Islam disebabkan balasan dan siksaan pedih yang menimpa mereka yang melakukannya diceritakan di dalam Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Baginda menerangkan kepada kita dalam hadith di atas bahawa mereka yang mencuri, minum arak dan berzina tidak akan melakukannya dalam keadaan dia beriman. Seolah-olah gambaran perkara-perkara ini adalah suatu tembok pemisah antara keimanan dan kekufuran. Na’uzubillah min zalik.

• Balasan penzina : Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nuur ayat ke-2 :
2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman. 
    Hukuman ini dikenakan kepada mereka yang belum berkahwin manakala bagi mereka yang telah berkahwin akan direjam berdasarkan kepada hadith sahih Nabi S.A.W. yang menceritakan perbuatan rejam baginda kepada Ma’iz dan Al-Ghamidiah. Tetapi bagi mereka yang telah sedar dan ingin bertaubat perlulah segera menjauhi perbuatan ini agar tidak mendapat laknat dan kemurkaan daripada Allah S.W.T jika mereka tetap meneruskannya. Keadaan ini disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W. :


حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ شَيْخٌ زَانٍ وَمَلِكٌ كَذَّابٌ وَعَائِلٌ مُسْتَكْبِرٌ

Maksudnya : Dan telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Waki' dan Abu Muawiyah dari al-A'masy dari Abu Hazim dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tiga orang yang mana Allah tidak mengajak mereka berbicara pada hari kiamat, dan tidak mensucikan mereka." Abu Mu'awiyah menyebutkan, "Dan tidak melihat kepada mereka. Dan mereka mendapatkan siksa yang pedih: yaitu orang tua yang pezina, pemimpin yang pendusta, dan orang miskin yang sombong." (Hadith ke-156 riwayat Imam Muslim)


Dharurat Menurut Pandangan Agama

    Sesetengah golongan pernah cuba mengaitkan keharusan zina dengan dharurat yang menimpa seseorang. Mereka mengatakan dalam keadaan dharurat individu berkenaan dibenarkan melakukan maksiat dengan melihat kepada kaedah umum الضرورات تبيح المحظورات yang bermaksud (Dharurat Itu Mengharuskan Perkara-Perkara Haram). Contohnya seorang lelaki yang kebuluran di dalam hutan dibenarkan untuk memakan khinzir yang berada di hadapannya setelah tidak menemui sebarang makanan dengan syarat bahagian yang dimakan itu hanya sekadar mampu memberikannya tenaga.


    Namun, para ulama’ meletakkan garis panduan kepada kita dalam memahami erti dharurat yang sebenarnya :

1. Dharurat ini tidak dapat dibendung dan ditakuti akan membinasakan diri atau anggota badan.
2. Keadaan ini membolehkan perkara haram dilakukan untuk menjaga nyawa individu yang berada dalan keadaan dharurat samada dengan cara memakannya atau menjadikannya ubat.
3. Situasi dharurat tidak mempunyai kaitan dengan maksiat (zina, mencuri dan sebagainya) seperti yang telah disebutkan oleh jumhur ulama’, Ibnu Al-‘Arabi dan sebagainya. (seperti contoh : tidak boleh mengatakan diharuskan berzina / mencuri disebabkan dharurat)
4. Orang yang berada dalam keadaan dharurat tidak mendapati jalan lain untuk menolak kemudharatan yang dihadapinya.

5. Melakukan perkara haram (selepas dharurat) hanya sekadar boleh mengelakkan sesuatu tidak baik berlaku (maksudnya jangan berlebih-lebih).
6. Pasti dalam dirinya bahawa jika dia tidak mengambil sesuatu yang haram untuk menyelamatkan dirinya dia akan kehilangan nyawa atau anggota badan.
7. Pasti bahawa dirinya tidak mengambil bahagian saudaranya yang lain yang juga berada dalam keadaan dharurat.
8. Keburukan jika tidak mengambil perkara yang haram tadi lebih besar daripada keburukan yang bakal menimpa jika dia melakukannya (mengambil yang haram).

     Oleh itu, perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana ia berkaitan dengan keharusan yang Allah berikan sebagai ganti dalam menjaga salah satu daripada lima perkara asas anjuran agama yang telah disebutkan sebelum ini. Jika tidak, keharusan ini akan bertukar menjadi haram dan si pembuatnya terus berada dalam keadaan berdosa. 

Penyelesaian Alternatif Kepada Masalah 

    Setelah melihat kepada pandangan agama dan situasi yang berlaku, pihak kami mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian masalah :

1. Optimis terhadap pengampunan dan rahmat Allah S.W.T.

Allah S.W.T sangat belas kasihan kepada hambanya, mengampunkan kesalahan mereka dan menerima taubat. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Imran ayat ke-133 :

133. dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;

    Sesuatu maksiat yang dilakukan perlu dihapuskan melalui taubat  kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha). Antara syarat bagi taubat ini diterima ialah :

1. Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah lalu.
2. Menyucikan diri daripada dosa iaitu memohon pengampunan daripada Allah S.W.T.
3. Berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
4. Jika kesalahannya itu melibatkan pengambilan harta orang lain maka ia perlu dipulangkan.

Selain itu, hadith Nabi S.A.W. pernah menceritakan perihal taubat :

Dari Abu Musa Al-Asy’ari -radhiallahu anhu- dari Nabi -alaihishshalatu wassalam- beliau bersabda :

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا

Maksudnya : “Allah -Azza wa Jalla- akan senantiasa membuka lebar-lebar tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada siang hari dan Allah senantiasa akan membuka tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam hari, dan yang demikian terus berlaku hingga matahari terbit dari barat.” (Hadith riwayat Imam Muslim no. 2760)

    Seorang manusia perlulah senitiasa optimis kepada Allah S.W.T. dalam semua perkara kebaikan yang dilakukan. Begitu juga dengan taubat, walau sebesar mana dosa yang dilakukan ingatlah bahawa Allah S.W.T. maha pengampun lagi penerima taubat. Firman Allah S.W.T. dalam Surah At-Tahriim ayat ke-8 :

8. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

    Walaupun hukuman di dunia tidak dijalankan, si pembuat dosa perlulah bertaubat dengan penuh kesungguhan kepada Allah S.W.T. agar diampunkan kesalahan yang telah dilakukan. Insha Allah, Dia sangat pengasih dan menerima taubat hambanya.

2. Mengikut jalan penyelesaian yang tidak bertentangan dengan syara’ 


Dalam pecahan ini, setiap manusia diajar supaya tidak mengikut suruhan manusia lain yang mengajak ke arah maksiat. Hal ini pernah disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W. :

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي نَافِعٌ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ صَبَّاحٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ زَكَرِيَّاءَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ حَقٌّ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِالْمَعْصِيَةِ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ

Maksudnya : Telah bercerita kepada kami Musaddad telah bercerita kepada kami Yahya dari 'Ubaidullah berkata telah bercerita kepadaku Nafi' dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Dan diriwayatkan pula, telah bercerita kepadaku Muhammad bin Shobbah telah bercerita kepada kami Isma'il bin Zakariya' dari 'Ubaidullah dari Nafi' dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Mendengar dan taat adalah haq (kewajiban) selama tidak diperintah berbuat maksiat. Apabila diperintah berbuat maksiat maka tidak boleh untuk mendengar dan taat". (Hadith ke-2735 riwayat Imam Bukhari)

    Allah S.W.T. sangat luas rahmatNya, iaitu dengan membenarkan perkara haram itu diambil sebagai ganti kepada dharurat yang berlaku. Jika tidak, kebinasaan akan menimpa diri dan anggota individu ini. Namun, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah konsep memahami pengertian dharurat dan syarat-syaratnya (seperti yang telah dijelaskan sebelum ini), apabila meletakkan bahawa ia tidak mempunyai ikatan dengan maksiat dan tidak ada alternatif lain dalam menyelesaikannya.
    Maka jika ia merupakan saranan daripada seseorang dengan di sana masih terdapat jalan lain untuk digunakan (rujuk kepada perbahasan dharurat pada perbincangan sebelumnya), arahan tersebut tidak boleh dipatuhi. Inilah kaedah yang digunakan oleh para ulama’ pada zaman dahulu dan sekarang.

• Persoalan : Kalaulah maksiat tidak dibenarkan untuk diikuti dalam keadaan dharurat, bagaimana pula dengan memakan khinzir dalam keadaan dharurat?Adakah dengan memakannya itu tidak dikira sebagai maksiat?

Jawapan : Perkara tersebut hendaklah dilihat kepada syarat dan ketetapan dharurat pada perbahasan lalu, iaitu jika ia tidak melakukannya maka perkara ini boleh membawa kepada kebinasaan pada diri dan anggota. Dalam masa yang sama, tidak ada cara penyelesaian lain dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, keburukan yang diterima setelah melakukan perkara itu (memakan daging khinzir seperti contoh) lebih kecil jika dibandingkan dengan kebinasaan nyawa atau anggota jika dia tidak mengambilnya, maka perkara tersebut dimaafkan.

    Berbeza dengan kes ini, kebinasaan yang bakal diterima lebih besar jika ia dilakukan iaitu mendapat balasan di dunia dan akhirat seperti yang telah disebutkan dalam ayat Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Tambahan pula, pada zaman sekarang masih terdapat banyak lapangan yang boleh diisi sebagai ganti kepada mata pencarian hidup, maka keadaan dharurat dalam situasi ini tertolak.

3. Memohon bantuan daripada kenalan atau pihak berwajib


Islam mengajarkan umatnya supaya saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam perkara kebaikan. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Maidah ayat ke-2 :


Maksudnya : …dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).

    Dalam kes ini, individu berkenaan boleh memohon bantuan kepada kenalan atau pihak berwajib dalam meringankan bebannya. Contohnya, setelah melahirkan anak, dia boleh meminta bantuan kepada mereka yang amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga anak tadi apabila berpergian mencari rezeki yang halal bagi menampung kos sara hidup keduanya.

    Tetapi, yang paling penting si ibu tetap bertanggungjawab kepada anaknya (maksudnya tidak boleh meninggalkan anaknya bersama dengan penjaga tadi lalu menghilangkan diri). Setelah dirasakan dirinya telah stabil untuk meneruskan kehidupan, anak yang dijaga tadi bolehlah terus diseerahkan ke pangkuannya dan dibesarkan menurut panduan agama Islam.

4. Mencari sumber pencarian yang halal, dalam hadith Nabi S.A.W. ada menceritakan :

عن أبي عبدالله النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن الحلال بيّن والحرام بيّن ، وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس ، فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه ، ومن وقع في الشبهات فقد وقع في الحرام ، كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ، ألا وأن لكل ملك حمى ، ألا وإن حمى الله محارمه ، إلا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله ، وإذا فسدت فسد الجسد كله ، ألا وهي القلب - رواه البخاري و مسلم

Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram.Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan ,dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalam nya .Ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya .Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging , apabila ia baik , maka baiklah seluruh jasadnya .Apabila ia rosak , rosaklah seluruh jasadnya , ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati. (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

    Dewasa ini, kita melihat pelbagai kemahiran dan bidang telah diterajui manusia dalam banyak aspek. Tambahan pula, kebanyakan daripadanya telah dikomersialkan menjadi suatu bentuk perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan. Namun Islam mengajar kepada umatnya supaya bijak memilih bidang dalam mendapatkan sumber pencarian hidup yang diredhai Allah S.W.T.

Berbalik kepada keadaan yang berlaku, pekerjaan GRO bukanlah suatu jalan terbaik dalam mendapatkan sumber rezeki. Sedangkan masih banyak lagi pekerjaan lain yang boleh dilakukan bagi menampung perbelanjaan hariannya. Bahkan jika jalan ini dipilih maka ia telah mengundang kemurkaan dan azab Allah S.W.T. Disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W. :

حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ أَنْبَأَنَا شَرِيكٌ عَنْ سِمَاكٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ آكِلَ الرِّبَا وَمُوكِلَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَكَاتِبَهُ قَالَ وَقَالَ مَا ظَهَرَ فِي قَوْمٍ الرِّبَا وَالزِّنَا إِلَّا أَحَلُّوا بِأَنْفُسِهِمْ عِقَابَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Maksudnya : Telah meneritakan kepada kami Hajjaj telah memberitakan kepada kami Syarik dari Simak dari Abdurrahman bin Abdullah bin Mas'ud dari ayahnya dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Allah melaknat pemakan riba, yang memberi makan, para saksi dan penulisnya." Ia berkata; Beliau juga bersabda: "Tidaklah nampak pada suatu kaum riba dan perzinaan melainkan mereka telah menghalalkan bagi mereka mendapatkan siksa Allah Azza wa Jalla." (Hadith ke-3618 riwayat Imam Ahmad)


Kesimpulan : Tidak dinafikan bahawa nasihat dan bimbingan itu perlu bagi merubah diri seseorang namun biarlah ia diberikan mengikut landasan syara’. Jika perkara ini masih mendatangkan kekaburan dan kesamaran, ia boleh dirujuk kepada mereka yang lebih mengeahui tanpa memberikan penyelesaian mengikut hawa nafsu. Kepada mereka yang pernah mengalami situasi ini bolehlah menyampaikannya kepada pihak berkenaan dalam usaha menegakkan yang maaruf dan mencegah yang munkar.

    Akhir kata, pihak MANHAL PMRAM berharap agar permohonan maaf secara terbuka dan penjelasan semula dapat dibuat oleh pihak Dr. Fadzilah Kamsah berhubung pernyataan yang telah dikeluarkan. Semoga kita mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah S.W.T.


Rujukan :

1. Al-Quraan Al-Karim.
2. Sahih Al-Bukhari, karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
3. Shahih Muslim karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.
4. Musnad Imam Ahmad karangan Imam Ahmad ibn Hanbal
5. Wala Taqrabu Az-Zina, karangan Muhammad Abdul Aziz Al-Hallawi.
6. Asbab Halak Al-Umam Wa Sunnatullah fil Qaum Al-Mujrimin Wal Munaharifin, karangan Syeikh Abdullah At-Talidi.
7. Qadhaya Fiqhiah Mu’asirah (Universiti Al-Azhar), karangan pensyarah-pensyarah Bahagian Fiqh Al-Muqaran, Universiti Al-Azhar.
8. Baina As-Sa'il Wal Faqih, karangan Dr. Muhammad Bakr Ismail.


Disediakan oleh,
Muhammad Hanif Jamaluddin,
Pemangku Pengerusi Felo MANHAL PMRAM.

Dan saya juga mahu anda semua membaca komen yang ditinggalkan oleh Encik Hakim Akasisa.

Assalamualaikum.
Sedikit memberikan pendapat. Pertamanya salam hormat saya kepada Datuk Dr. Fadzilah Kamsah dan tahniah kepada MANHAL PMRAM kerana segera memberikan respon di dalam isu ini.

Pada hemat saya, bukan semua pelayan pelanggan (GRO) itu melakukan zina atau menjualkan tubuh untuk mendapatkan duit. Laporan akhbar yang disebut adalah umum sebagai pelayan pelanggan sahaja tanpa menggunakan wanita tersebut menjual tubuh untuk menyara kehidupannya. Pelayan pelanggan termasuklah yang menuangkan minuman serta menjamukan makanan kepada pelanggan.

Ada beberapa perkara yang ingin saya nyatakan:-

1- Menyelidiki laporan akhbar: Setiap laporan akhbar saya percaya menggunakan istilah umum atau istilah tertentu dalam menaik perhatian pembaca. Samada ianya berbentuk bombastik, pelik, jarang digunakan dan sebagainya. Namun, sebagai seorang pembaca yang rasinal dan adil, adalah asngat baik untuk kita menyelidiki dan memahami setiap perkataan tersebut. Kemudian memberi keadilan dalam sesuatu perkara berdasarkan zahir sahaja atau melalui apa yang dilaporkan sahaja. Wanita tersebut hanya mendakwa kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja tanpa menyatakan contohnya dia bosan menjual tubuh untuk mendapatkan nafkah.

Di Malaysia, setiap perkataan yang diungkapkan (di khalayak umum)sekiranya menyalahi hakikat serta fakta sebenar dan membawa fitnah akan dikenakan tindakan undang-undang. Soal pihak yang mempergunakan (mencabuli) undang-undang untuk kepentingan sendiri, kerana kuasa dan jawatan, 'menjaga poket' dan 'periuk nasi' masing-masing, ia adalah perbincangan lain. Selain itu pastinya terkait juga dengan istilah 'husnu dzan' terlebih dahulu terhadap sesuatu laporan.

2- Kebejatan sistem sosial negara: Tidak dinafikan tertubuhnya masyarakat yang ideal seperti zaman Rasulullah SAW dahulu amatlah jauh untuk dicapai di zaman hari ini. Di dalam keadaan masyarakat terpengaruh dengan isme barat yang menghancurkan, umat Islam jauh daripada ajaran Islam sebenar, kurangnya keprihatinan orang yang sedar secara menyeluruh dan dasar pemerintahan yang bermasalah. Pihak yang bertanggungjawab dan berkaitan perlu lebih peka terhadap permasalah yang berkait dengan jabatan atau pihak mereka (walaupun individu) untuk tampil memberikan pertolongan dan penyelesaian. Apabila telah keluar laporan sebegini, maka bertindaklah! Ini hanya satu kes yang dilaporkan dan pastinya banyak lagi selain daripada wanita tersebut menghadapi masalah yang sama. Akan tetapi, akibat menganggap tiada pihak seolah 'tidak yang menyediakan kaunter' untuk mereka mengadu masalah akhirnya mereka terus bergelumang dengan kesalahan tersebut.

3- Sistem kapitalis/metarialistik yang mencengkam: Ini adalah bukti bagaimana sistem barat rekaan manusia tidak sesuai dan selari dengan hukum dan fitrah alam. Kerana mahukan wang, maruah digadaikan. Seperti hari ini, walaupun seluruh agama di Malaysia secara dasarnya menolak segala bentuk masalah sosial (arak, pelacuran, rasuah dan judi) namun ia tetap berlaku di Malaysia. Kerana sistem negara yang lebih mengutamakan ekonomi dan metarial, akhirnya pembinaan modal insan dikesampingkan. Maka, tidak hairanlah walaupun arak dan judi itu ditolak oleh semua agama (secara daasrnya), namun ia tetap tidak menyalahi undang-undang. Ini kerana kedua elemen tersebut iaitu judi (Genting Highlands) dan arak (kilang di Shah Alam) memberi keuntungan besar kepada pembangunan ekonomi negara. Pemerintah mahu menangani masalah sosial seperti menebas lalang, namun kembali meninggi selepas seminggu.

4- Keperluan politik: Ada pihak yang mufarraqah dengan politik. Ada pihak yang tidak menerima bulat-bulat demokrasi. (Perbincangan khusus mengenai demokrasi perlu dicari sendiri). Sekiranya ada pihak sasaran dakwah hanya kepada orang Islam dan tidak meluas dan sekitar 'orang melayu' sahaja, pasti sampai bila-bila Islam tidak dapat ditegakkan. Di dalam kemajmukan masyarakat, politik amat perlu bagi memastikan sistem lain (yang bukan bersumberkan Islam) berada di bawah pandu arah sistem Islam. Di dalam pengundian hanya memilih orang Melayu (pemikiran kebangsaan) tanpa melihat dasar perjuangan, menjaminkan Islam semakin jauh daripada kemenangan. Perlaksanaan Islam memerlukan kuasa. Kuasa itu simbol daripada kepimpinan. Kuasa dan kepimpinan negara 'hari ini' diperolehi daripada jalan politik. Politik adalah wasilah kerana Nabi SAW juga menggunakan wasilah ini tanpa menggadaikan prinsip Islam. Peganagn Ikwam Muslimin juga sedemikian.

Sekian dari saya. Maaf di atas ayat atau perkataan yang kurang baik. Salam juang saya dari Malaysia kepada sahabat PMRAM di Mesir.

-Hakim Akasisa.

Dan sahabat saya pula memberi pendapat, 'Kalau macam tu, lelaki pun boleh berzina.Darurat sebab takde duet'.[haha.Ngade2 ye]. Abaikan.Gurauan semata-mata.
read more "Menjawab Pernyataan Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, serta Cadangan Penyelesaian [Darurat&Haram]"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP