Jantung ke heart???
Is it silly question? Jantung ngn heart kan sama..Ape daa..
Rasenye sume orang tau bahawa jantung mampu terus berdegup walaupun sudah dikeluarkan dari tubuh manusia yang hidup.
Perkara ini terus menakjubkan manusia sepanjang zaman.
Malah kaum Aztec yang tinggal di Amerika Selatan telah begitu kagum dengan keupayaan jantung berdegup di luar tubuh ini, sehinggakan mereka mengamalkan pengorbanan manusia dengan meragut keluar jantung dari mangsa pengorbanan hidup-hidup sebagai bahan persembahan kepada dewa matahari.
Ok2..skang ni kite masuk sket bab jantung..
Berat jantung adalah antara 350 gram hingga 450 gram bagi orang dewasa.
Jantung mengepam sekitar 80 cc darah bagi setiap degupan. Degupan jantung adalah antara 70 denyutan setiap minit, dan dalam satu hari jantung akan mengepam 8 ribu liter darah ke seluruh tubuh.
Jantung bekerja secara automatic melalui kumpulan sel yang istimewa, jantung mempunyai perentak jantung yang natural yang akan mengawal denyutan jantung.
Beberapa sel otot yang istimewa bertindak sebagai jalur seperti sirkuit elektrik.
Signal daripada perentak jantung dialirkan ke otot jantung secara teratur.
Injap jantung memisahkan berbagai laluan dan pembuluh darah yang besar. Dia bertindak seperti "pintu" yang membantu darah untuk mengalir hanya ke satu arah. Terdapat empat injap dalam organ jantung yang normal.
Arteri koronari adalah pembuluh darah yang istimewa yang menjalar di permukaan jantung. Arteri ini menyediakan darah yang kaya akan nutrien kepada otot jantung yang bekerja keras. Penyempitan atau halangan pada arteri ini akan menyebabkan serangan jantung dan penyakit arteri koronari.
Faktor utama menyebabkan sakit arteri koronari ni:
1. Merokok.. ( So, beware smoker !! )
2. Tahap kolesterol yang tinggi.
3. Darah tinggi.
4. Diabetes millitus ( Kencing manis daa.. )
5. Keturunan. ( Alamak!! Kene hati2 la nampaknye.. )
marah punca sakit
Senaman meningkatkan permintaan sistem pengaliran darah membuat jantung bekerja lebih efisyen. Adalah disarankan untuk berjalan, berjogging ringan, berenang atau berbasikal selama 30 hingga 40 minit sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Penyakit jantung mungkin tidak boleh didiagnosis pada peringkat awal.
Oleh itu, amat penting untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan ujian stress secara rutin, terutamanya jika anda berumur lebih daripada 45 tahun.
Cara hidup yang sihat amat penting dalam penjagaan kesihatan. Adalah penting untuk melakukan senaman yang rutin, menjaga berat badan, mengamalkan diet baik dan seimbang serta mengurangkan stress.
Cara hidup yang sihat amat penting dalam penjagaan kesihatan. Adalah penting untuk melakukan senaman yang rutin, menjaga berat badan, mengamalkan diet baik dan seimbang serta mengurangkan stress.
Sumber : Institut Jantung Negara
More fact?? Jom : http://ms.wikipedia.org/wiki/Jantung
0 kata penuh gaya:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan