Kahwin oh!! Kahwin Aku Bakal Berkahwin
Ni peta rumah aku. Kalau sesat, kol eh. :D |
Tarikh Mula: 3/5/2011
Tarikh Tamat: 3/7/2011
Tempoh : 2 bulan
PERINGATAN: Anda Yang Tidak Kahwin Pun Boleh Join!! Just Write it out…
5 Kategori Hadiah Kontest Kahwin Oh!! Kahwin
1) Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati dialqurandigital2u.com + 3 keping Dirham Kelantan!!
2) Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.
3) Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.
4) Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.
5) Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.
Keseluruhan Hadiah Dianggarkan Bernilai RM700 dan InsyaAllah terus meningkat!!
p/s: InsyaAllah hadiah mungkin bertambah jika sponsor beri greenlight nanti!!
Jantung aku dup-dap, dup-dap dah ni. haha. Bila tarikh semakin menghampiri, pastinya berbagai-bagai persoalan akan timbul di benak fikiran.
'Betul ke aku akan berkahwin?'
'Betul ke aku ni dah ready?'
'Eh, betul ke dia jodoh aku?'
'Eh, boleh ke aku pikul tanggungjawab ni?'
'Study aku macam mana?'
Ish, kalau dilayankan sangat semua persoalan tu. Gamaknya tak kahwin la hang.Aku ambil masa tak sampai setahun pun untuk persiapan. Hanya enam bulan selepas pertunangan. Agak lama juga bagi aku untuk tempoh ini. Yela..bertunang ni tak elok lama-lama. Darah manis orang kata. Aku pun tak tahu bila masa dorang boleh rasa darah kitorang ni. Aku rasa masa HIV test hari tu pun takde siapa yang nak usik. haha. Hakikatnya aku mula search serba sedikit mengenai alam perkahwinan dan website yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi persediaan perkahwinan seperti barang-barang hantaran atau pemberi idea dekorasi pada hari resepsi nanti. Banyak juga yang dah aku jumpa. Aku semakin pasti apabila bonda bagi pihak lelaki sudah mula menghubungiku bertanyakan pendapat. Dan bagi aku pendapatnya sangat terbaik memandangkan testnye bukan calang-calang. Setanding dengan tugasku sebagai wedding planner.
Pertunangan
Tanggal 12 Disember 2010, tiga buah kereta telah tiba ke rumah. Seperti yang dirancang, 5 dulang berbalas 7. Antaranya persalinan untuk pernikahan nanti, kasut untuk resepsi, dan beberapa lagi keperluan serta manisan. Melalui majlis pertunangan itu, pihak keluarga memulakan perbincangan mengenai tarikh perkahwinan, jumlah hantaran dan sebagainya. Usai sahaja tamat perbincangan, wakil keluarganya iaitu Puan Jamilah selaku bondanya menghampiri aku yang hanya mengenakan jubah,tudung, dan layah berwarna krim. Cincin disarung ke jari manisku. Seriously tangan aku betul-betul sejuk.Teringat pulak sehari sebelum peristiwa itu, aku sudah mula menggelabah. Bertanyakan orang sekeliling aku.
'Eh, esok aku tunang. Kena buat apa eh?'
'Nanti nak duduk macam mana?'
'Nak salam je ke cium pipi sekali eh?'
'Nanti kalau tiba-tiba cincin tu tak muat macam mana?'
'Nanti kena duduk dalam bilik je ke kena keluar?'
'Kalau tiba-tiba aku sakit perut masa tu macam mana?'
Sekali lagi diasak dengan pelbagai pertanyaan.haha. Namun, akhirnya semua telah selamat. Almaklumlah, sekali seumur hidup. Tapi kalau yang bertunang kemudian putus, pastinya ambil langkah bernikah terus tanpa majlis pertunangan. Betul tak? Itu yang keluarga aku pernah hadapi la. :D
Kemudian, aku mula dengan catering. Tak lain tak bukan yang uruskan hal katering ni adalah Puan Jamilah. Bukan aku tak tolong tapi aku dah survey pelbagai vendor dan aku arif dengan harga-harga yang ditawarkan. Memandangkan Puan Jamilah berbesar hati ingin meminta bantuan temannya, aku pun apa lagi. Besar tapak tangan, satu KLCC aku tadahkan.haha. Almaklumlah, kahwin ni sekali je. Kalau boleh buat the great, aku okey je. So, aku plan nak amik yang best-best tapi harga tetap maintain dalam bajet.haha. Peruntukan yang aku terima dari pihak lelaki adalah RM50k untuk kedua-dua belah pihak. Banyak gila kan? Aku yang dah biasa dengan wedding plan ni, aku lebih terbiasa dengan perbelanjaan bajet. So, bila sekali gedebuk dia bagi bajet yang tinggi, aku terus blur. Nak buat apa banyak-banyak ni? So, tanpa segan dan silu aku cadangkan pada encik tunang hanya RM30k sudah cukup. Selebihnya boleh digunakan untuk kehidupan selepas berkahwin. Tapi nak tahu apa jawapannya?
"Ala..yang lepas kahwin tu lain. Dah ada simpan kat tempat lain. Lagipun kita kahwin sekali seumur hidup. Apa salahnya?"
Mak aih, tergamam aku. Mana dia dapat duit sebanyak tu? Buat Score A ke apa tunang aku nih? Tapi memang tak dinafikan la. Dia memang seorang perancang yang baik. Everything dia dah merancang selepas SPM lagi. So, dah mula menabung sejak dahulu lagi. Sebab dia kata, 'sediakan payung sebelum hujan'. Walaubagaimanapun, aku tetap dengan pendirian aku. Aku nak DIY beberapa barang. Of course barang hantaran. Doorgift pun aku rancang nak DIY iaitu coklat memandangkan itu kemahiran aku. Bukan calang-calang okey walaupun DIY.
Barang hantaran
Selepas memikirkan katering, kami memulakan hunting untuk barang hantaran. Aku bermula dengan kasut tetapi tunang aku yang dapat kasut dulu. Aku pulak bulan April baru dapat kasut idaman aku. haha. Aku tak pentingkan harga tetapi keselesaan kaki aku memandangkan kaki aku kini memerlukan perhatian lebih. So, telekung adalah barang pertama yang aku hunting dulu. Telekung pula aku paling suka. Standard harga telekung yang aku beli tu adalah RM100 but aku dapat special price okey memandangkan aku regular customer. Aku dapat dengan harga hanya RM30. Percaya tak? Percayalah. Cuma sayangnya warnanya aku main ambil. Tak ikut tema pun. Sejadah, songkok, dan kain pelekat pula kami beli di pasaraya yang terdekat sahaja.Handbag dan purse aku hanya beli secara on9. Tetapi bukanlah on9 mana pun.Taukey kedai tu datang rumah aku bawak beg-beg macam yang aku mintak. So, aku tinggal pilih dan bayar. Bagus kan? Tapi aku hanya pilih Marc Jacobs gred AAA memandangkan aku suka tukar-tukar beg. So, better beli yang murah then boleh beli yang lain jugak. Manakala, wallet and belt set aku beli dengan orang lain yang tetap berniaga secara on9. Then, perfume kami berdua, aku hanya order dari kawan aku. Aku order Vera Wang Princess 100ml dengan harga RM220 and for him Dunhill Desire Blue 100ml for RM160. Kedua-duanya sangat soft. Yang sememangnya original dan murah memandangkan dia takde premis. Sesiapa nak, boleh pm aku ye. Nanti aku bagi fb dia.haha. Mengenai toiletteries and make up set ni yang buat kami berfikir lama. Dia nak sangat bagi aku jenama Simplysity and apa2 barang Siti la. Plus jenama MAC. Yang aku pangkahnya pasal aku tak pakai mekap yang macam-macam tu. Tak pasal-pasal kang muka aku yang cun ni berjerawat on the spot. Lastnya, aku cakap sanggup ke dah habis nanti belikan lagi benda ni. Mana boleh pakai sekali je. Terus rosak muka nanti. Dia pun setuju je apa yang aku nak sebab muka aku. Kalau dia nak jadi make up artist aku takpe gak. Aku pilih toiletteries dari jenama Syahirah. Bagi aku sangat-sangat okey ya. Siap dah ada lipstik and bedak compact lagi. Make up tu aku amiklah jugak MAC. Nak sedapkan hati dia. Dia pulak memilih Safi sebagai barang penjagaan kulitnya. Rupanya tunang aku ni Metrosexual. Patutla mulus je aku tengok muka dia. Kalah aku. Kemeja and seluar slack dia, kitorang cari di Sogo. Dua pasang memandangkan nanti dia akan guna juga ke office. Aku pula diberikan jubah dan sehelai tudung sebagai pasangan. Kemudian untuk gadjet, aku diberi laptop dan dia pula akan dapat camera digital. Mulanya aku nak Ipad tapi memandangkan takde keperluan, aku batalkan sahaja niatku itu. Akhir sekali, kek aku tempah dengan Kak Zarina, sepupu kepada roommate aku. Seriously murah. Coklat pula aku buat sendiri. Buah-buahan hanya beli di Carrefour yang berada di sebelah rumah aku.
Persalinan pernikahan dan resepsi
Kan aku ada cerita waktu bertunang hari tu kain untuk nikah and resepsi ada dalam senarai hantaran kan. So, kami ambil inisiatif menempah baju kami pada taylor terpilih. Bagi baju nikah lelaki, aku tempah di Klang je. RM80 sepasang. Kitorang hantar bulan Mac hari tu. Tu pun abang tu kata awal sangat. 'Nanti kena jaga badan tau'. Aku tergelak je. Yelah, kalau dah berisi, tak ke naya meng'alter' baju tu.Baju nikah aku tak payah pening kepala. Aku beli jubah siap. Untuk resepsi pulak, untuk lelaki dua pasang perlu ditempah dan untuk aku hanya sepasang memandangkan lagi sepasang aku hanya beli yang dah siap. Malas nak mengusutkan kepala. Lagipun pakai sekali je. Rugi pulak nanti. Layah atau veil aku beli dengan Kak Ani untuk nikah dengan harga RM100 manakala resepsi aku beli dengan Pemborong barang perkahwinan Citrasara sangat murah tapi aku tak dapat state di sini.Kalau nak tahu, cari la kat FB. Memang berbaloi2 la beli dengan mereka. Almaklumlah, nama pun pemborong. Lagipun, aku bercadang nak sewakan sahaja layah-layah ni dan beberapa barang yang lain di website yang menyediakan perkhidmatan iklan segala barang2 atau peralatan perkahwinan yang tidak pakai lagi untuk disewakn atau dijualkn kepada org lain.
Aku cadang handbouquet nak DIY je. Nak buat dari kristal. Boleh simpan. Kalau guna fresh flower, tak boleh simpan lama-lama. Brooch untuk songkok pengantin lelaki dan crown pengantin perempuan, aku beli di pasaraya terdekat je. Esok baju-baju kami sudah boleh dibuat final check. Fuh..apa jadilah dengan baju aku tu karang ya.
Kad Kahwin
Sebenarnya draft kad kahwin ni aku dah siapkan sebulan selepas pertunangan. Tinggal tarikh je tak berisi. Tapi bulan Mac hari tu dah lengkap dah. Dan sudah di'print' pun. Tinggal masa nak edar je. Cadangnya weekend ni nak edar. Pasal dah tak lama dah tarikh tu. Tinggal tiga minggu je lagi. Kad kahwin pun aku DIY pasal jimat. Standard harga di kedai RM1 tapi aku buat boleh jatuh sampai RM0.60 je.Cukup 500 keping sahaja untuk jemputan 1000 di rumah aku dan 500 di rumah lelaki.
MC dan Kompang
pelamin tiada dalam senarai memandangkan aku tak suka bersanding. Make up artis aku book member aku je memandangkan tangannya yang penuh seni. MC masa majlis tu nanti pula aku import dari FrenzyFM untuk versi bahasa melayu dan seorang dari IIUMFM untuk versi bahasa arab memandangkan bekas lecturer aku juga akan turut diundang. Kumpulan kompang aku hanya book yang berada sekitar kampung aku dengan bayaran sebanyak RM300 sekaligus. Malas nak bayar dua tiga kali.
Bilik Pengantin
Perabot untuk bilik pengantin pula minggu depan baru pergi beli. Bagi aku tak lewat sangat memandangkan kedainya juga tidak jauh dengan rumah. Peruntukan RM3, 500 sahaja sebab kat situ memang murah-murah semuanya. Lengkap katil, tilam, almari baju, dan meja solek. Cadar aku sudah beli dengan Kak Zue jenama AKEMI yang sememangnya ori dan tebal. Pasti puas hati. Harga pun okey je. Hanya RM235 untuk set comforter. Untuk dekorasi pula aku serah bulat-bulat kepada mak cik-mak cik aku yang dah biasa buat bahagian bilik ni.haha.
Penutup
Kesimpulannya, rancanglah hari bahagia anda sebaik mungkin. Walaubagaimanapun, cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata yang hanya bertujuan memberi sedikit pandangan kasar mengenai persediaan bagi menghadapi hari yang bakal menjelang tiba. Yang paling penting, cari vendor yang anda rasa betul2 percaya.
Survey dengan sesiapa yang pernah berurusan dengan vendor pilihan anda untuk mengetahui servis mereka.
Kadang2 harga marvellous, tapi servis hampeh. We need everything going smoothly on our big day.
So, pilihan di tangan anda. :) Hakikatnya kalau kita terlalu merumitkan perkahwinan, tak bagus juga. Dah terang lagi bersuluh, wanita yang baik tu serendah-rendah mahar. So, have a nice day.
*Untuk sertai, sila klik di sini
Survey dengan sesiapa yang pernah berurusan dengan vendor pilihan anda untuk mengetahui servis mereka.
Kadang2 harga marvellous, tapi servis hampeh. We need everything going smoothly on our big day.
So, pilihan di tangan anda. :) Hakikatnya kalau kita terlalu merumitkan perkahwinan, tak bagus juga. Dah terang lagi bersuluh, wanita yang baik tu serendah-rendah mahar. So, have a nice day.
*Untuk sertai, sila klik di sini
12 kata penuh gaya:
wah!!!!!!!!!
best sngat.... serius best!!
hehehhe..baca diari ni buat aried pun dub dab juga..hehhehe.. kenapa? hehehheheh..ade lah sebabnya tu... :P
@aried
Ececeh..
padahal tak lama lagi tarikh dia tu.
:D
Tahniah!
hayati? nak kawin dah? ermmm... tahniah... :)
@Myra Amira
Oit!
Ko baca habis ke tak ni?
Kan dah tulis kat situ rekaan semata-mata.
Adoih.
yati..aku x caya ini rekaan..thniah!! :)
@kiF_LiLy
Uih, takde maknanya betul2.
Aku tak buat apa-apa pun.
Yang nak kawen bulan depan ni kakak aku.
Bukan aku.
Aduh~
Rekaan? knp rekaan? Kalu btol2 kan best..huhu
Whoa..perancangan rapi nih..semoga yg diidamkan menjadi kenyataan.
Anyway, Good Luck!
@UpProfits
Sebab yang betol2 tak mungkin begini. Banyak lagi yang perlu dilakukan.
Mujur tak cite sampai hari majlis.
Confirm hari majlis tu huru-hara sikit.
InsyaAllah.
Saya idamkan yang lebih baik lagi.
:)
Ingat kan memang betul-betul nak kahwin. cerita macam betul-betul je. rupanya rekaan semata-mata~
@dhiera
=)
Cerita bagai nak rak ye.
hee~
Assalaamu'alaikum,
saya x igt bila last saya lawat blog ni. terkejut sgt bila bc awal2. bertunang 12 disember 2010. 6 bulan. maknanya da nikah. :-o :-/
x baca abis. terus nak komen, nak ucap tahniah. terbaca komen spy bc smpai abis.barulah bc. tipah tertipu...
moga Allah mudahkan jalan jodoh cik cahaya, dikurnia suami yg soleh,bersama menuju redha Ilahi.
ayaz_alhafiz
@Tanpa Nama
Alaikassalam.
tipah tertipu ye.
huhu.
cite macam real sebab memang bidang saya.
Amiinn.
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan