Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

28 Februari 2011

Home » , » Giveaway-Special Gift From Mia-Ina

Giveaway-Special Gift From Mia-Ina


Wah..akhirnya saya membuat entri baru. Kantoi entri sebelum ni berschedule. Rasanya entri yang Cikgu Mia kita ni minta tulis, sedikit sebanyak membuatkan saya menyingkap sedikit kisah hitam saya. haha. Tapi disebabkan saya berfikir secara rasional agar tidak membuka aib orang dan jika saya lakukannya bermakna saya membuka aib sendiri. Ya Allah.
اللهم استر عوراتي وآمن روعاتي واغفر ذنوبي
Kesimpulannya saya hanya akan menceritakan serba sedikit sahaja. Dan persoalan cikgu tu rasanya saya tak mampu mengikut turutan. Wajib ke? :D

Prolog
Saat hati berbunga-bunga. Hari yang kian panas dan redup, membuatkan diri berusaha menjadi yang terbaik untuk insan yang bakal berada di takhta hati. Aktiviti blogwalking ke setiap blog b2b @ bride-to-be. Ya, tidak semua tahu bahawa saya mempunyai blog berkenaan dan ramai rakan blogger saya adalah dari kalangan b2b. Akhirnya, bertemu dengan blog yang dinamakan Istana Cinta 'Adin-Mia'. Tatkala melihat blog ini, hati mula terpaut dengan latar belakangnya. Indah dan cantik. Namun, disebabkan terlalu banyak widget atau gadget menyebabkan blog ini sangat berat. Berat, cikgu. 472.06 kb. Sebolehnya kurangkan sehingga 150kb. Link-link blog yang lain tu pula cikgu boleh ambil cara dengan membuat tab baru. [Blog sendiri pun terumbang-ambing.hee~]

Cinta Pandang Pertama
Walaubagaimanapun, disebabkan tarikan dan kelembutan warna blog, berjaya menarik hati saya untuk melihat beberapa artikel. Tika itu entri cikgu yang sedang berada di dalam list teratas adalah Detik Akhir Sebelum Terakrunya Gelaran Zaujah. Tetapi saat itu hanya mampu menjadi silent reader. The best way I guess. Entri ni pun dah buat hati berbunga-bunga. [Orang lain yang bercinta, orang lain yang berbunga-bunga :) ]

Merisik dan Meminang
Sangat meruntun hati apabila kalian berjaya mempertahankan benteng yang seharusnya terbina sebelum pernikahan dan akhirnya merisik dan meminang pula next episode setelah kalian bernikah, alhamdulillah. Indah dan kemasnya percaturan Allah. Kalian disatukan walaupun tanpa perlu dating, tanpa cinta serba-serbi, cinta pandang pertama. Cinta jarak jauh tidak bermakna hati tidak boleh disatukan. Cinta secara maya tidak bermakna berkahwin hanya di alam maya. Andainya kisah kalian mampu dijadikan panduan. Pasti mampu membuka mata setiap yang bernyawa.

Rindu, Sayu dan Hiba
Tika melihat entri seterusnya, gambar walimatul urus kalian membuatkan hati ini sayu. Diri ini tidak mampu mencapai seperti kalian. Ikatan yang seharusnya dicapai tahun ini akhirnya terbengkalai. Hanya Dia sahaja tempat bermanja, tempat mengadu, tempat melepas rindu. Benarlah Dia sahaja yang kekal bersama kita. Walau berjauhan dengan suami, cikgu masih ada yang lain. Hebatkan Allah.

Tangan dilepaskan
Tangan siapa yang nak kene lepas ni? Hee~ Tangan saya. Tangan saya sudah tidak mampu berpaut pada dahan lagi. Ranting pula terlalu jauh. Cikgu masih lagi mampu berpaut. Kemaskanlah pautan itu. Hati yang satu itu mampu merubah dunia. Walaupun jasad terpisah.

Sekian, terima kasih. Wallahua'lam.

7 kata penuh gaya:

azwa amani 28 Februari 2011 pada 6:30 PTG  

tak sabar jugak nak bergelar zaujah..insyaAllah..

Cahayamylife 28 Februari 2011 pada 6:39 PTG  

@azwa_amani
InsyaAllah.
Moga tiba detik itu.
Aamiin.

Nanti jangan lupa jemput pula ye.
:D

Unknown 28 Februari 2011 pada 7:20 PTG  

terharu membaca entry ini setelah beberapa hari mia x masuk blog..tq so much...salam ukhuwah dr mia..

dah sign my guestbook?

Cahayamylife 28 Februari 2011 pada 8:11 PTG  

@Mia-Ina
Wah..Cikgu sudah terjah nampaknya.
Salam ukhuwah juga.
:D

Sudah!
hee~
As Norhayati Rostam.

Unknown 24 Mac 2011 pada 6:42 PG  

Tahniah..

anda terpilih sbg 4 peserta plhn akhir screen penilaian ....

nantikan keputusan esok 25 mac 2011 ya

check my entry at :-

http://mia-ina.blogspot.com/2011/03/4-peserta-pilihan-final-screen-giveaway_24.html

Unknown 27 Mac 2011 pada 5:55 PTG  

salam ...

sila emel to mia_azarina@yahoo.com

alamat & nama penuh utk sy poskan hadiah.

P/s: baca entry kak yatie tp yg kata dh bg maklumat utk mia pos...tp x kunjung tiba pun...huhu

Unknown 29 Mac 2011 pada 8:11 PTG  

salam kak yatie..sy masih still lagi x terima emel akak....x tau pe mslh nya..huhu

terbantut sesi mengepos nie...

akak mesej my Fb ...kot2x berjaya....huhu.

my FB : fazlina binti rosli

maaf atas segala kesulitan kak yati.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP