Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~
Memaparkan catatan dengan label wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wanita. Papar semua catatan

11 Jun 2011

Pesanan Buat Suamiku dan Ulasan Artikel 21 Pesanan Isteri


Kepada sesiapa yang masih belum membaca artikel tersebut, sila ke sini. 
Ini berdasarkan pembacaan saya sahaja.
Melihatkan ketidakpuasan hati dari golongan lelaki yang saya percaya masih belum berumah tanggga. Sebab saya yakin, bagi mereka yang sudah mendirikan rumahtangga tidak akan mengatakan isi artikel itu satu kesalahan. Saya tidak menyalahkan penulis mahupun advisor. Anda perlu faham, pesanan bukan satu kewajipan tetapi satu saranan. Kenapa anda rasa ianya susah. Yes, if I'm in your shoes. I'll think like that too. It's a bit tough secara psikologinya sebab kita tak tahu kita mampu jadi sesempurna itu. Kita memang tak sempurna. Dan betullah dalam syarak senang. Benar seorang isteri harus patuh dan taat pada suami. Memang hakikat sebenar si isteri hanya boleh menurut sahaja. Tapi ingat tak apa yang disarankan? Jika anda mampu untuk menjaga tanaman dengan baik, pesanan-pesanan tu bukan kewajipan. Tapi anda yang akan rasa perlu. Secara automatiknya anda akan lakukan tanpa dipinta. Sebab dia milik anda dari hujung rambut sampai hujung kaki. Depan belakang semua anda harus tahu. Jadi, apa salahnya untuk kita jaga sesuatu yang kita sayang dengan sehabis baik. Anda sanggup ke melihat kereta Mitsubishi Gradian anda tercalar sedikit? Sayang tu. Susah payah nak dapatkan. Beli cash pun RM168 000. Takkan la nak biar je. At least kita akan sentuh dia, belai dia ibarat memujuknya. Betul tak? Macam tu jugak. Jangan rasa ianya wajib. Jangan disebabkan pesanan-pesanan tu anda terus rasa susah untuk bernikah. Tidak sama sekali. Semuanya atas diri anda kerana semua sedia maklum suami adalah nakhoda. Anda berhak ke atas isteri anda. Kalau mampu lakukan, itu bonus buat isteri anda. Anda bangga mempunyai isteri yang baik dan sentiasa menjaga anda luar dan dalam. Isteri anda juga pasti mahu berbangga memiliki suami yang menjaganya dengan baik. Menyubur tanaman dengan membajai mereka bukankah tidak salah? Takkanlah anda tidak mahu menjaga isteri anda dari segala sudut? Mungkin ianya benar dari luahan hati perasaan seorang isteri tetapi salahkah untuk menghormati satu sama lain. Saya percaya ini salah satu cara untuk mengekalkan hubungan suami isteri sehingga keduanya meneruskan perjalanan ke alam baqa'. Saling menghormati tu penting. Tidaklah timbul perasaan ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Masing-masing mengenali pasangan masing-masing. Anda pasti tidak mahu berlakunya pertengkaran. Saya telah berhadapan dengan beberapa kes mengenai masalah rumah tangga yang ada sehingga membawa penceraian. Anda rasa apa puncanya. Benar didikan agama salah satu faktor. Tapi kalau ada pegangan agama, anda rasa akan ada perasaan saling menghormati tak? Pasti ada. Kalau betul si isteri menghormati suami, adakah dia akan mengherdik dan membelasah suaminya apabila mendapat tahu suaminya berkahwin lain tanpa pengetahuan semua? Pasti tidak. Perasaan kecewa dan amarah itu ada tapi dia pasti sedar kedudukan dia. Kalau saya sendiri pun tidak akan berpesan sebagaimana 21 pesanan. Malas. Sebab benda tu semua sedia maklum. Saya juga yakin suami saya tahu dan arif tentang tanggungjawabnya. Asalkan mendapatkan keredhaan Allah dan mampu ke syurga sama-sama. Apalah yang nak dipeningkan. Kalau dah rezeki kita dapat suami yang mampu buat semua tu, memang bonus la. 

Buat isteri-isteri,
Apa-apa pun SUAMI SEHARUSNYA LEBIH DARI DIRI SENDIRI. Pasti ada antara kalian melakukan sesuatu dalam keadaan marah sehingga hilangnya keikhlasan. Jangan bertangguh untuk memohon maaf. Kita bagaikan hamba yang hanya perlu menyenangkan hatinya. TAATILAH MEREKA SELAGI MEREKA DI SISI KITA DAN SELAGI KITA BERNYAWA.

Buat bakal suamiku,
saya tak layak untuk membuat pesanan sedemikian tetapi saya hanya mampu untuk pinta kemaafan dan keredhaan. Kerana saya tahu dengan kekurangan diri, saya takkan mampu untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna malahan menambahkan beban kamu. Moga ikatan yang singkat ini mampu membawa ke syurga.
read more "Pesanan Buat Suamiku dan Ulasan Artikel 21 Pesanan Isteri"

19 Mei 2011

Qadha Selepas Haid

Info ini adalah khasnya buat para suami dan seluruh lelaki Islam. Kenapa saya tekankan buat suami dan bakal suami? Kerana lelakilah ketua dalam segala hal. Dia lah yang akan membimbing kita para isteri ni. Takkan isteri tu tak tau, nak kena keluar bertanya dengan ustaz lain pulak. Buat malu kaum je. Apa guna ada suami kalau macam tu. Bukan saya maksudkan semua benda suami wajib tahu tapi perkara yang perlu diambil tahu terutama yang sering dihadapi, kena lah tahu. Semua sedia maklum, ilmu fiqh ni yang lebih arif kebanyakannya dari golongan lelaki. Seriously sangat susah nak jumpa golongan wanita yang mahir hal kewanitaan ini. Manusia tak terlepas dari kesalahan. Tapi wanita yang beragama, dia mencari agama, mempelajari agama, dan menginginkan agama. Wanita ni layak diambil sebagai isteri. Info ni aku plagarize je la ya. Jumpa di blog theizat.com Malas nak olah ayat. Maaf ya pengubah asal. Sharing is sexy kan.


Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!



So, ambil perhatian ya wahai wanitaku sekalian. Ni sebenarnya buat panduan aku je ni. Kadang aku pun bukan ingat sangat. :D Saling mengingati ya sayang2 sekalian.
read more "Qadha Selepas Haid"

25 April 2011

Bertudung dari Sudut Sains


Cerita pasal tudung, ramai pun dah yang pakai. Tapi dalam pakai-pakai pun, still tak tutup aurat lagi. Takpelah, sikit-sikit. Yang tak pakai lagi ni, yang aku hairan. Bila la nak pakai eh. Sebenarnya ramai juga model-model yang sedar tentang kelebihan memakai tudung ni, tapi nak buat macam mana kan. Sedikit info aku kongsikan. Info ni aku jumpa dari blog Cite Je Dot Com. So, aku akan paste kan di sini. Terima kasih.
Artikel The Science Behind The Veil di IslamOnline.net tulisan Karima Burns menyebut :
“ Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak”.
Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa :
“ Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Jesteru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas”.
So, ada rasa nak tutup tak?

read more "Bertudung dari Sudut Sains"

21 April 2011

13 Aurat Wanita


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
.
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti -
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 
.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

read more "13 Aurat Wanita"

20 April 2011

Diari Seorang Isteri

Ni aku jumpa dalam folder document aku. Sila sebarkan okey. Dalam facebook pun aku tengok ramai dah main share-share benda ni. Kalau boleh biar semua orang baca benda ni.



Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....
read more "Diari Seorang Isteri"

19 April 2011

Luahan Lelaki Terhadap Wanita


Luahan Si Lelaki ni dapat dari blog burungman.

Wahai wanita 

Aku merayu kepada korang 

Jangan la pakai yang seksi-seksi 

Kerana mata aku jadi juling melihat korang 

Hidup aku jadi tidak tenteram 

Hati aku jadi jadi tidak keruan 

Menahan diri daripada menjadi tidak terkawal 

Melihat wajah yang cantik 

Melihat bentuk badan yang ramping 

Melihat kulit yang licin menggebu

Melihat lenggok langkah yang menggiurkan 

Aku tau, iman aku masih lemah 

Korang pun jangan la tambah melemahkan iman aku 

Aku berusaha menundukkan pandangan 

Tapi sampai bila aku mau jalan sambil tengok tanah?

Aku mau jalan dengan bebas 

Sambil tengok ke arah depan

Tanpa perlu risau terlihat korang yang seksi-seksi

Entah bila baru aku dapat merasai sedemikian


Wahai wanita

Aku suka melihat korang bertudung

Sungguh manis sekali dilihat

Tapi alangkah sayangnya

Tudung yang korang pakai itu terlalu mencantikkan

Lihat saja shawl, tudung yuna dan segalanya

Memang korang nampak cantik pakai semua tu

Tapi cantik atas sebab lain

Pakai tudung tapi masih menampakkan, err, 'dua gunung'

Pakai tudung tapi masih menampakkan bentuk badan

Pakai tudung tapi aurat lain tidak ditutup dengan lengkapnya

Aduh, terseksa batin aku

Korang lagi cantik dari wanita seksi

Tapi tidak ubah seperti wanita seksi

Masih membuatkan hati aku tidak keruan

Adakah aku terpaksa menundukkan pandanganku selama-lamanya?


Wahai wanita

Jangan la terlalu mencantikkan diri 

Kerana bagi aku, korang memang sudah cantik

Semua wanita memang cantik

Semua ciptaan Allah indah-indah belaka

Cukup la sekadar orang tertentu saja melihat kecantikan itu

Aku tidak sanggup menjadi perampas hak milik orang

Aku tidak mau berdosa kerana itu

Dan aku pun tidak mau korang berdosa jugak

Semua pun mau masuk syurga bukan?

Kecantikan bukan hanya perlu ditunjukkan di luaran saja

Kecantikan dalaman la yang sepatutnya ditunjukkan

Maksud aku bukannya tunjukkan hati tu kepada orang

Tapi jadi la wanita yang baik

Wanita yang menjaga agamanya

Wanita yang tidak menyebabkan hati lelaki jadi tidak keruan


Wahai wanita

Mari la kita berubah

Aku berubah dengan menahan pandangan aku

Korang berubah dengan mengubah penampilan korang

Kita sama-sama berubah

Aku tau memang susah untuk berubah

Tapi hasilnya pasti sangat baik

Aku dapat pahala, korang dapat pahala

Aku masuk syurga, korang pun masuk syurga

Senang saja sebenarnya

Aku tau, perempuan ego sikit bila sebut tentang kecantikan

Semuanya memang ingin nampak cantik

Tapi cuba la runtuhkan ego itu

Mind setkan minda korang

Fikirkan bahawa yang cantik-cantik itu perlu disimpan

Bukan untuk ditayang sesuka hati

Benda yang cantik itu berharga

Tetapi tidak perlu ditunjukkan kepada semua kecantikan itu

Apa gunanya bila semua orang tau?

Paling-paling pun, lelaki semakin tidak keruan hatinya

Yang perempuan pulak, akan ada yang cemburu

Jadi, mari la kita sama-sama berubah

Simpan la yang cantik-cantik itu

Kerana sampai bila-bila pun, korang memang cantik

I know you can do it, girls

-Luahan Hati Si Lelaki-

read more "Luahan Lelaki Terhadap Wanita"

18 Mac 2011

Koleksi:Mahu Sentiasa Perawan dan Dara

Ada sesiapa yang mahu sentiasa perawan dan masih dara jelita gitu? Hands up! No one yang tak mahu kan. Ini khas buat golongan wanita yang sudah berumah tangga. Baru mahupun lama. Yang belum pun, boleh juga baca, untuk akan datang. Pasal aku pun belum kahwin. Sebab bila ditanya, "nak kahwin tak?" For sure, semua nak. But, siapa yang menggeleng, memang orang yang paling rugi.hee~ Except ajal u tiba dulu, no excuse ok. Me too! Apa-apa pun, tadi time blogwalking, terjumpa satu tips yang aku pernah amalkan but aku tak tahu khasiatnya. [Teruk betul!] So, credit to resipirahsiaku.com


Petua dari Dr Fatimah Az-Zahra.
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abkaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga. 





Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: 

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
read more "Koleksi:Mahu Sentiasa Perawan dan Dara"

05 Januari 2011

Uih, seksi membuatkan aku terseksa

seksi tak? :D
Apa korang pikir hah? Tapi ini entry ringkas bagi aku yang aku rasa ramai lelaki setuju yang seksi itu menyeksa batin orang lain. Opps! Seksi tu pulak ada macam-macam rupa kan. Seksi dari segi berpakaian. Suara yang seksi. Bibir seksi. Bibir seksi pakai niqob.wahaha~ Aku pun tak tahu macam mana rupa bibir seksi ni. Cara berpakaian tu aku tau la. Kalau lalu depan mata aku pun, aku boleh lagi buat-buat tak nampak pasal sakit mata aku ni kalau dok tengok and fikir. Hah, bukanla fikir apa pun. Dok fikir Malaysia ni tengah musim summer ke? Suara seksi aku tak dapat nak tolong. Kurangkan bercakap, pahala lebih sebab banyak berzikir.hee~ Tapi even aku ni perempuan, aku boleh lagi rasa perempuan itu seksi dan menyeksa mata aku tahu! Aku tak tahu pasal apa bila tengok gambar perempuan je rasa macam seksinya!! or Ya Allah! terus tutup. wahaha~ Bukanlah gambar yang berpakaian seksi itu. Tetapi gambar muka je. Alah, macam kamera tak cukup ruang tu la. Muka penuh. Pasal apa ntah. Gambar penuh orangnya takpe la pulak. Ini bila tengok gambar muka je, rasa takut pun ada. Sebab aku rasa macam berdosa tengok muka dorang. wahaha~ Takkanlah aku ni boleh bertukar jantina pula kan.hee~Hah! Ada seksaan ke untuk itu? Bagi mereka yang menayang muka sebegitu? Setiap inci aku boleh lihat. Setiap inci orang boleh nilai. Aduh! Pandai-pandailah pikir. Sebab aku pun tak tahu. Mungkin aku yang bermasalah kot. Tapi itulah yang aku rasa bila tengok gambar muka ni. Except gambar passport pasal gambar takde perasaan nak tunjuk2 kat orang kot.
Tapi yang aku tak faham, ada jugak yang menganggap seseorang itu seksi sebab kepintaran dan kebijaksanaannya. Memang lagi aku pelik.
Walaubagaimanapun, seksi itu subjektif. Kadang bagi orang ni tak seksi pun, tapi bagi aku ya. hee~
Macam artis-artis la kan. Cakap tak nak seksi tapi bagi kita sekarang ni pun dia dah seksi. So, seksi itu susah nak didefinisikan.
Mungkin aku yang bermasalah tapi aku sangat sayang pemberian Allah ini. [Maksud aku mata]. Tapi yang memang nyata terdedah segala macam benda ni, aku rasa macam kesian pun ada pada lelaki-lelaki sama ada yang bujang trang tang-tang ataupun suami orang, bertambah-tambah berat dosa dorang. Fuh, senang je aku cakap kan. Tapi betul la kan.

p/s: Ayam yang seksi fuh! crunchy n yummy!
p/s2: Kalau gambar kahwin tu, takpela. Kasi tunjuk kat aku je.hee~
p/s3: Dulu aku tak terasa seksi pun.wahaha~
read more "Uih, seksi membuatkan aku terseksa"

08 Oktober 2010

Ciri Lelaki yang dicintai dan wanita yang dikasihi


Rasanya cahaya dah jarang buat posting pasal wanita dan lelaki kan.Hari ni kita cite pasal ciri2 sikit.Macam2 kan yang kita jumpa pasal ciri2 ni.Tapi ni 6 antaranya.Sama je dengan artikel yang bertajuk Lelaki cantik, Perempuan Gagah tapi ada tambahan sikit di bahagian isteri solehah.Apa2 pun check it out:

Suami yang terbaik

1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun.
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5. Lelaki yang berbaik sangka.
6. Lelaki yang tidak pernah berputus asa atau mengalah dan sentiasa berusaha.

Isteri Solehah
1. Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2. Wanita yang tidak takut pada kemiskinan.
3. Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4. Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuh segala keinginannya.
5. Wanita yang tidak berhias untuk lelaki lain.
6. Wanita yang pandai menyimpan rahsia.

Saja update benda ni. Maaf yer semua.
Have a nice day!
read more "Ciri Lelaki yang dicintai dan wanita yang dikasihi"

25 November 2009

Lelaki cantik, Perempuan Gagah

Kecantikan, Keindahan, Keperkasaan serta Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah….
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan, Adalah perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan, Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan
setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan,
adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Lelaki yang cantik adalah:
· Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
· Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
· Lelaki yang memberi madu sesudah menerima racun.
· Lelaki yang tenang dan lapang dada.
· Lelaki yang baik sangka.
· Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kesimpulannya, kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..dan, di mana kegagahan wanita? Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:
· Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
· Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
· Perempuan yang tabah menanggung kerinduan selepas ditinggalkan.
· Perempuan yang tidak meminta-minta supaya dipenuhi segala keinginan.
Hakikatnya, kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Menarik bukan? Kerana itu, jangan hairan apabila melihat lelaki ala-ala lembut (gayanya), yang tak macho, tak kacak (pada paras rupa) menjadi idaman ramai wanita kerana dia cantik di mata wanita.
-bh-
read more "Lelaki cantik, Perempuan Gagah"

08 Julai 2009

Tak Habis2 Jelez!!

Cemburu vs Wanita
esh..memang takleh dipisahkan kan..??
Tapi de gak lelaki yang cemburu lebih dahsyat dari wanita.. Cam dalam cite Aqso dan Madina..Si suami Madina tu kan cemburu nye dahsyat..Tapi tak semua..Kadang-kadang ade gak yang takde perasaan..Plek2..De ke pasangan suami isteri ni gi majlis keraian sesama.tapi kat sana, si isteri nak menari ngan jantan lain..de ke patot si suami tu wat tak tau je..leh lak die bia je si isteri tu wat camtu..ish3..Memang pelik la..
Balik semula kepada wanita..Orang kata wanita ni suka cemburu buta.Betol ke? Tapi tak semua ok..Ada gak yang kata cemburu tu tandenye sayang..Lagi r..Betol ke??
Pakar Psikologi menyatakan ketidakseimbangan kuasa tarikan mempunyai kesan ke atas emosi, khusunya emosi cemburu. Wanita cemburu selalu berhasrat mahu mengetahui tingkah laku, fikiran dan emosi pasangannya. Apapun, naluri ini sukar dibendung dan ia akan hadir bila2 masa sahaja terutamanya apabila wanita berasa dirinya tergugat dengan kehadiran orang ketiga.
Dah Cemburu..........
  • Mula la tepon pasangannya, kalo tak angkat, habisla..boleh terbalik rumah tu dengar die bebel.
  • Kadang2 suke tuduh yang bukan2.Baru ternampak pasangannya kua makan dengan pempuan lain, terus diserbunye.. Pe la..Dibuatnye itu kakak die ke, adik die ke, terus ngadu kat parents die, lagi la..melepas terus..Padan muke..
  • Bila rase2 de yang tak kena ngan pasangan die ni, mule la nk selidik..kalah detective conan.
  • Wanita jarang suke pasangan die gi majlis2 ni sesorang..takut tersangkut agaknye..Tapi lagi bagus pergi berdua..macam Rasulullah dulu, selagi tak dijemput Aisyah sekali,takdenye Baginda nak gi..Orait r tu..Romantik pe..Jangan la rase macam dikongkong. dah memang die pasangan kita.Eh, ni tok yang dah nikah tau.Yang lum.....erm.......lu pikir la sendiri..
  • Mesti muke masam mencuka..Muncung je..Leh sangkut baju tu..Sape suh, si laki ni kata blk kul 7..kul 10 tak sampai lg..ne la org tu tak pikir bukan2 mestila die takut laki die keje lebih masa kat tempat lain..ne tau jadi cm cite Rozana..
  • Besenye bila da jelez, kaum wanita ni tak bape nk dengar explanation dr kaum lelaki.. so, kat sini la laki kene main peranan..Edisi pujuk memujuk..nape pujuk memujuk..?sebab kadang2 de laki tu pujuk pasangan die, tapi tak makan saman, die lak yang merajuk..terpksa la si pempuan tu lak yang pujuk..haha
read more "Tak Habis2 Jelez!!"

06 Julai 2009

Wanita oh wanita..Peliharalah 10 sifat ini



Pada zaman kegemilangan Islam, isteri Auf bin Muhlim Ashaibani pernah berpesan kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al-Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya: "Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal. Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua-dua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi pendampingmu yang setia. Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

1 & 2 : berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

3 & 4 : memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

5 & 6 : memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

7 & 8 : menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

9&10: jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya. Kemudian janganlah bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira.

Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu. Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu. Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu"
read more "Wanita oh wanita..Peliharalah 10 sifat ini"

05 Julai 2009

Rupenye Kaum Hawa Ni Banyak Rahsianya..




Ana ni memang dari kalangan kaum hawa gak..tapi rahsia2 ni ana tak pasti sama ada sumenye (kaum hawa) macam ni ke tak..so,wat kaum adam.Beware..







  • Bagi mereka, love is cinta..cinta tu maksudnya kesetiaan, kejujuran, take care n kebahagiaan. ( rasenye sume org nk cmtu..diri sendiri je ntah ye ntah tidak..huhu )



  • Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. (de ke lelaki yang nak perempuan sayang separuh2 eh??)



  • Wanita mudah fall in luv ngan somebody yang amik berat n baik dengan dia..( kire senang tangkap cintan la ni kot.rasenye tak sume..kadang-kadang laki pun ye gak..hihi )



  • Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita..so,jgn senyum sesuke ati..karang de yang makan ati..huhu..



  • Mereka lebih suka moody tapi bila merajuk cepat je baiknya..tak macam lelaki.. (opps! de gak tau lelaki merajuk..lama gak nk baik )..sebab jiwa kaum hawa ni lembut macam softlan kot.and senang nak pujuk..kalau lelaki,agaknya sampai kering idea si wanita ni nak memujuknye ha..



  • Mereka suka lontarkan perasaan yang terpendam. Tak kisahla bengang ke, sedih ke, terkilan ke, geram ke, hepi ke, bahagia ke..biasanya melalui lukisan..hah..yang lukisan abstrak tu puncanye geram la tu..huhu..takdela..gurau je..tapi bagus gak cara tu..ne tau betul2 jadi abstrak..leh lekat kat dinding..kadang2 puisi..pergghh..jiwang beb..muzik pun de gak..ala,cam dekat radio tu..dok tepon la..ayatnye ' saya tujukan lagu ni buat...' chewah..eh,ni orang lain yang buat eh..bukan ana..huhu..contoh..and one more..tulisan tu besela..depa luah kat atas kertas..diari ke kan..haha..ana teringat lak dulu..ana ada adik angkat..perempuan eh..ni kes bengang ngan ana la ni agaknya..adik ana pun baik sangat..die tanya ana, "ko ngan sipolan sipolan ni ada pape ke?"..berduyun-duyun tanda istifham kat kepala ni..apsal lak mamat ni tanya soklan plek2.ana pun suh die straight to the point..upenye die terjumpa kertas yang kirenye ayat luahan perasaan sedih gak la.. si sipolan ni kata ana marah die.waduh..serba salah lak..ana rase die salah faham kot.sebab ana tak de lak tegur or marah die..tapi pastu ok je ngan die..huhu..



  • Kebanyakan kaum hawa sukakan pujian tetapi selalu nye tak tau camne nk terima..nk jawab pe pun tak tau..tapi rasenye sume wanita camtu..



  • Kaum Hawa ni gak kalo dah suke sesangat somebody ni, die takkan cari pe2 yang die tak suke..kire die terima seadanya la..Tapi tu la masalahnya,bila dah stop, patah hati lak..ish3.



  • Kalo depa cakap depa sedih, tapi takde air mata..jangan antum kata die tipu lak..biasanya depa akan menangis di dalam hati..Tapi, kalo kita betul2 kenal die, kite boleh rase pe yang die rase..betol tak?



Owh ya..pape yang tercatat ni tak semestinye bertepatan dengan ana and tak semestinya ape yang ana catatkan ni semuanya tak betul..Betol tau..So,fahami la hati dan jiwa wanita jika mahu memilikinya.Jangan menyesal di kemudian hari hanya punca salah faham..
read more "Rupenye Kaum Hawa Ni Banyak Rahsianya.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP