Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

16 September 2011

Home » » Blogger Ini Bakal Berkahwin

Blogger Ini Bakal Berkahwin

Uhuk! uhuk!
Hah, kan dah terbatuk.
Apa tandanya tu?
Tandanya blog ni dah berhabuk dan bersawang macam bilik aku. Apsal la bilik aku ni takleh ditinggal lama.
Baru dua, tiga hari outstation, lelabah ni dah buat projek.
Nak kena depa ni.
Okey2, ada cerita best ke yang tetiba update ni?
Takde apa yang best pun.
Kerja aku dah mula berlambak kini.
Dan, dan, Krole bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi!!
Siapa yang tak kenal Krole pemilik Krolezone.com ni sila turun tangan.
Kalau turun tangan, confirm korang leh menaip kan.
hee~
Pemilik blog ni dijemput juga.
Tetapi hati masih berbolak bahagi disebabkan
1.Sabah bah. Mau booking tiket pulak dah. Suruh orang belanja je la.
2.Sabtu ada halaqah jam 8pagi maa.

By the way, pihak pengurusan Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek bagi program Segunung Kasih, Sebesar Harapan menjemput anda semua untuk menghadirkan diri bagi majlis makan malam amal di Kelab Golf Bukit Beruntung pada 16 September 2011.
Harga bagi setiap kerusi telah diturunkan dari RM70 kepada RM50.
Bagi warga SAMSES yang ingin membawa bersama pasangan atau saudara-mara, harga yang diberikan adalah sebanyak RM20 seorang bagi mereka yang anda jemput.

Objektif khusus program melalui jangkaan kutipan dana adalah seperti berikut:
1) Membiayai program-program peningkatan akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar.
2) Membiayai kos pembinaan bilik air asrama yang sempurna.
3) Membangunkan persekitaraan sekolah dari sudut keselamatan dan keceriaan bagi menyediakan suasana 

pembelajaran yang kondusif.
4) Membeli 20 buah komputer untuk kegunaan pelajar.

5) Membina sebuah bilik PIBG
6) Membina Bilik Gerakan Pengurusan Disiplin dan Pembangunan Sahsiah Pelajar.

Sekiranya anda tidak dapat hadir dan ingin memberi sumbangan juga dialu-alukan.

Untuk tempahan, boleh hubungi Ustaz Azhari bahagian SAMSES Alumni (019-2196646)

4 kata penuh gaya:

krole 23 September 2011 pada 11:15 PG  

wuah!!! terima kasih wak!!! awak..hari ini krole dah dapat coklat tu!!! yeah!!! baru je dpt ni...nnt krole update

Cahayamylife 23 September 2011 pada 5:27 PTG  

@krole
Sama-sama.
Actually agak terkilan sebab tak dapat nak sponsor apa-apa untuk kawen ni.
Ingat nak sponsor kad kahwin tapi dah terlambat.
hee
Yeke?
Alhamdulillah sampai juga.

Mujahid_sufi 4 Oktober 2011 pada 11:09 PTG  

Mati2 igt blogger ini yg nak berkahwin.
Kalau tak mmg dah nak sedia hadiah .

Cahayamylife 4 Oktober 2011 pada 11:27 PTG  

@Mujahid_sufi
Kalau ya, saya inform le.
Yang penting hadiah tu mestilah yang saya boleh guna di rumah.
hee~
*kes jimat

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP