Dia lah bidadari kita
Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia.Dia berkata pada dirinya sendiri: "Para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah."
Tiba2 terdengar satu suara: "Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana."
"Di sini (syurga) apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari.Ini sudah cukup bagiku untuk berasa bahagia", kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.
"Jangan kamu bimbang, bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini", terdengar sekali lagi suara tadi.
"Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?" tanya bayi itu separuh merintih.
"Bidadarimu itu akan berbicara denganmu menggunakan bahasa lembut yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara", berkata suara itu lagi.
Bayi itu masih tidak berpuas hati, dia terus juga bertanya:"Aku mendengar bahawa di dunia ada banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?"
"Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya", balas suara itu.
"Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yang begitu indah ini", rintih bayi itu lagi.
"Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-segalanya. Dia akan mengajar kamu segalanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya kamu adalah segala-segalanya!
Di saat itu suasan menjadi tenang dan perlahan-perlahan bayi itu bertanya lagi:"Jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?"
1 kata penuh gaya:
ohh bidadariku...
xmampu kubalas jasa-jasamu
moga Allah bahagiakanmu di alam sana.
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan