Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

29 Januari 2010

Home » , » Tangisan Rindu

Tangisan Rindu


Diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. bahawa Nabi Syuaib Alaihissalam sering menangis sehingga kedua-dua belah matanya telah buta. Lalu Allah mengembalikan penglihatannya dengan penuh kasih sayang.
Kemudian dia menangis lagi dan terus menangis sehingga lah matanya buta untuk kali kedua.Lalu Allah kembalikan lagi penglihatannya. Kemudian dia masih lagi menangis dan terus menangis.dan buat kali ketiganya Allah kembalikan lagi penglihatannya lantaran buta akibat tangisannya itu.
Kemudian Allah bertanya, "Wahai Syuaib,mengapa kamu sering menangis? Jika kamu rindukan syurga, Kuhalalkan syurgaKu untukmu.Dan jika engkau takutkan neraka, maka Aku mengharamkannya untukmu"
Nabi Syuaib menjawab,"Ya Tuhanku, bukan kerana semua itu tangisanku ini.Tetapi tangisan ini adalah tangisan 'syauq'( rindu ).Hatiku terikat dengan cintaMu dan tangisanku ini adalah kerana mahabbah(cinta) kepadaMu."
Allah berfirman:"Kerana ini lah Aku menugaskan KalimKu, Musa bin Imran selama sepuluh tahun melayanimu.Siapa yang rindu kepadaKu, semua makhluk akan rindu kepadanya."

0 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP