Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

01 Jun 2009

Home » » تمفت تيغكل ابليس

تمفت تيغكل ابليس



Anas bin Malik r.a berkata,iblis telah bertanya pada Allah, katanya, "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah pula tempat kediaman untukku." Firman Allah, "Tempat kediamanmu ialah di dalam tandas. "Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di Masjid, di mana pula tempatku berkumpul?" Firman Allah, "Tempat untukmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat beli-belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat"


"Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"Firman Allah, "Bahan bacaanmu ialah syair dan sajak yang melalaikan." "Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah, "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta"


"Wahai Tuhanku!Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk memanggil orang sembahyang,apa pula azan untukku?" Firman Allah, "Azan untukmu ialah seruling"


"Wahai Tuhanku!Engakau telah menghantar utusanmu dari para rasul dan juga para nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" Firman Allah, " Para utusanmu terdiri daripada bomoh,tabib,dan dukun yang menduakan aku." "Wahai Tuhanku!Engkau telah berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, pakah pula tulisan bagiku?"


Firman Allah, "Tulisanmu ialah tatu, gincu, serta lukisan dibadan." "Wahai Tuhanku!Engkau berikan anak Adam itu perangkap, apakah pula perangkap bagiku?" Firman Allah, "Perangkap bagimu ialah wanita" " Ya Tuhanku!Engkau telah berikan mereka minuman halal yang disebut namaMu,apakah pula minuman untukku? Firman Allah, "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya"

0 kata penuh gaya:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP