Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~
Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan

03 November 2011

Siri Pengajian Pengubatan Islam



Sudahkah anda mendapatkannya?

Siri yang diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa) & Koperasi Darussyifa' Berhad ini baru sahaja saya dapatkan pagi tadi di hadapan perpustakaan. Murah sahaja okey. Satu jilid RM20. Satu set RM100. Sebenarnya ada beberapa isinya yang sudah saya baca terlebih dahulu di laman mereka tetapi pastinya apa yang tertulis di buku berbeza dengan apa yang tertulis di laman sesawang. Di laman mereka hanya seperti hujung kuku jari ni je ha. Mukadimah pun tak cukup. Kalau tak, takkan nak diterbit buku pula. Ye dak? Memang banyak perbezaan dari segi huraiannya. Itu sudah tentu. (Hakikatnya saya salah seorang penerima rawatan Darussyifa' :) ) Buku hasil karangan Dr Haron Din ini insyaAllah sedikit sebanyak membantu anda dalam mencari penawar bagi permasalahan kesihatan anda.

Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahualaihi wasallam:
'لكل داء دواء، فإذا أصيب دواء الداء برأ بإذن الله عز وجل'
'Setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka apabila dijumpai ubat kepada suatu penyakit itu, nescaya disembuhkan dengan izin Allah Azza Wajalla.'

Ingat ya sahabat-sahabat sekalian, jangan bergantung kepada manusia, tetapi bergantunglah kepada Allah. Manusia hanya sebagai pengantara. Cari penawar biarlah yang bersumberkan AL-QURAN bukan dari unsur JIN mahupun SYAITAN.
Sebagaimana firman Allah subhanahu wataala:
"وننزل من القرءان ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين"
"Dan Kami turunkan daripada Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman"

Walaubagaimanapun, anda harus ingat bahawa setiap penyakit itu adalah ujian. Setiap ujian adalah kifarah atas dosa-dosa lalu. Apa-apa pun, rohani kita yang harus dijaga molek dan baik. Sihat rohani, sihatlah jasmani.

nota kaki: Kenapa ayat aku makin lama, makin skema ni?
read more "Siri Pengajian Pengubatan Islam"

14 April 2011

Jadual Pameran Terkumpul 2011[PC/Books/Choc/Wed]

So, what's going on here darls? We are going on exhibitions. Best giler kot. Asyik gi pameran je aku nih. Bila ntah nak dipamer. haha. Ok2, kita bermula pada minggu ini ya.

15-17 April 2011
KLCC
[Conference Hall 1-3
Banquet Hall
Ballroom
Exhibition Hall 1&2
Exhibition Hall 3
Exhibition Hall 4&5]

Pandai-pandaila korang cari. Aku dulu pergi, pusing-pusing satu KLCC tu.wahaha. Pening2.

Malaysia Career and Training Fair 2011/ Post Graduate Education Fair
15-17 April 2011
Mid Valley Megamall [Halls 1,2,3, Hall 3 Foyer and Atrium]
(aku tak jumpa lagi banner dia. Nanti aku update kalau jumpa. :D)


Kuala Lumpur International Book Fair 2011
22 April-1 Mei 2011
Tun Razak Hall 2, PWTC, KL.


Pameran Pengantin 2011 (19th Edition)
6-8 Mei 2011
Budget Edition@ Selayang Mall
10pagi-10malam
Ni siapa-siapa yang memang nak bajet betul, sangat dialu-alukan.
Anjuran:Urban Vibe


Details dah ada kat banner la. Baca sendiri la. Klik untuk tumbesaran.hee~

Aku rasa ni je dulu kot. Banyak bebenor nak updatenya ha..
read more "Jadual Pameran Terkumpul 2011[PC/Books/Choc/Wed]"

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011


Yeah! Yeah! Pesta Buku Kembali!
Macam kanak-kanak ribena pulak daa. Siapa yang tak seronok bila ada pesta buku? Yang tak pandai baca pun nak beli buku, buku bergambar/ grafik. Aku rasa ikut statistik, memang pesta buku dapat pengunjung yang tersangat ramai. Tapi macam mana orang boleh kata rakyat Malaysia ni kurang membaca? Cuma malas nak menulis report je. Membaca dengan menulis kan dua benda berbeza. hee~ Pandai nak cover ye cik cahaya ni. Tapi ikut yang dorang punya statistik ni kurang 10buku setahun rakyat Malaysia baca. Hurm..aku pun tak tau macam mana dorang buat. Tak aci kalau guna report je.huhu. Lagipun setiap tahun budaya membaca ni meningkat apabila terpaksa menjana ekonomi, apabila terpaksa membaca. Melalui internet pun ya jugak tau. Ni bukan aku kata, ni Tuan Haji Hassan Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Buku Negara yang kata.haha.

Pesta Buku Antarabangsa 2011 untuk kali yang ke 30 ini bakal berlangsung pada 22 April 2011 sehingga 1 Mei 2011. Mestila di Putra World Trade Centre,PWTC kan. Bermula pada jam 10pagi sehingga 9malam.
Kali ni memang besar-besaran sungguh. Serius aku cakap. Sebab Tuan Hassan kata, 100 lagi penyertaan untuk pesta tu terpaksa ditolak. Memang berjalan la korang macam dulu ke seberang tu.waaahhh.
Aku sarankan korang kalau nak pergi, pergi waktu pagi.haha. Tips ni berguna tau. Pasal aku selalu pergi pagi, balik tengah hari. Pastu petang pergi lagi, balik petang gak la. Bijak tak aku? Buang duit minyak je.hahaha. Tapi memang selalu macam tu. Aku pun tak tau kenapa. wee~
So, jom ramai-ramai memeriahkan!
read more "Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP