Click Me~
Allah berfirman; "Syurgaku itu lebih cantik daripada mengkuk yang cantik itu, nikmat syurgaku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju syurgaKu itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut"

Sembuhnya Kaki Yang Patah

>> 06 Februari 2010


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين. والصلوة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين. وعلى اله وصحبه أجمعين
Dari Amr bin Malik, katanya: "Telah bercerita kepadaku seorang lelaki, saya kira dia termasuk salah seorang daripada sepuluh orang yang dijamin Nabi akan masuk syurga. Lelaki itu berkata: "Kami ada mempunyai satu kumpulan yang ramai anggotanya. Bukan hanya jumlahnya yang ramai, tetapi kami mempunyai peralatan serta persiapan lengkap. Kami mempunyai banyak binatang untuk tunggangan, mempunyai pedang, panah, dan sebagainya. "Setelah disusun rancangan serta persiapan yang rapi, kami semua bersetuju untuk berangkat memerangi musuh-musuh Islam. Kami berangkat meredah padang pasir yang luas. Di tengah perjalanan, tiba-tiba salah seorang anggota kami terjatuh dari kudanya yang menyebabkan tulang pahanya patah. Kami pun cukup risau memikirkannya, apalagi perjalanan mesti segera diteruskan supaya sesuai dengan jadual yang kami rancang. Akhirnya kami biarkan dia di tempat itu bersama kudanya dengan maksud akan kami jumpai semula setelah selesai menggempur musuh.
"Rupanya setelah kami pergi dia berserah kepada Allah seraya membaca sepotong ayat QuranClick Me~:
فَإِن تَوَلَّوا فَقُلْ حَسْبِىَ الله لآ إلهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ العَظِيمِ
Ertinya: Maka jika mereka berpaling, katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku;tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal( berserah ), dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung." ( التوبة : 129)
"Tidak lama setelah dibacakan, rasa sakitnya beransur hilang. Katanya dia berdiri dan menggerak-gerakkan kakinya untuk memastikan sama ada kakinya sudah sembuh atau sebaliknya.Sesudah jelas tidak ada rasa sakit lagi, dia naik ke atas kudanya kemudian berjalan mengikuti jejak kami. Akhirnya dia dapat menjumpai dan turut perang membantu kami"

Read more...

Tour De Gombak!!

>> 04 Februari 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Very thankful to Allah على نعمته..Today I wanna tell all of u about the event that held on 31 January 2010 at IIUM Gombak. 'Annual Grand Dinner' BARSS ( Bachelor of Arabic Students Society) في Gombak.بدأ هذا البرنامج حوالي في الساعة الثامنة مساءا

And the participants almost 120 students. All participants r come from BAR students. But, only two of them are from BEN students. So nice i guess.huhu. I think I dont wanna mumble too much.hehe.





Read more...

Tangisan Rindu

>> 29 Januari 2010


Diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. bahawa Nabi Syuaib Alaihissalam sering menangis sehingga kedua-dua belah matanya telah buta. Lalu Allah mengembalikan penglihatannya dengan penuh kasih sayang.
Kemudian dia menangis lagi dan terus menangis sehingga lah matanya buta untuk kali kedua.Lalu Allah kembalikan lagi penglihatannya. Kemudian dia masih lagi menangis dan terus menangis.dan buat kali ketiganya Allah kembalikan lagi penglihatannya lantaran buta akibat tangisannya itu.
Kemudian Allah bertanya, "Wahai Syuaib,mengapa kamu sering menangis? Jika kamu rindukan syurga, Kuhalalkan syurgaKu untukmu.Dan jika engkau takutkan neraka, maka Aku mengharamkannya untukmu"
Nabi Syuaib menjawab,"Ya Tuhanku, bukan kerana semua itu tangisanku ini.Tetapi tangisan ini adalah tangisan 'syauq'( rindu ).Hatiku terikat dengan cintaMu dan tangisanku ini adalah kerana mahabbah(cinta) kepadaMu."
Allah berfirman:"Kerana ini lah Aku menugaskan KalimKu, Musa bin Imran selama sepuluh tahun melayanimu.Siapa yang rindu kepadaKu, semua makhluk akan rindu kepadanya."

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Everything Here

8tv Ntv7 RTM TV3 TV9

Berita Harian Detik Daily Harakah Daily Harian Metro MyKKK NST Pahang Daily Keadilan Online Kampus Negara TKO Daily Malaysia Kini Utusan Online

Habib Ali Bouti Darussyifa` Online Harun Yahya Ifta Habib Omar PUM pmram.org umi-pmram bkmip65 kpipm64 permaya perubatan

jom!!!

adiWidget
iluvislam
SahabatMusleemSahabatMusleem

حي على الصلاة

اسمع

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP