Mengenali huruf langkah awal menuju kejayaan
465, 853 pelajar yang menduduki SPM mulai hari ni.Teringat lak zaman2 spm dulu..haha. kantoi da tua. Waktu2 begini la kebiasaannya para guru akan sibuk walaupun kadang2 pelajar ambil ringan sahaja. Teringat pula keputusan PSRA yang dah keluar minggu lepas, sekolah ku hanya 3 orang sahaja yang gagal.Dan semestinya kelas 6 Ahdhor. Alhamdulillah, tapi menjadi satu masalah lagi apabila kami terpaksa memikirkan cara bagaimana untuk mengelakkan para pelajar gagal dalam PSRA akan datang kerana lebih 50% pelajar tahun lima tidak pandai membaca.Bagaimana semua mahu menghadapi perkara sebegini? Perkara sebegini tidak seharusnya terjadi. Ibu bapa juga perlu ambil peranan dan tidak meletakkan harapan 100% kepada sekolah. Ilmu ni dimana-mana sahaja perlu bersama. Lebih2 lagi kanak2 yang baru hendak mula mengenali dunia ilmu. Seharusnya tahap satu mereka sudah boleh membaca. Jika tahun 5 masih lagi terkebil-kebil, ia membebankan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Yang lebih mustahaknya, pelajar itu sendiri. Bagaimana dia hendak menjawab soalan di dalam peperiksaan sedang membaca soalan pun tidak boleh?Kadangkala pihak Jabatan pula terlalu mengejar syllabus sehingga menyebabkan pelajar terkontang-kanting. Lebih2 lagi pelajar tahun satu bagi matapelajaran IQRA'. Dalam permulaan suai kenal huruf ni, bukan mudah untuk mereka mengikut rentak, apa lagi mereka masih baru ditinggal keluarga. Seharusnya kita mula dengan perlahan dan teratur.Datangnya ilmu bermula dengan mengenali huruf.
0 kata penuh gaya:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan