Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

15 Oktober 2010

Home » , , » Memilih!! [Pasangan atau Parents?]

Memilih!! [Pasangan atau Parents?]

gambar hiasan semata-mata
Apa yang korang nak pilih? haha. Orait! Entry kali ni adalah bertujuan untuk menyambung kisah semalam. Kalau nak tengok di sini.
Persoalannya semalam adalah apakah yang perlu kita lakukan jika parents tak merestui?
Hmm..korang pernah rasa tak eh?
Korang kenal sorang jejaka ni [chewah,jejaka!]. Beliau tidaklah sehensem mana. Cuma korang je la berkenan. Orang lain kata tak hensem, korang kata hensem.Orang lain kata selekeh, korang kata smart. [Botul2 buto cinto la gamaknya nih].Punya la korang berkenan, sebab cahaya kata ikut pesan Rasulullah, yang redha agama dan akhlaknya. Korang berkenan sampai takut terlepas la plak. [ Alahai, macam dah takde orang lain lagi dah yang terbaik]. Korang pun dengan bangganya membawa pasangan korang tu menghadap cahaya bonda dan ayahanda. Suddenly, 'Arrgh!! Aku tidak suka sama pilihan kau. Lupakan saja dia!'.wahaha. Scene konon ala-ala  filem Ibu Mertuaku la. Korang menangis tak tentu pasal keputusan parents korang. Time ni korang mula stress.
Warghh! yang manakah yang harus diutamakan?
Korang ni lain sikit la dari cahaya. [Ke aku yang lain dari korang nih?-confuse-]
Cahaya pernah alami benda ni. Tapi tak pernah terfikir nak menangis pun. Bila mak kata tidak! On the spot, aku mesej, Lupakan saja niat tu. Tapi malangnya, lelaki tu pulak ngengade nak sangat.[ngengade tau!niat dah berubah dari asal] Tapi bagusla. Nampak bersungguh-sungguh sikit yer.Tapi tu pasangan korang la. Bukan yang aku punye ni. Hampeh! Even beliau tidak pernah berhenti mengharap [background music -berhenti berharap]. Aku semakin membenci beliau [benci? oh no! mazmumah~] aku tak pernah menyesal. Aku buat on the spot pun pasal aku suka cara mak. Everything mak cakap, mesti beliau sebut tang mana kurang, tang mana yang patut. Dari situ aku angguk2 saja. [takde geleng ha!]. Semua aku setuju tapi satu je aku tak setuju. Mak suruh carik ustaz. [Woah! tak minat!]
Esh! apsal cerita pasal aku plak ni?. Ok kita teruskan yer.
Apa yang korang harus lakukan?
Korang cuma ada dua pilihan. Sama ada nak pilih parents dan buang jauh2 pasal pasangan korang ataupun korang ketepikan pendapat parents korang dan hidup bersama dengan pasangan korang.
Ok, kita tengok ayat Allah di dalam surah Luqman ayat 14. Allah berfirman, "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya adalah dua tahun, dengan yang demikian, bersyukurlah kepadaKu dan kedua ibu bapamu, dan ingatlah, kepada Aku lah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
So, utamakan ibu bapa selagi bukan perkara yang dilarang.
Zaman Rasulullah dulu pun ada berlaku jugak. Anak saidina Umar Al-Khattab sayang sesangat isteri dia. Tapi ada sebab2 tertentu ayahandanya tidak berkenan dan saidina Umar menyuruh anaknya, Abdullah untuk menceraikan isterinya itu. Abdullah mengabaikan kata2 ayahandanya lalu membawa ke hadapan Rasulullah tentang hal itu. Sabda Rasulullah, "Wahai Abdullah bin Umar r.a, ceraikanlah isterimu". -hadis riwayat Tirmizi dan Abu Daud.
Baru2 ni ada sorang lelaki meminta pandangan aku mengenai masalah rumah tangganya. Beliau berkenan untuk bertanya pendapat aku setelah melihat blog2 aku nih. Aku pun mendengar semua kisah2 hidup beliau. Complicated sangat. Sungguh! Tapi kesimpulannya aku sarankan dia tinggalkan dahulu isteri yang pertama dan tinggal bersama isteri kedua buat sementara waktu dan andai kata tiada perubahan, ceraikanlah isteri pertama. Korang nak tau ke kisahnya? Tak payah kot.[Tapi kalo diizinkan tuan badan, aku akan cerita]. Cuma aku suruh dia ambil sikit panduan dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Bukan pasal waktu korban tu ye. Tapi mengenai cerai dan nikah. Time orang tu tanya, aku tak tau sangat kisah tu. Sekarang ni aku dah tau dan harap beliau membacanya.Hah, untuk korang, meh aku cerita.

Ketika Nabi Ibrahim menziarahi menantunya, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. 


Kemudian terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya. 

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu? 
Menantu : Aku isteri Ismail. 
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail? 
Menantu : Dia pergi berburu. 
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga? 
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak 
pernah senang dan lapang. 
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. 
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan 
supaya menceraikan isterinya). 
Menantu : Ya, baiklah. 

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka. 

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? 
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 
Nabi Ismail : Apa jawabanmu? 
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam 
kesempitan, tidak pernah senang. 
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa? 
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam 
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu. 
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. 
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu. 

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahasia rumah tangga kepada orang luar. 

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail nikah lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali. 

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu? 
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. 
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? 
Mudah-mudahan dalam kesenangan? 
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, 
tiada apa yang kurang. 
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu. 
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan 
sedikit makanan. 
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan? 
Menantu : ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu. 
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka 
dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, 
Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah 
berkat doa Nabi Ibrahim). 
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. 

Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail). 

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya. 

Nabi Ismail : ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? 
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya 
sepertimu. 
Nabi Ismail : Apa katanya? 
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 
Nabi Ismail : Apa jawapanmu? 
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada 
apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum. 
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa? 
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu 
mengekalkan tiang pintu rumahmu. 
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang 
dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku 
kekalkan. 
Isteri : Alhamdulillah, syukur. 

Berpandukan sejarah tersebut, dapat ditegaskan bahwa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud: 

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7) 

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud: 

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.” 
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani) 

Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri salehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh. 

Sumber: http://members. tripod.com/ ~dppkd/shoutus/ muslimat1. html

Tamatlah sudah.
So, kesimpulannya korang lain kali nak cari pasangan, tanya parents dulu, nak yang macam mana. Nanti hati dah berkenan, tak payah susah2 dah. Ni kalau salah pilih, frust menonggeng. Hah, esok aku cerita pasal 'Apa yang korang leh wat kalo frust?'k, salam jumaat. 

8 kata penuh gaya:

Unknown 15 Oktober 2010 pada 3:06 PTG  

haha..scene!..aku tidak suka berbapa mertuakan engkau..

Cahayamylife 15 Oktober 2010 pada 4:01 PTG  

@AnWaRnAiM
haha.
biar betul naim?
sape yang cakap camtu?
p ramlee ke?

Unknown 15 Oktober 2010 pada 4:05 PTG  

tataw la..x igt sape ckp..dengar org2 tua sembang aritu kot..hehe

Mujahid Sufi 15 Oktober 2010 pada 4:07 PTG  

lagi sekali...lalalala.....Perlukah "sir" kan berita gembira..=p

Cahayamylife 15 Oktober 2010 pada 4:13 PTG  

@AnWaRnAiM
wahaha.ingatkan ada dalam scene cerita ibu mertuaku tu.
:D

Cahayamylife 15 Oktober 2010 pada 4:14 PTG  

@Mujahid_fisabilillah
La..terang2 entri semalam ana dah tulis, akan bersambung2 sebab berkait.
Takkan tetibe nak tergantung pulak.
Haha.
Kalau tak perlu 'sir', apa yang perlu?

Bijen M. 18 Oktober 2010 pada 11:47 PG  

Ha ha ha.
Redha Allah letaknya pada redha mak bapak.
Jadi mak bapaklah yang lebih utama.
Sebab tulah tak payah bercinta lagi.
Biar mak bapak risik terus.
Kalau tak frust menonggenglah.

Oh untungnya dapat isteri macam tu.
(^^,)

Cahayamylife 18 Oktober 2010 pada 2:19 PTG  

@Bijen M.
Hah..betul2.
Tapi tak salah pun nak cari sendiri.
Tanya mak apa ciri2 yang mak nak,
kite cari, jumpa, cakap ngan mak.
Step seterusnya, parents la yang uruskan.
Amalan dari mentor ku.
lalala~
Bercinta pasa kahwin tu.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP