Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

25 Mac 2012

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum.
Lama sungguh nampaknya penulis tidak meluahkan kata-kata di laman ini.
Nak buat macam mana, kerja tak pernah surut.
Kita utamakan yang mana penting kan.
Alhamdulillah hari ni ada sedikit masa terluang memandangkan hari ni cuti yang sebenar-benarnya.
Hakikatnya saje2 curi masa ni.
hee~
Semalam sampai je rumah, lepak sebentar bersama member.
Tetiba terfikir nak ke Carrefour.
Sampai di sana, ternampaklah promosi shelf books di situ.
Makanya saya ambil dua.
Satu untuk saya, dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada sahabat saya.
Malam tu saya bertukanglah, memasang yang mana perlu.
Fuh, lama sungguh tangan ni tak bertukang.
Makin keraslah jadinya.
Alhamdulillah siap. Nak tengok?
Ni hah.


By the way, gambar di atas tu adalah gambar semasa pernikahan abang saya bersama isteri tercintanya pada 3 Mac 2012 yang lalu. Tapi saya tak dapat hadir, dan hanya hadir ketika majlis di rumah pihak perempuan pada 10 Mac 2012 di Dungun, Terengganu. Sempatlah bertemu dengan blogger lain yang menetap di Terengganu sana. Lama sangat tak jejak ke sana, akhirnya sampai juga. Sangat seronok.

Tiba-tiba pagi tadi bonda tercinta call, tanya saya.
"Dah ada buku Aku Terima Nikahnya ?"
Saya jawab, "belum".
Bonda balas semula, "Ooo..kalau belum takpelah. Nak hadiahkan"
Saya terdiam.
Dan saya sangat sukakannya.

Rupa-rupanya ianya adalah kompilasi ketiga-tiga keluaran yang laris di pasaran.
Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga, dan Murabbi Cinta.
Saya yakin anda tahu tentang ketiga-tiga buku ini.
Sebenarnya dah lama saya mengimpikannya tapi tak terasa nak beli lagi.
Akhirnya, bonda sendiri menghadiahkan buku ini kepada saya.

Endnote: Akhir-akhir ni terasa seperti mereka sudah mula bersedia melepaskan puteri tunggal mereka ini.
Ada sesiapa nak tolong carikan calon?
Member cari, semuanya tak berkenan.
haha.
read more "Aku Terima Nikahnya"

27 Februari 2012

Ekspo Perkahwinan Malaysia 2012-The Mall



Wah3.. Nampaknya My Big Event semakin melebarkan sayapnya. Pameran anjuran mereka yang berlangsung di Maju Junction Januari baru-baru ini tidak kurang hebatnya, kini mereka melangkah ke hadapan meneruskan misi mereka pada Ekspo Perkahwinan Edisi ke-2 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ekspo Perkahwinan Malaysia 2012
Edisi 2
27-29 April 2012
Sunway Putra Mall, The Mall, KL
Theme: Rainbow of Love

Buat vendors yang mengirimkan email untuk mendapatkan maklumat bahagian pemasaran, anda dinasihatkan menghubungi mereka ini:

Helmi (Marketing Manager) : 019-292 2815 / 012-233 3877
Harry Zachery (Marketing Dept) : 011 156 53310 / 014-238 0860
Alffa Neezam (Marketing Dept) : 011 157 03989 / 017-312 9330
Fahmee Fahreen (Marketing Dept) : 017-249 0986

direct line My Big Event: 03 6093 3130
Laman rasmi: ekspo-perkahwinanmalaysia.blogspot.com

Antara banyak-banyak Event Management yang pernah berurusan dengan saya, mereka yang paling bagus. Sentiasa memberi maklumat terkini tentang perjalanan Ekspo anjuran mereka walaupun laman ini bukan laman rasmi mereka. Jadi, kepada anda yang berada di sekitar Lembah Klang, jangan lepaskan peluang ini!
read more "Ekspo Perkahwinan Malaysia 2012-The Mall"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP