Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

30 November 2010

Jom mandi hujan

cantikkan hujan?
"Alamak, dah nak hujan la.Habisla baju aku.Baru jemur"
"Nak balik dah ke? Bila nak bincang?"
"Erm..malam nanti la"
Aku menghantar langkah mereka dengan lirikan mataku sahaja.
Akhirnya tinggal 3orang wanita di dalam kelas. Iha bersuara, "nak discuss kat sini ke?".
Boleh lagi dia bertanya sedangkan ahli kumpulanku telah pulang.
Mahu atau tidak, aku bangkit dari kerusi dan mengatur langkah. Melihatkan hujan yang turun dengan lebatnya, masing2 hanya menanti di kaki lima sehingga hujan reda. Mariam di sebelah, aku mula bersuara.
"Kenapa kita macam takut dengan hujan?"
"Entah.Sebab takut demam kot"
"Bukankah hujan itu rahmat? Hujan itu turunkan rahmat, bagaimana ia boleh membawa kesusahan?"

Apa? anda mahu kata sebab asid? Kawasan Nilai ni tang mana asid nye? Kilang punya la payah nak nampak. Jika benar pun itu hujan asid, tidak mustahil Allah perintahkan hujan itu turun dengan lebat. 
Teringat pula perbualanku dengan abah ketika adik-adik dan sepupu-sepupu ku berebut bilik mandi. Abah suruh mandi hujan je. Aku bersuara, "tak demam ke bah?". Telinga ku dipaksa menadah."Macammana hujan yang rahmat tu boleh bagi penyakit?"."Sebab err..as...". "Nak kata asid, asap2? kampung ni mana ada bahan-bahan asid....".

Arghh..ingatanku kembali tatkala abah pulang dari masjid menceritakan bahawa ustaz Fakhrunnur menangis disebabkan jemaah berkurang.Memang saat itu hujan turun dengan lebatnya. Aku percaya ustaz menangis kerana acapkali beliau mengimamkan jemaah masjid dan tiap kali kalimah2 Allah itu beralun dari bibirnya, pasti membuatkan hatinya sayu sehingga mengubah suaranya menjadi serak.[Adeh~terkeluar tajuk]

Mari kita lihat ayat Allah di dalam surah Al-A'raf ayat 57.
"“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pengajaran daripadanya)"
Kau lah yang Maha Pemurah.Ada rahmat, mustajablah doa. Jadi, adakah anda mengambil kesempatan ini? Sedangkan nabi pernah bersabda, "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat, dan ketika hujan" (hadis riwayat Abu Daud)
Hebatkan Allah.
Hakikatnya banyak lagi waktu2 mustajab berdoa tetapi yang di'highlight'kan di sini adalah hujan. 
Sememangnya dua tiga hari ini, aku merasakan bumi Nilai ini semakin membahang. Walaupun sememangnya semua tahu Nilai ini panas. Inilah rahmatNya. Kenapa kita mahu sia-siakan? Lebat atau tidak, ianya bersesuaian dengan kehendak. Kehendak siapa? Kehendak alam. Allah turunkan hujan dengan sukatan yang sepatutnya. Tidak lebih dan tidak kurang. Berkemungkinan juga hujan itu lebat kerana untuk meneutralkan asid iaitu karbon dioksida yang telah bergabung dengan titisan hujan ketika mulanya air hujan itu menitis.WA.[Punya jauh jawapan untuk persoalan tadi.hee~]
Hebatkan Allah.
Tetapi, anda janganlah cari hujan yang dah sememangnya kita tahu kawasannya sentiasa terdedah dengan pencemaran. Itu baru betul2 boleh mendatangkan penyakit.Lebih2 lagi udara kita yang kini hampir dikuasai oleh bahan pencemar seperti sulfur dioksida dan nitrogen oksida bakal menjadi asid sulfurik dan asid nutrik apabila bergabung dengan hujan.
Hebatkan Allah.
Kerana telah mencipta manusia yang sentiasa berfikir secara kritis.
Bukan maksud saya di sini, apabila hujan turun, anda perlu mandi hujan. Tidak sama sekali. Kalau nak jimat, boleh je.hee~ Tetapi, ambillah kesempatan yang telah Allah acapkali ungkapkan di dalam kalamNya.

“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.” (al-Hijr : 22)
“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)
Bukan bermaksud apabila anda mandi dengan air hujan atau terkena tempias air hujan, barulah anda dikira mendapat rahmat.Ohoh! Tidak sama sekali.Sila buang jauh-jauh pemikiran yang sebegitu.Terima kasih. Diulang sekali lagi, sila ambil kesempatan ketika rahmat turun sebagaimana anda mengambil kesempatan untuk mengejar malam lailatul qadar. [Tetapi yang saya pelik selepas Ramadhan, kebanyakannya akan keluar dengan kapel masing-masing dan memulakan aktiviti seperti biasa].Ataupun dengan lebih mudah untuk anda fahami adalah, anda perlu bersyukur dengan rahmat yang Allah kurniakan. Bukannya membebel yang bukan-bukan. Bukankah setiap yang berlaku ada hikmahnya.
p/s 1:Kita sama-sama manusia, mudah lupa dan leka. Segala nikmat dan rahmat dariNya bisa membuatkan kita alpa. Apabila ditimpa musibah, mudah sahaja Kufur nikmat.Nauzubillah.
p/s 2:Terasa agak formal la pulak penulisan kali ini.Apa-apa pun, moga anda mampu ambil yang baik, dan sila elakkan yang buruk.Sekian, salam perjuangan.
read more "Jom mandi hujan"

29 November 2010

Tag & Award dari Cik Mira Yusof

Ohoh! Nasib baik la bukak fb tadi.Tu pun ada bende penting.Kalau tak, entah bilanya nak bukak fb tu. Okeyh! Tag dan award ni datangnya dari Amira Yusof. Teman sekolah aku. Dari form 1 sampai form 5 sekolah yang sama. Pernah sebelah katil. Penah sepak beliau time tido.Opps!Kantoi di situ.Sebab tension okey.Kesian beliau menjadi mangsa.wahaha~ Banyak sweet moment dengan beliau yang bitter2 tu pun ada gak :(. Takmo ingat dah bende2 tu. Okeyh jom tengok award.



Comel kan baby tu.Eee..geram! Hmm..jap2.Die tulis kat situ blogger yang shomel kan? Ohoh! Aku comel ke Mira? Ngaku gak ko yang kawan ko ni comel kan.hee~ Okeyh2.Jom gi soalan2 seterusnye.

1.Apa pendapat anda tentang blog Diari Comel Saya Dari Mata Hati(blogwalking if u donno)...  :)
[Updated! Salah blog daa.Member wa tertinggal perkataan belakang yang kaler biru tu.Concept baru nih]
Tak tau nak kata apa la pasal terlalu purple even den suka purple.huhu~ Maybe sebab line tengah slow. Loading tak habis. Takleh nak tengok molek2.hee~

2.Tunjukkan gambar desktop anda. (Sila print screen)
Alamak, kantoi la camni.
Abaikan KIS tu. :)
3.Snap gambar anda sekarang, dalam apa jua keadaan.
Nama saya nulala~
Hah, cantikkan gambo den. Pakai DSLR tu. Doktor saya yang tangkap gambar ni.wahaha. [Cubo tiko ni jate ko tino?]

4.Adakah anda pernah kehilangan barang yang disayangi? Apakah ia?
Hurm..hilang2 barang tu normal. Kesayangan tu tidak lagi.hee~

5.Three words tu describe si dia (if u have one)
Erm..sapo nih? Bapak aku pun boleh la en. hee~ Ok2, serius.
1.Sensitif.
2.Jealousy.
3.Penyabar.

6.Three words to describe yourself.
1.Unpredictable.
2.Ceria.
3.Baran.
Haha..ada sape2 tak percaya dengan yang ketiga? wee~

7.Anda selalu masak? Kali terakhir bila ye?
Kalau rasa nak makan, masak la.
Masalahnya dah berapa lama aku tak balik rumah? hahaha~

8.Tag 5 blogger yang comel + sweet.
Wahaha~
Takde lain lagi dah.
Naim [memang comel]
Husna [Tuan tanah Ini Belog Saya]
Ramai lagi blogger2 yang comel tapi tak tau nak letak sape. Yang penting follower sini semuanya comel.kan3?
read more "Tag & Award dari Cik Mira Yusof"

28 November 2010

Award from M@T@Haw

Thanks HAW!
Did u see that? Yang kotak merah tu tau. Tak sangka pulak cahaya pagi2 ni dapat award. Thanks ye HAW. Friendship award ni sangat nice.




Yang penting korang kena sabar sikit la kalau nak die loading.hee~Tapi seriously cantik oo. Siap ada tarikh hijiriah lagi tu.
Owh!Mesti korang tertanya-tanya kenapa cahaya letakkan bulatan purple tu. Sejak bila google letak adds kat shoutbox ni? Tak faham.hee~
read more "Award from M@T@Haw"

27 November 2010

Pameran Pengantin 1Malaysia 2010 [PWTC]-Puas hati!

Alhamdulillah dah pergi dan balik dengan selamat. Sayangnya kami pergi tadi takde persembahan lagi. Sahabat yang teman cahaya tadi sepanjang perjalanan malu dan segan.Tak percaya katanya sebab teman cahaya pergi pameran pengantin. Sampaikan ada promoter tu nak bagi pamplet, die ke tepi dan menunjukkan cahaya yang nak kahwin. Kasihan beliau.wahaha~ Apa2 pun alhamdulillah puas hati. Punya banyak pamplet yang cahaya amik.Mujur die bagi beg. Cuma asyik terfikir2 akan offer kad kahwin tadi. Harga kad yang bermula dari RM0.69 dengan pembelian 1000keping kad mampu peroleh bunting 2pcs 2x5 dan love box/V Bag 1000pcs. Deposit cuma RM50.00. Dan pembelian tu boleh disimpan sampai bila2.Meaning kalau kahwin 3tahun lagi pun boleh pakai harga offer tu.Asalkan resit simpan la.Cahaya nak buat decision time tu tak boleh. Sebab cahaya plan nak buat sendiri je. Aduih, rasa macam esok nak gi jugak. Kalau bukan untuk kegunaan cahaya pun masih boleh digunakan untuk orang lain kan. Hurm..tadi kononnya nak fikir dulu, dah balik kira2 semula alorh..murahnya. Hurm..ada sape2 nak pegi tak esok? Boleh tempahkan?.Huu~
Macam-macam lagi ada kat sana. Memang murah. Ada SPA yang khas untuk muslimah tau. So, tak perlu khuatir dengan non-muslim.
Oh ye, untuk agenda esok. Pukul 11 bermula sesi Demonstrasi Karikatur, Andaman dan Ceramah Kursus Perkahwinan dari JAKIM sehingga jam 2 petang. Majlis Perasmian oleh YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim akan bermula pada jam 3 petang. Semula b2b sekalian dijemput hadir. Hah, yang ni jadi WP/OP macam cahaya pun boleh la survey2.wahaha~ [berangan!] Ada cabutan bertuah tau.
Mari memeriahkan lagi program ini.
[Ini adalah entry dari blog kahwin cahaya.Just copy.TQ]
read more "Pameran Pengantin 1Malaysia 2010 [PWTC]-Puas hati!"

Hak Peribadi Kita [Di mana hak kita?]

Nampaknya sudah lama takde entri tazkirah di sini.Maaf kalian.Cahaya tunggu something happen baru cerita. Sesuatu yang boleh buat diri kita berfikir. Pada suatu hari, dalam dini hari [Eceh!Aku buat ayat apa ni?] kami sepatutnya mempunyai kelas pada jam 9pagi di sebuah kelas ni. Yang mana, setelah setibanya cahaya di sana, ada kelas lain sedang belajar. Tahulah kami bahawa mereka menumpang. Setelah 5minit menanti mereka untuk keluar, masih tidak berganjak. Ustaz kelas kami sudah tiba dan lecturer yang berada di dalam kelas itu menunjukkan muka. [Tang ni aku terkilan]
Ada ke patut beliau cakap dengan ustaz kami, 'Saya cuma ikut anak buah saya je.Takde kelas lain ke? Kelas 2jam.Ada sejam lagi ni.' Tiba-tiba lecturer tu jerit kat muka kami suruh cari kelas lain. Adoih~ Sungguh! Cahaya sangatlah terkilan, terkezut, sedih, kecewa, +marah okey.Memang cahaya langsung tak bergerak. Bukan nak protes cuma rasa macam..Aduh!Tak sangka.Astaghfirullah.Ada pulak ustaz yang macam tu. Tiba-tiba dia tunjuk muka lagi, Dia jerit 'Cepat'.Hesh, macam kami budak sekolah pulak. Cahaya pun terus blah. Ya Allah, sangat berharap lepas ni tak terserempak langsung dengan ustaz tu, kalau tak bertambah la dosa. Tengah on the way ke kelas lain, cahaya pulak lecture member.haha~ Bukan apa, just cakap 'Itu hak kita. Ustaz tak sepatutnya nak marah kita macam tu. Orang yang menumpangla yang patut pergi. Bukan tuan rumah yang kena lari, kalau ye pun tak nak buang masa mencari kelas, tak perlu marah kita'.Subhanallah ujianMu buat hambaMu ini. Mujurla cahaya takkan belajar dengan beliau. Kemudian, selang sehari ustaz dari negara China kelas kami mengeluarkan satu pertanyaan dan meminta pendapat kami. Kisahnya sebijik macam yang kami alami. Ohoh, sah! Memang sah ustaz pun kena. wahaha. Ustaz pun berpendapat yang sama. So, sekarang ni kita jadikan diri kita berada di tempat lecturer yang marah2 kami tu. Kita perlu sentiasa fikir apakah tepat apa yang kita lakukan? Adakah kita terlalu mementingkan diri sendiri? Adakah kita lupa di mana kita berpijak? Nauzubillahi min zalik. Janganlah kita melakukan perkara yang sama. So, apa yang berlaku, kita ambil iktibar. So, hak asasi dari sudut moral kot yang ni. Sebab nak kata ikut perundangan, tak tahula pulak.wahaha~ [Contoh je tau.wee~ ]

Ada sedikit info la pasal hak peribadi menurut pandangan Islam.

1."Hai orang2 beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penguhuninya..."(QS 24:27-28).

2.Hak yang kedua: Pemerintah dilarang mencari kesalahan rakyatnya melainkan terdapat bukti yang kukuh dan saksi yang benar. Individu pula dilarang mencari atau menceritakan keaiban orang lain.

Hah!Ada dapat ilmu sikit tak hari ni? Nampak tak apa yang berlaku zaman sekarang ni? Hmm..alhamdulillah negara kita tak berperang lagi.LAGI okey. Bukan doa tapi cahaya percaya dengan janji Allah. Madam Adiba cakap, 'U rasa akan datang I boleh ke carikan menantu lelaki untuk anak I yang 5tahun tu? Ada ke lagi yang tak pernah merogol anak dara orang?'. Fuh, tang tu jugak cahaya rasa macam mampu ke mendidik penyambung warisan. Betul jugak apa yang madam cakap tu. Bukan juga doa malah lebih kepada berfikiran ke hadapan. Kepada yang dah ada zuriat tu, didik anak sebaiknya. Jangan kita tengok anak kita baik je depan kita. Tapi belakang kita tak tau. Lama-lama makan dalam. TOLONG JANGAN lihat dengan mata kasar okey! Tolong lihat dengan mata hati.Sangat2 pohon. Bukan untuk mengatakan anak kita bukan seorang yang baik. Cuma kita elak dia dari terjebak dengan kawan-kawan yang dah rosak dan menghindarkan dirinya menjadi mangsa tangan-tangan yang tak berhati perut. Kesian kat anak kita yang lelaki tu.Nak menanggung dosa kita lagi yang dah sememangnya tak tertanggung.Nak tanggung dosa sendiri. Isteri, adik perempuan dia.Ush, banyak tau lelaki kena tanggung. Lebih baiklah lelaki2 ni pilih mati syahid.huu~ Semuanya dari rumah. Sungguh! Punca memang dari rumah. Kalau baik didikan kita, baiklah anak kita. Beri pendedahan awal tentang bahaya-bahaya yang boleh berlaku kini. Bukan dedahkan cara nak ambil dadah or cara nak buat anak! Sedih dan takut. Zaman kita bukan zaman Sultan Muhammad Al-Fateh. Pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik Yang berjaya membuktikan hadis Rasulullah. Para ulama yang mampu tajalli diagungkan seperti Syeikh Syamsudin Al-Wali. Kini ulama' sendiri ditindas. Siapa ulama? Jangan fikir cahaya cakap pasal politik ye. Ulama' tu guru-guru kita. Cahaya tak faham kenapa ramai ibu bapa salahkan guru-guru kalau anak mereka membuat kesalahan. Setakat teguran kecil yang belum tentu terkesan ke dalam hati anak-anak kita mungkin mampu diberikan. Untuk lebih daripada itu, orang yang berjiwa modern mesti tidak dapat menerima anak2 mereka dirotan atau diambil tindakan lebih. Tapi awas guru2 sekalian. Bukan sesuka hati menghukum. Pengalaman cahaya mengajar dulu, sangat terkejut apabila ada ibu bapa datang serang guru atas sebab memarahi anaknya.Ohoh! Kelas cahaya pulak tu. Mujur cahaya tak pernah marah. Dan mujur ustazah tu mampu menerangkan hal sebenar dan diterima oleh si parents ni. See! Depan mata berlaku.
Opps! Macam terkeluar tajuk pulak.hee~ Kalau dah related ni memang panjang la jadinya kan.
Sekian sahaja peringatan cahaya pada hari ini. Moga hidup kita diberkati.Amiin.
read more "Hak Peribadi Kita [Di mana hak kita?]"

Pertempuran antara kerajaan Nafsu-Syaitan dan Iman-Akal

Tadi kononnya nak membalas ziarah sahabat yang meninggalkan jejak di shoutbox tu je. Tetibe ternampak entri ni di dalam blog Aiman. Sangat kreatif beliau nih. Cahaya copy je ni tau.
 
PERHATIAN!

Pejabat operasi baru menerima maklumat bahawa pihak kerajaan NAFSU berjaya menerobos kota HATI...

Menurutnya lagi, sehingga kini pihak NAFSU sudah berjaya menguasai 1/3 HATI...

Semua anggota polis IMAN dikehendaki bersiap sedia untuk mempertahankan kota HATI...

MENANG ataupun SYAHID matlamat kita!

Kita akan dibantu oleh anggota bomba AKAL untuk memperdayakan pihak nafsu...

Tapi sebelum itu, marilah kita menunaikan solat sunat 2 rakaat supaya ALLAH membantu kita dengan menghantar bala tentera LANGIT.

Setakat ini, didapati bahawa pihak musuh adalah seramai 100 ribu NAFSU...

Manakala anggota kita hanya seramai 300 IMAN dan 450 AKAL...

Mungkin kita perlukan bantuan dari kerajaan-kerajaan luar seperti SAHABAT untuk membantu kita...

Kepada semua anggota, kita akan memulakan serangan pada waktu sang NAFSU letih, iaitu ketika kerajaan kita berpuasa...

NAFSU akan kelaparan bila kita menyekat seluruh penghantaran makanan dan minuman pada mereka...

Pada masa itu, insyaAllah kemenangan akan menjadi milik kita...

MAKLUMAN!!!
Kerajaan SYAITAN telah menghantar bala tentera seramai 50 ribu untuk membantu pihak NAFSU menjajah kota HATI...

Sesiapa yang menakluki kota HATI menakluki dunia...

TAKBIR!

TAKBIR!

TAKBIR!

Biar SYAHID dari dikuasai NAFSU!

Anggota IMAN dan AKAL semakin berkobar-kobar untuk melumpuhkan pihak nafsu...

Alhamdulillah sedikit daripada anggota NAFSU MUTMAINNAH datang untuk membantu kita...

Kerajaan LANGIT juga telah menghantar bala tentera mereka...

Kerajaan luar seperti SAHABAT, KAWAN dan RAKAN datang membantu kita...

Pertempuran telah berlaku dengan sengitnya selama 7 hari...

Terdengar pekikan TAKBIR dimana-mana membuatkan pihak NAFSU dan SYAITAN runtuh semangat...

Pabila tiba waktu solat, pihak SYAITAN berlari lintang pukang...

Begitulah sehingga hari yang ke-7...

Akhirnya, anggota-anggota IMAN dan AKAL berjaya menghalau pihak penjajah dari kota HATI...

TAKBIR!

ALLAHU AKBAR!

Sedikit Peringatan...
Pihak NAFSU dan SYAITAN hanya berundur untuk membuat strategi baharu bagi menjajah hati...

Diminta anggota IMAN dan AKAL sentiasa dalam keadaan siap siaga setiap saat...

Kita tidak mahu perkara ini berulang sekali lagi...

Syukran diucapkan kepada bala tentera LANGIT, NAFSU MUTMAINNAH, SAHABAT, RAKAN dan KAWAN...

InsyaAllah kita akan bertemu lagi...
read more "Pertempuran antara kerajaan Nafsu-Syaitan dan Iman-Akal"

26 November 2010

Blog Pilihan Malaysia 2010 [Jom Mengundi!!]




Ohoh! Ada sesiapa terkejut tak? Ke cahaya sorang yang terkejut? Adeh~ Rasa macam ketinggalan pulak. Sebenarnya tadi Titirara ada tegur  kat shoutbox.
Cahaya pun pelik la.Apsal pulak nih? Bukan dia sorang je yang wish congrats tu. Cerkleng pun sama. Cahaya ingatkan sesaje ke apa. Bila dah lebih sorang yang cakap ni, rasa macam perlu cari sebab la kan. So, pergilah google sebagaimana title di atas. Ohoh! Rupanya wujud. Cahaya pun cari la senarai undian. Dan tersangatlah betul2 ada nama blog ini iaitu بسم الله الرحمن الرحيم telah tercalon dalam BPM2010. Macam ABP la pulak.wahaha~ Maaflah kengkawan. Saya ketinggalan zaman la pulak.hee~ Sangat2 berterima kasih kepada yang sudi mencalonkan blog ni dan tahniah kepada calon2 yang lain. Bila cahaya tengok blog2 lain yang tersenarai dalam kategori cahaya, adeh~ lemah semangat. Semua blog top2 tau. Yang penting cahaya nak minta maaf banyak2 kepada yang wish tu sebab tak bagi respon sepatutnya. [Ada ke patut cahaya gi ziarah blog dorang je. Mana cahaya tau pasal BPM ni.] Dan kepada yang telah mengundi cahaya dan kawan2 cahaya yang tercalon seperti Naim.hee~ Terima kasih banyak2 kepada korang. Yang belum mengundi, cepat2la undi blog pilihan korang. Belek satu2 okey. Buat pilihan yang tepat. Oh, yang nak undi, sila undi di sini.
Cepat2.Undian untuk peringkat pertama ini akan ditutup pada 8pagi / 30 November 2010. Tinggal 4hari beb.Apalagi, meriahkan BPM2010 ni.

p/s:Nak tolong undi kawan2 punya boleh?
read more "Blog Pilihan Malaysia 2010 [Jom Mengundi!!]"

Masalah kotak email

Assalamualaikum kawan2.
Maaf sangat2 atas kesulitan. Cahaya tak perasan pulak Jot Form yang cahaya guna selama ni ada masalah. Tadi saje2 la try sebab banyak kali terima jot form kosong.
Rupa-rupanya bila klik, terus ke kotak Submit Form. Mesti korang menge'cis' dalam hati.wahaha~
Asifah jiddan. Dan hari ini cahaya kembali kepada form lama cuma cahaya letak kat blog ni dalam bentuk button.[Jimat space]
 So, u all klik dan isi form seperti biasa. Form itu akan pergi ke new tab. So, don't worry okey!
Lagi sekali, ampun maaf dipinta sekiranya terguris perasaan anda yang ingin mengirim email tetapi emailform bermasalah. Asifah marratan ukhra.
read more "Masalah kotak email"

22 November 2010

Award dan Tag dari Husna


Aku rasa bukan blog aku yang interesting ni tapi award tu yang interesting.wahaha~ Siapa tak setuju shut down sekarang! ahaha~
By the way, terima kasih kepada cik Husna. [Cik lagi kan?:D]
Dan soalan tag beliau adalah:

Ohoh! Memula cahaya tak tengok blog, cahaya tertarik dengan URL anda.haha. Ada sesiapa berminat dengan beliau?? Kalo review panjang sangat pulak, tapi secara 'simple'nya, tak serabut pun sebagaimana yang anda katakan, cuma banyak posting satu page menyebabkan  cahaya kene scroll laju2 ke bawah.haha. Walaubagaimanapun layout anda yang menggunakan 2 columns sahaja and kombinasi warna yang orait, langsung tidak menyerabutkan la.Tak terasa serabut pun. Tang mana la hang kata serabut tu. Pelik tol cahaya. Serius! Masih nampak kemas lagi.

2.Nama blog anda dan kenapa anda letak nama itu?
Nama blog? بسم الله الرحمن الرحيم sebab everything yang kita nak buat mesti bermula dengan bacaan basmalah. [Jawapan selamat.haha]

3.Nama URL blog anda dan kenapa anda letak nama itu?
cahayamylife.blogspot.com sebab nama saya NORHAYATI yang membawa maksud cahaya hidupku. Cahaya masih menggunakan maksud bahasa melayu dan Mylife terjemahan daripada Hidupku ke dalam bahasa kedua kita, English.

4.Kaedah dalam penulisan blog anda?
Hah? terkejut aku dengan soalan ni.Terasa macam scholar kaedah matematik pulak.wahaha. Kaedahnya? Menulis secara terbuka ibarat berkomunikasi dengan pembaca.So, bagaimana saya berkomunikasi, begitulah saya menulis. Dalam menulis sebegini mungkin kurang menggunakan deria pendengaran. Lebih kepada kemahiran membaca dan menulis.

5.Apakah perasaan anda apabila melihat blog orang lain cantik sedangkan anda tidak?
Perasaan? Jelous sikit tapi buat tak tahu je la. Sebab bagi saya, blog saya sudah cukup baik. Biarlah orang lain rasa penuh sangat. Jangan nak kata blog saya berat sebab penuh dengan widget selagi anda tidak timbang blog anda okey. Widget yang saya letak masih berguna untuk saya. Harap maklum. [Tapi memang berat pun. :D]

6.Bila blog anda diwujudkan?
Mei 2009.Masih baby lagi.wahaha~

7.Siapakah orang pertama yang menjadi follower anda?
Aduh! Tak tahu.Cahaya sendiri kot.

8.Tag 5orang untuk menerima award ini. [Cahaya gi wat review jap]

Kepada penerima award, sila tukarkan URL soalan pertama itu kepada link blog ini ye.TQ~
read more "Award dan Tag dari Husna"

21 November 2010

Tag from Achik a.k.a Nurul

Tadi aku belek2 kotak komen di posting Giveaway aku, tengok2 ada komen dari Achik a.k.a Nurul. Sangat sayang sama dia tau sama macam aku sayang semua kawan2 sekolah aku yang lain. Di SAMSES, kami memang sangat rapat memandangkan batch kami cuma hanya ada beberapa kerat sahaja. Sangat2 TERIMA KASIH ACHIK.Tag ni menghilangkan tension gak. And kadang-kadang ada tag yang boleh muhasabah diri. Ada sesiapa yang nak buat tag macam tu?hee~ Jom ke soalan-soalan yang perlu dijawab:

Apa benda yang penting dalam hidup korang?
Pakaian

Benda terakhir yang korang beli pakai duit korang sendiri?
My phone

Dimana tempat korang ingin melansungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?
Aku ingat nak buat kat dewan sebab senang tapi macam jauh lak nak pergi and korang bukan tau sangat selok belok Klang tu kan. Mujur korang dah datang rumah aku bulan 6 hari tu.
Tema? Erm..tak payah bertema-tema kot. Yang penting warna tema kat rumah aku dah pilih.

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Bercinta? Simboliknya soalan tu.haha~ Tak reti aku bab cintan2 ni.

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Kekasih? Takde status kekasih. Tunang ada la.wahaha~

Dimana korang selalu jumpa kekasih korang?
Tak pernah la pulak terfikir bab jumpa ni.

Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
Majalah Pesona Pengantin keluaran Disember 2010 selepas Novel Muhammad Al-Fateh.

Apakah nama penuh korang?
Norhayati binti Rostam.

Antara mak dan ayah, yang mana korang lebih mesra?
Dua-dua sama la.

Namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Al-Amin Muhammad ibnu Abdullah.

Adakah korang basuh baju sendiri?
Naam.

Dimanakah tempat betul2 korang nak pergi?
Tanah suci.

Pilih salah satu peluk atau cium?
For what? Untuk ko ke Chik? Dua2.lalala~

5 benda yang korang sangat2 sayang dalam hidup korang?
Benda?Aku tak tau la selain Holy Book.Sebab manusia macam aku ni, benda yang boleh diganti tetap akan berganti.Takde yang kekal.Tapi setakat ni adalah Lappy, Phone, Broadband, Stationeries [sebab aku suka menulis!].

5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
Setakat ni Monoloque Kekanda Adinda and lagu Rabbani yang Cari Pasangan tu.hee~

Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
14 April 1991. Tahun lepas?2009 kan. Kat rumah la pasal still ngah kerja. Malam kot sambut ngan family. Dapat lappy kesayangan lagi tu. Tapi lappy tu aku rasa akan aku turunkan kepada mak aku. Memandangkan tu adalah hasil pendapatan dia.

6 orang blogger yang korang nak tag?

cerita sikit bloger pertama korang tag?
Owh, beliau aku kenal sebab blogger jugak. Macammana boleh sampai ke blog beliau, tidak dapat aku pastikan. Tapi yang penting beliau mesra alam gitu. Baik2 sahaja. Comel pun comel.Ada adik. Mak beliau seorang cikgu. Dia antara kawan maya aku yang rajin bertanya khabar.Takde la lost2 contact.[Yeke?Memandai aku ni.] Beliau muda setahun dan tua setahun dari adik2 aku.Maksudnya form 4 la tahun ni.Beliau bersekolah di SABAR.Setakat ni aku jumpa blogger yang baik2 melainkan politic bloggers, no komen.

Ok.Kepada penerima2 sekalian.Sila ambil ye.Jangan malu2. Kepada yang nak mencuba pun dialukan. Gtau cahaya, nanti cahaya listkan nama.Salam Muhibbah.

read more "Tag from Achik a.k.a Nurul"

19 November 2010

Giveaway Bicara Kasih





Apsal la aku asyik join GA ni?Takde kerja ke?haha.Siapa kata aku takde kerja? Baru lepas menghafal Syair tau. Baru 4 bait.wahaha. Petang2 tak berapa nak masukla kan. So, layan je la GA salah sorang peserta GA aku gak. Kira saling give and take la ni. Hah, jom la join reramai GA Nur Qistina nih. Hadiah still misteri. Yang penting untuk orang yang bertuah sahaja.
read more "Giveaway Bicara Kasih"

Anniversary Giveaway


Anniversary Giveaway!


Giveaway kali ni aku ditag oleh Mien. Dan aku pula dikehendaki oleh penganjur untuk mengetag dua orang lagi. Aku nak ajak kak Graphic larh and Amira. Jom join before next Friday-26 November 2010/1159pm.
read more "Anniversary Giveaway"

Jemputan Walimatul Urus

Isi dalam-Kg Serian, Bt 11 [tempat asalku]
Muka depan
Assalamualaikum semua kawan2. Amacam? Simple kan. Kalau tak nampak tulisan kat atas tu, sila klik untuk pembesaran. Kad jemputan nak beli yang mahal2 buat apa. Last2nya orang buang jugak. Lainlah kalau dah memang prepare high budget punyo. Takde masalah. Korang nak sponsor den pi haji pun takpo laie. Hah, aku lupe nak ucapkan salam eid-al adha. Okey, berbalik kepada kad jemputan di atas. Tujuan aku siarkan ni bukan sebab aku nak jemput korang datang majlis wedding aku. Ni bukan aku punya. Ulang sekali lagi. BUKAN CAHAYA PUNYA. Terima kasih.haha. Siapa-siapa tertipu tu terima kasih la ye. Okey2, kad jemputan ini aku terima semalam. Siapa yang kahwin? Actually aku pun terkejut giler. Beliau mendahului aku nampaknya. Nama beliau Kamariah. Teman sepermainan aku semasa aku masih menetap di negeri kelahiran aku, Kelantan, Gua Musang. Beliau sebaya dengan aku cuma aku lahir awal sikit dari beliau. Tapi memang lepas duduk Klang pun kami masih berkawan rapat. Namun setelah masing2 bersekolah jauh. Terus langsung susah nak jumpa. Tiap kali balik raya pun memang langsung tak nampak batang hidung dia. Maybe dia balik rumah mak kandung beliau agaknya. Beliau ini saudara aku sendiri. Tapi angkat je la. Beliau anak angkat kepada adik bongsu nenek aku. Faham? Kiranya pangkat mak cik la. Tapi Kelantan mana ada macam jawa. [Even aku suka pangkat2 jawa nih.Pening~haha]. Tup2 balik raya haji kali ni, dapat kad jemputan pulak. Kad jemputan di atas adalah edisi jimat. Macam yang aku cakapla, cantik2, last nya ke tong sampah. Tapi aku tak kisah.haha. Kertas yang dah siap di print, dan tinggal tulis maklumat yang perlu di tempat kosong. Lagipun saudara-mara and jiran-jiran terdekat je yang dijemput. So, sebelum bertolak pulang ke KL, aku dan family aku terus menziarahi keluarga beliau kerana itu satu kewajipan bagi kami. Aku pun apa lagi, serbu la bilik pengantin. Bersusun kotak hantaran, bunga manggar, perabot orait dah. Mak aku cakap, tumbang seekor lembu nanti. Memandangkan kendurinya Jumaat ni bersamaan 26 November 2010, tokleh la kawe gi bekwoh tu. Apa-apa pun, barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajamaa' bainakuma fi khoir.

p/s:Lepas ni turn siapa?
read more "Jemputan Walimatul Urus"

Siapa Nak Hadiah Free dari Paris?


Jom Join!


Wah3.Kali ni dari Paris beb. Baru hari tu aku join Giveaway yang dari Aussie. Dah menang pun. Yang ni dari Paris lak. Takdelah mengharap nak menang yang kali ni. Cuma bestnye simple je syarat-syaratnya.
Hadiah sekarang depa plan nak bagi 5. Kalau ramai, lagi la depa tambah hadiah. Cantik punya plan tuh.hee~
Bunyi jam di pagi buta,
Nak kejut si adik Faris,
Hadiah melambai di bayangan mata,
Rezeki follower dari Paris.
Jom join sebelum pukul 12 pm/20 November 2010.
Tag 3orang:

Thanks.
read more "Siapa Nak Hadiah Free dari Paris?"

Syilasyira 1st Giveaway


Syila Syira GA


Apa lagi? Jom join.Klik pada banner.
read more "Syilasyira 1st Giveaway"

16 November 2010

Pameran Pengantin 1Malaysia 2010 [PWTC]

Yeah.2010 punye lagi. Aku ingatkan yang kat Shah Alam tu last. Rupanya ada lagi tahun ni punya. Sorry r guys. Aku dah post pasal bulan Januari punya dulu baru perasan yang Bulan November ni punya ada lagi.
Pameran kali ni special sikit aku tengok sebab 1Malaysia. Maybe semua jenis bangsa punya busana ada kot. Maybe la. Aku tak tau. Kalau tak silap aku la, 1 Malaysia Bridal Fair pernah langsungkan program macam ni kat Mid Valley. Maybe ada antara korang yang dah pergi kot. Pameran ini bakal berlangsung pada:

26-28 November 2010
10 pagi - 10 malam
Legar Putra, PWTC.
Masuk PERCUMA.

Program yang dianjurkan oleh Kelab Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia & EXtreme Event and Entertainment ini menjanjikan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik yang ditawarkan.
Persembahan artis
Pertandingan merekacipta pakaian pengantin 1Malaysia.

So, ada yang berminat bab mereka2 baju ni?
Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan, 
+603-6186 4378 
ataupun yang lebih baik anda selidik dulu,  
sila rujuk www.1mbf.blogspot.com untuk maklumat yang lebih lanjut.

Sekian, harap maklum.
[p/s:Kita jumpa di sana okey!]
read more "Pameran Pengantin 1Malaysia 2010 [PWTC]"

Senarai Nama Peserta Giveaway

read more "Senarai Nama Peserta Giveaway"

15 November 2010

Pameran Pengantin 2011 [Kembali!!]-Ampang Point


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Rasa nak tergelak pulak.Respond korang antara dua je. Boring atau pun tergelak. Blog ni selagi tak habis pameran pengantin, mesti cakap pasal pameran tu kan. [Nak wat macam mana. Baby tiap masa lahir, kahwin pun tiap bulan ada.haha]

Ok, seperti yang korang nampak di atas, pameran yang ditaja oleh Urbanvibe ini bakal berlangsung di Ampang Point. Cahaya tak pernah pergi ke sana tapi rasanya yang kali ni cahaya perlu pergi.Kot2 ada SALE, nak kene cekau la.wahaha. 
Tarikh: 7-9 Januari 2011@ 10pagi-10malam.
Kali ni jangan risau. Masuk PERCUMA okey!
Rasanya cahaya tak nak cakap banyak sebab aktiviti macam biasa je. Banyakla pakej2 kan. So, check it out! Click pada poster di atas okey.

Tapi, musim yang kali ini, ada aktiviti menarik untuk anda yang bakal melangsungkan pernikahan antara 
1 Disember 2010- 6 Januari 2011 [yang ni WAJIB], anda bakal bersanding secara real punye semasa Pameran itu iaitu 8 Januari 2011.Semuanya DISEDIAKAN.

Tak percaya? Jom tengok hadiahnya:
HADIAH UTAMA  :

Persandingan 'Real Wedding' bertempat di pentas utama Ampang Point Shopping Centre pada tarikh 8 Januari 2011. Segala persiapan pengantin akan di taja sepenuhnya oleh Urban Vibe Event dengan kerjasama para penaja. Hadiah-hadiah berupa ;

Wang Tunai berjumlah RM200.00

Sepasang Baju Sanding  (Lelaki + Perempuan)

Aksesoris lengkap

Make Up sanding (Perempuan)

Bunga Tangan

Pelamin di pentas utama Ampang Point Shopping Centre

Perarakan lengkap dengan iringan kompang, silat dan tarian

Meja Makan Beradap Pengantin

Jemputan tetamu menghadiri mini resepsi seramai 30 orang terdekat pasangan pengantin

Sijil Penyertaan

Apa tunggu lagi? Sila klik poster di bawah untuk maklumat lanjut.





Contest Pameran Pengantin 2011

P/S: Kalau korang tanya cahaya, konpem cahaya tak join.wahaha. Tak best nak berarak depan orang ramai. [Lagipun tarikh 1Dis-6Jan tu awal2 dah kene reject.lalala]
read more "Pameran Pengantin 2011 [Kembali!!]-Ampang Point"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP