Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

25 Mei 2011

Home » , » [Cara Atasi]:Kes Serangan Asid

[Cara Atasi]:Kes Serangan Asid

Prof Dr Zainudin Arifin dalam berita yang disiarkan oleh BH hari ini memberikan beberapa tip untuk mengelakkan kecederaan serius jika individu terkena simbahan asid. Kata beliau:

"Mereka seharusnya keluar dan pergi bekerja seperti biasa dan pada masa sama mereka hendaklah mengambil tindakan dan langkah keselamatan. Kesan akibat simbahan asid boleh dikurangkan jika mereka tahu apa yang hendak dilakukan," katanya hari ini. 

Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia. 

"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku. 
"Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan," katanya. 

Beliau berkata, jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.


"Jika dalam keadaan paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya," katanya.

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI SERANGAN SIMBAH ASID
Awas dengan lelaki ini yang disyaki melakukan serangan asid. Masih bebas dan telah melakukan serangan asid keatas 23 mangsa di kawasan Lembah Klang. Anda mungkin mangsa seterusnya. Berhati-hati.
Macam mana nak memastikan bahawa diri anda (terutamanya wanita dan gadis-gadis) selamat dan terhindar daripada serangan asid yang mungkin akan memusnahkan kecantikan  selama-lamanya. Bertindak sebelum terlambat.

1. Sentiasa berjalan ke arah lawan traffik. Suspek tak kan menyerang mangsa dari belakang sebab dia mudah dilanggar oleh kenderaan lain. Dan berjalan melawan arah jalan juga dapat membolehkan korang melihat individu yang mencurigakan.

2. Jangan berjalan berdekatan dengan jalan. Seboleh-bolehnya elakkan diri korang dari berjalan berdekatan dengan jalan kerana mudah suspek mejadikan korang sebagai sasaran. Pilih jalan di kawasan yang ramai orang.

3. Bawa dan pakai payung selalu. Payung boleh dijadikan sebagai pelindung dari terkena simbahan asid dan juga senjata korang paling efektif bila dalam situasi yang berbahaya. Lagipun sekarang ni kan cuaca tengah panas.

4. Pakai pakaian berlapis. Cara ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko kulit anda daripada terkena cecair asid.

5. Jangan keluar tanpa sebab. Tak payah nak chill out jalan-jalan tanpa tujuan buat masa ini. Duduk rumah belajar masak lagi bagus.

6. Elakkan daripada berjalan seorang diri di kawasan yang sunyi. Tak apa kalau jalan jauh dan ramai orang, asalkan diri korang selamat. Cara ini juga dapat mengelakkan korang dari kena ragut, pau dan serangan seks.

7. Sentiasa bawa air botol. Air adalah rawatan paling berkesan untuk menghilangkan asid yang terkena pada kulit. Basuh menggunakan air di anggota yang terkena simbahan sebagai rawatan awal. Air dengan jumlah yang banyak sangat diperlukan jika terkena simbahan asid. 

8. Pakai sun-glass mata lalat. Tahukan cermin mata gelap nih, bulan tahu kebanyakan perempuan memang ada cermin mata jenis nih. Pakai untuk melindungi mata anda dari terkena simbahan asid.

9. Laporkan mana-mana individu yang mencurigakan kepada pihak polis. Jika ternampak individu yang mencurigikan seperti di atas (gelap dan menunggang motosikal), ingat nombor plat dan laporkan kepada pihak polis secepat mungkin. Sekarang ini, polis dah buat unit khas untuk mengesan suspek.

10. Sentiasa berwaspada walau apa jua situasi. Ingat, bahaya di mana-mana.

credit to: 
okbulan.blogspot.com
resepirahsiaku.com

0 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP