Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

25 Mac 2012

Home » , » Aku Terima Nikahnya

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum.
Lama sungguh nampaknya penulis tidak meluahkan kata-kata di laman ini.
Nak buat macam mana, kerja tak pernah surut.
Kita utamakan yang mana penting kan.
Alhamdulillah hari ni ada sedikit masa terluang memandangkan hari ni cuti yang sebenar-benarnya.
Hakikatnya saje2 curi masa ni.
hee~
Semalam sampai je rumah, lepak sebentar bersama member.
Tetiba terfikir nak ke Carrefour.
Sampai di sana, ternampaklah promosi shelf books di situ.
Makanya saya ambil dua.
Satu untuk saya, dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada sahabat saya.
Malam tu saya bertukanglah, memasang yang mana perlu.
Fuh, lama sungguh tangan ni tak bertukang.
Makin keraslah jadinya.
Alhamdulillah siap. Nak tengok?
Ni hah.


By the way, gambar di atas tu adalah gambar semasa pernikahan abang saya bersama isteri tercintanya pada 3 Mac 2012 yang lalu. Tapi saya tak dapat hadir, dan hanya hadir ketika majlis di rumah pihak perempuan pada 10 Mac 2012 di Dungun, Terengganu. Sempatlah bertemu dengan blogger lain yang menetap di Terengganu sana. Lama sangat tak jejak ke sana, akhirnya sampai juga. Sangat seronok.

Tiba-tiba pagi tadi bonda tercinta call, tanya saya.
"Dah ada buku Aku Terima Nikahnya ?"
Saya jawab, "belum".
Bonda balas semula, "Ooo..kalau belum takpelah. Nak hadiahkan"
Saya terdiam.
Dan saya sangat sukakannya.

Rupa-rupanya ianya adalah kompilasi ketiga-tiga keluaran yang laris di pasaran.
Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga, dan Murabbi Cinta.
Saya yakin anda tahu tentang ketiga-tiga buku ini.
Sebenarnya dah lama saya mengimpikannya tapi tak terasa nak beli lagi.
Akhirnya, bonda sendiri menghadiahkan buku ini kepada saya.

Endnote: Akhir-akhir ni terasa seperti mereka sudah mula bersedia melepaskan puteri tunggal mereka ini.
Ada sesiapa nak tolong carikan calon?
Member cari, semuanya tak berkenan.
haha.

5 kata penuh gaya:

Tanpa Nama,  26 Mac 2012 pada 10:02 PTG  

mungkin dh btemu calon nya tu...
di doakn berbahagia bersama dia...

Cahayamylife 28 Mac 2012 pada 10:30 PTG  

@Tanpa Nama
Siapa yang dah bertemu?
Erm..parents tak sebut apa2 pun.
Mungkin mereka tak tahu cerita sebenar.
:)

aku yg sedang berangan,  11 April 2012 pada 11:29 PTG  

pakcik rustam: aku nikahkan dikau, aku kahwinkan dikau dengan puteriku, nor hayati binti rustam dgn maskahwinnya RM.... tunai.
aku yg sedang berangan: aku terima nikahnya nor hayati binti rustam dgn maskahwinnya RM....
pakcik rustam: sah?(sambil berpaling pada saksi)
saksi 1: sah
saksi 2: sah
jemaah: alhamdulillah...

aku yg sedang berangan,  13 April 2012 pada 5:48 PTG  

cik cahaya & kawan2,
saya mohon maaf atas komen yang tah apa2 kat sebelum ni.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP