Siri Pengajian Pengubatan Islam
Sudahkah anda mendapatkannya?
Siri yang diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa) & Koperasi Darussyifa' Berhad ini baru sahaja saya dapatkan pagi tadi di hadapan perpustakaan. Murah sahaja okey. Satu jilid RM20. Satu set RM100. Sebenarnya ada beberapa isinya yang sudah saya baca terlebih dahulu di laman mereka tetapi pastinya apa yang tertulis di buku berbeza dengan apa yang tertulis di laman sesawang. Di laman mereka hanya seperti hujung kuku jari ni je ha. Mukadimah pun tak cukup. Kalau tak, takkan nak diterbit buku pula. Ye dak? Memang banyak perbezaan dari segi huraiannya. Itu sudah tentu. (Hakikatnya saya salah seorang penerima rawatan Darussyifa' :) ) Buku hasil karangan Dr Haron Din ini insyaAllah sedikit sebanyak membantu anda dalam mencari penawar bagi permasalahan kesihatan anda.
Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahualaihi wasallam:
'لكل داء دواء، فإذا أصيب دواء الداء برأ بإذن الله عز وجل'
'Setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka apabila dijumpai ubat kepada suatu penyakit itu, nescaya disembuhkan dengan izin Allah Azza Wajalla.'
Ingat ya sahabat-sahabat sekalian, jangan bergantung kepada manusia, tetapi bergantunglah kepada Allah. Manusia hanya sebagai pengantara. Cari penawar biarlah yang bersumberkan AL-QURAN bukan dari unsur JIN mahupun SYAITAN.
Sebagaimana firman Allah subhanahu wataala:
"وننزل من القرءان ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين"
"Dan Kami turunkan daripada Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman"
Walaubagaimanapun, anda harus ingat bahawa setiap penyakit itu adalah ujian. Setiap ujian adalah kifarah atas dosa-dosa lalu. Apa-apa pun, rohani kita yang harus dijaga molek dan baik. Sihat rohani, sihatlah jasmani.
nota kaki: Kenapa ayat aku makin lama, makin skema ni?
1 kata penuh gaya:
bagus. sbnarnya amalan2 agama bukan berfaedah utk kita kat akhirat jer. kat dunia pon Allah boleh bg. tapi hyer segelintir yg yakin. dalam menta'ati Allah & rasul, terdapat pelbagai kejayaan,kebahgiaan,kebaikan, keselamatan dll.dlm mengingkari Allah & rasul, terdapat pelbagai keburukan, bala, mudharat, penyakit dll.
wa 'alallahi tawakkalna
-ayaz
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan