Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

11 Jun 2011

Home » , , , » Pesanan Buat Suamiku dan Ulasan Artikel 21 Pesanan Isteri

Pesanan Buat Suamiku dan Ulasan Artikel 21 Pesanan Isteri


Kepada sesiapa yang masih belum membaca artikel tersebut, sila ke sini
Ini berdasarkan pembacaan saya sahaja.
Melihatkan ketidakpuasan hati dari golongan lelaki yang saya percaya masih belum berumah tanggga. Sebab saya yakin, bagi mereka yang sudah mendirikan rumahtangga tidak akan mengatakan isi artikel itu satu kesalahan. Saya tidak menyalahkan penulis mahupun advisor. Anda perlu faham, pesanan bukan satu kewajipan tetapi satu saranan. Kenapa anda rasa ianya susah. Yes, if I'm in your shoes. I'll think like that too. It's a bit tough secara psikologinya sebab kita tak tahu kita mampu jadi sesempurna itu. Kita memang tak sempurna. Dan betullah dalam syarak senang. Benar seorang isteri harus patuh dan taat pada suami. Memang hakikat sebenar si isteri hanya boleh menurut sahaja. Tapi ingat tak apa yang disarankan? Jika anda mampu untuk menjaga tanaman dengan baik, pesanan-pesanan tu bukan kewajipan. Tapi anda yang akan rasa perlu. Secara automatiknya anda akan lakukan tanpa dipinta. Sebab dia milik anda dari hujung rambut sampai hujung kaki. Depan belakang semua anda harus tahu. Jadi, apa salahnya untuk kita jaga sesuatu yang kita sayang dengan sehabis baik. Anda sanggup ke melihat kereta Mitsubishi Gradian anda tercalar sedikit? Sayang tu. Susah payah nak dapatkan. Beli cash pun RM168 000. Takkan la nak biar je. At least kita akan sentuh dia, belai dia ibarat memujuknya. Betul tak? Macam tu jugak. Jangan rasa ianya wajib. Jangan disebabkan pesanan-pesanan tu anda terus rasa susah untuk bernikah. Tidak sama sekali. Semuanya atas diri anda kerana semua sedia maklum suami adalah nakhoda. Anda berhak ke atas isteri anda. Kalau mampu lakukan, itu bonus buat isteri anda. Anda bangga mempunyai isteri yang baik dan sentiasa menjaga anda luar dan dalam. Isteri anda juga pasti mahu berbangga memiliki suami yang menjaganya dengan baik. Menyubur tanaman dengan membajai mereka bukankah tidak salah? Takkanlah anda tidak mahu menjaga isteri anda dari segala sudut? Mungkin ianya benar dari luahan hati perasaan seorang isteri tetapi salahkah untuk menghormati satu sama lain. Saya percaya ini salah satu cara untuk mengekalkan hubungan suami isteri sehingga keduanya meneruskan perjalanan ke alam baqa'. Saling menghormati tu penting. Tidaklah timbul perasaan ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Masing-masing mengenali pasangan masing-masing. Anda pasti tidak mahu berlakunya pertengkaran. Saya telah berhadapan dengan beberapa kes mengenai masalah rumah tangga yang ada sehingga membawa penceraian. Anda rasa apa puncanya. Benar didikan agama salah satu faktor. Tapi kalau ada pegangan agama, anda rasa akan ada perasaan saling menghormati tak? Pasti ada. Kalau betul si isteri menghormati suami, adakah dia akan mengherdik dan membelasah suaminya apabila mendapat tahu suaminya berkahwin lain tanpa pengetahuan semua? Pasti tidak. Perasaan kecewa dan amarah itu ada tapi dia pasti sedar kedudukan dia. Kalau saya sendiri pun tidak akan berpesan sebagaimana 21 pesanan. Malas. Sebab benda tu semua sedia maklum. Saya juga yakin suami saya tahu dan arif tentang tanggungjawabnya. Asalkan mendapatkan keredhaan Allah dan mampu ke syurga sama-sama. Apalah yang nak dipeningkan. Kalau dah rezeki kita dapat suami yang mampu buat semua tu, memang bonus la. 

Buat isteri-isteri,
Apa-apa pun SUAMI SEHARUSNYA LEBIH DARI DIRI SENDIRI. Pasti ada antara kalian melakukan sesuatu dalam keadaan marah sehingga hilangnya keikhlasan. Jangan bertangguh untuk memohon maaf. Kita bagaikan hamba yang hanya perlu menyenangkan hatinya. TAATILAH MEREKA SELAGI MEREKA DI SISI KITA DAN SELAGI KITA BERNYAWA.

Buat bakal suamiku,
saya tak layak untuk membuat pesanan sedemikian tetapi saya hanya mampu untuk pinta kemaafan dan keredhaan. Kerana saya tahu dengan kekurangan diri, saya takkan mampu untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna malahan menambahkan beban kamu. Moga ikatan yang singkat ini mampu membawa ke syurga.

4 kata penuh gaya:

Jai 11 Jun 2011 pada 4:13 PTG  

Siapalah agak2nya bakal suami yati tu yer.. ;)

Cahayamylife 11 Jun 2011 pada 9:50 PTG  

@Jai Hahaha.
Tak tahu la.
Tunggu je skang ni.
Nanti kang yati lak yang curious.
Jai lain la.
Dah jadi pengantin baru.
=)

ayaz,  23 Jun 2011 pada 11:44 PTG  

bagust tul entry kali ni. bakal suami ini akan cb yg terbaik utk memahami is3 nnt. mg Allah bg taufik utk bt yg terbaik yg diredhai allah.

Cahayamylife 23 Jun 2011 pada 11:54 PTG  

@ayaz
Saya rasa bertuah bakal isteri anda itu nanti.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP