Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

25 Mac 2012

Home » , » Perhatian untuk Semua Pembaca

Perhatian untuk Semua Pembaca


Nampak tak flyer di atas? Flyer ni mengiklankan mengenai program akan datang yang bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu Training of Facilitator. Program ini merupakan anjuran pihak Arabic Language and Literature Association of International Islamic University Malaysia. Sebenarnya tidak semua pelajar jurusan ini sedar akan kepentingan bahasa syurga ini. Kami tidak mahu IIUM hanya melahirkan pelajar yang belajar hanya setakat belajar tanpa mementingkan praktikal. Jadi, melalui program inilah kami cuba terapkan semua objektif di sini. Program ini sangat-sangat memerlukan sumbangan dari kalian yang bermurah hati dalam membina sahsiah dan pembangunan penuntut bahasa Al-Quran ini. Sebelum itu, di sini saya sediakan sedikit beberapa maklumat mengenai program ini.

the objectives:

1) to give awareness among BARB

students that they are the leader of the ummah.

 2) to give awareness among BARB students in which Arabic language is another professional field and they

are responsible for societies in understanding Quranic language.

3) to build self-confidence & soft skills among BARB students.
4) to produce great leaders in which have high level of maturity & intellectual among BARB students for the 

sake of ummah.

Muhammad Hakim Ibrahim

Head of Research & Development of

A.L.A

Target group: 100 students ( BARB and CELPAD students)

Di bawah ini, saya nyatakan isi surat permohonan.

___________________________________________________________


Kepada:
...........................
...........................

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dato/Datin/Tuan/Puan,

PELUANG UNTUK MENAJA PROGRAM TRAINING OF FACILITATOR (T.O.F) 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Arab dan Kesusasteraan (A.L.A) 2011/2012 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan program 'TRAINING OF FACILITATOR'. Program ini akan diadakan pada 28 & 29 April 2012. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan pelajar Bahasa Arab supaya mereka mampu menjadi pemimpin dan duta bahasa Arab kepada masyarakat, seterusnya bertanggungjawab ke atas pemahaman bahasa Al-Quran dalam kalangan masyarakat.

2.    Sehubungan dengan itu, kami percaya bahawa pihak tuan dapat memainkan peranan yang penting dengan memberikan bantuan dari segi kewangan mahupun penajaan lain bagi menjayakan program ini. Bersama-sama surat ini dilampirkan dokumen-dokumen berkaitan untuk rujukan pihak tuan.

3.   Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh berhubung dengan Ketua Unit Sponsor, Saudari Norhayati binti Rostam atau boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Maybank (162469220293). Besar harapan kami semoga permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan dalam menjayakan program ini. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar, 
............................
(MOHAMMAD AZAM BIN MAT JUBRI)
Pengarah Program,
Training of Facilitator (T.O.F),
Arabic Language and Literature Association (A.L.A),
International Islamic University Malaysia.

-------------------------------------------------------------------

Sebenarnya Approval Letter dan Proposal ada je kalau nak saya sertakan tapi macam tak perlu je letak di sini.huhu.
Pada surat di atas ada disertakan no phone saya, tapi terpaksa saya hazafkan.
hee~
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat sumbangan, boleh maklumkan kepada saya.
Terima kasih.

0 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP