Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

13 Oktober 2010

Home » » First Time Amik MUET

First Time Amik MUET

Adeh~ Tu je yang mampu aku kata. Nak tutup entri ke? hahaha.
Takde2.Aku nak bercerita tentang pengalaman aku ambik MUET. Dan yang membuatkan aku terasa seperti kena repeat lagi pasai langsung tak memuaskan hati.
Argghh!
Malam semalam memang aku avoid daripada online. Kalau aku online, ditakuti aku tak study.
So, aku dapatlah study, habiskan satu buku.
Konon malam tu nak tido awal tapi hanya aktiviti pejam mata dan menanti sahaja yang dapat dilaksanakan.
Dua jam tunggu akhirnya aku tertido. Dan pagi2 aku bangun awal dan terpaksa juga mandi awal. [Terpaksa yer kerana masih dalam mood cuti.hee~]. Ok, fine.Lepas solat subuh terus siap2 memandangkan jam 7.30 pagi sudah perlu tercegat di dalam bilik Quarantine.Ohoh. Dan buat julung-julung kalinya aku terlupa nak pakai jaket semasa membonceng basikal motor. Adakah disebabkan aku sudah lama tidak menunggang motor? Itu aku tidak pasti. So, terpaksala plak jaga tudung tu daripada terbang-terbang seperti hantu terbang pulak. [Tu belum kes gi subuh kat masjid dengan bertelekung]. Dan dalam perjalanan, aku terfikir adakah aku terlewat? Kononnya nak tengok waktu di handphone ku yang ala-ala canggih gitu. Oh No! Aku tertinggal di atas ampaian bilik. Cis kek betul la. [Pelupa la orang ni rupanya!]. Ok fine, sampai2 je aku tak nampak lagi private student untuk MUET. Ohoh.terlalu awal rupanya. Dan aku mula ke hulu ke hilir di hadapan pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya [yang kecik je, bukan utama]. Akhirnya aku menegur sorang student kat situ [Of course girl]. So, budak tu dengan penuh hemahnya menunjukkan jalan. [Manja betul cahaya ni!] Sampai ke tingkat atas, aku menunggu bilik Quarantine dibuka. Setelah duduk dalam bilik tu untuk beberapa minit, tibalah candidates yang lain. Memandangkan aku tak bawak buku untuk study, kami mulakan sesi suai kenal [takde mengumpat eh!]. Ohoh, rupa-rupanya insan di sebelah ku adalah teacher Vasanthi. Beliau merupakan guru di sekolah rendah ku. Mengajar subjek English. Memang terkejut giler beb. Kiranya sekarang ni dah sebelas tahun beliau mengajar di sekolahku itu. Beliau ambil MUET pun sebagai syarat untuk lepas Degree. Beliau memang best. Masa dia mula mengajar di sekolah aku tu sempat la jumpa sebelum aku tamat persekolahan di SK Batu Belah, Klang itu. Mula-mula kami sangkakan kami adalah dalam satu group, rupanya hanya angan2 semata. Aku dah siap cakap ngan teacher, 'Teacher nanti tolonglah yer'.hee~ Tak malu sungguh.Ala, first time aku bercakap dengan beliau memandangkan beliau tidak pernah mengajar aku. And then, tidak tamat di situ, ada lagi sorang rupanya ex-student SK Batu Belah ni.Patut la familiar muka. Dahsyat betul la. 
Oppss! masuk pasal MUET, aku dapat sekumpulan dengan budak2 USIM. Untungnya aku.wahaha. Keciknya dunia, rupanya member kepada Asikin Yusoff. Classmate aku time di SAMSES dulu. Ala, sekarang kolej pun berjiran je.
MUET ni buat aku terasa seperti inilah first time aku amik exam dalam seumur hidup. Sebelum ni tak se'nervous' kini. [wahaha.ayat apakah itu?]. And then, terus terang aku cakap, aku langsung takleh wat speaking MUET ni. Dahlah tak banyak cakap, bila sekali bercakap, sikit je. Adeh~ideanya langsung tidak berkembang.Ikutkan hati tak nak dah amik speaking MUET ni. Tapi aku yakin, markah langsung tak memuaskan hati. Kebanyakan mereka yang ulang ambil exam ni adalah untuk mendapatkan yang tertinggi. Aku tak tau la nak kata mereka ni tak bersyukur ke apa. Tapi kena ingat, budak law paling minima pun kena dapatkan band 4 tau. [Mujur aku bukan student law.]

p/s: untuk korang yang bakal ambik MUET, korang jangan pikir soalan tu susah. Soalan sebenarnya simple dan terlalu simple sehingga kita tak tahu nak elaborate macam mana. Takut2 nanti ulang benda yang sama je.
So, prepare awal2.
p/s2: Tetibe dapat information result sem lepas kuar minggu ni. Subhanallah. Tak sanggup nak repeat!

8 kata penuh gaya:

Tanpa Nama,  13 Oktober 2010 pada 7:49 PTG  

rilek la..muet ok je kot,
x susah sgt la XP

Cahayamylife 13 Oktober 2010 pada 10:06 PTG  

@Kamil ace[tm]
la..encik kamil ni.
kan saya dah cakap kat atas tu.
MUET ni memang xsusah sangat.
hee~
Tapi kalau saya lepas nanti pun saya akan guna ayat encik kamil iaitu 'rilek la'

Tanpa Nama,  13 Oktober 2010 pada 11:49 PTG  

saye xamek muat lagi.. nk keje.. eh.. x2..awal sgt tu..nak kawen nanti baru amek.. eyh jap! nk kawen, kenee ade muet ke erk?? huhuh -aie-

dakpipimerah 14 Oktober 2010 pada 10:32 PG  

haha,,xamek ag muet...sem 1 baru,,sem 2 kot,,

Cahayamylife 14 Oktober 2010 pada 11:09 PG  

@Tanpa Nama
hmm..betul la tu nak keje nanti, b4 degree.wahaha.
kawen tak perlu sijil muet,
sijil kawen, pengesahan doc and etc.
wawawa.
wah, aie bercita-cita nak amik muet b4 kawen ke?
:D

Cahayamylife 14 Oktober 2010 pada 11:10 PG  

@dakpipimerah
Ohoh..yeke.
cahaya dah nak habis sem baru nak amik.
wee~

Bijen M. 14 Oktober 2010 pada 12:37 PTG  

Ha ha ha.
Nasib baik UTP tak payah ambil MUET.
Ho ho ho.

Cahayamylife 14 Oktober 2010 pada 7:06 PTG  

@Bijen M.
Hoho.itu boleh dikatakan sebagai satu keuntungan dan juga boleh jadi tidak bermakna apa2.
Alahai, student UTP dah memang brilliant kot.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP