Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~
Memaparkan catatan dengan label blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger. Papar semua catatan

30 September 2011

Nak Join Bloglist Salam Ukhuwah


Okey, okey.
Jangan terkejut.
Setelah sekian lamanya saya mengikuti jua aktiviti yang blogger lain anjurkan.
Dah lama tak join bloglist orang lain.
So, nak jugak blog cahayamylife yang berdomain sendiri ni bertepek kat blog orang lain.
Kan? Kan? Kan?
hee~
Buat Atika, thanks so much!
Nak tag pengantin baru Krolezone.com dan sahabat saya mymijie.blogspot.com
read more "Nak Join Bloglist Salam Ukhuwah"

16 September 2011

Blogger Ini Bakal Berkahwin

Uhuk! uhuk!
Hah, kan dah terbatuk.
Apa tandanya tu?
Tandanya blog ni dah berhabuk dan bersawang macam bilik aku. Apsal la bilik aku ni takleh ditinggal lama.
Baru dua, tiga hari outstation, lelabah ni dah buat projek.
Nak kena depa ni.
Okey2, ada cerita best ke yang tetiba update ni?
Takde apa yang best pun.
Kerja aku dah mula berlambak kini.
Dan, dan, Krole bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi!!
Siapa yang tak kenal Krole pemilik Krolezone.com ni sila turun tangan.
Kalau turun tangan, confirm korang leh menaip kan.
hee~
Pemilik blog ni dijemput juga.
Tetapi hati masih berbolak bahagi disebabkan
1.Sabah bah. Mau booking tiket pulak dah. Suruh orang belanja je la.
2.Sabtu ada halaqah jam 8pagi maa.

By the way, pihak pengurusan Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek bagi program Segunung Kasih, Sebesar Harapan menjemput anda semua untuk menghadirkan diri bagi majlis makan malam amal di Kelab Golf Bukit Beruntung pada 16 September 2011.
Harga bagi setiap kerusi telah diturunkan dari RM70 kepada RM50.
Bagi warga SAMSES yang ingin membawa bersama pasangan atau saudara-mara, harga yang diberikan adalah sebanyak RM20 seorang bagi mereka yang anda jemput.

Objektif khusus program melalui jangkaan kutipan dana adalah seperti berikut:
1) Membiayai program-program peningkatan akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar.
2) Membiayai kos pembinaan bilik air asrama yang sempurna.
3) Membangunkan persekitaraan sekolah dari sudut keselamatan dan keceriaan bagi menyediakan suasana 

pembelajaran yang kondusif.
4) Membeli 20 buah komputer untuk kegunaan pelajar.

5) Membina sebuah bilik PIBG
6) Membina Bilik Gerakan Pengurusan Disiplin dan Pembangunan Sahsiah Pelajar.

Sekiranya anda tidak dapat hadir dan ingin memberi sumbangan juga dialu-alukan.

Untuk tempahan, boleh hubungi Ustaz Azhari bahagian SAMSES Alumni (019-2196646)
read more "Blogger Ini Bakal Berkahwin"

25 April 2011

Segmen Blog Saya



Kenapa blog saya? Sebab saya kena cerita tentang blog saya sendiri.huhu. Ok2. Segmen yang ditaja khas oleh pihak kementerian teknologi dan inovasi ini telah bermula tadi. Jam berapa tak pasti. Tapi tamatnya esok petang.huhu. Okey2. Segmen ini sebenarnya anjuran dari Krole. Tuan empunya blog krolezone.com. Beliau mahu masing-masing promote blog sendiri. Tapi kalau tak suruh pun, masing-masing suka promote blog sendiri kan. Buktinya pergi ke blog orang, mesti PING blog. Betul tak? Okey, terus kepada segmen ini.

Prolog
Halaman blog yang berwarna merah, peach, pink, maroon, dan lain-lain lagi yang aku tak dapat cam kalernye ni, buat aku terfikir-fikir. Adakah para pengunjung blog aku ni boleh terima appearance blog aku ni. Kotla kata kena pakaikan kot ke, gaun ke, blazer ke. Aku boleh je nak buat. Cuma takut korang terkejut la pulak nanti kang.haha. Aku rasa readers blog aku akhir-akhir ni agak boring dengan entri-entri di blog aku. Asyik-asyik pasal pengantin, pameran.haha. Jangan ngengade eh. Blog aku ni macam-macam ada. Kalau tak mahu baca pasal pengantin, tazkirah banyak. Sebab ni lebih kepada tazkirah. Yang seronok baca pasal pengantin ni bakal pengantin je. Ye dak?

Ada apa pada nama?
Blog ini telah dinamakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم. Kepada yang tak tahu baca, bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Pernah tak dengar kisah seorang guru setiap kali memulakan sesi pembelajaran, beliau akan menulis lafaz bismillah itu di papan putih. Kelas beliau ketika itu mempunyai seorang pelajar cina. Kebiasaannya itu telah membuatkan akhirnya pelajar itu memeluk agama Islam. Kenapa kita kena mulakan setiap perbuatan dengan lafaz bismillah? Banyak kelebihannya. Antaranya menghindarkan rasa benci, menundukkan orang zalim, menghindarkan diri dari perkara-perkara yang tidak diingini dan banyak lagi. Sila gunakan perkhidmatan talian hayat yang disediakan iaitu Encik Google. So, aku harap sangat setiap yang membaca blog ini akan menerima dengan hati terbuka dan rasional. Bijak memilih yang mana baik dan buruk. Kerana aku juga insan biasa. Tak lepas dari kesalahan. Walaubagaimanapun, mana yang salah, masih boleh diperbetulkan. InsyaAllah. Yang paling penting korang tak benci tuan blog yang baik hati dan cumil ini.hee~

Sejak bila berblog?
Sejak Mei 2009. Agak lama. Dan alexa rank blog ini kini baru capai 784 376. Manakala traffic rank in Malaysia 6 900. Walaubagaimanapun alhamdulillah page rank sudah mencapai 1. Agak susah sebenarnya untuk tingkatkan page rank jika jarang update.  So, nak tingkatkan PR, kene mahir dalam SEO. Aku pun masih belajar. Rasanya sebab blog aku ni terlebih banyak pasal pengantin dan pameran kot. Sebab kalau taip pasal Pameran Pengantin 2011, blog aku adalah yang paling teratas. Agak tak sangka jugak. Tapi buat biasa sudeh~

Tujuan berblog
Sebenarnya cuba untuk mengetengahkan tazkirah. Memang aku akan utamakan tazkirah. Dan aku cuma selitkan sedikit tentang pameran dan pengantin serta info-info berguna. Sambil-sambil membantu insan yang mahu membina masjid. Tak sangka sudah ada yang nobatkan blog ini sebagai blog universal. Walaupun kadang-kadang ada entri santai, sebolehnya aku cuba menampakkan tersiratnya dari segi ukhrawi. Selit-selit sedikit pendapat dan pengisian yang bermanfaat.Sebab dunia dan akhirat tidak boleh dipisah. Walaubagaimanapun terima kasih kepada semua kakitangan masyarakat yang terlibat sama ada yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia. [Erm..ada ke?].

Penutup
Blog yang serba tak canggih tetapi comel dan cute ini haraplah sangat dapat memenangi hati encik Krole.wahaha. Saje-saje mahu Krole promote blog ni. Walaupun dah selalu jugak Krole sebut-sebut. Saya(blog ni) kan buah hati anda(krolezone).haha.Jangan salah anggap sudah.

p/s:Sesiapa nak join, sila klik banner segmen.Terima kasih.
read more "Segmen Blog Saya"

18 April 2011

Saya Nak Jadi Bloglist Simanis-Cadburylady


Tadi jalan-jalan ke blog Jai dan baca entri baru beliau. Terkejut juga Jai join.haha. So, saya pun nak tumpang sekaki. Harap2 sempatla ye cik AidaNatasya.
Saya nak tag semua orang. Korang kena cepat sebab terhad tau. 20 wanita dan 10 lelaki sahaja. Yang paling best dapat hadiah tau. Fragrance!! My fav! Mujur takde Verawang Princess punya.wahaha. Apa-apa pun i like!
Tarikh tutup 30 Jun 2011.
Nak join, klik je banner di atas tu okey.
read more "Saya Nak Jadi Bloglist Simanis-Cadburylady"

Mahu Iklankan Blog Secara Percuma? Mari Sertai


Anda mahu? Siapa yang tidak mahu. Percuma gitu. Ala, bagi la pada sesiapa pun. Asal nama percuma je, semua orang sebat. Sampai semua tergadai. Eh2, terkeluar topik pulak.hee~ Kali ni Encik Peja @ Faizal Syukri menyediakan segmen bagi mempromosikan blog-blog blogger yang lain. Especially la yang baru nak naik kan. Macam saya. [Perasan kejap!]

Beliau sediakan empat kategori blog:
1. Kategori Peribadi: Blog kengkawan mempunyai artikel yang 100% berkenaan diri anda.
2. Kategori Perniagaan: Blog anda fokus kepada hal perniagaan walaupun ade juga artikel2 lain.
3. Kategori Ilmu dan Info: Blog anda mempunyai pelbagai ilmu bermanfaat seperti tips, teknik, pendidikan, agama, resepi dan lain2.
4. Kategori Rojak: Blog anda sememangnya bercampur-campur pelbagai perisa. Ala, cam blog Peja ni la... Macam-macam ada.
Psst: Blog berunsur porno, politik, perkauman akan ditolak mentah2...
So, jika berminat, sila ke link berikut Pengumuman Kepada Pemilik Blog 
read more "Mahu Iklankan Blog Secara Percuma? Mari Sertai"

17 April 2011

Bloglist Satu Bulan Bersama Dunia Lelaki Maskulin


Lama betul aku tak join bloglist di blog orang lain.huhu. Jadi, kali ini aku mahu blog ini sertai senarai blog di blog Dunia Lelaki Maskulin. Den terkojut jugak di invite nih. But, okey la. Best gak blog ni. Rasanya bukanlah semua lelaki je yang boleh baca kan. Semua orang boleh sebab aku pun akan hidup dengan lelaki juga. Kan? Kan? Kan? hee~ Gatai no. Takde apa yang boleh ditolak. Banyak info berguna dalam tu. Betul juga kata owner blog tu, Encik Bakri yang info pasal lelaki ni kurang sikit kalau nak cari tu. Tak payah nak jumpa pun, kene cari bebetul.Ye dak?
Tang tag ni, confirm la den tag yang rajin layan den sembang:
Lagi sorang ni den tak tau. Naim sibuk exam. hurm..sapo eh?
Hah, kawan aku yang tercampak kat UiTM Shah Alam,

Orite! Mintak2 sempat la ye. Thanks bro!
read more "Bloglist Satu Bulan Bersama Dunia Lelaki Maskulin"

15 Mac 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


Sebenarnya dah berpuluh kali aku nak join segmen-segmen yang Abang Ben buat nih tapi asyik tak dan je. Almaklumlah, semua segmen terhangat. So, kene express macam bas Transnasional tu. Aku tak berapa nak express la time tu aku tengah belajar lagi. Sekarang sudah ada waktu percuma [free le tu], ambil kesempatan. Lagipun senang jek. Cuma terkantoi sudah la identiti aku.haha. Selalunya aku ngaku aku orang Selangor. Kali ni tidak lagi. lalala~ [Confirm satgi kena bedal]

Latar belakang
Aku lahir kat atas papan, dikelilingi kain. Aku rasa time tu kat rumah tu takde peti ais lagi. So, confirm aku tak lahir depan peti ais. Dalam rumah kedai depan Perhentian Keretapi Kampung Sungai Serian, Gua Musang, Kelantan. So, aku tak pernah kisah pun tido kalau bunyi-bunyi siren ketapi ni. Pasal belum lahir lagi aku dah selalu dengar. Cuma member2 yang aku bawak balik je la dorang takleh tido. Almaklumlah, ekspres banyak sangat. Kejap2 ada. Ada berani nak pi? Jom.

Profesion
Baru habis belajar bahasa arab yang mudah yang sampai sekarang masih tak faham-faham benda yang mudah tu dan bakal menyambung pengajian ke peringkat ijazah pula bulan 9 ni. InsyaAllah kalau benda mudah tu aku leh aplikasikan dengan baik dalam exam yang lalu. Esh, camne la nak faham Al-Quran kalau cenggini.

Blog favourite
Favourite eh? Blog Nota Siku, Haruman Mawar, Eqbalzack, Decrewz dan Ar-rifke.
Fuh, banyaknya.
Err..skang ni dah kurang gi mana-mana blog pasal sibuk kerja pulak. huhu. Sebab tu dah dipesan, Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara. Tapi sekarang still pergi blog mereka plus Mymijie, Krolezone, Sekamar Rindu dan beberapa lagi blog yang bermanfaat.

Blog yang tak suka masuk
Erm..mana-mana blog la yang tak suka kat aku. haha. Ada ke blog tak suka orang.haha.
Normally orang tak suka blog yang loading lama. Aku pun sama la pasal aku pun orang yang masih normal. :D
Tak minat blog yang penuh dengan widget.
Pusing-pusing kepalo den ni ha. Tok pehe hok mano so entri iyo.
haha.

Impian terhadap blog
Semestinya meningkatkan lagi SEO.
Aku telah mengabaikan SEO sepanjang menceburi bidang lakonan blogging ini.
PR pun baru 1. Naik 2 pun dah cantik dah. Cuma aku rasa PR tu naik 1 pasal search engine jumpa pasal karnival and pameran pengantin kat blog aku ni tinggi sangat.
Alexa lak baru 998,980. Jauh tu nak capai 1k. Aiyyoo..!
read more "BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN"

02 Januari 2011

Lambaian Terakhir Buat Korang

Hurm..nampak gayanya, dah tiba masa untuk aku stop sementara dalam dunia blogging disebabkan sudah tiba masa untuk aku memulakan study. [Macam hangat-hangat tahi ayam je] Boleh ke aku hidup tanpa blog? Eh, silap2. Boleh ke blog hidup tanpa aku? wahaha~ Disebabkan bulan Disember adalah bulan terakhir aku bercuti, telah menyebabkan aku ter'over' active dalam semua yang berkaitan dengan blog. Aku ibarat aktif setiap hari. Tahun 2009 entry aku yang bermula bulan Mei sehingga Disember hanya sebanyak 53 entri. Tetapi bermula Januari sehingga Disember 2010, entri aku mencecah 132 entri. Melihatkan entri bulan Disember adalah yang terlalu aktif, memang tak mustahil, setiap entri member-member yang lain aku akan memberi respon. Bukan niat untuk spam okey. Aku pun tak tahu apa itu spam. Tapi memang hakikatnyalah, aku suka jadikan kotak komen sebagai ruang sembang, bukan lagi kotak sembang aku yang menggunakan chatbox atau shoutmix. Sebab shoutmix dan chatbox bakal hilang, kotak komen tetap ada. Antara blog yang aku terlalu aktif ni, Mijie, Aried, Decrewz, Ijam, dan Baom. Mijie confirm tak kisah kot sebab member. Yang lain aku tak pasti la. Maybe dorang marah agaknya. wahaha. Ntah-ntah Mijie pun marah. [Hah, sudah!] Kenapa korang rasa aku selalu boleh reply komen korang? Sebab aku suka subscribe. Tapi yang aku tabik ni, blog Matah@w. Aku jarang tinggal komen and jejak pun susah nak buat, tapi backlinks dia sangat tinggi.Mengalahkan blog aku sendiri cahayamylife.tk. Tu yang aku pelik. Encik Haw ni pakai apa eh? Hah, kebanyakan mereka yang aku suka komen ni member-member baru. Baru nak kenal, ceritanya pun macam orang baru nak kenal la. Except Mijie. hee~Adeh! So, blogger-blogger sekalian, Majukan blog di persada dunia! 
p/s:Hah, ayat macam aku nak stop blogging eh? Erm..let me think first.
p/s2: Apa motif aku letak gambar tu eh? Takde kene mengena langsung!
read more "Lambaian Terakhir Buat Korang"

31 Disember 2010

Memori 2010 Seorang Blogger


Aiyak! Korang yang dah memang dok stalk blog aku minggu ni, mesti boring kan. Baca benda yang sama. Almaklumlah, akhir tahun dan nak masuk tahun baru. Aku rasa tahun baru hijrah akan datang pun aku nak buat macam ni jugak la. Asyik masihi je yang dorang tumpu.huhu. Okey2, sebagaimana tajuk di atas, mestilah ceritanya pasal pengalaman pahit manis sepanjang bergelar blogger di tahun 2010 ini kan. Aku kene review blog aku sendiri la.wahaha~
Aku takleh nak cerita ikut archive bulan tu sebab tak konsisten.huhu.
So, 2010 inilah aku mula berkawan dengan blogger-blogger lain seperti kak Ili, Kak Juma, Naim, Krole, Mijie, Kak Wafa, and ramai lagi.
Tahun ni la banner aku mula dilancarkan.
Then, tahun ni juga la rasa macam nak join GA, even tak banyak sebenarnya.wahaha~
Tahun ni juga la blog aku ni dapat banyak award.
Dan tahun ni juga la blog ni mula aktif bercerita tentang munakahat. Nope! Lebih kepada info-info terbaru mengenai pengantin atau perkahwinan. Termasuklah karnival atau pameran pengantin.
Then, tahun ni juga aku jalankan GA yang pertama sempena apa? Itu tidak perlu dinyatakan di sini. [Siapa suruh cakap kan?] 
Tahun ni juga blog aku sudah mempunyai 300+ followers. Thanks guys.
Hah, tahun ni juga aku mula merasa pakai ads di blog, even baru 2bulan.
Dan yang paling penting, overall blog ni inc template, bacground, coding-coding, aku dah mula belajar dan faham. Sebab suka betul hack kan. [Opps! Jangan tiru aksi ini.:D] Sehinggakan aku lupa macam mana rupa asal blog aku ni.[Sebab just amik column je] Yang penting aku memang ubah terus lepas download template [Background je okey]. Tapi ini pun aku still tak bape ubah lagi ni kan. Korang yang dengki ngan aku, boleh la nak try. Aku nak tukar baru dah blog ni. wee~ Tapi aku rasa nak hire someone la ubah blog aku ni. FOC la ye.hee~

p/s:Moga-moga aku dapat jodoh pun dari blog.wee~
read more "Memori 2010 Seorang Blogger"

30 Disember 2010

Nak Masuk Bloglist Gempak Wan Hazel


TUTUP : 11.1.11



Hai Wan.hee~Ini bukan kes bodek okeyh! Hari ni terpanggil la pulak untuk join ini even dah dua hari dah benda ni dibukak.kan Wan kan. Ini pengaruh si Krole la ni.hee~ Dah lama juga kita tak sembang kan Wan? wahaha~ Dulu rajin nak blogwalking tanya khabar. Siap tanya tempat2 mana ntah. Almaklum, Wan ni bukan orang semenanjung.hee~
Nama glemer: Cahayamylife@Yati
Url blog: cahayamylife.blogspot.com
Ala, Wan boleh lak tanya kenapa nak masuk bloglist dia.
Siapa tak nak kan? Lagi2 selalu jenguk-jenguk blog Wan. Tipula tu jenguk saje. Turut ikut setiap arahan Wan tau. Sebab blog Wan ni penuh dengan tutorial. Kalau tengok header pun dah tahu yang beliau ni pakar dalam bab edit gambar. Sangat best okeyh. Macam-macam jugak yang dah follow dalam blog Wan yang melimpah ruah dengan ilmu-ilmu seperti di ladang gandum. Huh! Jadilah koko crunch! Wahaha~
Join klik sini.
read more "Nak Masuk Bloglist Gempak Wan Hazel"

29 Disember 2010

Saya Blogger Selangor

Alhamdulillah admin Blog Pilihan Malaysia telah melanjutkan penyertaan. Semalam punyala gelabah nak buat entri ni tapi terus cancel. Satu disebabkan dah terlebih masa, dua, broadband ku mengada-ngada. Time tu la line langsung takde. Saya rasa tetiba rumahku beralih ke hutan belantara. 'Memang sengaja tak bagi aku masuk kan.' Geram betul. Dan hari ni alhamdulillah, saya berjaya juga melaksanakan misi ini. Okeyh. Sengaja diri ini untuk menyertai Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri selepas tewas untuk melangkah ke peringkat kedua dalam Kategori Blog Pilihan Malaysia 2010.
So, kepada yang berkenan atau berminat dengan saya, eh, dengan contest ini, sila klik link di atas ye. Sekian. :D
Alamak, ada kerja yang perlu dilaksanakan la. Ok2. Saya cahaya. wahaha.Perasan! Saya Norhayati. Siapa kenal angkat tangan! Yang bermaksud cahaya hidupku. Sebab tu la blog ni dinamakan cahaya mylife.Kan initial tu. hee~ Saya seorang janda. Anak takde. Tak nak duda.wahaha~ Tapi saya tak pernah berkahwin, bernikah, dan bersuami. haha.Pening? Biarkan! Kalau ada apa-apa informasi best-best seperti lawatan sambil makan, reunion, reception day a.k.a wedding day, or apa-apa yang menarik, sila jemput saya. [Paksa ni!] Hah, admin suruh bagi email or apa-apa kecuali no phone kan? hee~ Ngade-ngade nak bagi no phone nih. 014-55398##. Saya sendiri pun tak tau 014-5 tu talian apa.wahaha. Ala, nak lagi dekat di cahayamylife.blogspot.com atau mana-mana blog saya la. Banyak blog saya ni.hee~ Tapi secara private, boleh la emailkan apa-apa yang perlu ke zaujah1404@gmail.com. Kalau nak buat apa-apa liputan bersama saya, boleh hubungi saya di www.facebook.com/norhayati.rostam sebab saya jarang on FB.wee~ Kini saya menetap di Klang, Selangor. Kat sebelah Carrefour Klang je.hee~ Apa yang menariknya Selangor ni? Uish, banyak! Tapi saya lebih suka bercerita mengenai Klang sebab banyak sangat kalau nak cerita pasal Selangor.Disebabkan saya sedang mencari tempat bulan madu yang menarik, so, serba sedikit saya tahu apa yang menarik di tempat saya. Jom kita tengok.
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Inilah dia warisan yang masih dipelihara di Klang. Galeri ini mula dibina pada tahun 2002.Muzium ini dibina oleh Sultan Selangor kesembilan, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi memperingati jasa-jasa ayahandanya almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Terdapat pelbagai koleksi DiRaja yang dipamerkan di sini, terutamanya koleksi sejak zaman kanak-kanak dan juga pertabalan Sultan Selangor pada 1960 dan pertabalan sebagai Agong ke-11 Malaysia pada 1999.
Antara koleksi yang terdapat di sini termasuk mahkota bertatahkan berlian Sultan Selangor, cap mohor DiRaja Sultan Sir Abdul Samad (Sultan Selangor ke-4) dan juga pedang negeri bertatahkan permata Burma dan digunakan oleh Sultan Selangor ke-5. Lebih kurang 3km sahaja dari rumah saya.hee~
Istana Alam Shah
Pintu Masuk Istana Alam Shah
Selalu sangat saya lalu di hadapan pintu masuk ni, tapi tak pernah berkesempatan untuk singgah. [Konon busy macam Sultan.:D] Ini juga di Klang iaitu Klang Selatan. Inilah istana rasmi baginda Sultan Selangor. Istana ni dibina pada tahun 1905 lagi tapi reka bentuk lain la sikit dari yang atas ni. Sebab yang atas ni telah diubah sua sedikit oleh almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada tahun 2000. Lagipun inilah tempat almarhum baginda sultan dilahirkan. :D
Masjid Sultan Suleiman
Masjid ini adalah masjid diraja. Terletak di Kampung Jawa, Klang. Berdekatan dengan Bukit Istana dan tidak silap saya, berhadapan dengan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Yang ni pun saya tidak pernah singgah. Saya pernah la menuntut ilmu fardhu ain dengan Imam Masjid Diraja ini. Terkejut juga bila tahu beliau bekerja di situ. Apa lagi, ambil kesempatan tanya macam-macam la saya kan.:D Oh, tentang masjid ini, reka bentuknya unik Sebab tak sama dengan masjid lain. Ada yang kata ikut senibina campuran Islam Moorish dan Inggeris dan ada yang mengatakan Art Deco. Lagipun ia telah dibina pada tahun 1932 masa pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran selepas Jugra. Tahu kan Jugra tu adalah pusat pentadbiran Selangor yang pertama?
Masjid Baru Bandar Klang
Siapa yang datang ke Klang 3tahun lalu, maybe tak sempat lihat seperti ini. Sebab 3tahun juga terbengkalai dan akhirnya ianya terbina dengan baik.Masjid yang berada di tengah-tengah pusat bandar dan di tepi Sungai Klang ini dipercayai mampu menjadi daya penarik dan agak besar juga masjid ni. Pernah la solat di sini selepas berbuka puasa dengan kawan-kawan kerja tahun lalu. Waktu tu, masjid ni baru sahaja siap.
Tugu Keris Klang
Kris monument
Siapa-siapa yang pernah datang ke Klang melalui Tol Sungai Rasau, pasti pernah melihat Tugu Keris ini. Memang nampak macam takde pape kan. Tapi sebenarnya ok jugak la. Kat situ pun boleh jalan-jalan di reflexology centre. Ada kat situ jugak. Tak caye, pergilah. Nak bawak anak-anak jalan kat situ pun boleh. Kan ada taman permainan kanak-kanak.
Kalau boleh nak cerita pasal Gedung Raja Abdullah, Taman Pengkalan Batu, dan Kota Raja Mahadi tapi macam tak berapa reti je nak cerita. Yang penting semua ni berhampiran dengan Masjid Klang, Sungai Klang, dan Istana Klang itu.
Tanjung Harapan
Ya..inilah yang paling famous sekali. Almaklum lah, tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran dan nak berdating dengan isteri atau suami. Best kot duduk-duduk di sini. Nak lagi masyuk, naik Star Cruises. No hal kalau bab tu. Lagi-lagi kalau nak merasa makanan laut bakar, boleh lah cari di sini. Lagi la dekat dengan rumah saya. Dan lebih dekat dengan tempat kerja saya.hehe. Naik motor je beb.
Kalau tak silap di Muara Ikan Bakar
Fuh, memang best. Sebenarnya saya tak pernah rasa lagi makanan Muara Ikan Bakar di Port Klang ni. Kakak saya biasa la. Cuma saya pernah rasa suasana Muara Ikan Bakar di Umbai.hehe. Melaka perginya kan. Yang dekat ada. :D
Replika kapal layar Bugis
Macam tournament kat Terengganu la pulak
read more "Saya Blogger Selangor"

26 November 2010

Blog Pilihan Malaysia 2010 [Jom Mengundi!!]




Ohoh! Ada sesiapa terkejut tak? Ke cahaya sorang yang terkejut? Adeh~ Rasa macam ketinggalan pulak. Sebenarnya tadi Titirara ada tegur  kat shoutbox.
Cahaya pun pelik la.Apsal pulak nih? Bukan dia sorang je yang wish congrats tu. Cerkleng pun sama. Cahaya ingatkan sesaje ke apa. Bila dah lebih sorang yang cakap ni, rasa macam perlu cari sebab la kan. So, pergilah google sebagaimana title di atas. Ohoh! Rupanya wujud. Cahaya pun cari la senarai undian. Dan tersangatlah betul2 ada nama blog ini iaitu بسم الله الرحمن الرحيم telah tercalon dalam BPM2010. Macam ABP la pulak.wahaha~ Maaflah kengkawan. Saya ketinggalan zaman la pulak.hee~ Sangat2 berterima kasih kepada yang sudi mencalonkan blog ni dan tahniah kepada calon2 yang lain. Bila cahaya tengok blog2 lain yang tersenarai dalam kategori cahaya, adeh~ lemah semangat. Semua blog top2 tau. Yang penting cahaya nak minta maaf banyak2 kepada yang wish tu sebab tak bagi respon sepatutnya. [Ada ke patut cahaya gi ziarah blog dorang je. Mana cahaya tau pasal BPM ni.] Dan kepada yang telah mengundi cahaya dan kawan2 cahaya yang tercalon seperti Naim.hee~ Terima kasih banyak2 kepada korang. Yang belum mengundi, cepat2la undi blog pilihan korang. Belek satu2 okey. Buat pilihan yang tepat. Oh, yang nak undi, sila undi di sini.
Cepat2.Undian untuk peringkat pertama ini akan ditutup pada 8pagi / 30 November 2010. Tinggal 4hari beb.Apalagi, meriahkan BPM2010 ni.

p/s:Nak tolong undi kawan2 punya boleh?
read more "Blog Pilihan Malaysia 2010 [Jom Mengundi!!]"

03 Oktober 2010

Exchange Link

Assalamualaikum. Kalau ade sape2 nak exchange link boleh tinggalkan komen anda dalam entry ni ye.

*Exchange banner juga dialu-alukan.Terima kasih.

read more "Exchange Link"

06 September 2010

Kad Hari Raya dari Wan Hazel

Hoho.siapa yang tak kenal ngan Wan Hazel, cepat2 la berkenalan yer.hee~
Untung2 dapat belajar cara nak edit gambar terbaik punye.
Ni sifu terhebat ni, sape2 yang nak kenal, leh gi ke blog beliau ye.
Dia ni sangat terkenal dengan header mengikut musim.
Kalo musim bola, gmbr die dok main bola.
Kalo musim raya, gambar satu family die, cm skang ni.hee~
Sebab memang kepakaran die bab foto2 dan mengedit2 ni.
By the way, terima kasih ye Wan atas kad ni.
Selamat Hari Raya jugak ye Wan.
Dan dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran percakapan yang membuatkan sesetengah pihak terasa.
Jangan risau, isi blog ni semuanya berkisar dan berkaitan dgn hidup saya termasuklah bab kesihatan.
Jangan lepaskan malam2 akhir Ramadhan yer.
Belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat rasai.
Salam Muhibbah~
read more "Kad Hari Raya dari Wan Hazel"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP