Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

30 Oktober 2011

Home » , » Shoot di Pameran Pengantin SACC Convec

Shoot di Pameran Pengantin SACC Convec

Bertemakan The Magical of Arabian Night, Pameran Pengantin Malaysia 2011 Edisi 22 ini telah dilaksanakan dengan jayanya sepanjang tiga hari, 28, 29, dan 30 Oktober 2011 di Shah Alam Convention Centre. Terlalu banyak vendor yang menyediakan diskaun hebat kepada bakal-bakal pengantin. Saya sendiri yang pergi ni pun teruja melihat tawaran mereka. Lebih-lebih lagi Nurul Izzah Catering menawarkan diskaun sebanyak RM200 untuk hari ini. Dan semalam lebih banyak sebenarnya. Cuma saya terlupa berapa jumlahnya. Ini pun tadi pihak Nurul Izzah Catering hubungi saya untuk dapatkan harga menarik itu. Yang pasti, honeymoon dalam DAN luar negara di tangan anda bagi RM11.90/pax ke atas.  Manalah tak teruja. Kalau saya ni bakal pengantin, tidak mengapalah juga kan. hee~ (eh, tercerita Nurul Izzah Catering ni pulak)
Penaja utama bagi pameran kali ni, haruslah Rins Suzana. Ini pelamin yang dihasilkan oleh mereka.

by Rins Suzana
Setiap event yang dijalankan oleh penganjur, pastinya diadakan majlis persandingan pengantin. Seronoklah pengantin baru ye. Kita yang dah senior ni, tolong doakan yang baik-baik untuk mereka ye. Banyak juga persembahan yang disediakan tetapi saya hanya sempat menyaksikan persembahan tarian dari MNZ Creative. *erk! terpaling muka sebentar.
Jom tengok beberapa lagi keping gambar yang sempat saya snap. (Tak banyak sebab ambil masa yang lama berurusan dengan vendor di Klang :) )



























p/s: Kepada mana-mana pihak event management yang berminat mempromosikan karnival anda sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa syarikat sebelum ini, sila emailkan kepada saya maklumat-maklumat program atau klik sahaja button di atas.
Terima kasih.

0 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP