Ya Rabbi!! Rindunya.........
Sungguh hatiku meronta-ronta..aku terlalu merindukannya..terlalu dan teramat sangat..hanya Dia yang Maha Mengetahui. Mengapa perasaan itu hadir seperti memaksa..? Bagaikan kekasih merindu pasangannya.. Sungguh! aku rela pengajianku dikemudiankan dahulu setelah aku menghampiri dan berada di sampingmu..Kadangkala hati dan perasaanku dibanjiri tangisan melayani perasaan rindu..Namun, aku disedarkan oleh insan yang penting dalam hidupku untuk menahan dahulu rasa itu, mendahulukan yang penting tanpa melupakan keinginan ku yang satu ini..Adakah kamu juga merasa apa yang aku rasa? menziarahi rumah Allah yang suci? Ketahuilah teman, diriku dibayangi dan diekori keinginan dan rasa rindu yang meluap untuk menjejakkan kakiku di sana selama aku melayari kehidupan seharianku.
Itulah tempat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menyatakan kesetiaan dan kepatuhan kepada Allah. Di sini jugalah Hajar mengukir sejarah pengorbanan yang paling agung.
Teman-teman,
Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke bumi Makkah, pasti hati bergoncang apabila melihat dan menatap Kaabah.Mata tak mampu membohongi hati. Perasaan yang halus muncul apabila di hadapan mu bagaikan memanggil-manggil, melambai-lambai..sungguh..walau sekeras mana hati, air mata bakal mengalir membasahi pipi sehingga menyentap hati sanubari. Satu kuasa hebat terbit di hati mewujudkan rasa ketenangan, kedamaian dan ketenteraman.. Hati pasti terusik menyaksikan rahmat yang diturunkan tidak henti2 walau dosamu seluas lautan.
Sesungguhnya Haji itu adalah sebesar-besar pengorbanan buat yang tekad dan membulatkan hati untuk melaksanakan haji kerana kita terpaksa meninggalkan segala hubungan dunia semata-mata taqarrub dengan Allah. Hati Semuanya tiada tandingan jika hendak dibandingkan ketenangan apabila berada di pangkuan bonda Siti Hajar, pelukan ayahanda Ibrahim dan gandingan mesra saudaramu Ismail yang amat bertuah.
Di sana antum akan tenggelam dengan berjuta kenikmatan. Tiada rasa lain yang mencurah-curah daripada kalbu kecuali cinta kepada Yang Maha Agung. Sesiapa yang pernah merasai kenikmatannya pasti akan merindui saat-saat indah ini.
Ganjaran mengerjakan haji dan umrah ini pernah disebutkan oleh Baginda, " Antara satu umrah dengan umrah yang lain akan menghapus dosa antara keduanya dan haji mabrur balasannya adalah syurga"