Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

25 Januari 2010

Home » » Wuduk Juga Penawar

Wuduk Juga Penawar


Pada suatu hari, Junaid Al-Baghdady sakit mata. Dia pergi berubat dengan seorang tabib yang beragama Nasrani. Tabib itu menasihatinya supaya jangan dibiarkan matanya terkena air.Pada mulanya dia hanya mengikut kata tabib itu.Namunsetelah tiba di rumah, baru lah dia teringat bahawa setiap kali hendak solat perlulah berwuduk dahulu.Padahal wuduk itu memerlukan dia membasuh muka nya.Namun, dia yakin bahawa Allah yang menjadikan penyakit dan Dia juga yang menyembuhkan.Maka, dia berwuduk tanpa ragu. Selesai solat, dia pun tidur.Click Me Anehnya matanya semakin sembuh.Pada tika itu dia terdengar satu suara," Junaid menjadi sembuh matanya kerana keyakinan dan keredaannya kepadaKu.Andainya seluruh ahli neraka meminta kepadaKu sebagaimana keyakinan Junaid, akan ku kabulkan permintaannya",jelas suara itu.
Tabib yang melihat mata Junaid yang telah sembuh secara drastik itu pun bertanya, "Mengapa tiba2 sahaja mata engkau telah sembuh?".Maka balas Junaid, "Aku berwuduk.Aku basuh muka dan mataku".
Setelah melihat peristiwa ajaib itu, tabib yang beragama Nasrani itu pun menyatakan hasratnya ingin memeluk agama Islam. Dan kemudian dia telah mengucapkan dua kalimah syahadah.Kemudian dia berkata, "Itu adalah ubat dari Tuhan yang telah mencipta penyakit.Dia yang memberikan penyakit dan Dia juga lah yang mencipta ubatnya.Aku juga sebenarnya telah menghidap penyakit iaitu penyakit hati(rohani) dan Junaidlah yang menjadi tabibnya".

0 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP