Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

29 Oktober 2009

Kelas Bermula!!

Tanggal 27 Oktober 2009, kami student CFS IIUM dah start klas. Tapi time tu ramai dak2 tak masuk klas coz depa nk settle kan registration and lain2. Maybe tak sepat kot dorg nak masuk kelas..Ana pun beratur panjang2, dah masuk lab pun..Tapi malangnya, PC first jammed..
tunggu PC lain, jammed.Yang ketiga pun jammed..Ana asyik tengok jam je..Alamak, ustaz dah masuk kelas..Camne nih?? Ana pun terus ajak Syafiqah naik klas..Waduh..rase cm rugi je beratur pepanjang.huhu.takpe2..sume merasa kan.hihi.
Last2 petang tu ana mintak tolg membe wat kn memandangkan die tak masuk kelas.hihi.
Then, blk amik time table FIM plak coz tinggal tu je yg tak amik lg..
Waduh..crowded lagi..Memang tahun yang best agaknye.. Nak habis pun lambat lagi rasenye.
Tp every class yang ana masuk, mesti lecturer sebut pasal MID TERM EXAM..waahh..cam dah dekat jek.Tapi takde lah dekat sgt..cuma everything kene bersedia dr awal coz level sem ni lagi mencabar. Yang ana tertarik bile Mr. K sebut pasal sem break..huhu..bese la.. But Im still wondering pasal Mid Sem Break nanti..start from 14 Disember but is it we have any class or paper on 12 and 13 of Dis..Coz ana dah plan nk gi Kedah for something ceremony..Either 12 or 13..I dont know..Its depends on matrics schedule.What ever pun, kita tunggu je la..
read more "Kelas Bermula!!"

24 Oktober 2009

10 Pesanan wat Orang Bercinta

Pesanan ni ana dapat dari insan yang suke berpesan-pesan. Ni tidak terkecuali untuk ana dan tidak tertumpu kepada sesiapa..Hanya menyampaikan.
Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
read more "10 Pesanan wat Orang Bercinta"

23 Oktober 2009

Result??

Waduh..result aku kire org kata patot bersyukur dah la..
Memang aku bersyukur sgt tak kene repeat..
Tapi tak best la kan sebab rendah r pointer nak banding ngan orang lain..
Ye ke?
Aku banding ngan sape eh? hahaha..
Tapi, betol.. ( sape kata salah )
Aku rase cm tak bape layak la tok aku..Sebab aku tau aku mampu wat yg lebih baik dari tu..
haha..ne tak nye, ni pasal mid term ari tu la ni..Tu la, ko ingat belajar kat u ni sama macam kat skolah ke..
Sume berkait tau..ish3..
Ape pun..aku bersyukur sangat tak repeat..n yg penting bukan 3.000 jek..
read more "Result??"

17 Oktober 2009

Alamak!!!!!! Lupa ke Nyanyuk??

"Alamak, aku lupe r!!!"
Ye ke..ntah2 dah nyanyuk.. Ungkapan ni selalu diucap dan menjadi kebiasaan pun terutama sekali insan yang hina ni lah..Almaklum la, diri semakin TUA dan BUKANnya semakin MUDA. Tapi, de perbezaan antara lupe dan nyanyuk nih.
Profesor Madya Dr. Raymond :"LUPA dan nyanyuk adalah dua istilah yang sangat berbeza. Lupa adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu seperti lupa sekejap. Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya,"
So, jangan keliru tau..
Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan.
Macam ana la..haha..nampak je cool tapi semua lupe.Banyak sangat yang nak difikirkan la konon. Macam la dah ada family.
Dalam istilah perubatan dan psikologi : Lupa juga dikenali sebagai AMNESIA dan terbahagi kepada beberapa jenis.
Lupa paling kerap dialami individu ialah:1. Lupa secara spontan-Lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar mengabaikan sesuatu perkara dan cuai.2. Sindrom otak pasca traumatik-Biasanya ia berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga menimbulkan kecederaan ke atasnya.3. Sindrom otak organik-Ia disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol secara berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawalan. Ini boleh menyebabkan perubahan ke atas fungsi otak.
DIAGNOSIS/ PEMERIKSAAN-PESAKIT akan di berikan soalan soal selidik oleh pakar psikologi mengenai maklumat yang pernah mereka lalui bagi mengenal pasti tahap mental secara umum, jenis dan tahap penyakit yang dialami. Bagi pesakit yang sering terlupa kerana lalai, pakar psikologi akan mengadakan terapi psiko kerohanian kepada pesakit untuk membantu mereka menenangkan akal fikiran dan melatih diri menggunakan buku nota atau diari bagi menge- lakkan terlalu kerap terlupa.
PEMAKANAN UNTUK OTAK SIHAT-SEJUMLAH 5 hingga 15% individu berusia melampaui 65 tahun mengalami kekurangan vitamin B12 yang penting untuk otak.
Kekurangan ini kerap ditemui dikalangan pengamal maun atau hanya makan sayur-sayuran sahaja.Vitamin B12 yang mengandungi cyanocobalami membantu melindungi saraf dan ia terlibat dalam pembentukan sel darah merah di dalam tulang sum sum.Kekurangan vitamin B12 adalah berkaitan dengan kegagalan menyerap vitamin B12 dari perut dan ini boleh diatasi dengan pengambilan beberapa mg dos vitamin bagi menggalakkan penghasilan faktor anemia yang boleh menggalakkan proses penyerapan.Vitamin B12 dihasilkan oleh mikro organisma tertentu dan dihasilkan di dalam hati serta melalui proses sintesis. Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti hati, daging, telur, keju dan bahan bijirin.
TANDA-TANDA
1. Hilang daya ingatan/lupa-Pesakit tidak dapat mengingati peristiwa-peristiwa yang baru berlaku (lost of recent memory). Contohnya seperti lupa menu sarapan pagi yang dimakannya dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka masih ingat peristiwa atau perkara lama seperti nombor kad pengenalan dan sebagainya. Namun, ingatan ini juga lama-kelamaan akan hilang dari ingatannya.
2. Fungsi otak merosotKemudian satu persatu fungsi otak merosot menyebabkan pergerakan menjadi lambat dan lemah di kaki, daya makan dan menelan turut terganggu. Pesakit juga tidak mampu lagi mengawal pundi kencing dan pembuangan air besar menyebabkan mereka membuang air di merata-rata tempat. Pengeluaran najis juga tidak dapat dikawal dan keluar tanpa pengetahuan pesakit.
3. Hilang rasa maluPesakit juga tidak merasa malu berbogel di khalayak ramai atau di kalangan ahli keluarga. Mereka juga tidak segan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak senonoh atau berbincang mengenai topik-topik yang memalukan.
4. Hilang kebolehan asasMereka juga mula hilang pengetahuan asas seperti mengira, pengetahuan am lain seperti tidak dapat mengenali ahli keluarga yang biasa dilihat atau selalu dilihatnya seperti anak, cucu dan saudara mara lain.Percakapan juga menjadi semakin sukar dan tahap kefahaman juga amat lemah.
ni part of tanda-tanda nyanyuk di peringkat yang teruk.
Tanda-tanda sama ada seseorang individu itu mengalami dimentia atau hanya penyakit lupa yang biasa dapat dikesan melalui ujian psikologi yang dilakukan. Pesakit akan menjalani ujian fungsi korteks yang diseragamkan di seluruh dunia seperti mengatur kiub, ujian ingatan dan pemeriksaan mata.
Pada peringkat awal, doktor akan menjalankan ujian tahap kecerdasan otak.Ujian scan otak (CT) boleh mengenalpasti sama ada otak mula mengecut atau sebaliknya. Ujian EEG juga kadangkala dilakukan bagi merakam gelombang otak. Gelombang otak yang hilang menunjukkan tanda-tanda dimentia. Tahap vitamin B12 dalam darah juga diukur.
Jika ia kurang, maka pesakit akan diberikan suntikan yang mengandungi vitamin ini agar mereka boleh mengingat semula."

Satu lagi, yang ana tahu SEMAKIN MENINGKAT HAYAT SESEORANG, SEMAKIN BERISIKO UNTUK MENGHIDAP DIMENSIA.
Meningkat hayat maksudnye tahap kesihatan die baik. Yelah, sebab die sihat, makin berumur la kan.
Tapi, nape lak orang tu sihat tapi leh terkena Dimensia @ Nyanyuk?
Sebab: Umur 20 TAHUN akan bermula proses kematian sel2 dalam otak dan menyebabkan otak mula mengecut.
Lebih cepat sel2 otak mati, maka lebih tinggi risiko mendedahkan seseorang kepada Dimensia.
Dimensia ni jugak berpunca:
- strok @ angin ahmar yang berulang kali
-alzheimer & parkinson
- ketumbuhan otak di Lobus Frontal & jangkitan otak yang menyebabkan ensefalitis ( sawan ).
-Selain itu, kurang vitamin B12
-kurang hormon toksin/tiroid yang menyebabkan hipotirodism & keturunan.
read more "Alamak!!!!!! Lupa ke Nyanyuk??"

16 Oktober 2009

Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah di SRA Nurul Ehsan


Hari ni kat skola ade Sambutan Hari Kanak-Kanak..
So, acara dibuka kepada semua pelajar la..
Ade cara pakaian beragam dan persembahan kelas2..
Kire semua kelas terlibat..
Almaklumla..PSRA dah lepas.. Final je tinggal..
Pakaian seragam disertai oleh pelajar tahap 1 dan persembahan pula disertai oleh tahap 2..
Yang menang tadi persembahan kelas 5 Ahmar..huhu..
Ne tak nye, 'Upin Ipin Beraya'.
Sonok sakan la..si Mail asyik ngan "2 singgit".
Ipin lak " Hmm..betol3"
Tapi memang best la..Cuma ana tak dapat nak rakam leklok..
Camera tak kene.hahaha.
Maaf eh.Ustazah tak larat nak dok bawah tu lelama.huhu ^-^

Lakonon 5 Ahmar " Upin Ipin Beraya"

Beberapa peserta pakaian beragam

Persembahan dari kelas 4 Ahmar

read more "Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah di SRA Nurul Ehsan"

14 Oktober 2009

Jantung ke heart???


Is it silly question? Jantung ngn heart kan sama..Ape daa..
Rasenye sume orang tau bahawa jantung mampu terus berdegup walaupun sudah dikeluarkan dari tubuh manusia yang hidup.
Perkara ini terus menakjubkan manusia sepanjang zaman.
Malah kaum Aztec yang tinggal di Amerika Selatan telah begitu kagum dengan keupayaan jantung berdegup di luar tubuh ini, sehinggakan mereka mengamalkan pengorbanan manusia dengan meragut keluar jantung dari mangsa pengorbanan hidup-hidup sebagai bahan persembahan kepada dewa matahari.

Ok2..skang ni kite masuk sket bab jantung..

Berat jantung adalah antara 350 gram hingga 450 gram bagi orang dewasa.
Jantung mengepam sekitar 80 cc darah bagi setiap degupan. Degupan jantung adalah antara 70 denyutan setiap minit, dan dalam satu hari jantung akan mengepam 8 ribu liter darah ke seluruh tubuh.
Jantung bekerja secara automatic melalui kumpulan sel yang istimewa, jantung mempunyai perentak jantung yang natural yang akan mengawal denyutan jantung.
Beberapa sel otot yang istimewa bertindak sebagai jalur seperti sirkuit elektrik.
Signal daripada perentak jantung dialirkan ke otot jantung secara teratur.
Injap jantung memisahkan berbagai laluan dan pembuluh darah yang besar. Dia bertindak seperti "pintu" yang membantu darah untuk mengalir hanya ke satu arah. Terdapat empat injap dalam organ jantung yang normal.
Arteri koronari adalah pembuluh darah yang istimewa yang menjalar di permukaan jantung. Arteri ini menyediakan darah yang kaya akan nutrien kepada otot jantung yang bekerja keras. Penyempitan atau halangan pada arteri ini akan menyebabkan serangan jantung dan penyakit arteri koronari.
Faktor utama menyebabkan sakit arteri koronari ni:

1. Merokok.. ( So, beware smoker !! )
2. Tahap kolesterol yang tinggi.
3. Darah tinggi.
4. Diabetes millitus ( Kencing manis daa.. )
5. Keturunan. ( Alamak!! Kene hati2 la nampaknye.. )
marah punca sakit


Senaman meningkatkan permintaan sistem pengaliran darah membuat jantung bekerja lebih efisyen. Adalah disarankan untuk berjalan, berjogging ringan, berenang atau berbasikal selama 30 hingga 40 minit sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Penyakit jantung mungkin tidak boleh didiagnosis pada peringkat awal.
Oleh itu, amat penting untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan ujian stress secara rutin, terutamanya jika anda berumur lebih daripada 45 tahun.
Cara hidup yang sihat amat penting dalam penjagaan kesihatan. Adalah penting untuk melakukan senaman yang rutin, menjaga berat badan, mengamalkan diet baik dan seimbang serta mengurangkan stress.
Sumber : Institut Jantung Negara
read more "Jantung ke heart???"

Nikmat!!

Pe yang nikmat??
Ntah..aku rase cm tak best je..
For the first time, aku rase boring sesangat cuti..
Almaklum la..Selalunye cuti jap je..Kali ni 3 minggu je..Pas SPM dulu pun berapa minggu jek..
Lagi satu puncenye, orang lain kelas, uia cuti..
waduh..tu yg BEST tu..Lain dari yang lain beb..

Tapi ni la masenye nak khusyuk sume bende..Amal ibadat senang nk wat..nak menghafal pun senang kan..
Time ni gak la nk manje2 ngan mak n supplement lain..huhu..
Whatever pun, all the best tok yang amik exam..yang br nk final, jawab lek lok..
Tok membe2 yang amik STAM, insyaAllah korang leh jawab..alamaklum la, korang sblm nak amik bende ni mesti hati da bersih cam amik SMA kan..
Korang gempak kan lagi macam yang kite penah wat tok SMA dulu..
Konpem orang tak pandang serong ngan batch kite kan..
Even most nye kat KKB..aku tak lupe ngn nida yang tinggal alone kat Hishamudin.
Bukan tempat aku di situ..Dan kami ditempatkan di tempat lain..
Ni la namanye kehidupan.. Datang dan pergi..
Wat aku sedih lak bile teringat korang sume..
Pape pun korang tetap di hati..


5 BIJAK 2008
syu, yati, mus, sikin, mia, zal, yan, zati, y, hawe, ijat, yazid, acad, yasir, karuk, eg, zaki, fedot, khai, saha, hannan


haja, zura, az, nida, bell, dayah, nani, eja, mira, achik, lia, atin, yana,zira, odan, azman, arop, arif, rahimi, duan, irham, jaa, faisal.

Actually, aku tak tau korang cukup ke tak..haha..aku lupe la..
Aku wat pun berdasarkan gambar yang aku de nih..


read more "Nikmat!!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP