نراك
Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada malaikat Jibril tentang api neraka. Lalu Jibril pun menceritakan.
" Ya Muhammad! api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikan api itu terjatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah bumi ini. Baju neraka pula, kalau digantungkan antara langit dan bumi nescaya akan mati semua makhluk di bumi ini kerana bau busuknya yang bersangatan"
"Wahai Muhammad! kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang asal dan turun ke bumi, nescaya akan pengsan semua penduduknya kerana rupanya yang amat menggerunkan.
Sekiranya satu pergelangan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi, nescaya rantai itu akan menembusi hingga tujuh petala bumi"
Mendengarkan semua itu, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Jibril,
" Cukup Ya Jibril"
Lalu Rasulullah menangis. Jibril pun turut menangis. Rasulullah pun bertanya, "Wahai Jibril, mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukan engkau disisi Allah amatlah tinggi?"
Jibril menjawab, " Ya Muhammad! tidak ada yang dapat menjamin kedudukanku, sungguhpun kedudukanku sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau mengubah kedudukanku sebagaimana Harut dan Marut dan juga iblis yang terkutuk."
Walaupun kedudukan malaikat Jibril sangat dekat dengan Allah s.w.t. namun ia tetap menangis takutkan Allah, tetapi malangnya manusia masih tetap ingkarkan Tuhannya sekalipun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah dari Al-Quran dan As-Sunnah.
1 kata penuh gaya:
ya Allah, lindungi kami dari azab nerakaMu...
lindungi ummat ini dari nerakaMu
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan