Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~
Memaparkan catatan dengan label SEO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEO. Papar semua catatan

02 Oktober 2011

Update Terpantas!

Siapa nampak?
Siapa nampak?
Nampak apa?
Ala, kat sidebar tu la. aku dah tambah icon untuk current page rank.
Actually aku punye laptop ni pakai je plug in Seo checker.
Tapi saje letak kat sidebar tu untuk visitor yang takde.
Masa check tadi hakikatnya aku terkejut gila sebab page rank aku dah dua kembali.
Seperti sebelum aku pakai domain sendiri.
Aku tak tau la memang dia akan follow ke camne.
Tapi pas dah guna .com ni aku punye page rank 0 tau.
tiada nombor satu di hadapan.
Sekarang dah 2/10. Tu yang sedikit kekacauan minda tu.
Kalau betul PR ni tak follow dengan address blog dulu, memang aku tabik spring dengan korang.
Sebab blog ni naik disebabkan korang datang.
Kalau aku datang hari-hari pun takdenye jadi lagu ni.
Ye dak?
Terima kasih kepada silent readers aku.
Sekarang korang selesa jadi silent lagi kan?
Aku tak kisah asal korang dapat baca apa yang aku tulis.
Eh, eh!
Kata silent readers, camne leh tahu ni?
jeng! jeng! jeng!
Terkantoi la maka nya sudah.
Tambah-tambah pulak time raya hari tu aku berkunjung ke rumah sahabat yang jauh di mata dekat di hati ni.
Almaklumlah, duduk jauh nun di Alexandria sana.
Dah jumpa ni bukak kedai kopi la kan.
Opps!
jangan fikir bukan-bukan.
So, member aku yang sengaja dan tidak ni mengeluarkan statement, 'ko ada blog kan?'
'eh, ko belum kahwin kan?'
fuh!
soalan cepu emas ni.
Akhirnya kantoi beliau follow semua blog aku.
Apakah?
Malu seyh.
By the way, syukran semua!
read more "Update Terpantas!"

25 April 2011

Jom Terjemah Blog Anda


Korang pernah terfikir nak translate blog korang? haha.
Aku tak terfikir tapi tadi saje-saje la kan search 'Pameran Pengantin 2011' macam yang korang tengok dalam kotak search kat atas tu. Keluar-keluar, blog aku yang teratas. Kalah blog Pameran Pengantin Malaysia. haha. Aku tak kisahla tangga mana pun. Yang tu tentang SEO. Tapi yang aku nak cerita sekarang ni, aku berminat pulak tengok [Translate this page], aku pun klik la. Memang keluar blog aku. Tapi bahasa sudah tukar maa. Yang lawaknya, even ada ayat english yang betul pun, jadi tunggang terbalik.wahaha. Lawak-lawak. Dari faham jadi tak faham. 

p/s:Nak kutuk aku la tu. haha.
read more "Jom Terjemah Blog Anda"

15 Mac 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


Sebenarnya dah berpuluh kali aku nak join segmen-segmen yang Abang Ben buat nih tapi asyik tak dan je. Almaklumlah, semua segmen terhangat. So, kene express macam bas Transnasional tu. Aku tak berapa nak express la time tu aku tengah belajar lagi. Sekarang sudah ada waktu percuma [free le tu], ambil kesempatan. Lagipun senang jek. Cuma terkantoi sudah la identiti aku.haha. Selalunya aku ngaku aku orang Selangor. Kali ni tidak lagi. lalala~ [Confirm satgi kena bedal]

Latar belakang
Aku lahir kat atas papan, dikelilingi kain. Aku rasa time tu kat rumah tu takde peti ais lagi. So, confirm aku tak lahir depan peti ais. Dalam rumah kedai depan Perhentian Keretapi Kampung Sungai Serian, Gua Musang, Kelantan. So, aku tak pernah kisah pun tido kalau bunyi-bunyi siren ketapi ni. Pasal belum lahir lagi aku dah selalu dengar. Cuma member2 yang aku bawak balik je la dorang takleh tido. Almaklumlah, ekspres banyak sangat. Kejap2 ada. Ada berani nak pi? Jom.

Profesion
Baru habis belajar bahasa arab yang mudah yang sampai sekarang masih tak faham-faham benda yang mudah tu dan bakal menyambung pengajian ke peringkat ijazah pula bulan 9 ni. InsyaAllah kalau benda mudah tu aku leh aplikasikan dengan baik dalam exam yang lalu. Esh, camne la nak faham Al-Quran kalau cenggini.

Blog favourite
Favourite eh? Blog Nota Siku, Haruman Mawar, Eqbalzack, Decrewz dan Ar-rifke.
Fuh, banyaknya.
Err..skang ni dah kurang gi mana-mana blog pasal sibuk kerja pulak. huhu. Sebab tu dah dipesan, Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara. Tapi sekarang still pergi blog mereka plus Mymijie, Krolezone, Sekamar Rindu dan beberapa lagi blog yang bermanfaat.

Blog yang tak suka masuk
Erm..mana-mana blog la yang tak suka kat aku. haha. Ada ke blog tak suka orang.haha.
Normally orang tak suka blog yang loading lama. Aku pun sama la pasal aku pun orang yang masih normal. :D
Tak minat blog yang penuh dengan widget.
Pusing-pusing kepalo den ni ha. Tok pehe hok mano so entri iyo.
haha.

Impian terhadap blog
Semestinya meningkatkan lagi SEO.
Aku telah mengabaikan SEO sepanjang menceburi bidang lakonan blogging ini.
PR pun baru 1. Naik 2 pun dah cantik dah. Cuma aku rasa PR tu naik 1 pasal search engine jumpa pasal karnival and pameran pengantin kat blog aku ni tinggi sangat.
Alexa lak baru 998,980. Jauh tu nak capai 1k. Aiyyoo..!
read more "BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN"

26 Februari 2011

Saya Diterjah Cikgu Aried!

Sebenarnya sudah basi pun perkara ini tetapi inilah masa yang terluang untuk saya membuat entri mengenai terjahan beliau. Buat pertama kalinya blog ini diterjah. Bukanlah saya menyertai apa-apa contest untuk menjadi antara yang direview. Tidak sama sekali kerana saya TAKUT untuk direview. :D Orang kata boleh upgrade or majukan lagi blog kan. Tapi saya masih belum bersedia untuk direview sesiapa. Walaubagaimanapun, rezeki saya direview pertama kalinya oleh pakar SEO kita, Cikgu Aried. hee~ Bukan senang dapat direview ni sebenarnye lebih-lebih lagi dengan blogger otai seperti Aried ini. Pemilik blog Ar-Rifke yang sentiasa menjadi sumber maklumat dan pucuk pertanyaan ini akan mereview tiga orang terpilih sahaja setiap bulan iaitu tiga orang yang rajin mengomen artikel beliau. Ingat ye, BUKAN SPAM! Beliau cukup pantang bila ada orang SPAM. Kenapa saya berkata demikian? Kerana kerap kali juga beliau sebut tentang SPAM. Yang paling penting, kita sendiri tidak sedar bahawa kita adalah SPAMMER! So, as a conclusion make sure kita komen di tempat yang betul ok? And if that owner not friendly as your friend, maybe anda tidak boleh bersembang di kotak komen. haha. But Cikgu Aried ok je. Boleh lagi nak sembang asal tidak terlalu terkeluar tajuk. Maybe la. Lagipun, siapa yang suka diSPAM ye dak?


[Mengenai review]
Sudah saya bilang bahawa insan yang mereview blog ini adalah pakar SEO, pastinya tumpuan lebih kepada SEO dan saya telah ditangkap. Tangkap what? Of course la beliau dapat mengesan bahawa blog ini tidak mementingkan SEO. Kenapa? Ya, sebagaimana yang cikgu katakan bahawa saya lebih tertumpu kepada penulisan dan artikel. Tambahan lagi, saya tidak tahu apa itu SEO. Anda mahu tahu mengenainya? Sila terjah blog beliau.

Mengenai Alexa Rank
Ranking blog ini semasa direview oleh cikgu Aried lebih kurang awal Februari adalah 1, 271, 912. Dan kini mencapai 1, 187,777. Pastinya ramai yang tertanya-tanya bagaimana kami boleh dapatkan bacaan rank secara tepat walaupun ianya melebihi 1juta. Mudah sahaja. Pastikan anda mempunyai Alexa toolbar. Di mana? Saya pun lupa sebab bulan lepas download. :D Untuk tahu lebih lanjut mengenainya, sila ke blog cikgu math ini.

Pagerank
Pagerank  blog ini adalah 1/10. Pada mulanya saya agak kurang faham apabila beliau mengucapkan tahniah. Almaklumla. SATU. Bukan kita nampak. Rupanya untuk mendapatkan 1/10 itu juga agak payah. Walaubagaimanapun cikgu sudah memberitahu tentang cara untuk mendapatka PR tanpa membeli backlinks. Apa lagi? Terjah ke blog beliau.

So, kesimpulannya, pelbagai maklumat mengenai SEO yang mampu anda peroleh dengan melawat blog milik anak kelahiran bumi Darul Naim ini. Buat wanita di luar sana, beliau masih single tapi tak tahu available lagi atau tidak.hahaha.
read more "Saya Diterjah Cikgu Aried!"

25 Oktober 2010

Alexa Traffic Rank

Hah! Ini entri tambahan untuk hari ini memandangkan aku rasa tanpa reader siapalah writer, tanpa korang siapalah aku.wahaha. Even aku tahu ranking aku ni takdelah bagus sangat dan takdelah tinggi sangat tapi penting untuk aku post entri ni sebagai penghargaan buat korang kerana rajin membaca dan mendarat di blog aku.
Kalo korang nampak trademark 'mendarat di sini', aku lah tu.wahaha. Sebab aku berangan-angan nak naik flight. Almaklumlah, lecturer aku sendiri kesiankan aku sebab tak pernah flight ke mana-mana. Alahai, aku nak pegi mana pun nak flight.Opps! Terlajak sudah. Ok2.Alexa ni die wat bancian untuk ranking trafik kita. [Betul ke bancian namanya?] Ini adalah sedikit kata2 dari alexa yer:
Cahayamylife.blogspot.com is ranked #1,694,548 in the world according to the three-month Alexa traffic rankings. This site has attained a traffic rank of 28,973 among users in Malaysia, where about 69% of its audience is located. The site's visitors view 1.0 unique page each day on average. Roughly 75% of visits to this site consist of only one pageview (i.e., are bounces). Visitors to Cahayamylife.blogspot.com spend approximately two minutes per visit to the site and 57 seconds per pageview.
So, tanpa korang, tiada lah tempat blog ini. Ish, bunyi macam perlu publisiti je. Sebenarnya aku nak tau jugak, ruangan tazkirah ni ramai ke pembacanya. Tapi silent reader nye aku pasti memang ramai merujuk kepada total visitors.
 And lastly, atas kerajinan korang dalam membaca dan search untuk mencari ilmu aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Sharing is caring kan. So, harap korang ambil yang mana baik dan jauhkan apa yang kurang baik.Terima kasih.
read more "Alexa Traffic Rank"

11 Oktober 2010

Suami, Isteri dan ....!

Siapa ingat cerita tu angkat kaki! wahaha. Cerita tu menjadi favourite aku selain sundelbolong/1001malam di zaman kanak2 dulu. Lagi2 dialog anak dorang, 'Tak mungkin.bapak saya dah mati'. Kelakar budak kecik tu cakap.Time tu kecik la.aku rasa dia baya-baya aku je kot.Opps..aku bukan nak mengimbau cerita lama.Terbukak pasal ni sebab aku tengok keywords untuk mggu ni.Macam kelakar sket. Tapi tak pelik mana pun, memang ada yang terdapat dalam entri2 aku yang lalu.


keywords minggu 4-9 Oktober 2019

Erm..aku kire, pengunjung aku adalah kebanyakkannya datang dari golongan wanita. Sebab korang tengokla sendiri semuanya tak jauh dari bab suami isteri.hee~ padahalnya memang aku selalu buat entry macam tu pun [adeh~perlu ke bab suami isteri ni tertumpu hanya pada wanita? musykil~]. Yang aku tak faham ni, apsal ada video sekolah menengah dato plak ni? Video apa yer? Bak kata Mujahid fisabilillah, Berbaik sangka lah kamu. Hmm..rasanya keyword video ni dalam entri video pasal gambar2 di facebook tu kot kan. lalala~ Tapi secara overallnye, tiap minggu memang akan ada keyword pecah amanah and jiwa tak tenang ni. Apa-apa pun, kunjungan korang yang sememangnya tak kenal siapa cahaya yang sebenarnya, memang sangat2 cahaya hargai. Terima kasih yang tak terhingga buat kalian semua.
read more "Suami, Isteri dan ....!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP