Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~
Memaparkan catatan dengan label coklat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coklat. Papar semua catatan

08 November 2011

Cara Membuat Homemade Chocolate


Ini antara hadiah sempena anniversary mak dan abah yang ke-22
Tetiba tadi lepas dinner ada roommate di Matrik dulu mintak bantuan cara membuat coklat.
Yang bagusnya dia mesej.
Haih, sekali saya reply enam keping mesej la kan.
Maaf la tak kol Izzah.
Tandanya sedang berjimat cermat tak mahu topup.
haha.
Okey, alang-alang dah kongsi ilmu, saya kongsi dengan semua la ye.
Kita akan buat coklat paraline hari ni ye.

Coklat
Kalau tanya mana-mana chef pun pasti akan gunakan semi-finished chocolate untuk membuat coklat yang mana dalam bentuk blok besar-besar. Sama seperti coklat yang anda beli di kedai tu.
Cuma untuk lebih menarik, kita buat dalam pelbagai bentuk dan warna.
Nak kata rumit tak rumitla tapi memerlukan tenaga lebih. Tapi kalau minat, semua tu takde hal lah.
Sebelum tu, korang semua mesti tau apa perbezaan coklat gred A atau couverture dengan gred B atau compound.
Jenis coklat
Gred A @ couverture diperbuat daripada mentega koko atau cocoa butte manakala gred B @ compound diperbuat daripada lemak sayuran atau vegetable fat. Coklat ini mempunyai coklat putih, coklat susu, dan coklat hitam. Pelbagai jenama yang terdapat di Malaysia ni tapi saya prefer compound menggunakan Van Houten untuk dark choc, Sicao dari Singapore untuk white choc dan coklat susu. Selbourne dari Malaysia pun okey. Kalau couverture prefer Callebaut dari Belgium. But make sure mana-mana jenama yang anda ambil, ada tanda halal. Kalau takde, tanye kepada pengeluar untuk dapatkan sijil.
Yang korang tengok berwarna-warni tu coklat compound. Cara pembuatannya mudah cuma kalau buat banyak-banyak, baik korang bina kerjaya membuat coklat. Untung pun untung. Tapi kena rajin la sebab buat ni agak penat.
Cara pembuatan
Cara untuk compound: Cuma cairkan coklat dengan teknik double boiled water. Make sure coklat tu langsung tak terkena air. So, bahan-bahan dan perkakas haruslah kering. Kalau tak, memang tak menjadi la coklat korang. Rugi. Coklat bukan murah okey. Hati-hati. Tak kisahlah guna cara apa pun. Sama ada coklat letak dalam loyang dan ditindan di atas mangkuk yang berisi air panas/suam. Kacau sampai cair. Lebih kurang suhu >40 degree celcius. Then, masukkan ke dalam mould. Terus bekukan di dalam peti sejuk. Tempat biasa je. Tak payah letak kat tempat beku pun.
Couverture pulak: Coklat perlu dicairkan pada suhu ~40 degree celcius dan ditemper pada ~27 degree celcius sebelum dimasukkan ke dalam mould. Coklat ni kena temper bebetul. Kalau tak, pas keluar peti akan cair. Memang agak leceh sebab tu mahal dan sedap!!
Mould
Lepas dah siap buat-buat semua tu, basuh mould jangan guna sabun. Siram je dengan air. Takut mould rosak bila terkena sabun. Lagipun korang kan guna mould untuk coklat je.
Mould sekarang ni merata dah terjual.
Tapi kalau ada yang nak beli dengan saya pun okey.
Promosi
Alang-alang dah cerita pasal coklat ni, saya pun promotekan la kalau ada sape-sape nak tempah coklat sempena hari lahir, tunang, perkahwinan, atau doorgift pun boleh. Perkhidmatan yang digunakan adalah pos laju.
Tapi kalau nak beli dalam container pun okey. Satu container ada 50biji. Harga terbaru RM34 sahaja.
klik pada gambar untuk melihat jenis filling
Sekian, terima kasih.

p/s: Esok ada interview. Doakan yang terbaik ye kawan-kawan. Amiin.
read more "Cara Membuat Homemade Chocolate"

14 April 2011

Jadual Pameran Terkumpul 2011[PC/Books/Choc/Wed]

So, what's going on here darls? We are going on exhibitions. Best giler kot. Asyik gi pameran je aku nih. Bila ntah nak dipamer. haha. Ok2, kita bermula pada minggu ini ya.

15-17 April 2011
KLCC
[Conference Hall 1-3
Banquet Hall
Ballroom
Exhibition Hall 1&2
Exhibition Hall 3
Exhibition Hall 4&5]

Pandai-pandaila korang cari. Aku dulu pergi, pusing-pusing satu KLCC tu.wahaha. Pening2.

Malaysia Career and Training Fair 2011/ Post Graduate Education Fair
15-17 April 2011
Mid Valley Megamall [Halls 1,2,3, Hall 3 Foyer and Atrium]
(aku tak jumpa lagi banner dia. Nanti aku update kalau jumpa. :D)


Kuala Lumpur International Book Fair 2011
22 April-1 Mei 2011
Tun Razak Hall 2, PWTC, KL.


Pameran Pengantin 2011 (19th Edition)
6-8 Mei 2011
Budget Edition@ Selayang Mall
10pagi-10malam
Ni siapa-siapa yang memang nak bajet betul, sangat dialu-alukan.
Anjuran:Urban Vibe


Details dah ada kat banner la. Baca sendiri la. Klik untuk tumbesaran.hee~

Aku rasa ni je dulu kot. Banyak bebenor nak updatenya ha..
read more "Jadual Pameran Terkumpul 2011[PC/Books/Choc/Wed]"

28 Februari 2011

Coklat Lagi!


Pastinya anda bosan melihatkan atau membaca entri di blog ini mengenai coklat. Asyik2 coklat je. :D Nak buat macam mana. Itu yang terbaru.huhu. Alhamdulillah minggu ni saya dapat hasilkan 35 kotak yang berisi 2 paraline. Bermakna 70biji paraline. 50biji dihantar ke Uitm Jengka dan 20 biji lagi ke Sekolah Agama Menengah yang terletak di hulu negeri. Moga berkat cuti ni. huhu. Dah mula tanam anggur dah ni. Tak jumpa lagi kerja yang perlukan saya. haha. Bukan saya yang perlukan kerja tu. hee~ Tapi kalau ada yang nak offer saya kerja boleh la juga. :D Mak pun dah pening kepala dah. haha. Ok lah, itu sahaja entri ringkas dari saya.
Have A Nice Day!!
read more "Coklat Lagi!"

11 Februari 2011

Chocolate Untuk yang Teristimewa

Fuh, quite lama juga tak buat apa-apa posting. Sangat cool. haha. Frust sebenarnya.lalala~  Biasanya frust orang makan banyak kan. So, saya ambil langkah buat coklat banyak2. Tapi saya tak makan pun.wahaha~ Sedikit berpantang di situ. [Before terpaksa menginap di bangunan yang penuh cadar putih. OMG]. Coklat ni saya buat sekali harung. Alang2 nak bawak untuk student-student UiTM Jengka.wah~ Tapi member2 den yang kat Jengka tu tak tau pun. :D



Selepas raya cina

Tetibe dapat tempahan lak dari member sempena birthday temannya. So, buat dalam keadaan rushing disebabkan minggu exam.lalala~



Daun-filling dengan hazelnut.
Rose merah jambu-filling dengan strawberry.
Rose coklat-no filling.
selepas di touch up
tak lupa juga untuk member-member bilik.wahaha.


Fuh, selesai satu kerja. Balik semata-mata nak penuhi permintaan beliau.haha. Penat tapi puas hati. Tetibe je mak cadangkan lepas grade ni, mengajar bahasa arab di rumah. Uih, zaman kerja dulu tidakla sampai bahasa arab yang den ajar. Kalau bahasa arab, confirm-confirm time meeting namo den yo la yang disobut. Adeh~ Kene fikir panjang dan panjang sangat. Bahasa arab ni berat kot nak ajar kalau tak mahir. Sebab bukan bahasa kita yang boleh kita sendiri nak pusing-pusing. Aigoo~ Think wisely. Mak cik pula suggest niaga kat masjid mano ntah. Lagi satu hal. huhu~ Tapi saya takleh duduk rumah tanpa hasil. Itu bukan saya. huwaaa~ Banyak benda nak kena decide cepat. Gi mana sih?
read more "Chocolate Untuk yang Teristimewa"

09 Januari 2011

Pameran Coklat 2011

Sesiapa yang dah pergi, bagus.
Yang belum, jom serbu ramai-ramai hari ni.
Berita mengenai pameran ni saya dapat daripada berita arab on9. Apa lagi kalau bukan BERNAMA. 
Bermula pada hari Jumaat hingga Ahad (7,8,9 Jan 2011). Ya, aku tidak pergi ke pameran pengantin di Ampang Point sebab aku cuma incharge yang patut je. Aku bukan b2b. hee~ Memula macam takut nak percaya. Almaklumlah, aku bukan pakar sangat bahasa arab ni. Takut salah faham kang, naya aku. Tapi aku tetap mencuba pergi ke Mid Valley semalam bersama seorang teman aku. Dah r mencari-cari seluruh tempat kat Mid Valley tu, tak terjumpa. Rupanya ada di tapak pameran kat tingkat atas sekali.
Dah sampai pintu masuk pameran tu, Wahh! Excited gilo den. Bukanlah peminat coklat ekstrem. Tapi sebab tujuan pergi tu nak beli mould dan coklat bahan. Namun, kecewa juga la sebab semuanya jual coklat yang dah siap. Tak mahu! Jalan-jalan lagi, ternampak satu booth yang memang pengeluar boxes and bags. Wah..Memilih2 dan memilih. Adeh~ Rasa macam nak semua je. Last2 sekali, aku ambil yang paling simple. Sebab aku ingat, aku nak hias sendiri kotak2 tu.

Harga kotak untuk 4x4 = RM3.50.
Harga kotak untuk 5x5 = RM3.50.
Cavities dikira satu cavity RM0.05. So, aku beli semalam:
untuk 4x4 = RM0.85
untuk 5x5 = RM1.25.
So, total untuk kedai tu sahaja, RM9.00. Siap dapat pen dua batang lagi.Hee~ Aku suka betul kalau beli kat pameran tak sampai RM10. Kedai company di Seri Petaling. Kalau korang nak nombor dorang, aku cadangkan korang berhubung dengan Max. hee~
Kenapa aku beli kotak? Dan bukan coklat?
Sebab aku suka buat coklat sendiri. Lebih-lebih lagi dark chocolate. Dark Chocolate elok untuk kita tetapi takleh nak buat warna-warni yang macam korang selalu tengok tu.
Tapi di samping tu, aku pun beli kek coklat moist. Sangat sedap. Beli 2, percuma 1. Sekotak berharga RM9.50. Meaning sekotak dalam RM6.33 sen.
Banyak yang boleh dijimatkan kan?

p/s:Bila fikir balik, dah lama tak buat kek coklat moist ni, jadi lupa terus cara-caranya. Adeh~
p/s 2:Kecewa sebab ingat nak beli coklat compund dengan pewarna sebab stok kat rumah dah nak habis tapi takde yang jual. Semuanya yang dah siap. :(
read more "Pameran Coklat 2011"

13 Disember 2010

[Sticky Post] First Giveaway Cahayamylife

banner giveaway
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Terima kasih atas kunjungan anda semua ke lapangan cahayamylife.blogspot.com ini. Terima kasih sekali lagi diucapkan. Dan hari ini tepat jam 12.01pagi cahaya dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم secara rendah dirinya melancarkan satu giveaway dari blog cahayamylife ini sendiri. [Membawa maksud tuan blog yer~].
Disebabkan ini adalah kali pertama cahaya buat giveaway. So, syarat2 dan hadiahnya pun se'simple' mungkinlah. Korang takleh la nak demand tinggi memandangkan cahaya dah tak kerja lagi.hee~
Persoalan sempena apa tak payah la korang fikir.hee~
Jom tinjau syarat2nye:-
  1. Rakyat Malaysia dan berada di negara Malaysia. [Giveaway akan datang insyaAllah terbuka untuk semua :D].
  2. Follow blog cahayamylife.
  3. Copy banner giveaway yang ada di sidebar blog ni dan letakkan di sidebar korang. [Mudah orang lain nak join]
  4. Buat entry pasal giveaway ni je. Tak payah berjela sebab pemenang random je.
  5. Tulis blog referral korang dalam entri.[Sebagai langkah menaikkan trafik kawan-kawan yang dah join]
  6. Selepas siap, sila tinggalkan link entry anda di bahagian komen bawah yer. Kalau kotak komen bermasalah, sila beritahu dengan klik di bahagian 'Klik untuk pertanyaan' di atas ye. Pemberitahuan melalui Kotak Sembang tidak dilayan.
Hadiahnya cuma Handmade chocolate yang mana confirm Halal.
Pemenang hanya Dua orang yang bertuah.
Updated!=Alhamdulillah, coklat untuk pemenang dah siap di'order'.Tinggal tunggu siapa pemenang je la. :D

Jadi All The Best kepada yang menyertai. Syukran.

RM20 semenanjung Malaysia
RM24 Sabah/ Sarawak

Mulanya cahaya nak bagi 'Naskhah Cinta' ni jugak yang mana di dalamnya dimuatkan 4buah kitab mini:
-Surah Yaasin & Tahlil
-Al-Ma'thurat
-Al-Asma Ul Husna
-Surah-surah amalan

Semuanya ada khasiat hatta satu nama Allah. Sayangnya cahaya tak dapat nak berikan memandangkan cahaya akan hantar hadiah melalui pos. Walaubagaimanapun anda boleh dapatkan di pasaran. Design yang menarik dari AlBasith Resources dan harga yang berpatutan ini tidak merugikan untuk bekalan kita ke alam yang seterusnya.
read more "[Sticky Post] First Giveaway Cahayamylife"

07 November 2010

Hadiah Anniversary yang ke 21

Korang ingat tak hadiah yang aku cakap nak bagi mak & abah aku dalam entry semalam? Aku kata nak bagi coklat kan? Siap aku upload gambar sample die lagi. Tup2 hari ni sampai. Tak sangka gak aku. Baru nak buat surprise supaya sampai masa aku takde kat rumah. Tapi nak buat macam mana kan. Rezeki aku dapat tumpang makan sekali.lalala~


Hadiah masih di dalam bekas transparent

Bulatan merah:Bunga2 yang telah dibedal oleh aku dan Eri

TADAA!!!
Petak merah: Tak tau sape yang bedal dulu coklat tu. Macam abah.


Inilah dia hadiah yang tak pernah-pernah selama ni aku bagi makanan.Penutupnya aku dah makan 90%. Rasa candy beb! wahaha~ [Jangan kata aku kebulur!] Memang kaya coklat lorh coklat dia. Patotlah lepas abah makan tu beliau mengadu sakit gigi.wahaha. Tak rugi oo. Harganya tak perlu dinyatakan di sini la kot.lalala~ Nanti orang kata apa plak. Pasal penghantaran punya harga saja dah berbelas ringgit. Almaklumlah, delivery dari Puchong ke Klang tau.

p/s: Apsal tahun ni takde orang bagi aku hadiah ek? *wondering
read more "Hadiah Anniversary yang ke 21"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP