Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~
Memaparkan catatan dengan label panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panduan. Papar semua catatan

25 Januari 2012

Bagaimana Kita Ketika Masuk Sekolah Tadika?

Assalamualaikum dan Apa habaq warga Malaysia, Indonesia dan semua yang faham bahasa Malaysia aku yang bercampur-campur ni?
Terasa nak tanya hangpa pasal zaman hangpa kanak-kanak dulu. Time nak pi sekolah. Mesti ada yang menangis takmau pi dan tak kurang juga yang terlebih excited dan sampai mama mai sekolah ajak balik, lari takmau balik. Hari ni genap hari ke lima aku bekerja di sebuah taman didikan kanak-kanak sekitar ibu kota. (chewah, ayat gramatis sungguh!) Namun, baru hari ni aku terasa seperti hari pertama bekerja. Kalau dah hari pertama macam hari Isnin tu, apa cerita korang? Confirm layu dan sayu kan? (erk! mungkin aku je kot lagu tu). Even hari ini hari Rabu, tapi disebabkan minggu lepas aku balik-balik je ke Malaysia, esoknya terus bekerja. (Ayat gempak macam duduk luar negara) Jadi, tak terasa semangat tu lain. Masih segar. Ini, baru lepas cuti empat hari, makanya semangatnya pun entah ke mana. Dengan baru lepas menelan ubat semalam. Lambat pulak laloknya. Sudahnya sedar tak sedar je aku kerja tadi. Seriously, langsung tak larat nak senyum but still time ada baby tu datang dengan mama dia nak meneman abangnya yang melalak nak mama teman, sempat lagi aku main-main mata. Tergelak-gelak baby tu. haha.
Hangpa ingat tak time hangpa kecik-kecik masa sekolah tadika, pagi-pagi nak pi sekolah tu nangis dak? Kalau dulu, mungkin tadika setahun, terus masuk darjah satu. La ni ramai ja yang hantar anak-anak depa dua, tiga tahun dulu. Almaklumlah, parents la ni kebanyakannya bekerja dan mungkin kesempatan untuk meluangkan masa mengajar anak-anak mereka itu kurang.
Perihal si abang tadi yang tak mahu ditinggal mamanya ketika di tadika, mama dan papanya terpaksa menanti di sebelah kelas hampir 2 jam. Bila si abang tu tercari-cari, mamanya berkata, 'Ya, ada ni'. Tetapi aku pun tak berapa sedar sangat apa yang terjadi disebabkan keadaan aku yang separuh sedar.hee~
Yang aku nak ceritanya sejam selepas waktu rehat, ada seorang budak lelaki ni mendekat kepadaku.
"Cikgu, hari ini mama kita datang ambil. Mama kita datang cikgu"
"Yeke. Mama datang ye"
Terus dia berlari girang ke kelasnya. Aku sangkakan ayatnya itu disebabkan mamanya dah sampai tetapi rupanya mamanya cuti hari ni. Itulah kesempatan mamanya untuk mengambil si kecil itu. Mungkin sebelum ni maid yang ambil kot.
Teringat pula zaman aku di tabika Kemas dulu. Bangkit sahaja dari tidur, mama dah tiada. Yang ada cuma roti dan air di atas meja makan. Pagiku ditemani ayah yang menghantar aku ke sekolah hanya dengan berbasikal. Pulang sahaja dari sekolah, aku diambil oleh seseorang yang ditugaskan menjagaku sementara habis waktu kerja.
Aku akui aku seorang yang workaholic. Aku lebih mementingkan kerja dari diri aku sendiri. Mungkin sebab tu aku takut nak kerja lepas dah ada anak. Orang kata sebab takde tanggungjawab lagi. Siapa kata takdak? Tanggungjawab terhadap diri sendiri tu lagi penting kan. Itu yang aku cuba perbetulkan keadaanku.
Mama aku pun dah pesan, 'hang nak kerja, cari kerja macam cikgu. Jangan kerja office. Nanti kerja ke mana, suami ke mana, anak ke mana.' Aku? Tersengih ja la. (Memang aku suka kerja office lagi :) ) 
Anak-anak ni perlukan perhatian lebih. Kadang-kadang kalau dia buat perangai ni, sebab dia nak kita bagi perhatian pada dia. Entri aku yang lama-lama tu banyak dah cerita pasal budak-budak ni. Hangpa pun lebih tahu kot. Kat mana-mana boleh jumpa budak-budak. Pasal kat Malaysia ni takde undang-undang suruh bunuh bayi hidup-hidup. Yang mak pak depa sendiri rela nak bunuh tu ada la. Orang tak reti bersyukur kan. Orang yang tak pernah ada anak mesti kecewa dengan sikap hangpa ni. Ingat senang nak ada anak? Orang yang takde, sibuk nak anak. Yang ada, sia-sia kan pulak. 
Bila cerita pasal anak ni, asal aku baru nak malas sikit, mesti ada yang tegur, 'Nak anak buat lagu tu jugak ka?'
Asal aku buat salah sikit, ' Ingat, nanti anak-anak pun buat lagu tu, macam mana?'
Hurm..memang betul pun. 
Anak cerminan kita. Pasangan kita pun cerminan kita. Kawan kita pun cerminan kita. Sebab tu orang lelaki nak cari calon kena tengok  family  dia, kawan-kawan dia, bagaimana hubungan dia dengan manusia selain dengan Azza Wajalla. Aku selalu sebut, Terbaik untuk kita, tak semestinya terbaik untuk semua orang di sekeliling kita.
Salam perjuangan!
read more "Bagaimana Kita Ketika Masuk Sekolah Tadika?"

04 November 2011

Kontroversi Majlis Perkahwinan Aku

Pengantin haruslah hensem dan cantik
Uit, title tak boleh blah. Kenapa aku kata kontroversi? Siapa ingat entri Aku Bakal Berkahwin? Ohoh! Sungguh kontroversi la kan sebab semua persediaan pernikahan dari pertunangan lagi aku tulis. Nampak diari di situ kan. Tu pun atas sebab pihak penganjur contest tu suruh cerita tentang kahwin. Aku pun cerita lah tentang itu. Sangat menarik orang kata. *Terpuji diri pulak. Sesiapa yang nak kahwin, kalau baca kisah tu, memang dup-dap, dup-dap sekali la. Apa, tak debar ke kalau bab kahwin ni. Ingat senang? Tengoklah orang yang baru lepas akad nikah, ada je yang mengalir air mata. Tanyalah golongan yang sudah mendirikan rumah tangga ni. Kalau rasa-rasa curious nak tahu apa kisahnya, silalah klik. Tarikh, harga, senarai yang perlu secara kasarnya pun aku ada cerita dalam tu. Harap boleh jadi panduan buat bakal pengantin.
Bagi aku agak dahsyat entri tu disebabkan pautan dari 'Brooch untuk songkok' dan 'Mana Nak Cari Cadar Pengantin Murah' boleh terjumpa entri tu di muka pertama. Aku ingatkan pameran pengantin je yang boleh dapat rating. Rupanya itu pun boleh.haha. Tapi pameran pengantin memang tak boleh kalah la dengan perkataan lain kan. Dan yang paling penting, blog ni tetap kalah dengan blog Pameran Pengantin Malaysia. Of course lah. Dah address mereka pun itu. Tagline tak payah cerita. SEO lagi lah.
Apa motif aku cerita pasal kahwin? Maybe kahwin ni tak pernah surut kot. Tiap minggu ada je orang kahwin. Yang penting bukan orang yang sama. Teringat lak promoter pelamin di Pameran Pengantin Malaysia SACC baru ni. Ayat dia, "kita kahwin kan sekali-sekala". Aku ulang balik, "sekali-sekala?" haha.
Bagusnya kalau majlis kahwin boleh buat banyak kali. Tetapi haruslah kita pastikan semua barang free baru boleh buat gitu. Ye dak?

p/s: Nak tahu status aku, kena baca entri tu sampai habis. Takut ada yang merana pulak menahan malu.
read more "Kontroversi Majlis Perkahwinan Aku"

11 Jun 2011

Pesanan Buat Suamiku dan Ulasan Artikel 21 Pesanan Isteri


Kepada sesiapa yang masih belum membaca artikel tersebut, sila ke sini. 
Ini berdasarkan pembacaan saya sahaja.
Melihatkan ketidakpuasan hati dari golongan lelaki yang saya percaya masih belum berumah tanggga. Sebab saya yakin, bagi mereka yang sudah mendirikan rumahtangga tidak akan mengatakan isi artikel itu satu kesalahan. Saya tidak menyalahkan penulis mahupun advisor. Anda perlu faham, pesanan bukan satu kewajipan tetapi satu saranan. Kenapa anda rasa ianya susah. Yes, if I'm in your shoes. I'll think like that too. It's a bit tough secara psikologinya sebab kita tak tahu kita mampu jadi sesempurna itu. Kita memang tak sempurna. Dan betullah dalam syarak senang. Benar seorang isteri harus patuh dan taat pada suami. Memang hakikat sebenar si isteri hanya boleh menurut sahaja. Tapi ingat tak apa yang disarankan? Jika anda mampu untuk menjaga tanaman dengan baik, pesanan-pesanan tu bukan kewajipan. Tapi anda yang akan rasa perlu. Secara automatiknya anda akan lakukan tanpa dipinta. Sebab dia milik anda dari hujung rambut sampai hujung kaki. Depan belakang semua anda harus tahu. Jadi, apa salahnya untuk kita jaga sesuatu yang kita sayang dengan sehabis baik. Anda sanggup ke melihat kereta Mitsubishi Gradian anda tercalar sedikit? Sayang tu. Susah payah nak dapatkan. Beli cash pun RM168 000. Takkan la nak biar je. At least kita akan sentuh dia, belai dia ibarat memujuknya. Betul tak? Macam tu jugak. Jangan rasa ianya wajib. Jangan disebabkan pesanan-pesanan tu anda terus rasa susah untuk bernikah. Tidak sama sekali. Semuanya atas diri anda kerana semua sedia maklum suami adalah nakhoda. Anda berhak ke atas isteri anda. Kalau mampu lakukan, itu bonus buat isteri anda. Anda bangga mempunyai isteri yang baik dan sentiasa menjaga anda luar dan dalam. Isteri anda juga pasti mahu berbangga memiliki suami yang menjaganya dengan baik. Menyubur tanaman dengan membajai mereka bukankah tidak salah? Takkanlah anda tidak mahu menjaga isteri anda dari segala sudut? Mungkin ianya benar dari luahan hati perasaan seorang isteri tetapi salahkah untuk menghormati satu sama lain. Saya percaya ini salah satu cara untuk mengekalkan hubungan suami isteri sehingga keduanya meneruskan perjalanan ke alam baqa'. Saling menghormati tu penting. Tidaklah timbul perasaan ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Masing-masing mengenali pasangan masing-masing. Anda pasti tidak mahu berlakunya pertengkaran. Saya telah berhadapan dengan beberapa kes mengenai masalah rumah tangga yang ada sehingga membawa penceraian. Anda rasa apa puncanya. Benar didikan agama salah satu faktor. Tapi kalau ada pegangan agama, anda rasa akan ada perasaan saling menghormati tak? Pasti ada. Kalau betul si isteri menghormati suami, adakah dia akan mengherdik dan membelasah suaminya apabila mendapat tahu suaminya berkahwin lain tanpa pengetahuan semua? Pasti tidak. Perasaan kecewa dan amarah itu ada tapi dia pasti sedar kedudukan dia. Kalau saya sendiri pun tidak akan berpesan sebagaimana 21 pesanan. Malas. Sebab benda tu semua sedia maklum. Saya juga yakin suami saya tahu dan arif tentang tanggungjawabnya. Asalkan mendapatkan keredhaan Allah dan mampu ke syurga sama-sama. Apalah yang nak dipeningkan. Kalau dah rezeki kita dapat suami yang mampu buat semua tu, memang bonus la. 

Buat isteri-isteri,
Apa-apa pun SUAMI SEHARUSNYA LEBIH DARI DIRI SENDIRI. Pasti ada antara kalian melakukan sesuatu dalam keadaan marah sehingga hilangnya keikhlasan. Jangan bertangguh untuk memohon maaf. Kita bagaikan hamba yang hanya perlu menyenangkan hatinya. TAATILAH MEREKA SELAGI MEREKA DI SISI KITA DAN SELAGI KITA BERNYAWA.

Buat bakal suamiku,
saya tak layak untuk membuat pesanan sedemikian tetapi saya hanya mampu untuk pinta kemaafan dan keredhaan. Kerana saya tahu dengan kekurangan diri, saya takkan mampu untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna malahan menambahkan beban kamu. Moga ikatan yang singkat ini mampu membawa ke syurga.
read more "Pesanan Buat Suamiku dan Ulasan Artikel 21 Pesanan Isteri"

25 Mei 2011

[Cara Atasi]:Kes Serangan Asid

Prof Dr Zainudin Arifin dalam berita yang disiarkan oleh BH hari ini memberikan beberapa tip untuk mengelakkan kecederaan serius jika individu terkena simbahan asid. Kata beliau:

"Mereka seharusnya keluar dan pergi bekerja seperti biasa dan pada masa sama mereka hendaklah mengambil tindakan dan langkah keselamatan. Kesan akibat simbahan asid boleh dikurangkan jika mereka tahu apa yang hendak dilakukan," katanya hari ini. 

Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia. 

"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku. 
"Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan," katanya. 

Beliau berkata, jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.


"Jika dalam keadaan paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya," katanya.

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI SERANGAN SIMBAH ASID
Awas dengan lelaki ini yang disyaki melakukan serangan asid. Masih bebas dan telah melakukan serangan asid keatas 23 mangsa di kawasan Lembah Klang. Anda mungkin mangsa seterusnya. Berhati-hati.
Macam mana nak memastikan bahawa diri anda (terutamanya wanita dan gadis-gadis) selamat dan terhindar daripada serangan asid yang mungkin akan memusnahkan kecantikan  selama-lamanya. Bertindak sebelum terlambat.

1. Sentiasa berjalan ke arah lawan traffik. Suspek tak kan menyerang mangsa dari belakang sebab dia mudah dilanggar oleh kenderaan lain. Dan berjalan melawan arah jalan juga dapat membolehkan korang melihat individu yang mencurigakan.

2. Jangan berjalan berdekatan dengan jalan. Seboleh-bolehnya elakkan diri korang dari berjalan berdekatan dengan jalan kerana mudah suspek mejadikan korang sebagai sasaran. Pilih jalan di kawasan yang ramai orang.

3. Bawa dan pakai payung selalu. Payung boleh dijadikan sebagai pelindung dari terkena simbahan asid dan juga senjata korang paling efektif bila dalam situasi yang berbahaya. Lagipun sekarang ni kan cuaca tengah panas.

4. Pakai pakaian berlapis. Cara ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko kulit anda daripada terkena cecair asid.

5. Jangan keluar tanpa sebab. Tak payah nak chill out jalan-jalan tanpa tujuan buat masa ini. Duduk rumah belajar masak lagi bagus.

6. Elakkan daripada berjalan seorang diri di kawasan yang sunyi. Tak apa kalau jalan jauh dan ramai orang, asalkan diri korang selamat. Cara ini juga dapat mengelakkan korang dari kena ragut, pau dan serangan seks.

7. Sentiasa bawa air botol. Air adalah rawatan paling berkesan untuk menghilangkan asid yang terkena pada kulit. Basuh menggunakan air di anggota yang terkena simbahan sebagai rawatan awal. Air dengan jumlah yang banyak sangat diperlukan jika terkena simbahan asid. 

8. Pakai sun-glass mata lalat. Tahukan cermin mata gelap nih, bulan tahu kebanyakan perempuan memang ada cermin mata jenis nih. Pakai untuk melindungi mata anda dari terkena simbahan asid.

9. Laporkan mana-mana individu yang mencurigakan kepada pihak polis. Jika ternampak individu yang mencurigikan seperti di atas (gelap dan menunggang motosikal), ingat nombor plat dan laporkan kepada pihak polis secepat mungkin. Sekarang ini, polis dah buat unit khas untuk mengesan suspek.

10. Sentiasa berwaspada walau apa jua situasi. Ingat, bahaya di mana-mana.

credit to: 
okbulan.blogspot.com
resepirahsiaku.com
read more "[Cara Atasi]:Kes Serangan Asid"

23 Mei 2011

Adakah Anda Bersedia Menjadi Suami?


Bagi pandangan aku, kalau si lelaki tu dah bersedia dari segi rohani dan jasmani, ok dah. termasuklah tanggungjawab terhadap keluarganya dan keluarga isterinya. TAPI.Hahh..ada tapinya tu.Dia mestilah belajar tentang semua hal dari A-Z mengenai perempuan. Dah kahwin kang dia kene tahu setiap sudut dan inci tubuh si isteri dari atas sampai bawah. Dari hujung rambut, sampai hujung kaki. Kang isteri tanya, ni darah apa? Jangan dijawab, 'Larh..hang punya, mana aku tau. Aku takde'. Nak kena la tu. Padahal isteri tu hak suami. Eh, apa la aku melalut ni. Terkeluaq topik.

Andai Cinta ingin diberi…berilah kepada seseorang yang benar-benar layak,yang boleh digelar suami … 


1. Kuat agamanya..Walau sibuk macam mana pun,dia tetap memelihara solat fardhu.Mampu menjadi imam untukku dan untuk anak-anakku.Mampu untuk membimbingku ke... jalan yang diredhai Allah. 



2. Mempunyai akhlak yang baik..Percakapannya yang lembut mampu menyejukkan hati aku yang sedang marah..Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur..Sopan tutur kata dan mempunyai hati yang mulia..Mempunyai rasa hormat kepada warga tua.. 



3. Menghormati ibu bapaku..Dia harus faham biarpun ketaatan seorang isteri selepas berkahwin hanyalah hak mutlak suami tetapi aku mohon untuk membalas jasa budi ibu bapaku yang telah mendidikku sejak dari kecil..Izinkan aku menjaga ibu bapaku walau dalam apa jua keadaan pun..Maafkan aku bila aku meletakkan kepentingan Ibu bapaku di tangga yang teratas..Tetapi itu bukan bermakna aku akan mengabaikanmu,tidak sama sekali.. 



4. Tegas mempertahankan maruah..Dia tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang Islam..



5. Amanah dan tidak boros..Dia tidak pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja..Dia bukanlah seorang yang kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.. 



6. Menundukkan pandangan mata ketika melihat perempuan..Sekiranya matanya liar memandang perempuan lain dia bukanlah calon yang sesuai untuk aku..Sebab aku adalah pencemburu berat.. 



7. Mempunyai pergaulan yang terbatas dengan perempuan..Aku tidak kisah dia mempunyai kawan lelaki dan kawan perempuan tetapi aku tidak mahu dia menjadi fitnah orang.. 



8. Bertanggungjawab..Dia hendaklah seorang yang mementingkan ibu bapanya..Yang sentiasa menjenguk ibu bapanya..Yang sentiasa mengambil berat akan ibu bapanya..Jika ibu bapanya sedang hidup melarat dan dia hidup hebat…say good bye laaa 



9. Mempunyai wajah yang tenang..Wajahnya tenang setenang waktu dia bercakap dan bertindak.. 



10. Jujur & berterus terang..Aku menerima apa adanya,tetapi tolong berterus-terang dengan aku..Sebab aku tidak mahu kepercayaan yang aku beri 100% hanya tipu semata-mata. Aku sendiri kurang pasti dengan masa depan ini.,Cuma aku menetapkan kriteria-kriteria ini bukan bermakna aku terlalu memilih tetapi aku harus memikirkan masa depanku,untuk ibu bapaku dan untuk anak-anakku… 

Click button share ya readers sekalian :)

read more "Adakah Anda Bersedia Menjadi Suami?"

20 April 2011

Diari Seorang Isteri

Ni aku jumpa dalam folder document aku. Sila sebarkan okey. Dalam facebook pun aku tengok ramai dah main share-share benda ni. Kalau boleh biar semua orang baca benda ni.



Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....
read more "Diari Seorang Isteri"

13 April 2011

Semua Lelaki Comel-Setuju?

Hah, sudah! Semua perasan comel. Yang sesetengahnya pulak kata, buang tebiat apa budak ni.haha. 
Tidak, tidak. Saya masih seperti dulu. Chewah! Actually itu tidak merujuk kepada semua ya. Nak update sikit je dari entri yang dua tahun lepas. Tentang kecantikan lelaki dan kegagahan wanita. 
Agak-agak korang hensem tak? hee~ Hensem tak hensem aku tak nak tengok pun. Yang perempuan memang cun belaka. So, jangan bagi aku tengok jugak. Ingat lelaki je boleh buat aku cair? Perempuan lagi aku cair. haha. Kesimpulannya, ghaddul basar. haha. Tundukkan pandangan kalian. Tapi buka mata kalian pada hati. Orite? Mata hati ye teman-teman. Hensem and cun bagai tu bonus je. PERKESO, ZAKAT apa semua bulan-bulan ado yo.

Lelaki yang cantik adalah:
· Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
· Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
· Lelaki yang memberi madu sesudah menerima racun.
· Lelaki yang tenang dan lapang dada.
· Lelaki yang baik sangka.
· Lelaki yang tak pernah putus asa.

-Aku susah nak jumpa lelaki yang tak menangis ni. Semua jenis menangis je depan aku. Yang tak nangis depan aku bapak aku and abang aku je la. 
-Rasanya ramai yang boleh terima teguran kot. hee~ Tapi aku tak. :p
-Yang ni rasanya ramai.
-Tenang dan lapang dada pun insyaAllah ramai.
-Baik sangka ni yang payah nak kata ni. Zaman sekarang ni ramai bebenor jenis cemburu saje.
-Macam-macam jenis tak putus asa ni. Tapi macam-macam jugak yang korang boleh rungkaikan.

Sekarang ni sebenarnya aku perlukan khidmat kaunseling.haha. Dulu-dulu korang yang minta khidmat kaunseling dengan aku, sekarang ni aku pulak. Bukanlah kena jumpa pakar kaunseling, cuma aku perlukan masa untuk membuat satu keputusan yang bijak, yang tidak menyentuh hati dan perasaan orang lain terutama mama and papa. Inilah masanya untuk berkhalwat. Opps.maksud aku, bersendirian dengan Tuhan. Aku sentiasa meminta denganNya, alhamdulillah ada yang mengingat untuk mengucapkan terima kasih. Sujud syukur itu perlu ya. Masih diberi peluang untuk bertaubat. Kalau rasa hidup lama lagi, taubat la sekarang. Sebab rasa lama tu yang bahaya tu. Bekerja macam hidup 1000tahun lagi, beribadah macam esok nak 'pergi'.

p/s:Agak-agak korang confuse tak yang update blog ni siapa sekarang? wahaha~
read more "Semua Lelaki Comel-Setuju?"

18 Mac 2011

Koleksi:Mahu Sentiasa Perawan dan Dara

Ada sesiapa yang mahu sentiasa perawan dan masih dara jelita gitu? Hands up! No one yang tak mahu kan. Ini khas buat golongan wanita yang sudah berumah tangga. Baru mahupun lama. Yang belum pun, boleh juga baca, untuk akan datang. Pasal aku pun belum kahwin. Sebab bila ditanya, "nak kahwin tak?" For sure, semua nak. But, siapa yang menggeleng, memang orang yang paling rugi.hee~ Except ajal u tiba dulu, no excuse ok. Me too! Apa-apa pun, tadi time blogwalking, terjumpa satu tips yang aku pernah amalkan but aku tak tahu khasiatnya. [Teruk betul!] So, credit to resipirahsiaku.com


Petua dari Dr Fatimah Az-Zahra.
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abkaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga. 





Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: 

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
read more "Koleksi:Mahu Sentiasa Perawan dan Dara"

01 Mac 2011

Anda Giler Perfume? Ori atau Gred AAA?


Anda gemarkan wangian? Perfume atau wangian antara barangan yang wajib ada dalam senarai hantaran. Lebih-lebih lagi penggemar wangian-wangian seperti ini. Sebut saja Lancome Miracle, Nina Ricci, Gucci by Gucci, 1 Million, Gucci Envy, Flora, Armany, DKNY, Burberry, Acqua di Gio, CK One Summer, Dunhill, Dunhill Pure, Dunhill Fresh, Dunhill Desire, Escada Desire Me, J'adore, Covet dan banyak lagi. Pastinya si penggemar perfume seperti ini akan terbayang-bayangkannya.haha~ Saya sangat gemarkan Vera Wang Princess. Soft and really soft + fruity. Boleh buat saya ke awang-awangan.Serious! Sesuai untuk orang yang tak nak sesakkan kepala.haha. Tapi saya jarang juga memakainya supaya boleh hidup tanpanya. :) Plus, siapa yang tidak suka wangi kan? haha~ Tapi yang membezakan jenis wangiannya.
Ada yang suka pakai jenis strong, ada yang suka soft, fruity, and etc. Tapi anda bagaimana? Lebih gemar membeli yang original atau yang ada gred? Apa beza yang ada gred dan yang ori? Saya lebih gemarkan yang ori. Biasalah. Nama pun ori, mestilah best kan. Tapi kena fikir banyak kali jugak.haha~

Sejarah
Pada ribuan tahun dahulu perkataan "parfum" berasal dari Bahasa Latin perfumum "melalui asap". Salah satu kegunaan pada ketika itu parfum membentuk melalui pembakaran dupa dan rempah-rempah yang beraroma yang digunakan dalam upacara keagamaan, seperti aromatik gusi, kemenyan dan mur, yang dikumpulkan dari pohon-pohon semulajadi. Orang Mesir (Egypt) adalah yang pertama untuk memasukkan minyak wangi ke dalam budaya mereka diikuti oleh China purba, Hindu,Afrika dan diikuti negara-negara yang lain.

Gred AAA
Saya kurang arif mengenai wangian ni. Sebab saya bukan saudagar minyak wangi. :D Tapi disebabkan saya tiada pengalaman membeli yang gred ini, saya mulakan dengan yang ini dulu ye. Harganya lebih murah, harumannya hanya mampu bertahan sehingga 8jam and depends on persekitaran anda, packagingnya sama cuma kadangkala rosak. Kotak, shape, warna, semuanya sama. Si penjual barangan ori tetapi yang rejected mengatakan jika yang rejected perfume which coming with box is fake! haha. Marah sungguh beliau. Ada orang tu kata gred AAA ini tidak panggil sebagai fake.haha.Kenapa ya? Bukankah lawan original itu fake? Tapi sekarang bukan setakat gred AAA sahaja yang ada. Gred A dan gred AA pun ada. Dah macam beli bateri la pulak. :D

Original
Maklumat dari penjual perfume original saya :) :
1.No sirinya pada botol dan kotak adalah sama kerana mereka telah print secara khususnya ke setiap botol dan kotak serta tidak boleh dipadam.
2.Botol pastinya tiada kecacatan. Sama ada spray ataupun lain-lain.
3.Lihat pada straw nya, jika berbentuk S, itu memang fake, kerana yang ori hanya straight ataupun menyenget ke tepi sahaja. Ianya tidak berbentuk S.
4.Harumannya mampu bertahan sehingga 12jam. [atau lebih lama? saya tak pasti].

Maklumat dari AVON PARADISE:

1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.

2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya. Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara ini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.
3. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam kerana pembungkusannya amat teliti.
4. Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan-ketebalan dan warna-tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.
5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang(trademark). Semak cara cetakan-biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya stiker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.
6. Semak nombor batch.
7. Dalam kotak - semak kualiti keseluruhan bahan digunakan, warna dan saiz
8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design bentuk botol. Botol original adalah solid.
9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal.

10. Tudung botol- semak saiz, warna dan bentuk.

11. Kepala penyembur.  Semak kualiti kekeseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.

12. Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti, ketebalan, panjang dan warna.

13. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz , reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.

14. Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.

15. Bar code. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.
16. Warna perfume. Semak warna perfume sama ada ia konsisten atau tidak.
17. Minyak berlebihan. Perfume yang original kurang beminyak.


18. Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia.

19. Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.

20. Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.


21. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.
Sesetengah anda mungkin gemar mencuba dahulu mana-mana haruman sama ada dengan cara membeli sample, miniature, atau tester. Kebiasaannya sample hanya sekitar 1.2-1.5ml. Miniature pula bersaiz kecil sekitar 5ml-15ml. Manakala tester sekitar 30ml-100ml. Untungnya di mana? Bagi saya tester lebih untung kerana kebiasaannya pihak producer akan meletakkan pati lebih ke dalam tester. So, lebih tahan lama.
Apa perbezaan Parfum, EDP, EDT, dan EDC?
Ini adalah kepekatan wangian tersebut. Lebih pekat, lebih kuat, dan lebih lama.
1. Parfum - Paling pekat dan paling kuat harumannya. Dan sudah tentu paling mahal. :D
2.EDP (Eau de Parfum) - Kepekatan kedua tertinggi. Tahan lama sehingga 8jam. agak kuat juga harumannya.
3.EDT (Eau de Toilette) - Kurang pekat. Harumannya separa ringan dan kekal sehingga 3-4jam. Tapi EDT yang saya pakai boleh tahan sehingga 8-9jam. Normally sesiapa yang minat soft seperti saya akan memilih ini.
4.EDC (Eau de Cologne)- kepekatan terendah,  harumannya ringan, kekal sehingga 2-3 jam.

Pemilihan dalam kepekatan ini penting agar tidak tersalah memakainya. Jika anda memilih EDP, lebih sesuai ke majlis makan malam atau apa-apa event yang lebih formal. Manakala EDT lebih sesuai ke office atau tempat yang tidak terlalu sesak. EDC pula sesuai ketika cuaca panas atau dress up yang sempoi je.
So, pilih yang terbaik untuk anda.
EDT pilihan saya :)

EDP pilihan saya :)
p/s: Kalau nak beli yang ori, kena tengok poket dulu. Penuh ke tidak? :D
p/s2:Nak pilih bunga kemboja ke Lancome Miracle? Sabun johnsons and johnsons baby pun boleh jugak. haha.
read more "Anda Giler Perfume? Ori atau Gred AAA?"

22 Oktober 2010

Panduan bagi pasangan yang bakal mendirikan masjid

Masjid mana korang nak bina nih? huhu. Masjid mana lagi kalau dah ayat nye pasangan. Hmm..panduan ni aku rasa macam tak sesuai je aku yang bagi pasai aku pun tak menikah lagi.haha.

Tapi sekadar panduan.So, untuk aku jugak la tu.Sebenarnya aku tak tau macam mana nak mulakan benda nih.haha. [macam dah berbulan tak update!].
So, memule korang kena tahu prosedur nye dulu.[Untuk Wanita Selangor]
Dibawah ni panduan yang diberikan oleh bakalpengantin.com
1. Hadir Kursus Pra Perkahwinan
2. Download ataukan dapatkan di JAIS/PAID borang permohonan nikah (Borang 2C dan 1D)
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DENGAN BAYARAN RM 10.00 DARI BAHAGIAN PERUNDANGAN KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
4. Sediakan borang pengakuan bujang. Wat HIV test kat Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja. Lengkap kan borang dan potostat sesiap IC sendri n saksi2, sijil kusus.
5. Hantar ke kariah kawasan masing-masing. Maksudnya dapatkan t/tangan imam masjid yang berdekatan tempat bermastautin.
6. Submit ke Pejabat Agama (Laki dahulu). Pastikan anda bawak salinan sume di atas dan yang berkaitan sebab nanti tak menyusahkan utk carik kedai fotostat. Keluar lain negeri mintak kebenaran nikah diluar kawasan.
7. Serah ke pihak perempuan. Ulang langkah 3. Tapi perempuan tak perlu surat akuan bujang tau.
8. Bila dah selesai semua, serah ke Pejabat Agama (Perempuan).
9. Pejabat agama akan ambil maklumat dan serahkan borang. Sila beri perhatian untuk borang ini perlu dihantar semula ke kariah perempuan sebab kadi akan key-in maklumat anda.
Senarai Semak dan Dokumen sokongan nanti aku upload kan.So, korang leh download sendiri la yer.
Semua borang2 tu nanti aku upload [kecuali saringan HIV].Yang mana aku dah ada la.haha~
Untuk borang kursus, yang ada cuma daerah Shah Alam dan Klang. Tarikh lak untuk tahun ni je. So, kalo daerah lain leh download di website JAIS.
JENIS-JENIS PERNIKAHAN YANG DIISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARI MAHKAMAH SYARIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

1. PERNIKAHAN POLIGAMI.
2. PERNIKAHAN DI BAWAH UMUR.
3. PERNIKAHAN JANDA BERHIAS DALAM PERJALANAN IDDAH.
4. PERNIKAHAN MUALLAF TANPA WALI.
5. PERNIKAHAN ANAK LUAR NIKAH.
6. PERNIKAHAN ANAK ANGKAT (Yang mana walinya tidak diketahui kedudukannya).
7. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG TIADA WALI(SEBAB NASAB/ KETURUNAN) TIADA YANG MELAYAKKAN UNTUK MENJADI WALI MENGIKUT HUKUM SYARAK.
8. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA WALINYA GHAIB; TIADA DIKETAHUI KEDUDUKANNYA SAMA ADA HIDUP ATAU MATI.
9. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA TERBUKTI WALINYA DIKETAHUI TEMPAT TINGGALNYA BERADA (MELEBIHI 2 MARHALAH) TETAPI SANGAT SUKAR UNTUK DIHUBUNGI OLEH MANA-MANA ALAT KOMUNIKASI DAN BERTULIS.
10.PERNIKAHAN ATAS SEBAB "WALI ENGGAN UNTUK MENJADI WALI.
-credited:JAIS

Prosedur2 kat atas tu dah ada dah dalam senarai semak yang disediakan JAIS cuma yang atas tu lebih detail.
Korang nak aku explain, memang tak dapatla. Aku takde pengalaman lagi lorh~
Takde apa lagi dah nak cite kat sini.
Kalo korang nak, download je kat entry seterusnye ataupun pada tab Download kat atas tu ok!
read more "Panduan bagi pasangan yang bakal mendirikan masjid"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP