Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

30 Mei 2009

Home » » Keampunan dengan Menjawab Azan

Keampunan dengan Menjawab Azan


Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang selalu dijaganya. Setelah dia meninggal dunia, ramai dari kalangan orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya, tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah telah mengampunkan dosamu,adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawab Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku kerana banyak mengucapkan syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu,senasa hayatku dulu iaitu apabila aku terdengar azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur maka dengan serta merta aku aku menyuruh penyanyi dan pemain muzik ku berhenti bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan Allah telah mengampunkan dosaku. Apabila datang malaikat hendak menyeksaku, lalu Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka."

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah

Sedarlah semua..Itulah amalan yang sering kita alpa,kita lupa,kita tepikan n kita remeh-remehkan..Kebanyakan kita lebih mementingkan cerita-cerita yang lagho,bersembang tanpa henti,hingga seruan azan yang memanggil-manggil bagaikan alunan suara yang tiada makna sedangkan itulah seruan yang menuju kejayaan, dunia mahupun akhirat.

Renung-renungkan..

0 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP