Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

22 Mei 2012

Home » » Gaduh, Benci, Sayang

Gaduh, Benci, Sayang

Hari ni aku nak cerita tentang dua orang kawan aku yang aku kenal sejak sekolah rendah dan kini menjadi pasangan suami isteri.

Ketika darjah enam. Hari terakhir sekolah.

Sakinah: "Aku benci kau. Tak habis-habis nak kacau aku."
Vicky   : "Biarlah. Ada aku kisah?"
Sakinah: "Ah! Lepas ni aku harap aku takkan jumpa kau lagi."

Selepas enam tahun.

Vicky: "Weh, sihat? Kau buat apa sekarang?"
Sakinah: "Bolehlah. Study kat Kolej Komuniti"
Vicky: "Owh. Ambil kos apa?"
Sakinah: "Pelancongan"
Vicky:"Eh, nak nombor telefon boleh? Manalah tahu boleh calling-calling nanti"
Sakinah: "Hah?! Eh, takpelah"

Selepas setahun.

Vicky: "Hai, jumpa lagi. Lama tak dengar cerita. Sihat?"
Sakinah:"Alhamdulillah. Ok je. Ko?"
Vicky:" Ok jugak. Study camne?"
Sakinah: "InsyaAllah tahun depan habislah"
dan mereka terus berbual.

Dan selepas setahun, aku mendapat panggilan dari seorang kawan kami, Fakeh.

Fakeh:"Assalamualaikum. Kat mana?"
Aku:"Waalaikumussalam warahmatullah. Kat rumah. Kenapa?"
Fakeh:"Aku kat kenduri Sakinah ni. Tak nak datang ke?"
Aku yang blur ketika itu berulang kali tanya siapa pengantinnya. Sampai si Fakeh penat menjerit nama-nama mereka. Sudahnya, telefon bertukar tangan, diberi kepada si pengantin.
Vicky:"Assalamualaikum. Ti, aku ni.Datanglah"
Aku:"Weh, biar betul. Aku tak cayelah. Kenapa aku tak tahu ni? Belah perempuannya bila?"
Vicky:"Belah perempuan dah lama dah. Mana aku tahu. Sakinah kata dah bagitahu dah"
Aku:"Dah tu macam mana ni?"
Vicky:"Datang je la. Tak ramai pun"

Sungguh! Aku tak percaya.Sehinggalah aku tiba ke rumah pihak lelaki dan orang pertama yang aku cari adalah Sakinah.
Terkejut-terkejut tu pun sempat gak aku cari hadiah untuk dorang.
Selepas selesai makan, aku temuramah pengantin perempuan.

"Macam mana boleh jadi ni?"
"Ntah"

haha.
Dah jodoh kan.
Dari darjah satu sehingga darjah enam tak pernah berpisah. Kelas sama memanjang.
Bertekak, bertegang leher sampai tahap benci tak mahu jumpa dah.
Akhirnya, jadi pasangan suami isteri.
Hah, padan muka korang.
hee~
Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajamaa' bainakuma fil khoir.

p/s:Dialog hanyalah rekaan. Terima kasih~

5 kata penuh gaya:

SaRaH 22 Mei 2012 7:15 PTG  

hhehe~kalau jodoh xkemana...pemilik blg nie bila pulak..hee~

Nurul Wahida Amri 25 Mei 2012 6:54 PG  

@SaRaH
hee~
InsyaAllah sampai masa nanti ada la.
:)
\

ayaz hafiz,  1 Jun 2012 7:17 PG  

gaduh, benci & sayang
ada gak yg sayang, gaduh & benci
mg cahaya beroleh kebahgiaan d dunia, kbhgiaan d akhirat & kslmtan dr azab nrka.

ayaz hafiz,  5 Jun 2012 12:10 PTG  

menunggu kad jemputan ni. agak2 bila?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP