Sabar Tempuh Ujian
Pada suatu hari, Nabi Muhammad S.A.W. ke rumah anak perempuannya, Fatimah. Apabila tiba di rumah Fatimah, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada anaknya, " Dimanakah kedua-dua cucu bapa?".
Fatimah menjawab, "Hari ini kami tidak memiliki apa-apa pun untuk di makan. Segala puji bagi Allah, suami saya telah mendapat kerja dengan seorang Yahudi. Suami saya turut membawa kedua-dua anak lelaki bersamanya".
Selepas mendengar penjelasan Fatimah, Nabi Muhammad pun pergi mencari cucunya iaitu Husin dan Hasan. Apabila Nabi Muhammad bertemu dengan cucu-cucunya, baginda melihat mereka sedang bermain di sesuatu tempat. Tangan mereka masih menggenggam sisa kurma.
Apabila Nabi Muhammad melihat cucu-cucunya sedang asyik bermain sementara menantunya, Ali sedang membuat kerja, Nabi Muhammad pun berkata, "Ali, adakah kamu tidak mahu membawa pulang anak-anakmu sebelum panas terik matahari?".
Ali menjawab, "Ya, Nabi Allah.Pagi ini kami sekeluarga tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan. Oleh itu, biarlah kami anak-beranak di sini bagi mengumpul lebih banyak buah kurma untuk dibawa balik dan diberikan kepada Fatimah".
Apabila mendengar jawapan daripada menantunya itu, Nabi Muhammad pun turut bersam-sama dengan Ali dan cucu-cucunya membuat kerja seperti mengangkat air. Upah mengangkat air sebaldi bersamaan dengan sebiji kurma. Ali dan Nabi Muhammad melakukan kerja itu sehingga berjaya mengumpulkan beberapa biji kurma. Selepas berpuas hati dengan hasil itu, mereka pun pulang ke rumah.

0 kata penuh gaya:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan